Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, August 3, 2015

The Priceless Preggy Moment

Nak update pasal raya lagi, tapi takde modal nak citer dah. Gambar sumer dah post kat blog. Gambar terbaru raya takde sbb takde gi beraya pun lagi. Patutnya kelmarin ada jemputan open house kat rmh member2 tapi tak dapat pergi sbb kesihatan tak mengizinkan. Kena cirit-birit dan muntah2. Sori yer kengkawan yg menjemput.

Cek2 kat dalam draft kot ada yg boleh aku update kan. So, lets sambung siapkan entry ini.

Ok rasanya preggy anak ke-tiga aku takde update apa2 pun sgt pasal diri aku, kebanyakan org pun tak tau yg aku pregnant. Tup2 dengar aku dah bersalin. Dah ketiga kata ko.. dendiam sudah. Nak udpate segala pun tak lalu dah, sbb sumernya lebih kurang jer pun. Hehe.

Tapi nak gak lah letak sikit gambar masa pregnantkan si Zahira nie tuk buat rujukan di masa depan. Rujukan apa pun aku tak pasti. Hehehe. Nak tengok pertambahan berat badan camtulah kot. 

Masa ni usia kandungan dalam 7 bulan camtu

Gambar di atas diambil masa awal bulan Januari hari tu. Masa tu baru teringat eh dah nak 7 bulan mengandung tak amik gambar pun lagi. So, mintak tolong opismet tolong amikkan gambar.

Preggy kali ni aku takde dah gila membeli baju maternitiy. Tapi aku gila membeli blouse yg besar2. Pastu pakai ngan skirt atau seluar. Tapi perangai beli baju sampai lagi beberapa hari nak beranak tu tetap ada lah. Tu pun ada lagi baju yg baru sekali jer yg dapat pakai. Pastu la ni tak tau dah nak wat apa dgn baju yg besar2 tu kat dalam almari. Kita simpan lah untuk next one yer:P

Cam preggy sebelum2 ni, aku takdelah alahan sgt. Takde lah alah nak makan apa2, takde lah muntah, tu pasal lah badan pun berkembang pesat lah gamaknya. First two trimester tu takde lah nampak sgt perut, tapi masuk trimester ketiga terus nampak besar je perut.

masa ni baru start beli kelengkapan bayi

Sebabkan yg ketiga dan another baby girl yg akan keluar so, takde lah havoc sgt nak shopping. Byk yg boleh digunakan lagi kan. Tapi mesti lah kena ada gak beberapa pasang pakaian baru utk baby.

Ni pun gambar masa dah masuk trimester ketiga

Nampak kipas kat belakang tu. Wajib ada ok. Walaupun ada aircond tapi still rasa panas jer. Panas peluh2 pulak tuh, tu yg kena ada kipas kat belakang tu. Kalau tak kang rasa semput dibuatnya.

Masa ni dah 8 bulan dah

Inara time tu memang cam tau2 jer dia nak dapat saingan. Terus lah melekat duapuluhempat jam ngan aku. Padahal sebelum2 nie dia jenis independent jer, tapi bila nak dapat adik ni terus kemain manja ngan aku. Sikit2 nak dukung. Anje sgt tuh.

kita layankan jelah sementara belum beradik tu kan

Aku nie bila dah nak hujung2 mengandung tu barulah rajin sikit nak amik gambar. Asal bersiap nak gi kerja aku selfie dulu.

with jubah aku tempah kat Medan Mara

Jubah ni sekarang pun leh pakai lagi lah, tapi agak labuh sikit lah pulak kalau pakai sekarang nie sbb tak menyangkut kat perut.  Time perut besar hari tu oklah just nice labuh dia.

hah tu dia... 8 months baby bump

Sepanjang mengandung tu jugak, tah nape tetiba aku suka pulak kaler biru. Nak kata preggy baby boy, doktor dah sahkan aku expecting baby girl, tapi tah nape tetiba tersuka blue pulak. Tapi aku suka jer bila doktor kata girl, takde lah aku beria harapkan boy. Tapi, actually tak kisah pun girl ke boy ker kami terima seadanya. Kan husband kan? yang penting anak dan ibunya sihat.

time terjelepok di kantor, asyiknya mengantuk jer

Aku ni alahan takde, tapi kalau time preggy tu memang lah hazab nak tahan mata ni dari mengantuk. Rasa seperti melekat2 jer mata ni. Kadang tu time menaip pun boleh terlelap, lagi teruk tu siap termimpi bagai. Pastu terus terkejut eh ada org nampak ke hah aku terlelap tadi. Haha.


masa ni tengah cek ctg. Rupanya false alarm, two weeks before the real contraction..

suami yg sentiasa di sisi

Alhamdulillah dari mengandung anak pertama hingga ketiga, dari awal kehamilan hingga ke hujung kehamilan tak pernah sekali pun suami tak pernah teman. Saya sangat menghargainya. Really.

Berbeza dengan kehamilan sebelum2 nie aku lebih bertenaga dan takde lah rasa sakit2 badan. Tapi kali nie memang lah sakitnya tuh di sini, di sana, di sini sana, hehehe... faktor usia mungkin. Bila perut dah besar memang tangkap ke pinggang lah sakit dia. Duduk salah, baring tak kena, serba salah dibuatya.

bacaan ctg yg aku pun dah lupa camne bacaannya

Bila dah hujung tu2, aku memang kerap mc lah, dah tu asal gi check up jer, doktor kasi mc, Kadang tu kita taknak pun mc tapi doktor kasi jugak, dia kata buat back-up, kalau u tak larat u cuti, kalau u larat u simpan je mc ni. Bagus sgt kan doktor saya.

Bukan saje nak mc dah memang tak larat pun sebenarnya nak bawak perut. Dahlah naik komuter. Berdiri lagi pulak tuh. Bukan ada org kesah pun nak offer seat. Tapi tak semua lah. Adalah jugak segelintir yg prihatin. Korang tak tau, bila ada org offer seat, rasa nak menitik jer air mata ni tau.. terus doakan yg baik2 kepada mereka yg baik hati tau.. terus feeling doa seorang ibu mengandung..eh memang ngandug pun kan..

5 hari sebelum bersalin

kat tangga pun nak selfie


posisi tepi pulak

Tu lah aku cakap, lagi dekat nak beranak lagi rajin pulak aku menselfie. Perangai sangat. Sbb apa desperate sangat amik gmbr, sbb dari awal2 dulu tak byk bergambar pun, so, nak gak ada gambar kenangan mengandung.

muka pun leh tahan kembang setaman

masa ni nak kuar gi chek up


Gambar 3 hari sebelum bersalin

Time tu aku dah start mc dah doktor kasi suh rest kat rmh. Padahal time tu baru 6/3/15 aku punya edd pulak patutnya 19/3/15. Risau gak aku kot lah aku ni tak beranak2 gak before 19/3, padahal aku dah start mc awal dah nie. Tapi memang aku bajet baby akan keluar sebelum due date just like the other two.

sempat lagi nak kuar deting ngan asben

Kan aku cakap time hujung2 pregnancy tu aku kerap keluar dating ngan asben, kami kuar tengok wayang, jalan2 dan soping. Kuar berdua jer. Sakit2 pinggang pun gigih nak kuar berjalan. Anak2 tinggal ngan babysitter. Bila lagi nak dapat peluang ni kan. Tapi aku rasa sbbkan rajin berjalan lah jugak, proses bersalinkan Zahira pun sekejap jer. Memang kejap, gi hospital kol 11 pagi, pukul 1 lebih dah bersalin. Nanti aku share cerita pengalaman bersalin Zahira yer.

baju blouse time Inara dulu. Rasanya pakai tak sampai 5 kali pun.

Berat aku mencecah73kg ++ gaklah bila dah 9 bulan tu. Jenuh gak lah nak kurang 10-15kg. Target nak menten 58-60kg jer dengan ketinggian 169cm nie. Tak taulah dah achieve target ke belum sekarang nie, tapi yg penting baju lama muat lagi pun dah memadai lah... pengsan ok kalau nak tukar baju satu wardrobe.

selfie ngan baby dalam pewut

with my dear husband

kenangan berdating semasa preggy anak ketiga  - caption dia

Ok nanti kalau ada masa dan ada kerajinan akan aku kongsikan lagi cerita2 lain pula. Ok sila sambung makan kuih raya tu.


Wednesday, February 11, 2015

Persiapan Menyambut Orang Baru

Ni gambar yg husband wasap kat aku beberapa minggu lepas. Masa tu aku kat ofis dia kat rmh. Rupa2nya husband kat rmh bertungkus lumus mencuci baju2 baby dan siap jemur sekali.



dah kering siap letak dalam beg lagi. Alahai sweet sgt husband saya ni. Dari anak pertama hinggalah kini, sgt ringan tulang dan dari dulu, dialah yg excited buat kerja2 nie sumer. Takdelah kita si isteri ni rasa penat mengandung. Sama2 tolong-menolong. Syukur Alhamdulillah.


Tu sebahagian collection baju2, barut2, booties & mitten Marissa dan Inara. Kejap jer pun pakai dulu, so now boleh diperturunkan kepada adik baby. Yang mana kita boleh pakai, kita pakai lah. Tak elok membazir.

Tapi takdelah sumer nya nak second hand jer kan. Syian baby... beli baru tetap beli baru jugak. Ni adalah gambar asben candid masa shopping barang baby hari tuh.



Doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar dan dipermudahkan semua urusan kelahiran. Terima kasih.


Thursday, January 22, 2015

Adik Marissa dan adik Inara

Asssalamuailaikum,

Mak aii lama betul tak bukak blog nie. Tadi tah nape dok baca entry beberapa tahun kebelakangan nie (throwback lah kiranya), rasa syok jer mengenang kisah2 silam. Tapi la ni tak byk dah share kat blog, esk2 takda apa nak baca dah. Ok rasanya kena datang kan baliklah mood bloging ni. Bukan utk org lain, tapi utk diri sendiri jugak.

Anyway, kalau masih ada yg mengikuti blog nie, terima kasih aku ucapkan, dan aku ucapkan selamat tahun baru 2015. Oh ya, ni entry pertama utk tahun ni, so aku harap tak terlambat tuk aku wish kat korang yer.

2014 dah pun pergi meninggalkan kita. Macam2 kisah suka dan duka yg berlaku. Byk jgk kisah tahun2 lepas yg terpendam begitu sahaja. Faktor penuaan agaknya, rasa lemau jer nak berceloteh kat blog. Tapi kalau org lain tak update blog (blog2 feberet) tau pulak rasa nak marah..eiii kenapa tak update??? hehe selfie sgt... eh selfish sgt...

Ok sebagai pembuka cerita, tak de apa pun sgt nak disharekan tapi as for me my blog nie cam lebih kepada kisah anak2, maka aku nak kenalkan lah bakal adik Marissa dan Inarah ni. Alhamdulillah dah nak masuk 33 minggu dah. Doakan aku semoga semuanya selamat dan berjalan lancar yer.


a girl or a boy?

Kehidupan semakin mencabar, dengan badan yg semakin memberat, dengan sorang anak yg dah start masuk sekolah, dengan yg sorang lagi yg semakin mencuit hati perangainya... memang berbeza preggy anak ketiga dengan anak sulung. Eh, actually this is my 4th pregnancy. End of 2013 aku miscarriage (around 12 weeks). Tapi, Alhamdulillah last year aku conceived again and now, I am in my 32 weeks.

Preggy anak sulung, kita manja sgt, byk rehat sbb takde benda lain yg nak diberikan perhatian, malah kita yg diberikan perhatian adalah. Tapi sekarang, paham2 lah, ada 2 anak kecil yg perlu diberikan perhatian. Rasanya diri sendiri pun tak cukup rehat. Mujurlah ada suami yg byk membantu. Since anak pertama hingga kali nie, sama2 ringan tulang membantu si isteri.  Alhamdulillah syukur. Syukur jugak, sama macam kandungan2 sebelum ni, aku takdelah mengalami muntah2 or mabuk2. Kadang2 tu adalah tapi very light2 lah... takdelah sampai menyulitkan. Cam sebelum2 ni gak, after masuk 3rd trimester barulah terasa macam mengandung. Apa taknya, tup2 tengok eh besar dah perut nie. Cumanya kali ni, agak cepat letih sikit. Faktor umur barangkali. Hehe. Apapun I enjoy this moment very much. 


amboi kemain tangan kaki sumer bersilang... 

Harapanku semoga dapat melahirkan dengan mudah dan selamat segalanya. Semoga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah dan semoga menjadi ibu yg terbaik buat anak2 ku. Begitu juga doaku pada kengkawan sumer. 

InsyaAllah kita jumpa lagi di lain entry yer..

Wednesday, March 6, 2013

Amalan Terbaik Semasa Mengandung

Ini pun entry lama yg tersimpan kat draft. Masa tengah preggy gak. Aku copy dari blog sape ntah, mula2 cam ingat tuk bacaan diri sendiri jer, tapi why not kalau aku share kan kat sini. Amalan2 yg memang bagus dilakukan ketika kita sedang mengandung.  Serius, tetiba rasa rindu sgt saat2 manis mengandungkan Inarah.

Aku rasa cpt sgt masa mengandungkan Inarah, tau2 eh dah bersalin, pastu tau2 eh anak aku nak masuk 4 bulan dah. How time flies.

Aku ni nak kongsi tips tapi aku rasa aku ni jauh pada layak tuk berkongsi, tapi aku rasa cam nak kongsi jugaklah apa yg aku buat semasa mengandungkan kedua2 anakku; Marissa & Inarah. Rasa cam benda baik apa salahnya kita kongsi sama2 kan.
Amalan Terbaik Semasa Mengandung

Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia?

1. Didikan Di Alam Rahim

Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.


2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.


4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.


5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.


Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah

2. Surah Ayatul Kursi

3. Surah Yaasin

4. Surah Yusuf

5. Surah Maryam

6. Surah Luqman


Ibu Sihat, Anak Cerdas

Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.

Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3

Kekacang – Tinggi serat dan protein.

Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.

Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.

Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.

Yogurt – Sumber kalsium.

Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

sumber: pa & ma

_____________________________________________________________

Apa yg ingin aku kongsikan ibu2 haruslah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Bukan masa kita preggy jer kita baca, malah lebih baik kalau ia berterusan sehingga kita melahirkan. InsyaAllah anak akan sentiasa tenang. Memang ada gak surah2 pilihan semasa mengandung. Tapi pada aku, baik dibaca jer semua surah yg ada dalam Al-Quran. Kalau boleh kita khatamkan Al-Quran sebelum baby lahir.

Tuesday, November 6, 2012

Belum Beranak Lagi lah..

Hai korang..

lama tul update blog kan.. mesti ada antara korang ingat aku dah bersalin kot...

Sekarang ni agak sibuk sikit lah, tak sempat sgt nak update blog, pastu korang taulah bila dah lama tinggal, nak start balik memang bercinta lah.

Aku sekarang ni pun tak tak taulah dah berapa minggu ntah... minggu lepas check up doktor kata dah 34 minggu lebih, padahal awal bulan sepuluh hari tu dah 32 minggu... patutnya kalau ikutkan minggu ni dah 37 minggu lah kot.... konpius aku.. takpe nanti selasa depan check up aku tanya doktor berapa minggu yg sebenarnya nie...

Kalau lah betul dah 37 minggu ni.. memang rasa debar2 lah jugak... sbb Marissa dulu lahir masa minggu ke 38. Mengandung anak pertama ngan anak kedua ni lain debarannya. Kalau masa first dulu, kita takde experience, so memang takdelah nak bayangkan apa2, tapi bila masuk anak kedua nie.. ko tau lah debaran nya camne. Excited, excited lah jugak.. tak sabar gak nak jumpa dengan baby yg dikandung nie... harap2 dipermudahkan segalanya...

Byk benda yg termissed tuk diupdate. Oh ya, minggu lepas aku terseliuh, masa tu nak kuar bilik air, tah camne kaki ni tersalah step, terus terpeleot... tapi takdelah jatuh terduduk ke apa, cuma buku lali ni terkehel lah jugak... sakitnya.. sampai takleh nak jalan.. terus merangkak masuk bilik. Gi hospital.. check baby nasib takde apa2... cumanya masa wat ctg tuh, nampaknya contraction dah ada dah... now kaki pun dah ok dah ni....

Apa lagi nak updater.. hah pasal nama anak... kali ni nama memang belum muktamad lagi.. masih mencari lagi.. hari tu ada jumpa sorang budak, suka sgt aku ngan budak tuh... kemain lagi speaking berabuk, comel pun comel... masa tu kafe, Marissa tengah menulis dengan pensil.. tetiba budak tu datang, nak kan pensil si Marissa... dia cakap cam nie "i want pencil.. i want pencil".... dengan slang dia... bila ckp melayu dengan dia, dia cam tak paham sgt.. mungkin dibesarkan di oversea kot.... so, aku tanyalah sape nama dia... dengan slang jer dia pun jawablah nama dia sape.... terus aku jatuh cinta ngan nama dia... carilah maksud nama tuh, memang ada maksud.... tengoklah kalau takde idea nanti mungkin aku namakan anak aku sempena nama budak itu...

Time Marissa dulu pun camtu gak... jatuh cinta dengan sorang baby ni masa makan kat chicken rice shop.. pastu terdengar mak budak tu panggil..."marissa.. marissa..." terus asben terfikir nak letak nama anak Marissa time tuh.. dah lah time tu pun aku menggeram sgt ngan budak itu. Senang kan kiterang pilih nama.

Korang kalau nak suggestkan nama pun ok jer... kasi idea sikit... tak kisahlah nama perempuan ker lelaki..

Oklah, nanti update lagi yer... hujan2 ni meh lah kita sama2kan doakan yg baik2 buat diri sendiri dan org2 di sekeliling kita..... Amin..

Wednesday, October 17, 2012

Walaupun Tinggal Berapa Minggu Je Lagi, Shopping Tetap Shopping

Nak kata takde baju, aku tengok penuh jer almari tuh, tapi bila nak keluar especially time nak gi kerja mula lah takde idea nak pakai baju apa. Padahal boleh jer pakai ulang2 jer baju tuh, bukan ada org kesah pun. Memang org tak kesah, tapi aku jer yg kesah.. Haha very the mengada. Bukan apa sajer lah nak berbaju baru gak, baru lah ada semangat sikit kan.

Tak adil pulak, kalau time mengandung anak pertama, kemain kita shopping baju kan, so utk anak kedua pun kita kena wat gak perkara yg sama. Tapi taklah sakan cam yg pertama dulu, yg kedua ni kira dapat jimat banyak gak lah. Baju lama masih boleh dipakai lagi, so tak perlu membazir nak beli banyak2.

Sama gak tuk barang baby pun, yg mana leh gunakan lagi, memang akan digunakan balik. Beli baru pun tetap beli baru gak, tapi tak perlulah byk2... nasib baik lah jugak girl lagi kan, so memang lah byk yg boleh direcycle kan.

Masa weekend lepas, balik daripada jemputan kenduri kawen kat Bandar Tasik Puteri tersinggah kejap kat Aeon Anggun Rawang. Ceh tersinggah katanya, padahal aku dah plan baik punya. Hehe. Kata kat asben nak beli barang2 baby, tapi sebenarnya aku yg lebih nak beli baju sendiri. Tapi memang nak beli barang2 baby pun jugak.

Barang baby yg dibeli di sana ialah, penyidai kain baby, bakul baby, toiletries tuk baby, selimut baby, towel baby, mittens & booties, topi baby, apa lagi yer ... dan mcm2 lagi lah... settle barang baby, terus cari barang aku pulak...

Singgah kat ladies department jap. Scarlet pun scarlet lah janji ada gak baju baru... ok ni gambar2 masa kat fitting room. Aku amik a few helai, tapi tak tau nak pilih yg mana satu, so tiap kali try, snap gambar, pastu tunjuk kat asben biar dia yg pilihkan.







Kalau ikut tamak, nak jer amik sumer, tapi bila asben kata, tak lama jer lagi kan, so wat pe nak membazir.. ok saya ikut kata suami. Maka daripada 4 helai, asben benarkan tuk amik dua helai sajer.. oklah tuh...

Cer tengok gelagat Marissa kat depan cermin tuh. Dia pun wat hal dia sendiri.  Camnilah kalau shopping ngan anak pompuan. Best kan?

Monday, October 15, 2012

Sudah Nak Beranak Kah?

Malam Rabu lepas, aku rasa lain macam sgt, perut menegang jer... pastu nak jalan pun cam sakit jer kat bawah. Adakah ini yg dipanggil kontraksi? Masa time Marissa dulu, aku takde experience early contraction camnie, cumanya masa pagi hari Marissa nak lahir tu water bag aku pecah. Pastu gi spital cek2 tengok dah 7cm. Terus kena tahan wad. Tapi sbb takde rasa contraction doktor suh masukkan drip, pastu baru lah ada rasa contraction.

Malam tu memang saspen gaklah, dah perut tak henti mengeras, pastu asik rasa nak buang air besar, perut memang rasa tak sedap, pastu siap ada spotting pulak tuh... cuak gaklah kot lah kalau dah tiba masa nak bersalin kan, dah lah aku tak bersiap apa pun lagi. Memang aku tak ready pun lagi beg aku ngan beg baby. Asben ajak ke hospital malam tu jugak, tapi aku berkeras nak duk kat rmh jer dulu, just monitor camne. Pape hal esok pagi baru gi hospital. So, malam tu aku tido awal sambil cakap2 ngan baby stay dulu dalam perut, cukup masa nanti baru kuar.

Next morningnya, kami pun pergilah jumpa doktor. Doktor pulak ada operation pagi tu, so kena tunggu dulu. Sementara tunggu tu, asben selesaikan dulu tugasan kerja dia dulu.

Pastu kami datang balik ke hospital, nasib baik hari tu perut dah tak mengeras sgt.

Aku pun ngadulah kat doktor apa yg berlaku pada malam sebelumnya tu. Doktor kata itulah yg dipanggil braxton hicks. Doktor scan sumer, tengok everything dalam keadaan ok, then doktor suh wat CTG. Alhamdulillah lega aku, aku ingat doktor nak wat VE ke apa.. aku tak sedia lagi lah nak wat VE.. hehe

Doktor suh aku rehat, dia kasi aku mc 2 hari dan kasi aku ubat utk kurangkan rasa contraction dan tuk hilangkan pendarahan.

Pastu gi wat CTG pulak. Nak buat ni kena pakai benda kat atas perut tuh, pastu kenalah baring dalam 20-30 minit camtuh. Dengarlah bunyi jantung baby dug..dug..dug..dug... 

Pastu mula boring, terus kuarkan tab, pastu snap2 gambar sikit.

lampu cam kat labour room

 
sambil baring

si cilik yg senantiasa menemaniku

report yg dikeluarkan dari mesin ctg

Daripada report yg dikeluarkan, contraction takdelah kerap sgt dah dan jantung baby pun ok. So, belum nak beranak lagi lah yer. Lega sikit.

cam nak jadi bidan kaedahnya budak kecik nie

 
sempat lagi tu kan

Makan ubat yg doktor kasi tu memang buatkan aku rasa nak tido jer. Rasa cam di awang-awangan jer... patutlah doktor kasi aku cuti rehat. Memang syok aku tido, pastu cuaca pulak sekarang ni kan hujan semedang, bertambah syiok lah duk kat rmh.

Ok, doakan saya yer kawan2 supaya melahirkan dengan selamat bila sampai waktunya. InsyaAllah. Oh ya, sekarang ni saya dah 34 weeks.

Wednesday, October 10, 2012

Minggu Lepas Pergi Check-Up 32 Weeks

Since hari Ahad dua minggu lepas aku tak sempat jumpa dengan doktor, sbb patients terlampau ramai sampai nombor pun dah habis maka, hari Selasa berikutnya, after office, kami pun pergi lah ke PMC utk check-up. Time hari bekerja ni, takdelah ramai sangat patients, tapi dalam tak ramai pun tunggu lama jugaklah. Haruslah kena tunggu, sbb doktor aku ni memang check patient dia sgt2 detail. Paling2 kurang pun setiap patient mesti jumpa dia dalam 10-15 minit. Tapi walaupun demikian, aku tetap prefer utk gi check up on Sunday dan tak ganggu waktu bekerja.


 kena amik darah

Check bp sumer ok. Tapi hari tu doktor nak amik darah sikit sbb dia nak tengok ada kencing manis ke tak. Ni asben punya pasal lah dia ngadu kat doktor dia kata aku kerap nak buang air kecik, standard lah tu kan, bila perut dah besar ni, memang cpt jer terasa nak buang air. Since aku ada history family member yg kena kencing manis masa mengandung, masa doktor pun buat lah test tuh.

 selesai amik darah

 tekun dan teliti kan doktor saya

Cam biasa jugak doktor akan scan perut. Alhamdulillah semua nampak ok. Masih jelas jugak ke'girl'an baby.  Doktor kata air ketuban cukup, uri kat tempat sepatutnya, baby aktif, tumbesaran baby normal, kedudukan baby normal dan berat baby pada waktu tu ialah 1.2 kg.

Nak tengok gambar baby?

nah nilah dia bakal adik Marissa

Next appointment will be on 28hb ni eh ker 21hb? aku ni manjang jer terlupa. Takpe nanti cek balik dekat appointment card.

Tuesday, October 9, 2012

Gedik Anak-Beranak Jap

Semangat sangat hari ni bila tengok gambar2 nie. Aku jelah yg semangat, korang tak yah semangat pun takpe, korang kalau nak semangat gi tatap gambar korang ngan anak korang pulak yer. Hehe.

Takpe kali ni kami berdua-duaan dulu bergedik santai, nanti tak lama kita bertiga-tigaan pulak ye.

Lama dah tak berfoto gedik camnie.. anak makin besar ni payah sikit nak bergambar bersama, kengkadang ok, kengkadang tak ok. Tapi yg byknya tak oklah. Asal hala kamera kat muka dia, mula lah dia pusing kat tempat lainlah, gerak2lah.. saje nak kasi mak dia sakit hati.

Tapi kelmarin dia mood baik, agaknya sbb bawak dia gi jenjalan kot. Ke mana? nanti aku stori mori yer.. now cuma nak share gambar dua beranak ni jer....

Hari tu agak kelam kabut nak kuar, so rasa cam tak sempat pulak nak melilit tudung bagai, pakai tudung segera jer sudah. Tulah satu2nya tudung awning yg semenggah yg aku ada. Aku memang jarang pun pakai tudung yg ada keras2 cam topi nie.  Tapi ni terpaksa beli sempena wedding adik ipar hari tu, yg nakkan kaler warna peach. Ikutkan aku, aku manalah pernah pakai warna lembut2 nie, kalau purple yer... berjenis2 purple aku ada. Dan nilah first time aku beli tudung sampai harga ratus2, selalu beli tudung sepuluh inggit je pun... so, takkan nak simpan terus kan, so suka tak suka kita ulang pakai lah jugak yo.

Eh.. bukan nak citer pasal tudung yg benarnya... cuma nak tepek gambar2 gedik2 ni jer ha.. suka pulak tengok Marissa yg agak2 sporting nie...


 eleh jeling2 mama pulak - suka tengok lesung pipit dia kalau senyum

 belajar2 senyum.. biasanya Marissa kalau kita ajak bergambar dia suka wat2 mulut.. nganga2 lah

 senyum nakal

 eh ternampak pulak  toilet kat situ

 olololo... like mother like doter

 geram geram geram.. rasa nak cubit pipi dia

 geram ngan ni jugak


 bertongkat dagu lagi

 start boring dah cuba nak lepaskan diri

 mula lah wat aksi nganga2 mulut tanda malas nak layan dah

 tapi terus dipaksa oleh mak dan ayah dia

maka inilah jadinya.... abis aku kena himpit


Aku ni pun kan, dah time sarat2 ni kan kemain lagi kat depan kamera kan. Dulu2 cam pantang jer bila org hala kamera kat aku. Nampak tak cam dah 33 minggu? Mak ai cptnya masa berlalu...