The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Wednesday, April 28, 2010
Nyaris-Nyaris...
Dapat apa? Teeeettt...
Alkisah suamiku yg sgt perihatin dengan isterinya yg sedang berbadan dua ini. Sepanjang pregnant ni, berapa kali jer aku dapat bawak kereta. Selebihnya, aku hanya jadi co-pilot dan penumpang saje. Sepanjang pregnant ni jugak, jikalau masa kerja tidak clash ngan asben, dia akan hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Kalau clash ngan masa dia, aku terpaksalah naik tren. Utk ke stesen komuter pulak, aku akan tumpang kete adik aku.
Dipendekkan cerita, hari Jumaat lepas atas sbb2 tak dapat dielakkan, aku terpaksa lah jua memandu sendirian. Alah tak jauh pun, takat rumah ke stesyen komuter jer. Itu jelah yg asben aku izinkan. Ikutkan aku nak jer bawak ke ofis terus.
Takdelah rasa janggal ke apa. Biasa jelah drive. Pastu tgk tangki kereta pun dah kosong. Lampu merah pun dah menyala. Asben dah pesan dah pagi tu takyah isi minyak sbb nanti dia tolong isikan, lagipun minyak tu cukup jer tuk perjalanan aku pergi balik.
Tapi aku rasa cam nak berbakti dengan suami. Aku pun singgahlah ke petrol pump utk mengisi petrol. Siap isi full tank lagi. Memang niat nak berbakti abis pada suami lah kononnya ni. Dalam hati mesti laki aku suka nie aku isi minyak penuh.
Dalam pada hati berbunga2 tu, aku pun kuar lah dari petrol pump itu. Time tu hari dah gelap dah. Lebih kurang pukul 7.30mlm. Kuar2 dari petrol pump tu ada simpang 4 tau. Ada traffic light. Aku nak ke kiri. Ke kiri takde traffic light. So, aku pun cuba lah nak menyelit ke kiri.
Tiba2 rasa cam kereta terangkat sedikit. Ah sudah. Pesal pulak nie. Aku press2 minyak, kete tak gerak, aku masuk gear reverse pun tak gerak2 gak. Pastu try lagi press minyak still kete tak gerak2 sudah. Aku pun kuarlah dari kereta.
Rupa2nya tayar kereta depan sudah terangkat ke atas tembok. Elok jer tayar kereta depan belah kiri terawang-awangan. Patutlah kereta tak bergerak. Kus semangat... kalau terkedepan sikit harus kete aku termasuk ke longkang. Fuh.. nyaris2...
Panik tu panik lah jugak. Tapi terus mendapat keberanian luar biasa. Yelah nak call asben, asben jauh & still kat ofis takkan nak suh dia datang ke sana pulak kan. Tapi aku takdelah call dia. Terus aku mintak tolong kat sorang India yg sedang mengisi angin tayar keretanya.
Dia tengok jer kereta aku ngan keadaan aku yg tengah memboyot sebegini terus dia kata "aiyooooo... takpe2 nanti kita minta tolong sama itu org naik moto. Kena angkat ni kereta". Pastu bermula lah episod dia menahan pemandu2 motorsikal yg melalui jalan kat situ. Nasib baik lah rakyat Malaysia ni perihatin.
Ramai gak lah yg berhenti, memberikan pertolongan. Masing2 tolong mengangkat kereta aku. Mesti dorang pelik camnelah mak yong ni leh drive cam ni sekali rupanya, sampai tersangkut gituh.
Malu2 memang malu gak lah.. tapi bersyukur aku dan baby tak apa2, dan syukur jugak kami tidak termasuk ke dalam longkang.
Tuesday, April 27, 2010
Sudah Nak Bersalin Kah?
Malam tu adalah sampai 4 kali aku kena cirit. Aku dah naik risau dah, takut esoknya (Isnin) aku tak ok lagi, sbb kalau boleh aku memang tak nak MC. Tambah2 lagi hari Isnin.
Tapi nak wat camne, keesokan paginya tu pun aku still lagi mencirit. Asben suh aku jumpa doktor jer dan mengMCkan diri. Aku pun kenalah patuh pada suami kan. Lagipun aku pun dah naik lemah gaklah, yelah air byk dah kuar kan. Pastu risau gak kat baby. Aku sakit takpe, jangan kena kat baby sudah.
Asben lagi buat saspen, dia kata kalau sakit2 perut, pastu rasa nak terberak2 tu tandanya nak bersalin dah.. pepandai jer dia tu tau... cuak gaklah rasa, yelah aku pun tak ready lagi pun.
Maka pergilah kami berjumpa dengan Dr. Zarul di PMC. Padahal semalamnya (hari Ahad) aku baru je berjumpa dengan dia for normal check-up. Masa check-up tu Doktor kata next appointment aku adalah 9 May. Tapi dia ada cakaplah "kalau ada apa2 masalah boleh datang jumpa dia tanpa tunggu tarikh check-up tuh. Alih2 esoknya jugak aku jumpa dia lagi.
Doktor kata mungkin aku tersalah makan. Yelah aku rasa pun sbb salah makan. Eh bukan salah makan, tapi salah minum. Sbb, semalam nya tuh, aku gatal minum lime juice. Tah lah tak taulah apa punca sebenarnya.
Doktor pun cek perut. Dia kata heart beat baby ok. Cuma aku kena rest lah. Yelah badan pun dah kekurangan air kan. Pastu doktor pesan untuk 3 hari tuh aku kena pantang. No keras, No pedas, No susu. Pastu kena makan ubat yg dia kasi tuh. Pastu dia kasi aku cuti sakit 2 hari.
Telan ubat pil tu takde masalah lah. Tapi minum ubat air tu, sungguh lah aku tak tahan. Rasa cam nak muntah balik.
Aku sempatlah bertanyakan kat doktor sambil mengerling ke arah suami "betul ke doktor kalau sakit2 perut dan berak2 ni tanda nak bersalin?"
Doktor cakap "eh takdelah, ni sebab salah makan. Belum nak bersalin lagi".
Biasalah.. Last Minute Baru Nak Buat
Tapi yg sakit hati ni, asal buat separuh jalan jer, internet disconnected. Apalah celcom ni servis cam tah hape hape ntah.
Kadang2 rasa bayar tiap bulan RM98 tuk celcom broadband ni membazir aje. Servis sungguh menghampakan hati dan perasaan. Memang tidak berbaloi-baloi.
Tak pasal2 aku dah ala2 durhaka dengan laki sendiri. Bukan apa, bila kita tgh buat submission tuh, pastu tetiba internet jadi slow kedaung pastu terus disconnect. Tak dapat nak marah celcom terus termarah laki sendiri. Padahal dia tidak bersalah. Tapi nak wat camne kemarahan ini terpaksa dilampiaskan jugak. Kalau tidak nanti stress. Org mengandung mana leh stress2 kan.
Pastu padan muka aku dapat terus balasan, kaki terlanggar dengan almari. Sedap. Padan muka aku. Terus mintak maaf ngan laki.
Takpe esok aku try sambung buat kat ofis. Tu pun kalau sempat lah, sbb aku dah 2 hari tidak ke ofis kerana doktor kasi aku MC. Alamak esok dah kena kerja ke? Yeh..yeh.. esok kerja.. *tetiba*
Friday, April 23, 2010
Update Sedikit Pasal 4D Ultrasound
Sebab apa sikit? Sbb aku adalah frust hokey..
Dekat 2 jam aku wat ultrasound tuh. Tapi sikit pun aku tak dapat tgk baby secara jelas. Asyik terlindung jer. Terlindung dengan tangan dia lah, terlindung ngan tali pusat lah. Aku ingatkan mudah nak buat ultrasound tuh, tapi rupanya tidak. Kalau baby sporting dapatlah kita tgk baby dengan jelas.
Kalau tidak dapat cam aku ni jelah. Sipi2 ajer. Takpelah baby malu2 kot..
Nampak tak?
Tangan dia memang tak duduk diam, suka letak kat muka. Tak pun dok main ngan tali pusat. Pastukan bila aku cam frust sikit kan.. nampak dia cam cebik sikit... alololo.. pandai dah yer.. Pastu aku pun pujuk dia, kasi can lah aku tatap dia kejap, dan hasilnya dapatlah gambar seperti di atas.
Byk2 gambar, gambar ni jelah yg leh nampak sikit2, tu pun pemandangan sisi jelah. Tu pun sekejap jer baby berposisi cam tuh, tak sampai berapa saat pun, pastu dia gerak pulak. Nasib sempat capture. Kalau tak nan ado lah aku dapat tatap muka dia.
Masa scan hari tuh, org yg scan aku tu, ingat aku ni last patient so dia bantai lah dok scan perut aku ni sampai dekat 2 jam. Sbb memang susah sgt nak capture gambar baby. Rupa2 nya lepas aku ada sorang patient lagi dok menunggu. Sian org tu, mesti tunggu lama.
Tapi oklah walaupun tak dapat tgk baby dengan jelas, tapi dapat tau perkembangan dia melalui full scan cukup memadailah. Utk itu, bayaran yg perlu dibayar adalah RM150. Dapatlah sekeping CD dan 2 keping gambar.
Set untuk Ibu Bersalin
Sape tau set apa yg paling baik sekali? Ngan bengkung sekali. Help me pls... aku nak order nie..
Thursday, April 22, 2010
Belum Dicuci Lagi
Antara persiapan buat si kecil
Patutnya sekarang ni aku dah leh dah start cuci2 baju2 ni sumer. Tapi tulah tah bila lah nak buatnya. Asik bertangguh-tangguh. Kalau boleh takmo masuk mesin, nak cuci tangan jer, yelah kalau masuk mesin nanti abis baju jadi komot2. Dah tak nampak baru dah.
Jangan esok asben aku dok longgok barang2 lain pulak sudah. Ni mau esok besin mandi baby, napkin, pampers, syampoo, botol susu dan segala macam barang baby dia letak kat atas katil pastu dok amik2 gambar. Takpe biarkan jelah ye tak?
p/s: Hari Ahad ni ada check-up. Tak sabar nak tgk development baby.
Inilah Dia
Ala takde lah apa sgt pun... tapi cukup menggembirakan hati.
Inilah dia apa yg asben kasi aku hari tu.
Cincin kah? Jam kah? Jam dan cincin kah? atau pun langsir kah?
Gedik pulak kan nak suh org teka2 pulak. Pastu korang pun katalah..."ada aku kesah ko dapat apa?"
Ala teka lah... teka lah... guess what? hah aku dah kasi clue dah...
Teka lah apa dalam ni?
Hah dah tau dah? betul lah antara komen korang sebelum nie. Selain mendapat jam yg sudah ditukarkan bateri itu, aku juga mendapat jam baru seperti di bawah ini.
Cantik tak? kalau korang cakap tak cantik pun takpe.. aku tak kecik hati.. yg penting aku kata cantik dan aku suka dgn pemberian tak diduga ini.
Seratus peratus pilihan si suami. Tau jer citarasa bini dia. Memang aku tak pernah pun berura-ura nak beli jam baru ke apa ker... yg aku tau aku suka jer jam yg sebelum ni yg juga pemberian asben sempena perkahwinan kami hampir 3 thn yg lalu.
Tak yah cakap byklah aku nie.... yg penting aku nak cakap.. aku tak sangka sgt2 pun... yelah dalam waktu sekarang ni memang tak terfikir pun nak beli sesuatu tuk diri sendiri pun, sbb asal kuar shopping harus terfikir tuk baby sahaja.
Tapi org kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. "Terima kasih sayang".
Kelebihan jam ni ialah, mudah diejas sama ada nak panjangkan dia atau nak kecikkan dia. Tak perlu nak pakai alat bagai... nak ejas dia sama cam nak pakai or bukak jam jer. ermm korang wat2 paham jelah yer.
Once again, thank you to my darling husband. I really appreciate it.
Oh ya kalau asben aku kasi ni sebagai penghargaannya kerana mengandungkan anak dia, aku juga ingin berterima kasih kepadanya kerana memilih aku sebagai ibu kepada anaknya. Eh nape tiba2 bergenang air mata lak nie? Kan... aku ni memang lah....
Wednesday, April 21, 2010
Terharu lagi Mengharukan
Camnie citernya, semalam my husband tak kerja, so tgh hari tu dia call aku ajak lunch sesama. Ala lunch kat ofis je pun. Masa lunch tu, kami tak makan berduaan, makan reramai ngan geng2 lama. Lepak2 sampai kul 2 ptg. Pastu masing2 bersurai ke ofis masing2.
Aku pun mintak izin suami lah nak naik ke ofis. Dah tu takkan nak melepak sampai kul 3 pulak kan. Asben suh tunggu kejap, dia kata dia nak kasi aku jam yg dah ditukar bateri tuh. Aku kata takpelah.. nanti2 pun takpe.. no hurry..
Tapi dia nak kasi gak time tuh. Dia pun kuarkan lah sesuatu dari beg dia.
"Jam Deqna dah ok dah. Tapi Shah ada sesuatu tuk Deqna. Amik lah."
Aku pun tak tanpa tunggu2 lagi, kat situ gak aku bukak, kotak tuh. Memang fresh from kedai lagi lah. Terus cam teruja & happy sesangat.
Memandangkan masa dah semakin suntuk (dah kul 2 dah) aku pun tak sempat lah nak bertanya panjang kat asben. Yang nyata aku suka lah kan. Tapi tertanya2 lah jugak, pesal pulak tetiba nak kasi hadiah nie?
Masih tak berpuas hati... balik kerja semalam.. aku pun bertanya..
"Ni sempena apa ni syg kasi hadiah nie? Nak kata birthday bukan, anniversary pun bukan".
dan sambil tersenyum dia menjawab...
"Kerana mengandungkan anak Shah".
Uwaaaaaa aku rasa nak nangis.. aku memang lah cengeng...
Aku janji akan ku jaga anak ini sebaik mungkin because i love both husband and baby very very much..
Tuesday, April 20, 2010
Kemalasan Berganda
Kalau entry aku sebelum2 ni aku ada citer kain baju aku tak lipat2 kan.. masalahnya sampai sekarang tak berlipat lagi, abislah renyuk komot kain baju tu sumer. Paling bagus kain semakin bertimbun tinggi sbb kain baju yg minggu ni pun aku tak lipat lagi...memang keje melipat ni dah tertunggak lama lah..
Malam ni aku berazam nak settlekan sumer kain baju tuh. Semangat rajin datang menjelma bila dapat hadiah tak diduga. lalalala.
Mula lah terfikir alangkah bestnya kalau ada helper... help! help!
Mintak Tukar Bateri Jer...
So, setelah beberapa hari tak pakai jam tangan, sbb tak sempat nak gi tukar bateri, aku pun mintak tolonglah si suami tolong tukarkan bateri. Susah jugak bila takde jam nie, sikit2 kena tgk kat hp bila nak tgk time.
Maka dengan penuh rasa tanggungjawabnya si suami pergi ke kedai jam tolong tukarkan bateri jam isteri kesayangannya.
Jadi sekarang ni aku cuma nak gitau yang jam aku dah ok dah... dah boleh pakai dah... tapi yg syoknya selain aku dapat pakai balik jam aku tuh.. aku juga telah menerima sesuatu daripada asben.. sungguh mengejutkan... hujan takde, ribut takde.. aku dapat sesuatu...
Nak tau apa?????? nanti aku sambung lagi yer...
kena amik gambar dulu baru syok nak citer...
What a Suprise!
suka sgt.....
hari ni bukan birthday aku...
bukan juga anniversary...
Tapi dapat hadiah... & i love it so muuuucccchh....
Sangat2 tak sangka...
terima kasih yg memberi.. really make me feel damn happy..
p/s: rezeki baby mungkin... pagi tadi lak ada ofismet kasi baju2 baby & barut.... tq so much. Murah rezeki org yg memberi. Aminnn..
Wednesday, April 14, 2010
Aku Dah Cuba Tapi Tak Berjaya
Aku sebenarnya cubalah nak update pasal perkara lain selain citer pasal baby, mengandung ni sumer, tapi cam tak berjayalah. Bila aku cuba nak update pasal lain terus cam tak jadi, pastu blog pun terdampar kesepian sudahnya.
Jangan buhsan yer kengkawan sumer kalau lately ni aku asik citer pasal pregnancy, pasal baby, mcm takde citer lain pulak. Apa nak buat perasaan nak jadi ibu tu sudah terlebih kot.
Dalam usia kandungan yg dah masuk minggu ke-31 ni (pejam celik, pejam celik kejap jer masa berlalu), dalam rasa badan semakin berat nie. aku rasa aku cam semakin rajin lah pulak. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri yer. Cumanya aku pernah baca biasanya ibu2 kalau dah nak dekat waktu2 bersalin memang tiba2 akan menjadi rajin semacam. Apa org panggil tu.. nesting instinct?
Takkan aku nak bersalin dah kot? Kalau ikutkan ada lagi lebih kurang 10 minggu lagi.
"Baby, awak duduklah dulu dalam perut ni yer sayang. jgn lah kuar selagi belum sampai waktunya. Cukup masa, nanti baby keluarlah dengan sihat dan sempurna yer. Wat masa ni, kat dalam ni lah tempat yg terbaik buat baby. We love u so much tau!".
Sebab apa aku kata aku rajin. Hari tu kat rmh, kami laki bini sibuk kemaskan bilik. Susun atur semula barang2 dan perabot. Kat ofis pulak, aku sekarang ni rajin pulak mengclearkan workstation aku. Yang mana tak berfail, aku failkan. Mana yg tak berupdate, aku updatekan. Mana yg tak perlu, aku buang/shredkan. Bak kata ofismet aku, cam aku ni dah nak beranak sgt dah.
Bukan apa, cumanya aku rasa cam selagi aku tgh larat ni baik aku settlekan sumer kerja2, esok bila dah berat sgt dan tak larat takde lah aku suffer sgt nak clearkan benda2 yg pending tu.
Tapi.... nak kata rajin sangat tu takdelah jugak pun. Ada gak malas light2, haha light2 katanya... contoh kain baju yg dibasuh minggu lepas sampai lar ni tak berlipat lagi.. adoi malasnya. Nak iron baju pun aku pemalas lipas.. sian asben aku, baju dia aku hantar dobi saje.
Monday, April 12, 2010
Weekend Yang Sungguh Memenatkan
Pergi shopping barang2 tuk baby lagi. Rasanya ni shopping barangan bayi utk kali yg ke-4. Sekadar mencukupkan apa yg takde lagi. Malam sebelum tu aku dah watkan list barang2 yg perlu dibeli. Tapi list itu hanya sekadar list. Ikut memang lah ikut list tu. Yang ada dalam list pun aku beli, yg takde dalam list pun aku beli gak. Adoi. Kalau camtu apa guna list tu? Takpe berguna gak list tu, atlis takdelah benda2 yg terlupa.
Utk memudahkan kami, just shopping kat one stop baby centre jer. Senang. Tak yah nak jalan jauh2, sumer dah ada kat situ. Gambar takde, sbb terpampang kat pintu kedai tu "no camera allowed", jadi kamera ditinggalkan di dalam kereta sahaja. Kalau tidak dah tentu aku dah bergambar dengan Ako Mustapha dan isteri dan baby yg juga bershopping di situ. Cute jer tgk Ako mendokong baby dia dalam beg sandang depan tuh. Apa nama beg tu weh? Sling bag yer? Ingat nak beli satulah, pastu kasi asben pakai. Biarlah dia pulak kendong anak dia nanti. Kasi can kat dia, yelah kan aku dah puas kendong dah masa baby dalam perut.
Antara barang2 yg dibeli, besen mandian bayi, sarung tilam & bantal, botol susu, newborn diapers, barang mandian baby, bips, nappy rash cream, kain lampin, towel, beberapa helai baju lagi, pastu adalah benda2 kecik2 yg lain.. aku pun tak ingat apa lagi.. tapi adalah dalam 26 barang.
Ada gak lah terselit barang2 tuk aku gak, cam nursing pad. Sebenarnya nak cari nursing bra sekali, tapi takde stok lah pulak. Yang ada sumer stok yg besar2. Adoi mana nak cari ni? Ada sesapa leh tolong?
Ahad Pulak
Yang ni memang hari penat kami laki bini. Masing2 timbul semangat rajin utk mengemas dan mengubahsuai kedudukan perabot di dalam bilik. Aku siap pakai face mask lagi tuk mengelakkan bersin bila terkena habuk. Habuk memang berkati2 lah, especially kat part bawah katil. Sekarang dah bersih dah. Abis dah disedut vakum. Sampai hangit2 gaklah vakum aku dibuatnya. Tapi aku takde wat kerja berat2, kang terberanak pulak nanti. Kerja yg berat2 dah tentulah asben yg buat. Dialah yg angkat tilam, dialah yg angkat katil, dialah yg angkat almari. Fuh tak sangka leh tahan badang gak lakiku itu. Kerja aku? aku tolong buatkan air oren tuk asben. Kesian dia wat kerja sampai kehausan.
Tapi takdelah aku dok tgk jer. Aku buat gak kerja, tolong lap2kan barang2, tolong susun2, tolong kemas dan tolong bebel2. Oppps.
Dan hasilnya bilik kami kelihatan lebih luas daripada biasa. Memang saje nak standby ruang nanti nak letak playpan kat dalam bilik senang.
Bila bilik dah luas senang kami nak main kejar2. Opps tak tak... senang nak berjemaah. Sebelum ni ruang kecik, agak payah nak berjemaah.
Dah tu jelah update wat masa ini.
Friday, April 9, 2010
Dah Nak Ada Adik?
Cam biasa mula2 cek urine ngan bp. Bp masih dalam keadaan terkawal tapi ada tinggi sikitlah. Urine so far ok. Pastu doktor minta rekod2 sebelum ni dari PUSRAWI. Dan baru2 ni aku dah dapat dah summary report antenatal aku sepanjang mendapatkan rawatan di sana.
Masa cek hari tuh, kandungan aku berusia 29 minggu. Sekarang ni dah 30 minggu dah. Aiyooo nampak gaya tinggal lebih kurang 10 minggu lagi.. ni pun kalau baby nak menetap sampai 40 minggu lah.. kalau dia nak kuar awal? maknanya tak sampai 10 minggu lah lagi... Semoga aku bersedia hendaknya. Amin.
Cam biasa gak, doktor akan melakukan imbasan, tuk melihat kedudukan baby, dan melihat tumbesarannya. Alhamdulillah baby membesar dengan baik. Yang paling cute, bila tgk baby menguap kat dalam perut. Dulu masa wat 4D pun nampak dia menguap jugak.. (oo kisah ni belum diceritakan lagi).
Sonok sgt tgk baby dok gerak2 tak duduk diam. Paling tak tahan tiba2 baby hisap ibu jari kaki dia... dan secara spontan doktor berkata "MasyaAllah, belum keluar dah mintak adik. So, lepas bersalin ni you cpt2 kasi adik kat baby u ni yer". Boleh? hahahahaha. Kan org2 tua kata budak kalau dah hisap kaki maknanya nak dapat adik dah.. tapi valid ker kalau dia hisap kaki masa dalam perut? Hehehe..
Thursday, April 8, 2010
Pertama Kali Menghadiri Kelas Antenatal
bersama goody bags. Sambil tu tgh tunggu peserta semua sampai.
Baca magazine mamy & baby yg ada dalam goody bag itu
Mula2 kami diberi penerangan mengenai stem cell oleh StemLife Malaysia. Tau tak apa itu stem cell? Ala pasal penyimpanan darah tali pusat utk kegunaan masa depan. Nak tau lebih lanjut sila klik sini. Rasa cam berminat, mungkin kami akan mendaftar nanti.
Lepas tu kami diberi penerangan mengenai nutrisi yg perlu diambil oleh ibu2 mengandung oleh pakar diet dari Wyeth Mama.
Lepas tu pulak, penerangan oleh Dr. Zarul mengenai proses kehamilan dan kelahiran. Seronok dengar dia beri penerangan tu. Yang paling best Dr. siap pakai pakaian operation lagi sbb dia baru je selesai mengoperate org bersalin (kes kecemasan).
Dr. Zarul juga telah menunjuk ajar cara2 pernafasan yg betul semasa proses bersalin. Ok aku kongsi ngan korang2 sekali yer.. Nanti masa nak bersalin nanti time nak meneran tu jgn meneran sambil mendongak, ia takkan berjaya. Dr. suruh meneran dengan dagu menyentuh ke dada. Dan cara meneran adalah sama cam meneran nak berak. Sebelum teran, amik nafas dalam2 pastu lepaskan perlahan-lahan. Kalau tak cukup nafas, curi2 nafas dan jgn lepaskan terus, kang baby termasuk balik ke dalam. Teran pun bukan ikut suka jer bila nak teran, bila ada contraction baru teran. Kalau takde contraction kalau teran pun baby tak keluar jugak. Atau senang kata nanti dengar jelah cakap misi/bidan/doktor yg nak menyambut nanti.
Yelah kan, kita sekarang ni kemain lah belajar & menghafal segala teknik, besok bila dah sakit datang, sumer yg dihafal tuh tah hilang ke mana kan. Apapun sokongan dari suami adalah diperlukan pada masa itu.
Byk lagi lah yg dikongsikan bersama oleh doktor pada petang itu. Walaupun dia sibuk sempat gaklah dia meluangkan masa bersama.
Lepastu pulak, kiterang belajar senaman ibu mengandung pulak oleh pakar fisio. Sambil tu dia ajar gak lagi sekali cara pernafasan yg betul.
Fuh penat jugak bersenam. Jom kita balik
Antara barang2 dari goody bag itu
Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah dah register tuk kelas antenatal yg dianjurkan pusrawi. Siap dah bayar dah. Tapi kelas yg sepatutnya 13 Mar lepas telah ditunda ke 24 April nie. So, mungkin kalau takde pape aku gi lah jugak kelas tu nanti.
update: kepada bakal2 ibu yg berminat tuk menghadiri kelas antenatal boleh lah datang ke PMC pada 25 April ni (2:00pm-5:00pm). Tapi lebih bagus kalau call dulu wat appointment ke apa, takut kelas penuh. Phone No: 03-61564735
Tukar Hospital
Labour room
Ni adalah labour room kedua. Labour room pertama time tu tgh ada patient nak bersalin. Biasanya dorang akan gunakan labour room 1 sbb kat bilik tu lebih canggih sikit. Cuma kalau ada 2 kes bersalin dalam satu masa dorang akan gunakan bilik labour kedua ini. Bilik operation pun ada gak, tapi cam biasa bilik operation ni kawalan ketat, so takleh masuk sesuka hati lah, maka takdelah gambarnya.
Inilah pulak wad single bedded. Suite pun ada gak, cantik dan lengkap dengan kemudahan
Kebetulan hari yg kami datang tu, pada petangnya ada buat kelas antenatal kelas. So, nurse kat situ mintak kami datang lagi pada petangnya utk menghadiri kelas tersebut dan secara tidak langsung boleh berkenalan dengan doktor pakar di situ. Citer kelas antenatal, next entry yer.
Dan ini pulak, gambar doktor yg bakal menyambut kelahiran baby kami nanti. InsyaAllah. Gambar aku curi dari sini. Eh, curi tak baik, aku copy jer.

Haah Memang Aku Lebar. Ko Ada?
Pada suatu pagi aku tengah membeli breakfast kat satu gerai. Lokasi dirahsiakan. Tengah aku syok2 tengah mencedok mee goreng kat pinggan (time tu memang rasa lapar lah) tetiba akak yg berniaga tu sambil tersengih berkata "makin lebar dah muka.." kata2 itu ditujukan kepada aku.
Dah lah time tu ada beberapa org customer yg lain. Aku rasa cam nak letak je balik mee goreng tuh... Yelah aku rasa cam tak sesuai jer dia nak berkata mcm tuh. Dahlah time tu kita tengah membeli makanan. Terus rasa kenyang. Lepas tu, yg berkata tu bukan terdiri daripada kenalan2 or kawan2 yg kita tak kesah lah kalau nak cakap apa pun. Ni aku adalah customer dia, dan sebelum ni tak pernah pun kami bertegur sapa atau beramah mesra. Tetiba ko nak cakap cam tu.. tak sesuai ok.
Aku sedar lah memang org mengandung ni makin membesar dan melebar, tidaklah aku menafikan tu semua.. tapi agak2 lah kan.. tgk lah situasi camne..
Kot ye pun nak cakap aku lebar, ko pun lebar jugak kan? At least lebar aku bersebab.
Ye.. aku mengaku aku lebar. Gambar-gambar di bawah ini jelas menunjukkan kelebaran aku. But, i'm happy with that :P
Thursday, April 1, 2010
Birthday Ain
Kek disponsor akak aku yg sulung
Birthday dia hari tu hari Selasa. Masa tu cuti sekolah. Aku dah tentulah kerja time tuh. Siap dia telefon suh balik cpt hari tu pastu suh belikan apa2 tu party mengejut dia tuh. Wah.. order sajer.
Memandangkan time birthday aku hujung tahun lepas pun dia excited lebih, siap tiup belon dan gantung belon kat bilik aku, pastu siap buat kad birthday tuk aku, so aku pun tak tak lupalah jugak mencipta satu kad birthday tuk dia. Balik kerja tu jugak aku singgah beli sate ngan nasi himpit. At least adalah sumting selain kek birthday.
Mula2 memang dia excited, tapi bila dia tgk kat atas meja takde satu pun hadiah tuk dia terus dia cam hilang mood. Macam kecewa jer. Hahaha. Sebenarnya ada jer hadiah tuk dia, tapi kiterang sorokkan masa mula2 tuh, saje nak kenakan dia. Minah ni taulah, dia ni dah set dalam kepala dia, asal birthday jer kena ada hadiah. Tu pasal tu dia hilang mood sekejap tuh.
First Time Cuba
"Untie Nin, leh tolong ajarkan mummy saya tak?"
Semua ibu akan mendoakan yg terbaik buat anaknya. Doa di atas sesuai diamalkan setiap hari utk kesejahteraan bayi yg dikandung. InsyaAllah.
Masa mula2 disahkan pregnant Tetapi kini........
Asben takde keje. Suka sgt nak amik gambar perut. Buat kenangan katanya. Tapi bagus gak, leh tgk perbezaan dan pembesaran dari bulan ke bulan. Byk lagi gambar baby bump tapi yg lain2 cam tak berapa sesuai nak letak kat sini. Kalau takde muka aku takpe. Kalau ada muka, aku segan sikit. Hehehe.
Aku nak update blog sebenarnya, byk citer2 minggu lepas, tapi sayang gambar belum ditransferkan lagi. Minggu lepas macam2 yg kami buat. Buat 4D ultrasound, pergi antenatal kelas. Sungguh best sekali. Ok nanti aku sambung lagi yer.
p/s: Masa preview gambar lain, bila dah publish gambar jadi lainlah pulak, memanjang jadinya, patutnya lebar.. memang aku tak pandai..
update: baru aku tau, tak jadi sbb size template blog nie sebenarnya.. tu gambar tak leh besar sgt


