Lama tul tak update blog. Rasa bersalah kat Inara sbb tak update pasal birthday dia yg ke-2 tahun pada 15 November yang lepas. Kakak dia Marissa tiap2 birthday ada update. So, kita ketepikan rasa malas tu, utk membuktikan mama dia sayang sama rata kat dua2nya maka update lah jugak.
Birthday Inara hari tu jatuh pada hari Sabtu. Takde lah celebration sgt pun, takat beli kek sebijik dan beli kfc utk makan2 dengan ahli keluarga jer. Tapi kali ni potong kek kat rmh nanny dia.
Kek frozen sempena birthday Inara kali ini.
Sebelum tu lets selfie with mama dia.
sama tak kami?
like mother like daughter kan?
Pandai lak tu dia ikut memek muka kita. Kita sengih dia sengih, kita tutup mulut dia pun tutup mulut. Good girl.
Kakak nya pun yg lebih excited
Masa kat kedai kek Marissa dah bising tanya kek dia, aku pulak malas nak layan aku kata share jer kek ngan adik. Dia tau tak yg ni kek birthday adik dia. Asal birthday org jer dia pun nak kek gak, nak hadiah gak.. byk cantik..
Oklah suka hati lah feeling lah sesama ngan adik sambut birthday
tiup....
meh mama suap sikit kat birthday girl
kat kakak pulak
lepas tu suka hati lah anak2 nak buat apa pun... memang hancur pun kek tu jadinya
hasil kerja anak2
Takpe mama tak marah pun. Kek korang pun kan. Suka hati lah nak buat apa pun. Beli kek sekadar buat tanda birthday jer. Mama tau korang bukan makan sangat pun. Tapi kalau takde kek tak feel pulak birthday nya kan.
Apapun kepada Marissa Inarah, mama doakan Inara membesar menjadi anak yg solehah, anak yg baik, anak yg berbudi pekerti, anak yg sopan, anak yg sihat, anak yg bijak, anak yg cemerlang dan gemilang dunia dan akhirat. Mama, ayah, kakak dan semua sayang sgt kat Inara. Inara seorang budak yg sgt ceria dan menghiburkan. Semoga Allah senantiasa melindungi anak2 mama. Amin.