Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Zahira dah 5 bulan

9 August hari tu, Zahira genap 5 bulan. Sebagai hadiah birthday, keesokannya tu kami bawak dia pergi check up bulanan dan injection 5 bulan. Kesian ia. Hehe.

Oh ya utk check Zahira, kami bawa dia ke Klinik Kesihatan (KK) kat kawasan rumah jer. Ingatkan kalau beranak kat private tak boleh check up anak kat gomen, rupanya boleh lah. Dua2 kakak Zahira sebelum ni bwk gi private jer, pastu payah nak cari klinik utk buat injection immunisation, asiknya takde stok, dah kena jumpa paed lah pulak. 

KK kat kawasan aku ni lengang jer, tak yah nak tunggu lama.  Stok sentiasa ada. Pastu dorang cek detail pulak tu. Tapi cumanya kena bawak anak time weekdays jelah, so kena allocate cutilah setiap bulan tuk cek baby. 


Zahira yg sentiasa camera-ready

Masa tu nurse tengah ukur tinggi Zahira. Tinggi Zahira time tu ialah 67cm. 


Nak ukur berat kena tanggal baju sumer


Timbang berat

Berat Zahira pulak dah naik ke 7.4kg. Amboi umur 5 bulan berat dah nak sama dengan sekampit beras dah nie, Kalau dukung lelama memang leh rasa lah lenguh2 tangan ni.

Nurse pun kata graph Zahira pun cantik. Underweight tidak, overweight pun tidak.


Time cucuk
huk hek sikit

Kejap jer dah 5 bulan si Zahira nie, tak lama lagi dah nak masuk 6 bulan. Dah boleh start kasi dia makan. Jenuh lah mama nak fikir menu tuk Zahira pasni. So far, Alhamdulillah Zahira masih fully bf. Satu hari aku kena bekalkan dia 4 botol susu x 4 oz. Biasa dia minum 3 botol jer, lagi sebotol tu buat bekap kengkadang tak cukup.

Monday, June 24, 2013

Sedang Mencari-Cari Baby Carrier

Jerebu makin teruk kan. Duduk dalam bangunan pun boleh terasa sesak nafas bau asap. Pastu mata cam berkabut jer.. tak selesa. Harap2 cepatlah keadaan pulih seperti sedia kala. Sama2lah kita berdoa yer.

Ok sekarang ni aku tengah mencari-cari baby carrier utk Inara. Senang nanti kalau nak travel. Pastu tak semestinya time travel je boleh guna, kat rmh pun boleh jer. Tambahan pulak sekarang, Inara dah pandai demand, kalau dulu dia tak kisah duduk sorang2 kat hall tengok tv atau guling2 tapi sekarang bila dia tengok kita takde kat sekitar dia, dia dah mula mek..mek..mek..  (buat bunyi cam panggil kita lah).. pastu bila kita datang kat dia senyap sengih2, pastu kita tinggalkan dia start dah menjerit nak kita dukung. So, bawak lah sekali gi dapur. Senyap jer dia tengok kita wat kerja dengan sebelah tangan sambil sengih. So, aku fikir kalau ada baby carrier ni cam memudahkan gaklah nak wat kerja2 rmh.

Aku berminat betul dengan carrier kat jumpsacbaby. Dahlah sekarang ni aku addicted shopping online. Last week most everyday ada jer barang yg sampai.  Ni rasa cam laju jer tangan aku ni nak membeli benda ni.  Tapi tahan2 kan dulu, tengah survey dan tgh wat perbandingan harga. Boleh tahan mahalnya yer. Tapi cam tak berani gak nak beli online, kalau boleh nak test drive pakai dulu selesa ke tak..


nampak selesa jer baby kat dalam tu

 
color n patern ni pun menarik

 
Mommies pls share baby carrier mana yg bagus dgn harga berpatutan & boleh gak share pengalaman gunakan baby carrier nie. Aku memang nak urgent nie. Nak gi kuar cari kat kedai agak payah sikit lah, cuaca not so good, so stay indoor jer and stay online shopping jer.

Tak sabar nak letak budak ni kat dalam carrier.. mesti nanti dia tersengih jer dpt dikendong mamanya walaupun tengah basuh pinggan kat dapur.

anak jepun ke anak korea nie

Ntah ikut sape lah si Inara nie, mata sepet takde kelopak mata langsung.

Monday, December 31, 2012

Entry Last Untuk 2012


Makin lama makin kelaut aku nak update blog nie. Blog kengkawan pun dah lama tak masuk. Nanti ada masa aku jengah yer.
 
Ni pun update gaklah sebagai penutup entry utk tahun ini. Byk suka duka sepanjang 2012 ni. Antara kenangan yg paling tidak dapat dilupakan ialah menjadi tetamuNya semasa melakukan Umrah bulan Mac yg lalu.
 
Sekembalinya dari Umrah, dapat tau pulak yg diri ini pregnant. Syukur Alhamdulillah.
 
Lepas tu saat yg tak boleh dilupakan lagi ialah saatnya bergelar sebagai ibu untuk sekali lagi. Alhamdulillah selamat melahirkan pada 15 Nov yg lalu.
 
24 Dec yg lalu pula, telah pun menyambut hari kelahiran yg ke 32. Alhamdulillah. Eh sebelum tu 1 Dec, husband terlebih dahulu menyambut hari lahirnya. Yea we both are Dec baby, klu baby kuar ikut due date, tentu baby pun jadi Dec baby jgk.
 
Sempena birthday ni jgk husband menghadiahkan sesuatu tuk aku. Seprais lah jugak. Balik2 ofis hari tu terus hulurkan kotak berisi hp.  Almaklumlah hp aku sebelum ni kan rosak. Bukan kata dia belikan tuk aku sorang jer, dia gak turut menghadiahkan diri dia sendiri jugak.
 
Dan sebagai penutup tahun 2012 ni jugak, hari ini adalah 45 hari tempoh berpantang aku. Yihaaa. Seronoknya. Tahniah wat diri sendiri kerana berjaya menghabiskan tempoh berpantang ini.
 
 
Marissa Qaisara (2 tahun 7 bulan) & Marissa Inarah (45 hari)
 
Tapi masa gambar ni diambil Enara belum lagi 45 hari. Belasah jelah guna gambar mana yg ada. Gambar aku terkini takdelah pulak. Nanti lah yer... Ada ke pun org rindu..hahaha... yg pasti berat adalah kurang 17kg sebelum bersalin. Berat naik adalah 20kg hari tu. Baju2 lama adalah muat tapi adalah ketat. Macam mana tuh?
 
Oklah, kepada semua kawan selamat menyambut kedatangan tahun 2013, semoga tahun mendatang membawa lebih bahagia dan berkat kepada kita semua.
 
Ok jumpa tahun depan yer.... bye...

Friday, June 29, 2012

The Priceless Baby

Bukan mudah nak dapatkan baby ini. After 14 years baru dapat.... Ya.. semestinya kamulah yg paling berharga buat ibubapamu...

Assalamualaikum and welcome to the world baby.... semoga membesar dengan sihat dan sempurna.


Tengku Farah Tihani in da house

 

3 hari selepas dilahirkan

Syukur Ya Allah.... Walaupun Tihani pra-matang, Tihani tidak diletakkan di dalam inkubator... semoga terus kuat dan sihat yer baby.... cepat2 besar yer sayang...

Semenjak baby ada kat rmh mak, Marissa kemain lagi sekarang asik wat perangai, ini tak kena, itu tak kena... rasa tercabar lah tu sbb dia dah tak baby lagi...hehehe... camne lah nanti bila dia dapat adik betul2 nanti....takpe dia kena prektis dari sekarang.

Wednesday, June 27, 2012

Marissa Dah Jadi Kakak

Hah pasni Marissa dah tak leh dah nak feeling2 baby sgt.... almaklumlah dia sekarang ni dah jadi kakak... :P

Syukur Alhamdulillah. This is a very good news to our family... dan saya patut mengucapkan tahniah kepada my eldest sister yg selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 23 June yg lalu. Ini adalah baby yg paling berharga buat my sister and her husband as this is their first baby after 14 years marriage. Setelah pelbagai ujian melanda, akhirnya mereka dikurniakan juga seorang cahayamata. Actually, ni bukanlah anak yg pertama tetapi kalau nak ikutkan mungkin merupakan anak yg ke lapan, tapi anak2 yg sebelum ini tidak sempat pun melihat dunia ini. Mungkin mereka lebih suka menanti ibubapanya di pintu syurga.

Dengan ini selamat datang Tengku Tihani bte Tengku Ahmad Fazmi seorang baby comel dan sihat walaupun dilahirkan beberapa minggu awal daripada tarikh yg ditetapkan doktor utk pembedahan.

Tak sabar nak jumpa baby ni, sbb masa hari tu visit kat hospital, baby masih diletakan di nicu utk pengawasan. Tapi since yesterday, baby dah leh duduk dengan mummy dia kat wad biasa.

Marissa jgk nampaknya telah menunjukkan sifat2 seorang kakak yg penyayang... bagus2...

gambar baby takde lagi kita gantikan dengan 'baby tua' ni dulu

Friday, August 13, 2010

Kerja Baru Aku

Dulu aku pernah mention yg aku ada job baru kan.. Tapi job baru ni perlukan peralatan2 utk mempermudah melakukan ia. Nak tau apa dia???


Tau tak apa nie?

So, tau tak apa yg aku buat? Ntahlah mula2 aku tak terfikir nak fully breastfeed Marissa. Just that a week before aku start kerja tetiba datang semangat nak kasi dia fully breastfeed. Tu yg gigih gi cari pam segala. Gigih gak nak kumpul stok byk2. Alhamdulillah sepanjang aku kerja, Marissa dapat bekalan secukupnya. Tu yg bertambah bam bam tuh.

Tapi nak kata Marissa sebelum ni tak minum langsung susu formula tak jugaklah, sbb masa kat hospital jer misi dah kasi dia susu formula. Pastu bila tgk Marissa ok jer ngan susu tu, aku pun tanyalah dorang pakai susu apa, pastu aku pun beli lah susu yg sama tuh. Sebelum Marissa fully breastfeed, aku kasi dia minum susu Wyeth 26 Gold. Sekarang ni, bila dah fully breastfeed, bila aku kasi susu tu dia dah tak mo dah. Ibu2 sila marah aku yer sbb kesedaran aku nak kasi Marissa fully breastfeed datang agak lewat.

Hari tu adalah jenjalan kat kedai member aku yg menjual barangan baby, terjumpa dengan drying rack nie. Terus sambar satu.



Senang nak letak botol2 yg telah dicuci. Dah lah botol kemain lah byk semenjak aku gigih kumpul stok nie. Tu pun seb baik lah ada member2 yg bermurah hati menghadiahkan Avent Sterilizer masa Marissa mula2 lahir dulu. Senang kerja aku nak mensteril.

Doakan aku dapat terus melakukan kerja murni ni yer u ols:)

Wednesday, July 21, 2010

Setiap Tangisannya Ada Makna Rupanya

Entry ni aku copy dari member blog ini. Almaklumlah tetiba jer aku sekarang ni dilanda wabak malas nak update blog pulak. So copy mengopy jelah yer.. janji ado entry kat blog aku nie. Lagipun aku rasa menarik dan berguna utk dikongsikan bersama2 korang2 yg ada baby tuh.

****************************************************************************

Mari belajar bahasa bayi

Disebabkan aku sekarang adalah dalam dunia keterujaan yang amat sangat dengan web yang baru aku jumpe baru2 ni, aku ingin la berkongsi dengan kawan2 sekalian.. nampak macam jakun je kan? hahaha

ok2, tak perlu buang mase jom tengok ape yang aku da paham setakat ni.

kalau bayi menangis berbunyi seperti NEH bermakne dia lapar.. tak semestinye bunyi dia neh je, kene perhatikan pada bentuk mulut dia.. nampak macam oval shaped mouth.. tandanye bayi tu lapar.. susukan dia.. cara2 yang betul untuk susukan dia samada melalui botol ataupun terus kepada payudara ade diajar dalam video yang bersepah kat youtube tuh.. search aje ye puan2..

kalau bayi menangis berbunyi seperti EH pulak bermakne dia mintak kite sedawa kan dia.. pun ade dalam tu dia ajar cara2 yang betul untuk burp kan bayi kite.. oh ye mase menyusukan dia, jangan terus burp kan dia.. melainkan anda dengar dia menangis atau berbunyi lebih kurang mcm EH.. baru bole burp kan dia ye.. kadang2 sebelum menyusu anda terdengar dia EH, anda tak boleh teruskan menyusu.. kene burp kan dulu baru bole sambung penyusuan si kecek tu.. ok setakat ni clear kan? :P

kalau bayi menangis berbunyi seperti HEH bermakne dia dalam keadaan tak selesa, samada terlalu sejuk, terlalu panas, atau lampin basah.. dan jugak dia mintak di ubah posisi kedudukan dia.. bayi pun tau bosan bile asek duduk aje kan.. dukung2 la sikit.. kalau sejuk tambah pakaian atau selimut, panas kurangkan selimut atau bende2 merepek kat atas badan bayi.. lampin basah macam biase la, tukarkan je.. make sure bile wet wipes yang anda gunekan tu kat punggung bayi, lepas tu kipaskan sikit supaya punggung dia sentiase kering.. ini penting terutama bayi lelaki.. macam anak aku la.. kene jaga alat sulit dia.. huhu

kalau bayi menangis berbunyi seperti EAIRH bermakne dia kembung.. ok ni aku mengaku aku belum mahir nak keluarkan angin kat perut dia.. asben aku terer.. hehhe dia da expert sikit dari aku la.. jeles betul..
bunyik tangisan kembung dia macam lain sikit, kalau diperhati betul2 macam dia meneran.. cakap banyak pun tak gune, nanti puan2 paham la lepas bace kat web dia nanti.. kat sini aku cume huraikan aje..

kalau bayi menangis berbunyi seperti OWH bermakne dia letih dan nak tidur.. dodoikan aje bayi anda.. ade macam2 jenis latihan untuk semua bahase2 bayi ni.. yang penting sekali kene dengar betul2 bunyik baby menangis.. jangan panik.. jangan stress.. sebab bile kite da fully paham semua bahase ni, aku gerenti takde da istilah baby meragam tapi kite tak reti nak buat ape contoh macam aku.. hahahaha

ok selamat mencube ye!

******************************************************************************

Lepas aku baca entry dari Reen nie, jenuhlah pulak aku menunggu Marissa menangis.. nak buat eksperimen lah konon.. tapi sudahnya dari tadi tido jelah pulak anak dara aku nie... Yelah selama ni aku tak perasan pulak jenis tangisan anak aku nie.. rasanya mcm sama jer, yg beza nya cuma kengkadang menangis perlahan kengkadang terus menjerit tak hagak2. Ok Marissa, pasni mama jadi lebih alert lagi yer...

Nway, thanks yer Reen sbb izinkan saya copy entry ini.

Thursday, April 22, 2010

Belum Dicuci Lagi

Rasanya shopping baju baby dah cukup lah kot. Adalah beberapa helai tuk new born dan beberapa helai tuk 6 months & above. Org kata baby cpt membesar, so tak perlu beli byk2 sgt baju new born. Sbb masuk bulan kedua, ketiga baby dah tak muat dah nak pakai baju new born. Tapi bergantung pada saiz baby gak lah kan. Tapi takpe gak beli byk2 sikit, sbb baby satu hari kan sampai kena tukar baju berkali-kali. Kejap comot kena susu lah, kena itu lah, kena ini lah.

Antara persiapan buat si kecil

Patutnya sekarang ni aku dah leh dah start cuci2 baju2 ni sumer. Tapi tulah tah bila lah nak buatnya. Asik bertangguh-tangguh. Kalau boleh takmo masuk mesin, nak cuci tangan jer, yelah kalau masuk mesin nanti abis baju jadi komot2. Dah tak nampak baru dah.


price tag pun tak dibukak lagi
Asben aku lah nie, tah agaknya tak sabar sgt kot.. abis sumer baju dia longgokkan kat atas katil. Pastu sibuk dok amik gambar. Aku time tu tgh layan tv kat luar. Masuk2 bilik tgk dia tgh wat photoshoot baju baby. Wah photoshoot lah sgt pun..

Ni baru koleksi baju2 baby jer nie

Jangan esok asben aku dok longgok barang2 lain pulak sudah. Ni mau esok besin mandi baby, napkin, pampers, syampoo, botol susu dan segala macam barang baby dia letak kat atas katil pastu dok amik2 gambar. Takpe biarkan jelah ye tak?

Boleh pulak terselit majalah pama kat situ


lagi barang baby

Tengoklah kalau rajin weekend ni nak start mencuci lah. Kang tangguh2 nanti takut pulak terberanak awal ke apa. Memang lah ada lebih kurang 8 minggu lagi.. tapi tu sumer tak leh nak jangka kan.


p/s: Hari Ahad ni ada check-up. Tak sabar nak tgk development baby.

Friday, November 6, 2009

Akhirnya....




Dapat jugak aku tidokan Baby Darwish ni dekat pangkuan aku. Punyalah dia meragam hari tuh.. asyik nak menangis jer... aku pun cuba lah nasib kot boleh mendiamkan dia. Di kala mummy dia sibuk kat dapur aku pun cubalah kot boleh mendiamkan dia.. Sekali dia lena dalam dakapan ku.. fuh... sonok sgt.. dapat tidokan baby...

Oh ya.. cerita makan2 di rmh Za & Lee ini adalah masih dalam pembikinan... citer agak2 dah basi dah tapi tetap akan aku post kan jua nanti.


Hah ni baru betul2 mummy sebenar Darwish..