Monday, April 12, 2010

Weekend Yang Sungguh Memenatkan

Sabtu

Pergi shopping barang2 tuk baby lagi. Rasanya ni shopping barangan bayi utk kali yg ke-4. Sekadar mencukupkan apa yg takde lagi. Malam sebelum tu aku dah watkan list barang2 yg perlu dibeli. Tapi list itu hanya sekadar list. Ikut memang lah ikut list tu. Yang ada dalam list pun aku beli, yg takde dalam list pun aku beli gak. Adoi. Kalau camtu apa guna list tu? Takpe berguna gak list tu, atlis takdelah benda2 yg terlupa.

Utk memudahkan kami, just shopping kat one stop baby centre jer. Senang. Tak yah nak jalan jauh2, sumer dah ada kat situ. Gambar takde, sbb terpampang kat pintu kedai tu "no camera allowed", jadi kamera ditinggalkan di dalam kereta sahaja. Kalau tidak dah tentu aku dah bergambar dengan Ako Mustapha dan isteri dan baby yg juga bershopping di situ. Cute jer tgk Ako mendokong baby dia dalam beg sandang depan tuh. Apa nama beg tu weh? Sling bag yer? Ingat nak beli satulah, pastu kasi asben pakai. Biarlah dia pulak kendong anak dia nanti. Kasi can kat dia, yelah kan aku dah puas kendong dah masa baby dalam perut.

Antara barang2 yg dibeli, besen mandian bayi, sarung tilam & bantal, botol susu, newborn diapers, barang mandian baby, bips, nappy rash cream, kain lampin, towel, beberapa helai baju lagi, pastu adalah benda2 kecik2 yg lain.. aku pun tak ingat apa lagi.. tapi adalah dalam 26 barang.

Ada gak lah terselit barang2 tuk aku gak, cam nursing pad. Sebenarnya nak cari nursing bra sekali, tapi takde stok lah pulak. Yang ada sumer stok yg besar2. Adoi mana nak cari ni? Ada sesapa leh tolong?


Ahad Pulak

Yang ni memang hari penat kami laki bini. Masing2 timbul semangat rajin utk mengemas dan mengubahsuai kedudukan perabot di dalam bilik. Aku siap pakai face mask lagi tuk mengelakkan bersin bila terkena habuk. Habuk memang berkati2 lah, especially kat part bawah katil. Sekarang dah bersih dah. Abis dah disedut vakum. Sampai hangit2 gaklah vakum aku dibuatnya. Tapi aku takde wat kerja berat2, kang terberanak pulak nanti. Kerja yg berat2 dah tentulah asben yg buat. Dialah yg angkat tilam, dialah yg angkat katil, dialah yg angkat almari. Fuh tak sangka leh tahan badang gak lakiku itu. Kerja aku? aku tolong buatkan air oren tuk asben. Kesian dia wat kerja sampai kehausan.

Tapi takdelah aku dok tgk jer. Aku buat gak kerja, tolong lap2kan barang2, tolong susun2, tolong kemas dan tolong bebel2. Oppps.

Dan hasilnya bilik kami kelihatan lebih luas daripada biasa. Memang saje nak standby ruang nanti nak letak playpan kat dalam bilik senang.

Bila bilik dah luas senang kami nak main kejar2. Opps tak tak... senang nak berjemaah. Sebelum ni ruang kecik, agak payah nak berjemaah.


Dah tu jelah update wat masa ini.

5 comments:

InaAchik said...

wah rajin sungguh mak buyung ni yer... :)
bila due wak?

NeenaAnuar said...

biler nak tambah sorang lagi.. harus lah memerlukan ruangan yg lebih besar kannnnn.. ;D

attyfir said...

aktif gak deqna nie..
nanti mesti mudah bersalin ..

Mrs. Eeza Herman said...

bagus2...wat exercise lebih...

Pepel BoNda AmaNi said...

bestnya soping barang bb..xsabar kita pun nak g soping barang bb...