Wednesday, February 27, 2008

Teka?

Apakah ini?







Ala mesti korang tau kan..



Tuesday, February 26, 2008

Jalan2 Cari Makan & Perjumpaan Bersama-sama Kawan2 Lama

Dari kanan; aku, Lily & Farah


Ha..ha.. panjang title aku kali ni. Malam minggu lepas aku bersama asben ada gathering ngan member2 lama masa kat UiTM Shah Alam dulu. Mereka ialah Lily, dan Farah. Sepatutnya Neena pun ada tapi last minute dia terpaksa cancel sebab dia ada hal (mak dia sakit). Giler lama tak jumpa derang ni. Lebih2 lagi si Lily tu, dekat 6 tahun lah kiterang tak berjumpa sebab dia duk kat Sarawak (sekarang dia dah berwajah baru-alhamdulillah). Si Farah pulak last jumpa pun masa wedding aku hari tu. Masing2 dah kawin pun except si Lily yang baru je nak melangsungkan perkahwinan pada awal Jun ini. Kira dia turun KL ni pun nak beli persiapan kawin dia tu lah. Wah hebat tul, kamik shopping kat KL yer.. Si Farah ni pulak baru jer lepas dapat baby.. tapi dia punya body still maintain beb. Maklumlah bekas stewardess MAS.


Us


Dengan bertemankan asben2 dan tunang masing2 maka berjumpalah kami di Muara Ikan Bakar kat Klang tu. Kemain jauhnye lah kan. Tapi takpe dek kerana Lily yang tingin nak makan ikan bakar so kami decidelah untuk berjumpa di situ. Sib baiklah couple masing2 ni very the sporting abis. Oh ye sebelum tu baik aku introducekan couple masing2 itu. Farah ditemankan suaminya; Zali dan Lily ditemankan tunangnya; Ihsan (org Petronas).

aku dah tentulah ngan mr asben aku




Farah ngan Zali; his husband



Lily ngan Ihsan; tunang dia..




Sesampai je kat sana didapati tempat terlampaulah ramai org. Nak parking pun giler jauh ke dalam. Apa lagi menapak lah nak ke tempat makan tu. Kiterang sampai time tu pun dah pukul 9pm haruslah meja pun penuh kan.. so kiterang tunggulah mana org yg dah abis makan. Sib baik dapat port best.
Tengok.. memang penuh giler




Biasalah bila kami yang pompuan2 ni berjumpa apa lagi tak hengat donia lah citer pasal zaman2 dulu. Sungguh kelakar tau. Kiterang ni dulu satu kelas (SS14) dan satu rumah masa kat Mahligai, Seksyen 9 dulu. So, macam perkara2 luculah yang ada. Terutama si Lily tu dia ada satu rahsia tau.. tapi aku tak leh citer kat sini..

chat time




Borak2 jugak kan, makan tetap makan. Menu kami hari itu ialah Kerapu masak 3 rasa, Siakap bakar, Sotong goreng tepung, Butter Prawn & Ketam masak err.. alah tak ingat lah pulak. Giler byk makanan yang diorder (yang order ni kaum lelaki itu tau, derang yang cari bhn mentah sendiri). Kiterang yang ladies ni, hanya cop tempat pastu terus borak2 pok pek pok pek. Minuman pulak jangan dikata lah.. bergelas-gelas atas meja tu, org 6 org jer tapi gelas lebih dari 10 rasanya.. Kami telah dicharge sebanyak RM275++ utk menu2 tersebut. Amacam berbaloi ke tak? Aku tak tau sebab aku bkn antu seafud.

Salah satu menu


Borak punya borak sampai tak perasan yang hari pun dah semakin larut.. bila larut malam. tara kuca he tara kuca. Org pun makin berkurangan dan kebanyakan org sudah pun balik yang tinggal hanya kami2 sahaja. Maklumlah lama tak jumpa kan, rasa masa tu cepat jer berlalu. Bila tengok sumer org dah pun balik makan kami pun mengakhirkanlah pertemuan untuk kali itu.



Boleh sampai tak perasan org sumer dah balik





Sebelum kena halau baik cabut dulu


patutlah dah dekat pukul 1 pagi pun... maka kami pun balik ke rumah dalam keadaan mengantuk



So, Farah & Lily hope to see u again guys... terubat rindu nak jumpa kengkawan lama..

To Farah: Nanti kita jenguk baby awak yer.. walaupun kita ni kat KL jer pun tapi jarang gak jumpa kan.. tapi takpe ofis kita dah dekat, after dis can meet always ok..

To Lily: In advanced - Happy Birtday & Selamat Pengantin Baru

Welcome to my Blog


Thank u to my bespren Watie yang sudi menjengah blog ini. Jangan marah yer aku tempek gambar ko ni kat blog aku. Saje nak kasi ko up sikit..hehe..

Saturday, February 23, 2008

Jenjalan Waktu Lunch time

Aku pergi Sogo masa lunch tadi. Sebenarnya aku bukan rajin sgt nak kuar time keje tapi memandangkan aku ada voucher sogo yg akan expired tak lama lagi so terpaksalah aku keluar jugak. Lagipun, sekarang ni ada Warehouse Sale untuk member card.

Nak dijadikan citer aku pun gi lah merayau sorang2 kat situ (nak kata sorang tak jugak sebab kat situ merata ada officemate aku), sampai aku terbekenankan kat 2 helai baju dan sehelai suar pendek. Mula2 rasa cam malas nak try jer, sbb malas nak tunggu, tapi lalu kat fitting room cam lengang jer. Aku pun tunggulah kat luar fitting room tu sebab masa tu ada sorang customer kat dalam. Tunggu punya tunggu tak kuar gak org kat dalam tu. 5 minit pertama aku sabar lagi. 5 minit berikutnya aku masih sabar lagi. 5 minit berikutnya pula aku rasa dah tak leh sabar. Apa taknye fitting room sebelah dah berganti org, yang aku ni masih terpacak gaklah menunggu.

Memandangkan time aku yang dah tak mengizinkan sgt (yelah time lunch je kan) aku pun cekalkan lah semangat untuk me'nyaun' (sound) org yg kat dalam tu. Tanpa berkira-kira aku pun ketuklah pintu fitting room tu. Aku suruh dia cepat sikit sebab que dah makin panjang. Lebih kurang cenggini lah "Excuse me. Can u faster, pls. Its long que outside here". Tak lama selepas itu maka kuarlah seorang pompuan dengan segedabak kain baju yang ditry nye... dia kuar jer sume org bersungut..'aiyo' sebab tengok kain baju yang ditry byk giler.. Nasib dia mintak sorry.

Lepas dia kuar, aku pun masuklah try.. tak sampai 3 minit aku dah kuar... camni lah nak jadi model kena cepat2..ewah

p/s: bkn ke maksima baju kalau nak try cuma 3 helai ajerk.

Macam2 Ragam

Masa dalam kete on d way nak ke tempat kerja.

Situasi 1
Asben: Isy sibok betul lah bapak2 lori ni kuar pagi2.. wat sesak jalan jer
Aku: Ha'ah sakit jerk hati tgk.. dahlah lem..
Asben: Pesal kat sini pun jam gak
Aku: Kan derang tengah repair jalan
Asben: Time ni lah derang nak repair.. biasalah nak dekat election ni..

Situasi 2
Selepas mengharungi jalan jam yang sedang dibaiki itu
Asben: Aik pesal lengang jer jalan ni hari ni?
Aku: Ha'ah lah sungguh melapangkan fikiran
Asben: Biasalah hari Jumaat biasa jalan tak jam

Sejurus msk highway selepas tol

Aku: Mak ai.. pesal sesak betul ni? Tadi clear jer
Asben: Tak sempatlah nak bfast sama2 nampaknye
Aku: Ala tak syiok ar
Asben: Nanti shah tapaukan nasi lemak paru
Aku: Tak nak makan heavy lar.. tgh hari ni ada lunch date ngan Farah

Situasi 3
Aku: Yang.. cuba tengok org kat kete sebelah
Asben: Yang mana?
Aku: Tu.. Sing tu ha.. yang kepala dia berikat tu?
Asben: (Tengok)
Aku: Nape dia ikat kepala dia tu? (dia ikat dari bawah dagu sampai kepala)
Asben: Ntah... dah nak mam**s kot
Aku: Isy... tak baik cakap cam tu...

Situasi 4
Setelah terpandangkan satu pasangan menaiki motor tzm di sebelah
Asben: (Gelak kecil sorang2)
Aku: Pesal gelak? tak baik tau gelakkan orang
(Dia gelak sebab org yg bonceng tu berganda besar ngan org yang bwk)

Situasi2 seterusnya
Kami meneruskan perjalanan ke tempat kerja sambil berbual-bual mesra dan menyanyi-nyanyi sambil dengar lagu...

Begitulah situasi2 semasa pergi dan pulang dari kerja.. yang perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit dari rumah.

Friday, February 22, 2008

Inilah dia..

Pengganti hp aku yang hilang tempohari. hp biasa2 ajer.


Wednesday, February 20, 2008

Kesian

Asben aku pulak dah terjangkit sakit tekak. Aku punya tekak dah ok dah. Ni dia lak yang kena. Balik keje singgah klinik & balik rumah dia kejap. Biasalah dia kalau demam memang suka meleser-leser. Kat rumah dia apa lagi meleser ngan mak dia lah. Mentang2lah dah lama tak cium tiak mak dia.. hehe rindulah tu

Dahlah esok dia kena ke JB. Alah outstation lagi laki aku ni. Sebelum tido aku suh dia makan ubat cukup2.

Saturday, February 16, 2008

Rajin ker?

Aku sebenarnya dah baper hari diserang sakit tekak. Cumanya malam tadi aku baru tunjuk kat asben, siap suluh2 ngan torch light. Bila dia tengok dia pun terkejut tengok tekak aku merah dan ada macam ulser (nampak cam byk tau). Malam tu jugak dia ajak aku gi klinik. Walaupun jam di dinding telah menunjukkan pukul 11.30mlm. Aku turuti gaklah ajakan dia tu. Sebelum ke klinik sempat lak tu singgah rmh best pren diskas pasal trip ke penang bulan 3 ni. Tak taulah on ke tak, sebab time tu tak salah hari mengundi. Pastu lebih kurang kul 12 baru gerak ke klinik. Kiterang punyalah konfiden yang klinik panel aku ni bukak 24hrs, tapi sampai2 sana tgk klinik tutuplah pulak. So, terpaksalah pegi ke klinik lain yang bkn panel. Sampai klinik boleh doktor tido, siap pembantu dia kejutkan dulu, pastu masa rawat aku siap nguap2 lagi... Setelah dicek-cek doktor kata aku demam sikit, dan tekak aku ni diserang tonsil. Doktor suh aku minum air byk2, doktor kasi aku ubat sakit tekak, antibiotik, ubat air, ubat tahan sakit dan nak tau aku telah dicharge sebanyak RM61 untuk rawatan itu... Terpaksalah aku gunakan duit aku dulu memandangkan klinik tu bkn panel. Takpe boleh claim nanti. Tak cukup itu jugak, aku juga telah mendapat cuti sakit untuk hari ini. Tapi yang bestnya, aku pun tak tau nape aku rajin sangat datang keje hari ni?? sudahnya tadi aku melepek sebab bdn rasa tak sedap lepas mkn ubat pagi tadi. Rajin na ke aku ni? Org lain susah2 jumpa doktor nak amik mc sbb nak cuti, aku ni pulak dah dpt mc tak cuti lak??

Dalam hati: Mahalnya nak dapatkan rawatan kat klinik. Terfikir gak camne kalau org yang tak berkemampuan? Kesian...

New Gadget

Lunch semalam, mintak tolong asben (mulai hari ganti diri husband bertukar jadi asben)gi maxis centre mintak balik no. phone aku yang hilang ari tu. Nasib dapat, kalau tak dapat mau lost contact lah aku ngan kawan2 lama. Bila dah dah dapat sim card haruslah nak hp nye kan, dah tu nak sumbat kat mane.. Jadinya, lepas abis keje semalam ajak asbend gi survey2 hp. Survey2.. adalah tersangkut ngan satu model nokia. Ni aku taip ni pun sambil mendengar lagu dari hp baru ku ini. Nanti aku letak gambar hp baru ni yer... Tapi harus diingat aku bukanlah seorang yang gila gadget yer... ikut aku hp murah pun aku layan.....tapi kali ni asben kata alang2 dah beli, beli ajelah yang ok sikit.. aku pun ikut ajer lah.

Friday, February 15, 2008

14 Februari

Apa korang ingat aku nak citer pasal VD (Valentine Day) ker? sori sikit ar... hari ni merupakan hari jadi adik lelaki aku yang bongsu. Ucapan aku " Dik, happy birthday yang ke-22. Cepat2 cari kerja jangan nak menganggur lama2 & jangan asyik nak pau duit aku jer". Adik aku ni baru jer abis study dalam Civil Engineering. Sape2 ada kerja kosong leh lah offer?


*******************************************************************


Alang2 dah citer pasal 14 Feb ni, aku pun nak wat gak lah ucapan untuk mr. husband kesayanganku itu. Ucapan aku ringkas ajer, "Sayang, I love u so much". Walaupun perkataan ni hari2 kiterang laki-bini ucapkan, still nak ucap gak. Tips aku pada semua memang elok jika kita selalu kerap meluahkan perasaan sayang ni..

HILANG

Confirm. Handphone aku memang dah hilang & tak dapat dikesan. Sian aku. Terpaksa beli hp baru. Tak shuke.. tak shuke.. tak shuke.. Memang aku tak suka beli2 hp ni. Pembaziran. Semenjak aku pakai hp since taun 1998 baru 3 kali jer aku tukar hp.

Hai.. Entahler..

Pagi tadi aku gi kerja naik komuter. Bengang tul aku kat sorang lelaki yang botak dan boroi itu yang mahu berebut tempat duduk ngan aku. Tak gentleman langsung ada ke patut dia dah nampak aku dah tuju kat tempat duduk tu, dia dengan tak malunye pun meluru kat seat yang aku tuju tu. Bengong tul... malu jerk aku cam main rebut2 kerusi jerk. Aku pun malas lah kan nak tunjuk beria-ia sangat nak duduk kan.. aku pun slow down lah bila nampak dia yang beria-ia nak berebut seat tu.. cam hampes.

Memandangkan itu jer seat yang kosong dalam komuter itu, maka aku pun berdirilah.. sajer jer aku berdiri dekat2 dia.. rasa cam nak luku jer kepala botak dia tu...

Aku peratikan dia ni memang tak gentle langsung, dia memang selalu berebut tempat ngan orang, kadang2 tu sanggup biar tengok bini dia berdiri, dia duk sorang2.. apa nye suami ntah..nasib bukan laki aku...


***************************

Semalam lagi kesian, masa balik kerja (masih kejadian dalam komuter) ada sorang nenek tu dia berdiri tau, dahlah tren penuh nak mampus tapi takde sorang pun offer dia tempat duduk.. cam haram tul. Aku yang terselit di celah2 org ramai tu sempat gak ar jeling2 kat sorang pompuan tu (dengan harapan dia bangun dan offer tempat duduk tu kat nenek tu).. tapi haram dia buat derk jer...bongox.. Dah lah nenek tu bawak beg besar dan berat. Nasib ada seorang lelaki yang tolong nenek tu angkat barangnye keluar masa nenek tu nak keluar train. Jadinya, sampai ke destinasilah si nenek tu berdiri.. kesian..

Thursday, February 14, 2008

Ape ape ntah..

Malam tadi masa tengah tengok citer Sindarella. Biasalah masa iklan mesti aku terlelap..

Mak: Ko ni nak tengok tv ke tido?!
Aku: (terjaga sambil terkejut)
Mak: Kalau nak tido gi masuk bilik.
Aku: (Diam dan terus duduk dan terus sambung balik tengok citer tu. Sebab citer tu citer peberet tahan gak lah aku duk situ)

Abis citer terus masuk bilik. Husband tengah ngemas2 bilik.

Aku: Isyk... sejuknya.. nak pasang air-cond ke kipas ni? sambil terus tutup kipas
Husband: Janganlah tutup kipas tu.
Aku: Kan air-cond dah pasang. Kan dah sejuk ni, pasang salah satu dah lah (mcm bunyi membebel)
Husband: Panaslah... pasang kipas tu balik...jap lagi shah tutup lah...
Aku: Ada air-cond pun nak bukak kipas gak (masih lagi ngan nada membebel sbb mood terjejas kena sound ngan mak sebelum tu)
Husband: Dah jangan nak bising-bising. Nak bising2 pergi luar. Tadi dia tgk tv aman je dalam ni.
Aku: Abis org nak duk mana? duk luar kena marah masuk bilik pun kena marah?
Husband: Duk dapur (sebenarnya dia gurau jer, tapi aku yang cepat terasa)
Aku: (Bertambah spoilt mood aku)

Terus gosok gigi, cuci muka, solat dan iron baju kerja untuk stok 3 hari. Bangun pagi konon2 nak wat majuk lagi ngan husband... tapi tak sampai hati.

Tuesday, February 12, 2008

Congratulations


Selamat pengantin baru buat cousin husbandku, Rashidee & Qat yg melangsungkan perkahwinan pada 10 Feb. 2008. Semoga bahagia ke akhir hayat.




Selamat bertunang kepada my dear fren Acim & Jef. Semoga sampai ke jinjang pelamin & bahagia ke akhir hayat. Sowi bebanyak sebab aku ngan husband tak dapat gi sebab coincide ngan wedding cousin. Apapun, aku tak lupa jasa baik ko masa aku tawen dulu, ko byk tolong aku. Insyaallah ko tawen nanti aku turun Pontian..ok?

Mana henpon aku nie?

Aku rasa takde mood sebab henpon aku hilang semalam masa kenduri husband's cousin. Puas cari merata tempat tapi tak jumpa. uWaaaa...

Thursday, February 7, 2008

Gong Xi Fa Cai

Yea yea.. esok cuti lagi... sonok betullah dari bulan 10 tahun lepas, cuti berderet-deret...
Oklah aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang meraikan terutamanya kepada Bos aku dan x-Bos aku yang aku kasihi dengan ucapan"Gong Xi Fa Cai. May the Lunar New Year bring prosperity good health & happines". Yelah sangat derang baca blog aku ni. Tak lupa juga nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Mr. ehem ehem (alamak nanti husband aku marah).

Cuti panjang2 ni kalau gi vacation kan syiok... ops tapi takleh lah cousin husband kawen this weekend.

Tuesday, February 5, 2008

Imbau Kembali (Part 3)

Walaupun cerita kahwin aku ni agak dah basi (yelah citer tahun lepas), tapi aku still nak tempekkan jugak dalam blog aku ni supaya menjadi kenang-kenangan buat aku dan suami. Kira cam diary lah kan… kepada yang boring nak baca jangan dibaca & jangan ditengok kerana entry pasal kahwin ni khas untuk aku dan suami aku ajerk.. Tapi kalau nak baca gak apa salahnya..

Kisah seterusnya (dah masuk part 3 pun)......

Kenduri kahwin belah suamiku telah diadakan pada 29 Julai 2007 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia K. Lumpur. Kira gap 3 minggulah dari kenduri belah aku. Tapi ok gak ada gap ni, sempat lah nak berehat kejap, dan ada masa sikit untuk sama2 buat persiapan seterusnya. Sehari sebelum majlis, kami semua dah berkampung kat Dewan tu.. almaklumlah ayah mertua aku ni organize sikit orangnya, siap ada rehearsal, briefing bagai... yelah kan anak sulung dia yang nak kawin...

Apapun aku amat2 hargai segala usaha dan penat lelah keluarga mertua yang mengadakan majlis perkahwinan yang meriah buatku dan suami. Terima kasih kepada semua yang terlibat...

Akhir kata, aku mengharapkan ikatan perkahwinan ini diberkati olehNya dan aku bersyukur kerana dijodohkan dengannya. Aku amat bahagia dan semoga kebahagiaan ini kekal selamanya. I love u sayang... so much...

Let's the photos tell the story...

tengah siap



dug dag dug dag

Sesi Salam kaut lah ni

" Yang.. control yang... ni live ni, kat dlm dewan ada skrin ni"

Patutnya ada bacaan selawat time masuk ni, tapi org yang nak baca tu, btg hidung pun tak nampak

Ewah.. rasa cam bangsawan lah pulak

Eh, ada tarian bagai..

Ayahanda tercinta

Memang cam Raja, dengan dayang2 nye

Aku sibuk tgk skrin, tgk video clip aku ngan asben





Bonda & Ayahanda mertuaku yg sporting


Bondaku yang kusayang

My family members

My prince charming.. luv u babe

Sunday, February 3, 2008

Imbau Kembali (Part 2)

Majlis perkahwinan aku telah berlangsung pada 08.07.07 di kediaman keluargaku. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Terima kasih kepada semua yang sama2 membantu menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua jemputan yang meluangkan masa untuk hadir dan terima kasih juga atas kad2 ucapan dan hadiah2 perkahwinan yang diberikan. Sesungguhnya majlis perkahwinanku ini meninggalkan kenangan terindah buat aku dan suami. Let's the photos tell the story... enjoy..

Kumpulan Marhaban mak aku

Aku telah di touch-up oleh Awie


Melangkah ke gerbang perkahwinan

Eh! budak kompang pun pakai gold?

Kami diapit oleh adik asben aku; Shahrin & bespren aku; Watie

Bondaku yang ku sayang

Disuap suami tersayang

Makan beradap bersama keluarga asben

Inilah dia.. hasil hantaran yang aku gubah sendiri tau

Ni hantaran dari suami; hasil tempahan


Family aku


Rakan-rakan


Aku ngan mak tersayang

Tulang belakang aku; Shima

Family aku


Family asben (mak mertua aku bengang jer ayah mertua aku pakai merah)


Pose jgn tak pose

Nilah gambar yang asben aku hantar kat Kijang