Showing posts with label Ain. Show all posts
Showing posts with label Ain. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Nak Kerja Bank Katanya

Marissa kan kalau ditanya dah besar nak jadi jadi apa, dia akan jawab "Nak keje bank gaghe" (ada punyi pelat sikit). Nape nak keje bank? Nanti dia jawab "ada duit baaaaanyyyaaaakkk". Yer memang mata duitan sgt anak dara tuh.

Dan dah lama Marissa bising kata nak gi ofis mama. Nak naik lift. Sbb dulu2 dia selalu ikut ayah dia jemput mama dia kat ofis, so sementara tunggu, ayah dia bawak jenjalan kat sekitar Muzium & art galery kat Sasana Kijang. Semenjak dia gi situ dulu sampai sekarang nie, dia memang ingat bank memang ada byk duit. Sbb apa? Nanti aku tunjukkan.

Hinggalah baru2 ni sempena cuti sekolah jugak, alang2 jemput aku kat ofis, asben bawak lah si Marissa ni bersama2 kakak dan abangnya ke Muzium & Art Galery nie. So sementara tunggu aku abis kerja dorang melepak lah dulu kat sini.

Eh tempat ni open for public tau. Dibuka Setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Nak tau lebih lanjut leh google, sbb aku cuma nak citer pasal budak2 ni jer..


Dapat gaklah merasa keje bank di Bank Si Kijang

Main bank2 katanya

Siap boleh cop duit sendiri tau. Kemain suka budak2 ni dapat cop duit sendiri. Walaupun duit tipu2 jer..

muzium duit

Playing the game

 
Mereka dengan duit2 cetakan sendiri

1 2 3 action

Terowong duit

Hah ni lah dia sbb Marissa kata kat bank byk duit. Sbb kat belakang budak2 tu memang duit betul. Ada berjuta ringgit malaysia kat terowong tuh. Dari duit lama hinggalah duit baru sumernya ada kat situ.

Marissa siap nak duduk bersandarkan duit

Dah lama tak citer pasal Ain ngan Adam kan, dulu sebelum ada anak, budak berdua ni jelah modal aku nak citer kat blog, tapi sekarang dah ada dua anak pun kengkadang takde modal nak citer kat blog. Hahaha.

Marissa suka naik lift kaca nie

Yelah duk rmh atas tanah, so memang jaranglah dapat naik lift kan, tu yg bila dapat naik lift ni kemain jakun dok turun naik, turun naik lift. Tu yg penyebab bila balik rmh masing2 muntah. Sorang muntah dalam kereta sorang muntah atas katil. Lawak tul budak2 nie.

Sonok dorang dapat belajar pasal duit

Kat Muzium ni jugak ada disediakan Kafe. Dah penat2 leh lah minum2 sambil makan2 di Kafe Muzium ni. Aku suka giler sandwich kat sini. Sedap dan tidak menghampakan. Harga pun berbaloi2.


Pandai gak asben aku uruskan budak2 nie. Yelah dengan sorang nak terkecing lah nak apa lah. Pastu ada pulak tegur asben "eh dah 3 anak eh? dah besar2 pulak tuh".. hehehe.

Ok sesape yg nak bawak anak ke sini dipersilakan, sgt2 best tempat nie..ni Marissa yg kata yer.. dia suka tempat nie... Ain ngan Adam pun suka jugak. Ni cuti sekolah pun dah nak hbs ni sempat lagi ni kalau nak bawak anak2 datang ke sini.

Ni alamat dia

BNM Muzium & Art Gallery

Bank Negara Malaysia
Sasana Kijang
2, Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur

www.museum.bnm.gov.my
infomuseum@bnm.gov.my


Tel : 603 9179 2888
Fax : 603 9179 2161





Diakhiri dengan gambar budak ini.

Friday, January 7, 2011

Sorang Dah Darjah Dua, Lagi Sorang Dah Tadika

Tahun ni Ain dah masuk darjah dua. Adam pulak dah masuk tadika. Kejap jer dah besar anak2 buah aku nie. Dulu sebelum ada Marissa dengan dorang ni jelah aku aku melayan. Tapi sekarang dah ada Marissa, tetap aku layan gak budak2 nie. Tetap gak manjakan dorang. Tetap gak belikan sumting tuk dorang. Tapi Marissa tetap dapat lebih lah. Hehe.


Marissa with her cousins

Si Ain, makin besar cam kureng sikit nak bergambar. Asik nak mengelak. Dia ni halus tinggi. Panjang macam ayang dia gak. Garang gak orgnya. Adam selalu jadi mangsa. Baru2 ni balik sekolah dia kata cikgu lantik dia jadi Penolong Ketua Kelas. Sesuai lah tu kan. Kata garang, so menggarang lah ngan budak2 kelas tu yer. Tapi walaupun cam dia ni garang dan tegas, tapi kalau dengan Marissa.. ya Allah lembut kemain.. pandai jaga Marissa.

Marissa tetap ngan muka ketatnya


Ain ni jugak boleh dikatakan aktif dgn FB dia. Kalahkan aku. Tapi fren dia di kalangan ahli keluarga ajer. Ada gak member aku yg nak add dia, tapi dia kata not now. Berlagak kononnya kawan dia dah ramai sgt lah tu, padahal tak sampai pun 30 org pun. Sumer game kat FB tu dia dah try. Level pun leh tahan. Cuba ko tanya aku pasal game2, sepatah haram pun aku tak reti.

Peace peace kacang pis

Adam pulak dia ni ada masa sikit. Kalau datang mood dia bergambar kemain lah di menyegih sampai nampak lesung pipit. Tapi cer kalau time dia takde mood, ko suruh lagu mana pun takkan dia nak. Duk lah lari sana lari sini, tutup muka tak nak org amik gambar dia. Dia jugak peminat setia Aril. Suka sgt dengan gaya rambut Aril. Jenuh lah akak aku nak memacakkan rambut dia.

sayang sayang

Now Adam dah 5 tahun, dah tadika dah pun. Smart jer tgk dia pakai baju tadika dia. Dah macam budak sekolah pulak, bila pakai baju biru cam baju pengawas dengan seluar biru pekat. Hari pertama sekolah hari tu oklah dia, takde meragam takde apa, aktif dalam kelas, tapi tiba waktu rehat elok jer dia kemas barang2 dia pastu cakap ngan ibu dia "ibu jom balik bu". Tetiba ko kan... tingat botol susu lah tu kot.. haha

ini teddy bear saya

Yang ini belum bersekolah lagi. Bersekolah di rmh sahaja. Suka bergambar. Tapi bila hala kamera jer kat dia terus jadi muka ketat.

Wednesday, October 13, 2010

Perihal Mereka Lagi

Baru2 ni punya perbualan antara aku dan Ain dan Cik Cah (asben aku) dan Adam:-

Gigi Tupai

Ain: Ala.. Ain takutlah gigi Ain ni dah goyang
Aku: Takut? Pesal lak takut.. bukan selama ni gigi goyang, Ain cabut sendiri jer kan? (Serius budak ni rilex jer cabut gigi sendiri)
Ain: Bukan takut nak cabut lah..
Aku: Abis tu?
Ain: Takut bila gigi ni tanggal nanti gigi Ain jadi gigi Tupai.
Aku: Kenapa pulak gigi tupai? Tak pernah dengar pun.. gigi rabbit pernah lah dengar
Ain: Yelah kalau gigi ni tanggal nanti tiggal dua batang gigi kat dpn. (Sbb belah kanan yg mengapit gigi dpn tu dah tanggal, kalau satu lagi tanggal yg belah kiri alamatnya tinggal 2 batang jelah kat dpn)

Buncit

Cik Cah: Adam sayang Marissa tak?
Adam: Mestilah sayang.. sbb Marissa comel..
Cik Cah: Adam suka baby tak?
Adam: Suka
Cik Cah: Kalau suka gi lah mintak baby kat ibu..
Adam: Ala.. ibu tu tak buncit2.. mcm mana nak ada baby.. sikit2 sakit perut, pastu berak..


Kurus

Aku: Ain..pesal pakai baju Adam ni?
Ain: Baju adik kecik sikit, bila pakai nampak kurus sikit.
(tak padan ngan kurus budak ini)

Lama Kan Tak Citer Pasal Budak 2 Org Nie

Pada sape yg mengikuti blog aku dari dulu lagi, mesti perasan kan dulu aku kerap citer pasal anak2 buah aku. Si Ain ngan Adam. Tapi sejak ada anak sendiri ni, update pasal mereka terkurang lah pulak. Apa nak buat.. Marissa dah take over tempat mereka. Tapi apapun ayang dorang ni tatap lah syg kat dorang berdua nie.

Dua2 pun dah besar. Ain dah darjah satu. Adam dah 4 tahun.

Ok ni sambung entry sebelum nie. Marissa dok menengok cousin2 dia ni swimming kat pool. Kalau Marissa besar pun harus dia pun join sekali. Marissa pun suka sgt main air dan berendam. Masa ni kiterang gi beraya kat rmh relative kat Kondo kat Sentul sana. Bila dah nampak pool ni, tak sabar2lah budak 2 org ni nak terjun.

Ain & Adam

Adam nak surfing lah konon

siap goggles & surfing board


Bilas badan

Marissa & aku yg jadi observer

Bila dah sakan berendam. Barulah terasa laparnya budak 2 org tu. Barulah makan bertambah2. Dorang ni kalau tidak jenis nak suh makan kemain lah payahnya. Lagi2 si Ain tu, dah lah dah kurus tapi sibuk nak diet. Siyes.. budak ni baru darjah satu, tapi sgtlah concern dengan berat badan dia. Padalah cikeding jer..

Dekat rmh yg kami beraya itu

Kat sana kami dihidangkan dengan spagheti bolognese yg sedap berserta crab ball.

Thursday, April 1, 2010

Birthday Ain

Dah bulan April dah. Tahun ni aku takde pun wat special entry on my family members' birthday. Selalunya ada je ucapan, tapi tahun ni takde pulak. Malaslah pulak. Tapi idaklah bermakna aku lupakan langsung tarikh birthday masing2. Akak aku yg sulung 5 Jan hari tu, adik aku yg bongsu 14 Feb hari tuh, Ain pulak 16 Mac bulan lepas.

Ni adalah sikit gambar masa celebrate birthday si Ain hari tuh. Celebrate kecil2 lan sajer. Buat syarat, je kang kalau takde kek, takde tiup2 lilin ni kang sentap pulak minah tu kan.


Kek disponsor akak aku yg sulung

Birthday dia hari tu hari Selasa. Masa tu cuti sekolah. Aku dah tentulah kerja time tuh. Siap dia telefon suh balik cpt hari tu pastu suh belikan apa2 tu party mengejut dia tuh. Wah.. order sajer.

Memandangkan time birthday aku hujung tahun lepas pun dia excited lebih, siap tiup belon dan gantung belon kat bilik aku, pastu siap buat kad birthday tuk aku, so aku pun tak tak lupalah jugak mencipta satu kad birthday tuk dia. Balik kerja tu jugak aku singgah beli sate ngan nasi himpit. At least adalah sumting selain kek birthday.


Tetiba lak dia takde mood

tgk.. siap menguap2 bagai.. dia sentap sebenarnya time

Mula2 memang dia excited, tapi bila dia tgk kat atas meja takde satu pun hadiah tuk dia terus dia cam hilang mood. Macam kecewa jer. Hahaha. Sebenarnya ada jer hadiah tuk dia, tapi kiterang sorokkan masa mula2 tuh, saje nak kenakan dia. Minah ni taulah, dia ni dah set dalam kepala dia, asal birthday jer kena ada hadiah. Tu pasal tu dia hilang mood sekejap tuh.


7 batang lilin = 7 thn sudah

Sbb tak sanggup tgk dia cam takde mood, terpaksalah kami kuarkan hadiah masing2. Hah ko.. bila dah nampak hadiah baru ceria balik....


see.. kemain nganga lagi

Birthday kali ni aku kasi lain sikit lah, selalu aku kasi mainan atau pakaian, kali ni aku kasi dia bahan bacaan sikit yg sesuai ngan umur dia. Yelah dah sekolah kan, elok kasi yg bermanfaat sikit. Aku belikan dia satu set buku2 kisah Nabi2. Khas tuk kanak2.


sama2 tiup lilin ngan Adam

Biasanya tiap kali birthday salah sorang budak2 tu, dua2 akan dapat hadiah. Tapi hari tu aku tak sempat nak carikan present tuk Adam, so, Ain sorang je dapat. Mujur Adam dah faham, takdelah dia merajuk ke apa. Aku harap si Ain ni pun faham lah jugak nanti bila time birthday adik dia nanti, kalau dia tak dapat hadiah jgn nak emo2 yer. Kang mula lah kata "asyik2 Adam jer". Padahal...
cake cutting

Gambar hadiah takdelah pulak. Tapi aku suka hadiah yg aku beli tuh. Rasa nak beli 2 set jer. Satu tuk Ain, satu tuk baby dalam perut nie. Tapi sbb harga boleh tahan, maka aku beli satu jelah dulu.




Tuesday, January 19, 2010

Sama Tapi Tak Serupa



Amboi.. amboi.. amboi.. tah sapelah yg ajar mereka ni bercium nie.. takkan kucing tu kot.. ni mesti kerja "cik cah" nya nie...

Monday, November 23, 2009

Kesalahan Bahasa Lagi

Si Ain tu memang lawak tau...

Baru2 ni dia balik sekolah dia tanya kat ibu dia.. "Ibu, sakit sempit tu apa? Kawan Ain dia tak dtg sekolah sebab dia sakit sempit".

*sepatutnya semput... tapi dia tercakap sempit... boleh????

Tuesday, November 17, 2009

Kesalahan Bahasa

Malam tadi kiterang mkn besar kat rmh. Bukan makan besar byk2 lauk tuh, tapi makan besar sbb makan ramai2. Takdelah sempat nak masak byk2 pun. Tapi adalah 3, 4 jenis lauk. Semalam kan adik aku balik, so akak2 aku ngan family masing2 adalah berkumpul kat rmh.

So, mak aku ajaklah mereka sumer makan malam kat rmh.

Sbb dah ramai2 tak muat lah meja makan, jadinya makan kat atas lantai je lah. Senang sikit hidangan sumer di depan mata.

Tengah2 syok makan si Ain bersuara.

"Ayang, amikkan tempeyek tu" sambil menunjuk ke arah sambal tempoyak yg mak aku buat.

Hahahaha budak ni memang suka2 jer nak alih2 bahasa... tempoyak jadi tempeyek.. lagi satu hari tu dia nak sebut pacat tapi dia sebut pucat...

suka2 hati jer makcik sorang tuh....

Monday, October 19, 2009

Cute Pulak


Ni gambar beskal Adam masa kecik. Masa kecik katanya. Padahal dari kecik sampai lah sekang ni tak pernah pulak aku nampak dia kayuh beskal ni dengan sendirinya. Paling kuat pun si Ain yg tolakkan dari belakang. Sampailah sekang ni beskal ni telah pun patah ranap. Yang aku tak tahan tu siap ada no plate lagi. Nombornya pulak ada kat bahagian belakang. Kat tempat duduk hitam tuh. Tak tau kerja sape pulak yg tampalkan no plate motor adik aku kat beskal tuh.

Wednesday, October 7, 2009

Sesaiz Kah?

Baru2 ni Adam kena warded lagi. Tu yg buat aku tak tentu arah sikit minggu lepas sebenarnya. Bukan sbb lain. Aku risau pasal keadaan dia.

Bekas operation kat tangan dia yg patah tu terkena infection. So, doktor mintak dia ditahan dan dilakukan semula pembedahan ke atas tgn dia. Aku tau jer terus tak tentu arah dah aku, yelah bape kali pulak lah doktor ni nak bedah2. Budak tu dahlah kecik lagi.

Cam biasa, bila dia ditahan wad, akak aku ngan laki dia haruslah berkampung kat hospital tu sekali. Nak tinggalkan si Adam sorang2 tu kat spital, mau tak terjaganya misi2 kat sana tu. Mau meraung budak tu tak nak berhenti2.

Bila dah akak aku duk kat wad, secara otomatiknya Ain akan duduk kat rmh mak lah. Adalah 4 hari 3 malam dia ditinggalkan kat rmh. Kadang2 tu sampai dah tak cukup baju dah dia. Akak aku spare sikit sgt baju & tak sempat hantar lagi. Jadinya sebagai alternatif, aku pun kasi lah dia pakai baju aku. Tak Caya? Baju aku boleh dipakai oleh budak2 berusia 6 thn. Hehehe.




aik.. mcm ngam2 pulak.. dah memang macam baju dia.. tapi yg nyatanya....


Gambar dari arkib

Hehehe sesaizkah kami? hahahaha... tapi aku adalah sedar diri sekarang ini. Aku dah tak sesuai dah pakai baju2 bersaiz sedemikian..

Ok, back to Adam's story, now he is better. Harap dia cepat betul2 sembuh.

Wednesday, August 12, 2009

Dinner Dash

Ain ni kalau aku ada kat rmh memang sikit2 dengar lah dia jerit2.. "Ayang.. Ayang..." ngikut jer lah mana aku gi. Kang aku lepak dalam bilik sikit.. mula lah terjerit2 dari luar "Ayang.. ayang.." memang tak aman lah kalau aku ber on-line kalau dia ada. Sebabnya dia adalah pantang kalau lappy aku tgh on. Apa lagi dia nak main game ar.


Time ni memang tak leh kacau langsung pun


Memang serius jer muka dia.. tgh fokuslah katakan


aku buat lawak camner pun dia tak gelak.. serius giler

Korang tau dia watpe? Dia tgh layan game Dinner Dash tuh. Alah game yg ala2 ko jadi pelayan cafe tu. Kena amik order, kena serve makanan, kena amik duit, kena clear meja, sumernya ko kena wat sendiri. Tanpa ada pertolongan. Pastu customer pulak kengkadang tak henti2 pastu tak reti sabar pulak tuh. Memang stress gak main game nie.

alah korang pun pernah main ni kan? Nampak tu customer sedang beratur kat tepi tuh?


Memang padanlah si Ain tu serius & stress main game nie pun.. walaupun ni level yg paling senang tapi tuk budak tadika cam dia tuh aku kagum lah jugak dia leh main.. tapi yg tak boleh blah bila "Ayang, ayang mainkan tuk Ain, pelanggan Ain sumernya tak sabar2 byk dah lari nie.. Ain takmo rugi lagi"... Wah..



aku bukanlah nak ajar or galakkan anak buah aku ni main game. Cuma nak dia biasakan penggunaan komputer dan menggunakan mouse dgn cekap

Kesimpulannya, main game ni memang sakit jiwa pun. Boleh mengundang stress, cam ko betul2 tgh operate cafe. Tak sanggup woh.. dapat pulak aku ni yg bukan kaki game..

Monday, July 6, 2009

Pagi-Pagi Sabtu

Aku set jam kul 6.30pagi lar. Ingat tak nak lar miss subuh kan. Yelah malam tu jer dah balik kul 3 pagi. Tapi ntahlah hp aku yg tak berbunyi ker atau aku yg tak sedar.

Yg aku tau dalam kul 8 camtuh, pintu bilik aku sudah diketuk-ketuk sambil terdengar suara memanggil "Ayang..... ayang..."

Oh itu anak2 buah ku yg tak sabar berjumpa dengan aku. Pada yg tak tau lagi, akak aku akan hantar anak2 dia kat rmh mak aku semasa dia gi kerja. So, aku akan dapat berjumpa dengan dengan derang pada setiap hari Sabtu. Weekdays susah sikit sbb aku selalu balik lambat.

Walaupun mata still ngantuk2 lagi aku pun bangkitlah jugak, dah tentu aku pun rindu ngan mereka2 itu.

Bukak jer pintu bilik, berebut2 nak masuk bilik aku. Yg si Ain pulak tak sabar nak tunjuk report card dia kat aku. Tapi sayang dia tak dapat pekse no 1. Markah sumer dah ok2 full mark gituh tapi mungkin ramai sgt yg dapat markah dekat makanya dia dapat pekse no 6 jer.

Sian dia. Dia nak sangat periksa no. 1, so that ibu dia akan belikan dia PSP. So, kena usaha lebih kuat lagi utk next penggal yer Ain.

Since aku ngan husband memang nak bangkit awal pun, sbb kiterang nak balik ke rmh kami. Katanya ada majlis suaikenal ngan penduduk2 kat situ. So, kiranya pagi tu ada rewang2lah.

Tapi kiterang sampai jer tgk sunyi sepi jer. Cam takde apa2 yg berlaku pun. Rupa2nya majlis telah ditangguh ke minggu dpn sbb salah sorang jemputan kehormat tidak available pada hari tersebut. Boleh? Laki aku dah siap mintak cuti segala, derang suka2 jer nak postpone. Tapi takpelah, just lepak2 kat rmh ajer.



Adam kemain lah pulak nak pose


mood dia tgh baiklah nie



Kakaknya Ain


Auntynya - Ayang





Hall nampak luas sikit sbb husband ku sudah menyusun atur semula



suka betul nak amik gambar dari cermin ini




Aku tak pernah letak gambar bilik atas kan? ok for the first time let me show you. Bilik tetamu yg baru diletakkan katil. Kalau tidak kosong semata bilik itu.

dari atas


Menonton kartun

Mini sofa yg sepatutnya diletakkan kat family area di tingkat atas. Tapi tak angkat lagi. Takut berabuk. Ruang atas kurang dijengah sebenarnya. Sekarang baru terasa rmh kalau setingkat jer pun dah cukup. Takdelah penat sgt nak ngemas.


Tak lama pun singgah kat sana. Sbb tgh hari tu nak gi jemputan kawen pulak. Ada 2 pulak tu. Satu di Taman Salak Jaya dan satu lagi di Shah Alam.