Ok cuma nak share kan gambar selfie asben dan anak2 ketika di rmh. Alhamdulillah dapat suami yg boleh diharapkan jaga anak2 ketika babysitter bercuti. Gambar2 ni aku tak pernah tgk pun sebelum ni. Kebetulan hard disk ada kat aku sekarang ni so belek2lah folder gambar kat hard disk ni. Tertarik dengan satu folder yg diletakkan tajuk "Seharian Jaga Budak". Klik2 tengok gambar2 kat bawah nie. Cam menarik jer.
Actually gambar2 ni diambil dgn menggunakan self timer dan rasanya ketika itu aku bekerja dan babysitter bercuti. So, asben lah jadi mr. mama pada hari tersebut. Camnilah gelagat mereka anak beranak.
alololo omei omei anak beranak nie
nape pulak si ayah nya nie? yg si adik tgh cuba nak amik kamera kat dpn dia kot
amboi bertukar2 mode pulak
eh pesal lak ayah aku nie?
Asben kalau jaga budak2 memang budak enjoy lah. Macam2 aktiviti dorang buat kat rmh. Ada satu hari tu aku balik kerja tgk khemah siap terpasang kat dalam rmh. Apa lagi tu main khemah2 lah tuh. Ala budak2 kan suka main khemah2. Pastu penuh khemah ngan barang2 mainan lah, buku lah, bantal lah. Enjoy giler mereka.
Lagi satu, aku suka kalau asben yg jaga budak2 kat rmh, aku tau jer apa aktiviti yg dorang buat sbb asben akan whatsapp gambar2 mereka kat rmh. So, aku yg kat ofis rasa cam nak terbang balik jer nak bersama dengan mereka. Saje nak wat aku jeles lah tuh.
tgh suap Inara mkn
si comot2 saya
Macam2 cara nak kasi si kecik ni makan. Mujurlah Inara ni bukanlah jenis payah makan. Suap jerlah apa dia nganga jer. Cumanya kalau nak abiskan semangkuk bubur tu kenalah rajin sikit melayan, kalau tak kang tak abis pulak.
Abaikan lah kain2 yg tersadai kat atas kerusi tuh. Yelah takkan Mr. mama nak buat semua. Tapi jangan tak caya asben kalau lipat kain lagi kemas daripada aku lipat. Sgt2 teliti dan elok jer lipatan dia. Tak macam aku lipat memang lipat tapi laju giler lipat, so takdelah sekemas lipatan asben. Dah tu kita ni mak2 kat rmh byk sgt nak dibuatnya. Tak terkejar. Tu belum lagi anak nak ni lah nak tu lah. So sumer kena pantas.
he's my superhero
Actually this entry aku nak dedicate kat asben yg byk sgt tolong bini dia kat rmh. Alhamdulillah kerja sama2 buat. Kalau time weekdays, pagi2 sebelum gi kerja kami dua2 laki bini sinsing lengan kat dapur. Asben tolong cucikan botol2 susu anak2. Pastu siapkan barang2 anak. Aku siapkan makanan Inara. Pastu kang beg susu Inara yg aku perlu bawak kat ofis (utk pam) asben dah siap2kan. Pastu masukkan siap2 kat dalam kereta. Eh kalau nak ikutkan byk lah asben tolong.
Yang paling best sekarang ni asben cam menunjukkan skill dia teror memasaklah... sotong goreng kunyit asben memang terbaiklah. Semalam lepas Maghrib aku turun bawah lewat sikit lah, turun2 bawah bau cam sedap jer dari dapur. Rupanya asben tgh memasak ok. Dalam tempoh yg sekejap asben dah pun siap memasak sambal ikan bilis dan telur mata dan sotong goreng kunyit. Siap masak nasi lagi. Phewww sedap giler makan semalam.
Oklah just want to say thank you to asben yg byk menolong despite of bini dia ni kengkadang mulut suka sgt membebel2 kalau ada benda tak kena. Ok lah just nak cakap I love u lah mr. arrogant suami :))
Diakhiri dengan gambar Inara kaki ketak2.
Eh cam terlebih rajin jer nak update blog. Hah ni time rajin, time malas kalu, tak update lah berminggu-minggu. Okbai.
















