Friday, March 29, 2013

Mana Adik Mana Kakak?

Baju kakak Marissa memang byk yg elok lagi yg boleh dipakai oleh Inara. Ini yg syok nie... aku suka pakaikan dia baju kakak dia dulu, pastu amik gambar ala2 sama dengan kakak dia dulu.

Cer tengok dua beradik nie... cuba teka yg mana adik yg mana kakak... sama tak dua org nie??

Alhamdulillah masa preggy dulu, memang aku berhajat nak baby girl, sbb rindu saat2 Marissa time baby, tup2 dia dah besar, so dengan kehadiran Inara ni leh lah flashback masa Marissa baby2 dulu.















So, korang rasa rasa ada iras tak budak2 berdua nie?? Ada byk lagi gambar dorang yg pakai baju sama dan diambil di tempat dan posisi yg lebih kurang sama jugak.  Nanti aku share lagi...

Eh, Dah Hari Jumaat Lah

Assalamualaikum kawan2 semua.

Tetiba minggu ni malas update pulak. Oklah sempena pagi Jumaat yg mulia ini saya kongsikan sesuatu yg bagus utk diamalkan oleh semua.

***********************************************************************

Bacaan Ta'awwuz Mereda Marah

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Hadith:


Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Huraian Hadith:

1. Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)

2. Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.

3. Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.

4. Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin


(Copy paste dari email)



Wednesday, March 20, 2013

Baju Sama

Aku kalau pakaikan budak2 ni baju aku suka pakaikan dorang baju yg sama. Walaupun dorang bukan kembar. Tu yang sekarang ni kalau nak shopping baju budak2 ni cari yg ada saiz utk kedua2nya sekali. Marissa lah untung bertambah byk baju dia. Yang si adik dah tentu2 byk pakai baju2 kakak dia.

Ni antara baju mereka yg sama.

cam biasa aku suka sarungkan dorang dengan gaun

Marissa sekarang asal amik gambar jer buat mulut muncung. Yang si adik tu nak try buat ker atau wat muka menyampah kat kakak? hehehe

baju turun-temurun. Baju yang Inara pakai tu adalah baju Marissa dan baju yg Marissa pakai tu adalah baju kakak Ain


Bukan takat anak jer aku nak samakan.. aku pun nak selit sama gak...hahahaha

hah tiga2 sama
Sori yer ayahnya tak leh sama ngan kami, kalau nak sama tunggu anak boboy nanti yer. Baju kami tiga beranak ni aku beli kat Butik Dinaz kat The Curve sana. Hari tu upload kat FB ada yg tanya mana beli. Baju yg aku pakai tu adalah baju menyusu. Memang senang sgt lah nak menyusu anak walau di mana berada, tak yah nak selak2 baju sgt.  So far, aku adalah 3 4 helai nursing wear nie. Tak byk pun, tu pasal korang akan nampak aku berulang2 pakai baju yg sama. Bukan apa malas nak pakai baju lain payah nak breastfeed anak kat tempat public. Aku suka nursing wear dari Auntumz. Harga tak lah mahal sgt.

Dah tu jer nak citer.

Tuesday, March 19, 2013

Si Mulat-Mulat

Hai.. Nama saya Marissa Inarah. Nama manja panggil jer Inara. Mama kita ni kan tak adil tau, dulu time kakak selalu jer update perkembangan kakak kat belog, tapi time saya mama cam malas nak update pulak...syian saye..

kuku dah panjang mama lupa potong

Amboi dah pandai nak mengadu yer.. Hehe sorilah baby, bukan mama tak nak update tapi perkembangan Inara dengan kakak lebih kurang jer sama. Perangai pun lebih kurang sama jer ngan kakak masa kakak baby2 dulu. Dua2 pun tak byk ragam taim baby. Cuma dah besar tu tak taulah camne. Macam kakak sekarang kemain byk ragam kan.

 cubit pipi tu kang nak?

 si sepet yg tembun

 ada lesung pipit cam kakak Marissa jugak


Oklah sayang, mama update sikit pasal awak yer.

Inarah lahir berat dia 3.1kg. Pastu masa sebulan berat dia naik jadi 4kg. Pastu dua bulan 5.1kg. Pastu masa tiga bula berat dia 5.9kg. Sekarang Inara dah 4 bulan. Aku tak tau pulak berat dia berapa sekarang sbb belum bawak lagi dia gi cucuk. Tapi bulan ni takde cucuk, next month baru ada. So tak dapat lah nak timbang, tapi takpe kita timbang pakai penimbang kat rmh jer, tapi tak taulah ketepatan dia camne.

Inara budak yg agak ramah kot, dia rajin nak berbual2, suka cakap2 ngan kita. uuu aaa uuu aaa sambil tersembur2 air liur bila bercakap. Pastu dah pandai ketawa. Kita agah2 dia pastu dia gelak. Geli hati kalau dengar dia gelak, pastu kita pun nak gelak sekali. Pastu dia jenis leh bawak diri, dia wat hal dia jer sambil main2 dengan tangan dia kalau mama dia ni sibuk di dapur atau sibuk melayan kakak yg tetiba memerlukan perhatian yg lebih (baca=mengada-ngada).

So far, rasanya Inara bukan budak yg penangis, dia nangis bila perlu jer. Sebelum dia nangis tu dia kasi hint dulu cam buat2 bunyi "mek...erk.. mak..." lebih kurang gitu lah bunyi dia, pastu kang kalau dia dah buat2 bunyi tu kita tak datang dekat dia, sama ada kasi susu atau pun layan2 dia, dia akan nangis lah. Nangis pun takdelah nyaring sangat, sopan jer bunyi dia. Tapi kengkadang tu ter hight pitch gak tangisan dia. Tu dah hilang sabar sgt lah tu kot. Kalau dah hilang sabar sgt, kus semangat kemain mengamuk tendang2. Kaki dia memang kuat, dah sibuk nak berdiri2. Kalau time mandi tuh, kemain kaki dia menolak2 besin mandi dia tuh. Terlonjak2 kengkadang terhantuk gak kepala. Tulah sape suruh aktif sgt. Tapi dia memang jenis suka mandi. Aku pun suka jer mandikan dia, rasa enjoy jer.

Apa lagi yer... ni update seimbas lalu jer nie.. hah, nampak gaya Inara ni tak berapa suka puting. Tak mcm kakak dia penghisap puting tegar. Tak tau camne nak pisahkan puting si Marissa tuh. Dah koyak2 pun nak gak dihisap. Mama dia bkn taknak beli baru, kalau beli baru kang sampai bila lah dia nak berhenti. Hari tu pernah berhenti kejap pastu malam2 tersedu-sedan. Kasi balik kat dia. Abis camne?



 eh tetiba pulak muka sendiri

Saje nak interprem. Nak wat entry pasal diri sendiri malu, so tumpang entry pasal anak pun boleh. Wahahaha.

Dan yang paling bahagia sekali ialah dapat menyusukan sepenuhnya anak tercinta. Yup Inara menyusu badan sepenuhnya. Masuk bulan kedua cuti bersalin aku dah start kumpul stok. Sehari sebotol. So bila tiba masa aku start kerja, aku ada lebih kurang 30 botol stok susu. Dan aku start ajar dia minum hisap botol susu seminggu sekali supaya dia tak terkejut bila aku start naik kerja.

Aku pun stok memang takde lah buat byk sgt, sbb satu takde tempat pun nak storage, sbb dua aku tak nak membazir, membazir bila susu expired. Sbb byk baca ibu2 terpaksa membuang susu sbb dah expired. Yelah kat dalam peti ais dua pintu ni leh tahan 3 bulan jer kot, melainkan kalau ada deep freezer lah leh pergi sampai 6 bulan. Kira Alhamdulillah sbb ada gaklah stok susu buat back-up2 utk inara, tak macam Marissa dulu, memang kais pagi makan pagi.... pam hari ni tuk esok. Pastu stok pun paling byk simpan pun tak sampai 10 botol.

stok susu Inara

Susu pun aku takdelah kasi dia frozen jer sumer. Aku suka dia minum fresh lagi. So misal kata hasil perahan kat ofis dalam 4 botol. Aku akan simpan 2 botol sebagai stok dan lagi dua botol tu tuk next day. Pastu setiap pagi pun sambil aku direct feeding dia aku akan perah jugak, yg tu utk dia punya breakfast lepas dia mandi pagi ataupun bila dia bangun tido. Dalam satu hari Inara consume about 4-5 botol susu yg diisi 3.5oz-4oz. Ikut rezeki dia lah kengkadang 3oz jer aku bubuh.

Kengkadang byk kengkadang tak banyak

Dah lama tak citer pasal susu, rasa len macam pulak..hehehe. Hah beg belang2 tu adalah cooler beg aku yer. Tu jelah yg aku jinjing pagi petang. Jangan ingat aku bawak beg mekap pulak ke hulu ke hilir tau. Hehehe. Sekarang aku tak hangkut dah pam susu tu ke sana sini, aku tinggalkan jer kat ofis. Kat rmh aku prefer pakai manual pump jer... best tau pakai manual, cpt jer susu penuh. Oh ya pam susu yg aku pakai ialah spectra dan unimom. Yang unimom ni best leh guna 3 fungsi, elektrik, bateri dan manual. Tapi aku manual jer, mesin dia aku simpan jer buat back up kalau spectra problem.

Dah lah dari nak citer si mulat terus sampai ke cerita susu. Pastu... eh tetiba pulak rajin update blog kan? Misi satu hari satu entry. Konon lah.

Monday, March 18, 2013

Warna-Warni Cameron

Awas entry ini penuh dengan gambar2 sahaja, tu yg letak tajuk dia warna-warni cameron dan sajer aku pilih gambar stroberi sebagai gambar pertama. Suka plak aku tengok stroberi yg merah ranum nie..

rasa nak telan jer lagi best jika dicelup dengan cokelat

Kami ke Cameron masa Inara 2 bulan lebih. Tak agak2 kan, baru abis pantang dengan baby2 sekali diangkut ke tempat sejuk pulak tuh. Nasib baiklah Inara ni jenis kuat dan tak demam balik dari Cameron.

Amik gambar dulu sebelum berangkat

konvoi 2 kereta jer

Sbb waktu tu hari persekolahan maka anak2 buah aku yg lain tak dapat lah ikut. Kesian dorang. So, selain dari aku, asben dan anak2, yg ikut sekali ialah mak aku, akak aku ngan anak dia dan adik aku.
Ginilah keadaannya kalau travel ngan budak2 kecik. Kereta dah macam rmh jadinya.

Unit chalet yg kami

Sampai pun dah agak lewat petang. Kami menetap di Strawberry Park. Memang sejuk dan gigil2 lah masa mula2 sampai, tapi tengok budak2 kecik ni relax jer. Sbb dah sejuk plus hari pun renyai2 malam tu memang malas nak keluar. Kami stay kat chalet jer, makan malam pun tapau jer.

Keesokan paginya sebelum keluar berjalan-jalan

memilih key-chain utk cucu2 yg tak dapat ikut

 
pilih2 kaktus yg comelz

i love this one..pink karer
can u spot the baby?

 
pompuan dan bunga memang tak dapat dipisahkan

lawa kan kaktus nie?

walaupun ku bukan peminat kaktus, tapi tak dapat nak elak dari terbeli..pastu dari nak beli satu ketul terus terbeli 24..hehehe

 
kaktus lagi

tak abis nak letak anak kat atas pokok bunga

 
barisan kaktus tajam2

bunga rose atau dalam bahasa melayunya bunga mawar. Sajer jer nak gitau jgk walaupun sumer org pun dah tau..
bunga kebangsaan=bunga raya

hah ni adalah gadis bunga

 
amboi nak cium2 bunga pulak

 
dah lah tu.. budak ni kalau time mood ok, kemain nak pose bergambar, kalau tengah sentap.. takdelah...

 
mkn lolipop strawberi

 
tak habis2 nak muncung.. memang hover sekarang ni kalau dia pose

 

Marissa & tihani

shopping dan bayar

saya dan strawberi.. buat2 teruja cam tak pernah nampak pokok strawberi

 
silakan masuk hasil belian ke dalam but kereta

 
Kami singgah di situ

 
keluarga kami sekarang sudah berempat

semua sekali - mintak tourist dari japan ke cina tolong amik gambar

 

sama tapi bukan kembar. Sajer jer pakaikan dorang baju sama

 
saya dan anak2

mama+marissa+ayah . Inara tiada dalam ini gambar sbb dia tido.

 
again kami lagi

pantang nampak bunga harus nak amik gambar

 
di dpn banglo bnm

 

terik tapi tak panas sgt
sempat lagi tuh, sambil bergambar sambil mengupdate

 
suka gambar ni.. saya sayang keluarga saya..

Pasra jer lah Inara, kakak dan mama dia sibuk bergambar.. tapi dia apa kisah.. dia tido jer

 
kat ladang strawbery pulak. first time kot marissa jumpa pokok stroberi

 
tihani and her ummi

mamat ni pun nak jgk memoyo dengan buah stroberi. Patutlah pun, first time ucu sampai ke cameron.. kesian..
mak kalau berjumpa dengan tumbuh2 han memang teruja

aku tak perasan pun notis nie.. bila kuar baru perasan, tapi time tu dah selamat sebijik stroberi aku telan

Korang klu nak ke ladang strawberi nak petik2 buah strawberi pergilah yg dekat kampung melayu apa tah tuh... takdelah mahal sgt nak kena cas. Dorang just charged strawberi yg dipetik jer... nak masuk berapa ramai pun boleh. Ladang melayu yg punya.




shopping kat pasar pulak

kat ladang teh pulak.. marissa with her trade mark pose

 

amboi kemain nak jalan sorang2

mehlah ayah dukung kan

 
mintak tolong tourist dari singapore plak tolong amikkan

 

ini pose kangkang namanya

 
bakal menjadi ratu papan tanda..hehe

minum petang di Bharat Tea

3 hari 2 malam jer pun kami kat sana. Gambar semua sekali aku satukan kat satu entri. Koser pulak nak pecah2 entri, pastu kang terbengkalai. Ini pun kira ok lah, rajin tu takdelah sgt, tapi just letak gambar buh caption sikit, maka jadi lah ia sebuah entri. hohoho.

Walaupun Inara tak sampai 2 bulan lagi time tuh, tapi tengok gayanya macam takde masalah kot kalau next time nak jenjalan bawak dia. Mandi air sejuk pun takde hal... kesian anak aku tau, water heater kejap ok kejap tak, yg mak dia ni pulak tak rajin nak masak air, Inara mandi air sejuk jer..dia tak jerit tapi bibir terketar2.

Eh ada sikit lagi gambar yg diupdate kemudian. Gamber dari hpku.
 loving couple lah sangat

 minum petang teh o dan cheesecake


 aku pun tak paham, ni masing2 sibuk pegang hp pehal?

 tido sajer si kecik tu

Nampak noti jer Marissa dalam gambar nie..siap nak lipat2 seluar jeans dia tuh

Nanti kita gi cuti2 lagi yer.