Tuesday, September 30, 2008

Rambut Raya

Rambut aku dah panjang. Ak pun pergilah trim lagipun rambut yg kat hujung2 tu dah pecah.


Tapi anty tu potong pendeklah pulak... ai dont like lah.. tapi takpelah janji ada rambut raya...hehe.. takpe rambut aku kejap jer nak panjang....
>

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya

InsyaAllah lusa kita akan merayakan Hari Raya Aildifitri.

Dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai serta semua pembaca blog ini. Saya mengambil kesempatan ini memohon ampun maaf di atas segala kesilapan yg pernah saya lakukan sama ada yg disedari ataupun tidak. Saya harap kita semua berbahagia dan gembira di hari lebaran bersama-sama keluarga tercinta. Pada mereka yg balik kampung atau kemana-mana sahaja sila pandu dengan berhati-hati.

Ingatlah org yg tersayang... & teruskan mengupdate blog memasing yer.. aku tak sure tengok keadaanlah yer.... kalau tak berupdate aku mintak maaf awal2 yer..

Duit Raya

Sape nak duit raya sila angkat tangan..




Jgn marah... aku dapat duit baru byk2.. aku tau ada gak yg gi bank tukar duit tapi dapat duit lama...

Buka Puasa Sebelum Raya

Lepas shopping2 sikit hari tu aku bawak family aku gi buka puasa kat luar. Saje nak bawak mak aku makan kat luar pulak.. Yelah takkkan aku jer nak buka kat luar kan sekali sekala tu pesalahnya bawak family makan sama2 kan...

adik aku ngan mak

adik bongsu.. 24 jam keja asyik nak bersms


Aku ngan asben.. takkanlah korang tak kenal aku lagi kan??

Balik beli barang tu singgah jap kat Restoran Cahaya Bulan (dkt jer ngan area rmh aku nie) buat reservation, amik order sumer pastu blah balik rumah jap. Dlm kul 7 camtuh kiterang pun pergilah balik restoran tuh. Nampak sumer tempat dah penuh. Seb baik dah reserve awal2. Makanan pun ada yg dah siap terhidang. Antara menu hari tersebut:

Tomyam campur

Daging masak merah yg tak berapa nak merah

Kerabu Mangga


Kailan Ikan Masin

Kerapu Masak 3 Rasa

Telur dadar


Ada lagi satu lauk udang masak petai, tapi memandangkan lauk tu sampai dah lambat, time kiterang dah start makan so aku malaslah nak amik gambar bagai.. lebih baik aku fokuskan pemakanan aku.. cea gelojoh sungguh..

Nampak cam byk jer makanan yg aku order nie, siap aku kata kalau tak abis kita tapau jelah buat lauk utk sahur tapi takde maknanyalah bila sumernya abis licin belaka.


Alah takde korang heran tengok makanan2 kat atas tu kan?? katanya dah nak hujung Ramadhan nie.. takkanlah jiwa korang tak kental lagi kan??

Bagusnya kedai ni dia ada pakej2. Aku pakej satu untuk 5-6 org. Senang tak yah pening2 nak pilih menu. Oh ya gambar minuman terlupalah pulak. Kiterang minum air tembikai + air kosong sahaja. Untuk makanan2 seperti di atas dan seperti yg tiada di dalam gambar kami dikenakan sebanyak RM79 sahaja. Aku rasa oklah tu.. daripada bwk makan bufet yg kita sendiri pun tau tak byk mana pun kita nak makan tapi kena bayar lebih kurang harga yg aku byr utk buka puasa ni tapi untuk satu kepala sahaja..

Shopping Raya

Wah sekarang ni masing2 sumer dalam mood raya kan. Jengah blog2 pun byk yg sepi jer. Termasuk gak aku. Bkn apa tak sempatlah nak mengupdate sepanjang waktu bz. Yelah dah nak raya kan mananya nak mengemas rumah, nak tukar langsir, kemas bilik, shopping.. eh shopping? lar tak abis2 shopping ke aku nie? ala shopping barang2 dapur jer sikit.

Antara barang2 keperluan yg dirembat. Nampak tak Yakult tu?? Asben aku tak abis2 ngan yakult dia tuh..

Minuman untuk raya. Sesuai utk org yg malas nak bancuh air time raya macam aku nie

Lagi minuman. Amik warna warni sikit biar meriah..

Hujung sekali tu mak aku, pastu adik aku, pastu asben aku.. Asben sampai ketap bibir. Terkejut tgk bil ker apa.. utk barang2 yg tak seberapa itu harga yg perlu dibayar ialah sebanyak RM363.12... terasa betul nilai duit sekarang nie dah tak macam dulu

Lepas balik beli barang tu, aku bawak family aku buka puasa kat luar pulak..

Thursday, September 25, 2008

Old Town Lagi

Balik shopping2 hari tu gi rumah in law. Nak buka puasa sama2. Buka puasa kat luar since uncle asben yg kat Melaka tu datang & dia nak belanja. Tapi gambar tak diambil sbb sampai ke tempat makan dah masuk waktu berbuka pastu memang tak terfikir lah nak amik gambar. Perut lebih diutamakan.

Malam tu pulak terasa nak ke old town pulak. Tak taulah ketagih ker apa.. asyik teringat-ingat air cekelat Old Town tu.. So dalam kul 11 camtuh keluarlah kami berdua.. Ajak Neena tapi msg tak berjawab sbb dia dah tidoo..

Ntah apa lah yg derang letak sampai aku ketagih camtuh


Tekak teringin nak makan tomyam. So, aku order pun orderlah Tom Yam Siam Meehoon with Crabstick. Tapi rasa dia tak berapalah.. mungkin sbb kenyang berbuka tak hilang lagi kot.. next time nak try curry mee dia pulak..


Asben pilih Xi Mut Milk Tea... ermm aku rasa air cokelat aku lagi best..


Sambil2 tu layan blog & facebook..


Memang tak puas.. kecit benar, len kali bawak laptop... yes kat sini ada wifi.. lepak berejam pun tak rasa

Dah agak mata dah kuyu barulah gerak balik

Memandangkan keesokan harinya kami bekerja, maka kami pun pulang ke rumah sejurus selepas itu. Itu supper kami merangkap sahur sbb pagi esoknya kami masing2 tak bangkit sahur.

Wednesday, September 24, 2008

Hasil Beli-Belah

Bkn barang aku sahaja yer

Kasut kerja & kasut belasahan..


Asben punya shirts.. yg dalam kotak tu spentot dia..hehe


Asben nak perfume aku pun nak jugak.. ..dapat voucher 50 yea yea...

For me and for him.. mmm WaNgi..

Sekian pembelian berhemah kami pada kali ini. Bkn membazir tapi sebagai rewards untuk diri sendiri. Bkn kata untuk diri sendiri sahaja, ahli keluarga juga tidak dilupakan.. :)

Shopping Raya Jom

Bukan aku yer yg 50% off tu yer..

Byk betul aktiviti aku hujung minggu hari tu. Salah satunya ialah SHOPPING. Mana lagi kalau tak kat Sogo. Seb baiklah asben aku jenis tak kisah ikut bini shopping. Apa tak kisahnya dah tentunya nak cari barang dia sama.




Menghilangkan boringlah tu.. Nampak baju ungu tu? dia kepitlah ke sana sini baju aku tu.. abih dah bini dia dah tak cukup tangan nak pegang kan..

Tengah fikir apa yg aku nak nie sebenarnya..

Tengok betapa ramainya umat kat dalam tu... aduh memanglah merimaskan..

Amboi mengalahkan aku lak asben aku nie.... aku time shopping2 tu tak terfikir pulak nak bergambar2 nie.. fokus shopping ajer.. dia lak yg terover..

Tension jer sales girl ni ngan aku. Mula2 aku mintak saiz 5, tapi dia kasi aku saiz 6, aku suh gak dia amik saiz 5, dia pun gi lah cari saiz 5 tu kat stor & simpan balik kasut yg saiz 6 tuh. Bila dah try saiz 5 rasa cam terkeluar pulak tumit. Aku mintak balik saiz 6, dah satu kerja dia pergi balik kat stor amik kasut yg mula2 tu. Sengal btl, kan ker bagus yg saiz 6 tu dia biar je dulu kat aku.


Tengah menimbangtara nak beli ke tak..


Try jgn tak try

Tak puas hati lagi tu nak gak cari yg lain.. tapi tulah benda kalau kita plan nak beli haruslah tak jumpa yg berkenan, cuba kalau kita jalan2 tak plan nak beli mesti jumpa jer yg berkenan. Aku biasa kalau camtuh aku rembat jer..tak yah tunggu gaji ke apa ker.. sbb dah tau kalau nak cari tu mesti susah nak cari yg berkenan.

Arghh dah penat dah.. amik jelah apa2 dari takde

Siyes aku tak suh pun asben aku amik gambar2 kat atas ni sumer. Dia buat dengan kerelaan hati dia. Biasa dia yg bising kalau aku sibuk nak bergambar.. musykil aku.. mungkin dia dah rajin mengikuti blog aku ni kot...

Nampak cam aku sorang jer yg membeli kan? Tak.. barang tuk asben pun ada.. nanti aku continue apa hasil2 penyoppingan pada hari tersebut....

Tuesday, September 23, 2008

Majlis Iftar Ramadhan

Siapakah yg sedang bersiap-siap ini? siap lilit tudung ke atas kepala lagi..


Last Saturday asben aku dapat undangan ke majlis berbuka puasa di Kuarters Subang Jaya. Asben ajak aku sekali. Mula cam berat jer nak ikut. Tapi bila fikir balik asben boleh jer ikut kemana aku gi, apa salahnya aku ikut dia pulak kan...



"Alangkah bagusnya kalau......" mungkin tulah yg asben aku fikir kot...




Ewah... bila penampilan begini, otomatik terus jadi sopan okey..

Sebelum majlis berbuka, para hadirin sebelum itu telah diperdengarkan dengan ceramah daripada Ustaz yg telah didatangkan khas. Ceramah tu dekat dalam dewan. Niat dihati nak amik gambar tapi rasa segan menyelungi diri plak, yelah dahlah aku masuk pun dah agak lewat, masuk2 makcik2/kakak2 sumer tertumpu kat aku pulak.. eleh perasan pulak aku..

Waktu berbuka hampir tiba. Buka puasa dengan yg ringan2 dulu, pastu solat Maghrib. Lepas Maghrib baru sambung makan balik.



Lepas dah buka ala kadar, para jemaah terus bersiap sedia untuk solat Maghrib pulak. Lepas Maghrib baru lah heavy sikit. Sedap gak lauk hari tu. Ada ayam goreng rempah (yg super sedap), gulai nanas ikan masin, sambal udang dll lagi.


Kiterang makan asing2. Sorang duk sana, sorang duk sini. Takkan lah nak berkepit jer kan. Agak2 lah...

Siap makan sumer bersiap-siap untuk solat Isyak pulak diikuti dengan Solat Terawih 8 rakaat. Aku suka imam tu, mampu menggetarkan hati para jemaah. Aku yakin sumer jemaah tak mampu menahan air mata daripada menitis. Sungguh meninggalkan kesan yg mendalam.

Ustaz tu yg pakai serban putih yg belah kanan sekali. Masih muda & masih single.

Habis majlis sumer kami pun bersurai. Tetiba aku tak tau lak nak buat closing.

Kad Raya

So far aku dah terima 6 keping kad raya. Terima kasihlah kat korang yg kirim tu yer... Aku terima daripada kak EJ, Lily & My Ex-Boss. Yg lain2 company2 luar yg kasi. Tak ketinggalan daripada asben aku sendiri. Hari tu balik kerja, tgk ada 3 keping kad untuk aku, sikit punya aku eksen kat asben, sbb tiga2 tu aku punya...

Pastu dia sibuk tanya, sape bagi, aku ckplah memember lah... Pastu aku pun bukaklah salah satu kad, tengok2 cam kenal je kad tu, rupa2nya asben aku yg hantar dah... sesia jer aku eksen kat dia. Seprais lah konon tu kan, padahal boleh jer dia kasi aku by hand jerk.



Yg hijau tu dari asben aku, panjang lebar dia tulis tu... aiseh aku lak yg lupa nak kasi dia kad...

Tiap tahun dia masih akan poskan aku kad, walaupun duk serumah jer..