Friday, December 30, 2011

Hadiah Harijadi Katanya

Tak sangka plak nak dpt hadiah, sbb masa hari birthday hari tu takdelah celebrate ke apa, just stay kat rmh sbb ada org wat keje kat rmh. Kerja memasang alat keselamatan di rmh. Sejak rmh kena pecah masuk hari tu rasa Mcam tak berani plak nak tinggal kat rmh lebih2 lagi kalau asben takde kat rmh.

Mkn 3 hari gak lah nak pasang benda tu, maka tak keluar lah kami sepanjang 3 hari tu. Hbs tu takkan nak tinggalkan dorang kat rmh plak.

Bila semuanya dah selesai, barulah senang hati nak keluar. Ingatkan kuar2 gitu je, rupanya asben nak beli sumting. Dia adalah tanya ok tak klu dia belikan aku benda tu. Aku apa lagi, kecik tapak tgn nyiru aku tadahkan, yelah dah org nak bagi, amikk jelah kan.






Benda di atas telah selamat menjadi milikku. Kata asben tuk kemudahan bini dia tuk berblog. Terima kasih byk2 kerana memahami yer. 


Selain tu aku ada dpt hadiah in advance from my ofismet. Dia kasi aku awal sbb aku dah nak start cuti dah. Klu tak kena kena tunggu thn dpn lah jawabnya.




Dpt losyen tgn crabtree & evelyn yg super duper wangi. Me like it so much. Terima kasih kak!

Wednesday, December 28, 2011

Makcik Kesayangan Kot

Eh bkn makcik tapi maklang aka ayang aka alang.

Dlm byk2 mak sedara, aku rasa aku sorang je yg tiap2 kali birthday dorang buatkan kad birthday.

Inilah dia kad birthday hasil tgn anak buah aku; ain dan adam sempena birthday aku 24hb hari tu.


Tak cukup ngan kad, siap kasi sekotak cokelat forero roche. Tapi gmbr cokelat ilek sbb dah hbs dimkn. Yg tukang makan plak adalah mereka jgk. Nice. Siap bagitau aku beli pakai duit poket sendiri. Itulah dia anak2 buah aku.

Ada lagi yg super special sempena birthday kali ini.

Friday, December 23, 2011

Bestnya Cuti Yo!!!!!

Hujung tahun adalah hari tuk menghabiskan cuti. Tak kiralah nak gi bercuti ker atau nak duduk di rmh sahaja. Yang penting adalah CUTI. Aku dah start bercuti dari petang semalam sehinggalah hujung tahun ini. Hoye.... seronotnya...kepada korang2 yg sedang bekerja tu aku aku ucapkan selamat bekerja kepada korang2 semua. Tapi korang pun enjoy gak kan.. kat ofis pun bukan ada org sgt pun, ntah2 bos korang pun takde kan.... kan? kan?

Oklah.. ba..bai....nak tgk tv ngan anak sambil golek2..... :P

Thursday, December 22, 2011

Fikir-Fikirkanlah

Dah nak hujung2 tahun ni rasa nak update blog cam dah tak berapa dah... Sbb asik fikirkan cuti jer kan... Takpelah dari blog takde apa2 meh aku share kan email yg aku dapat ini. Renung2kan dan selamat beramal....


Demi keagungan, kebesaran, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, setiap hamba yang mendahulukan kedudukannya daripada kedudukan-Ku, pasti Aku cerai-beraikan urusannya, Aku kacaukan dunianya, Aku sibukkan dan Aku letakkan hatinya hanya dalam urusan keduniaan, dunia tidak mendatanginya kecuali apabila yang Aku tentukan baginya.

Demi keagungan, kebesaran, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, setiap hamba yang mendahulukan kehendak-Ku daripada kehendaknya pasti aku perintahkan malaikat menjaganya.

Aku jamin langit dan bumi sebagai tempat mencari rezekinya, Aku menyertai setiap urusan dan perniagaannya serta dunia akan datang sambil merendahkan diri padanya (Hadis Qudsi).

Wassalam


Source: Forwarded e-mail

Wednesday, December 21, 2011

Pergi Kenduri Kawen Sampai Sesat Barat

Kenapa sesat barat? Kenapa bukan sesat timur ker utara ker selatan ke? Apa2 jelah yer...

Ok last weekend dapat jemputan kawen member asben kat Felda Sg. Koyan kat Pahang sana. Memang dah lama gaklah asben book time aku tuk ke kenduri ini. Tapi tiba pada harinya tgk mcm tak jadi pergi jer. Apa taknya dua2 beranak tu elok jer terbungkang atas katil. Aku pun ingat tak jadi pergilah tuh. Sbb kalau nak pergi mesti siap awal2 sbb jauh kan. Aku pun turun bawah wat breakfast. Kul 11 baru dua beranak tu bgn. Tgh breakfast asben tanya lagi... nak gi tak?? aku on jer... maka bergegaslah kami bersiap... ini adalah siap yg paling pantas... baju tudung sumer pun tak bergosok... pedulik.. kang iron kang tentu kedut jugak, sbb duk lama dalam kereta kan..

Actually, member2 asben sumernya berkonvoi, dorang pukul 11 masing2 dah ada kat tol gombak rasanya. Yang kiterang nie.. kul 11 elok kat meja makan lagi. Takpelah mereka gerak dulu, takkan nak suruh tunggu pulak kan, melampau namanya tuh.

Kiterang pun sebenarnya tidaklah pernah sampai ke sg. koyan itu, dan kad jemputan pun takde kat tangan, main belasah jelah jalan berpandukan information dari kawan2.

on the way

Kiterang gerak dalam kul 12 camtuhlah.. bajet dalam kul 2.00 lebih camtu leh lah sampai ke rmh pengantin. Tapi kul 1 membawa ke pukul 2, pukul 2 membawa ke pukul 3, pukul 3 membawa ke pukul 4.... kiterang masih kat dalam kete lagi.. apa taknya kami sudah tersalah jalan.... kalau teruskan perjalanan mau sampai ke kelantan kiterang gamaknya.. sib baiklah kiterang duk calling2 member2 yg dah sampai sana. Ceh kami kena berpatah balik.  Adohai memang mencabar sungguh, perut pun dah lapar, Marissa pulak dah bosan dah 2 kali tido pun tak sampai2.. maka tak duduk diam lah dia..

bukti kebosanan

Berkat kesabaran kami, sampai jugak kami ke Felda Sg. Koyan... sebenarnya tidaklah jauh mana pun... dekat2 raub sana jer... tapi sbb kiterang laki bini boleh tak nampak signboard maka kami telah tersalah jalan. Nasib baik tak malu bertanya, kalu malu bertanya konpom sesat tak jumpa2.

memasuki kawasan felda



Kami sampai ke rmh pengantin dalam pukul 4 mcm tuh. Tetamu sumer dah balik. Khemah pun ada yg dah dirobohkan. Ikutkan hati mau je patah balik, tapi sbb pengantin setia menanti, kami teruskan jugak perjalanan. Kesian pengantin kena tunggu kami lama, patutnya dorang nak tukar baju dah, sbb nak basuk periuk tapi sbb menunggukan kami bertabahlah dorang pakai baju kawen tuh.

Tapi bagus jugak sampai last2 nie, sbb dah tentu2 ko dapat special treatment dari tuan rmh. Makanan sumer dah ready dalam tudung saji kat meja. Tak yah nak bangun2 amik. Sbb memang dah lapar, memang kami terus makan jelah.. sambil ditemani pengantin. Gulai udang ngan nenas tu memang aku belasah sorang jer. Hehe

Tak lepak lama pun kat sana adalah dalam 30-40 minit camtuh, sbb tak nak mengganggu tuan rmh, sbb dorang pun byk keje nak buat kan. Maka kami pun minta diri utk pulang. Nice kan... pergi perjalanan sampai 4 jam, pastu tak sampai sejam dah nak balik dah....takpe2 jauh perjalanan luas pemandangan. Memang luas pun pemandangan, seronok jer jalan2 kat kampung org... aman, damai dan cantik...

On the way back, singgah kat tepi jalan beli durian yg berkoyan-koyan kat situh.... sekang ni kan musim....beli durian kampung... baru terasa duriannya... kat sana boleh tahan murahlah harga dia... cuma ko larat tak larat lah nak bau durian sepanjang perjalanan bila dah durian pun sama2 duk dalam kete. Tapi aku ok jer...pastu beli petai 2 ikat. Oklah tuh, ada gak buah tangan utk dibawak pulang.

Dah tu jer nak citer, gambar memang takat tu jelah yg ada, tu pun amik sbb dah tak tau nak watpe dan bontot pun dah kematu duk lama2 dalam kete. Gambar pengantin baik gambar durian atau gambar2 lain memang nan ado. Oh ya... kepada pengantin selamat pengantin baru buat anda berdua dan semoga bahagia selamanya hendaknya.

Tuesday, December 20, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Rumah tanpa tv adalah amat sunyi sekali. Balik2 aku tgk asben, asben tgk aku, Marissa tgk yayah, mama tgk Marissa. Nak tak nak terpaksalah cari tv baru. Ni sumer angkara penyamun tarbus tu punya pasal lah. Apesal lah ko hangkut sekali tv kami???? Dah tak pasal2 kena beli tv lain pulak.

tv baru Marissa

kasi tampal terus ke dinding

Pasni kalau kena angkut gak tau taulah. Berhenti beli tv lah jawabnya.  Dulu tv elok jer tertonggok kat atas kabinet hitam tuh. Senang2 jer penyamun tu bawak lari.

Pada masa yg sama jugak org cermin datang, nak perbetulkan sliding door yg dipecahkan oleh penyamun. Bukan takat cermin jer pecah, sampai lari lah jugak alignment sliding door ni berkemungkinan akibat diterajang kuat.


Dan semua2 kerja2 di atas telah dikawal selia oleh mando kecik nie hah...

amboi2 jadi bos besar nampak

Dan sebabkan insiden pecah masuk ni jgklah entri aku pasni gmbr sumer pun dari hp sajork. Dah tu kamera asben pun dikebasnya sekali. Eh bukan ke aku ada camera compact. Hah kamera tu selamat tidak dicuri. Memilih sgt pencuri zaman sekarang kan......

Tajuk entri adalah sekadar tajuk, takde maknanya setiap benda yg hilang dulu, kami nak ganti balik. Yang perlu2 sahaja buat masa ini.  Hehe..

Ntah Apa Hobinya Sekarang, Asyiknya Nak Mencakar Org Jer

Sabar jelah aku ngan ada dara aku nie.  Balik2 aku jer yg jadi mangsa kena cakar. Sentaphatimak. Malam kelmarin tah nape tiba2 dia geram elok je dia cakar muka aku. Pedih satu macam jer. Tgk2 dah calar dah pipi belah kanan kat bawah mata sikit. Konpom meninggalkan bekas. Takpelah, leh cover sikit ngan tudung.

Belum sempat bekas tu hilang semalam balik dari kerja, tak sabar nak peluk2 dia gomol2 dia. Tup2 dia pun menggeram sama, dia cakarnya sekali lagi. Kat area yg sama jugak. Tapi kesan lebih panjang dari sebelumnya. Yang ni memang tak leh cover2 dah. Nasiblah mengenangkan anak, kalau org lain mau aku cakar balik muka dia. Pedih siot. Pedih tu satu hal lah. Ni nak hilang kan pulak kesan parut tuh. Harus cari balik bio oil balance time mengandung dulu.


Muka dah lah sememangnya tak licin, ditambah pulak dengan kesan cakaran



Apa budak lahir tahun rimau nie memang suka mencakar ke? Hari ni kalau kena cakar lagi. Awas Marissa!! Mama kerat kuku awak pendek2.

Monday, December 19, 2011

Petang2 Hari ni Kalau Makan Cekodok Sebagai Minum Petang Memang Bestlah..

Sekarang ni asal petang jer hujan kan, bila hujan je mula lah perut pun melapar. Tapi kalau petang2 camni kalau wat cekodok wat minum petang beserta pulak air teh-o memang best lah.

Memandangkan kat freezer byk sgt udang hari tuh, maka aku pun wat lah cekodok udang. Selalu wat cekodok ikan bilis, tukar ke udang pulak. Pergghhhhhh memang sodap bai tuh....

cekodok udang leper2

Aku kalau wat cekodok memang pakai sudu jer. tu yg masuk kuali jadi leper2 jer. Nak lagi sedap dimakan pulak bersama dengan sos pencicah.  Sekarang ni senang jer ada jer jual kuah2 pencicah nie, tak yah nak buat2 dah... tapi kalau ko rajin, ko buatlah kan..

kesan cicahan

budak comot

Dia pun tak ketinggalan gak nak mencicah2 nie....


Dah tu jer nak citer petang2 hari nie.... Selamat minum petang u ols....

Friday, December 16, 2011

Dia Buat Lagi....

Entahlah....  budak sorang nie.... kecik2 pun dah nak bercamwhoring. Hah jangan cakap aku ajar dia pulak yer. Aku tak pernah pun ajar dia, tapi dia yg belajar sendiri. Kah kah kah....






Kelakar tul lah budak ini. Yang tak menahan tu last2 dapat gak dia capture muka dia penuh. Dah lah mulut comot makan cokelat. Bukan takat mulut dia jer yg comot. HP aku pun abis melekit2 kena cokelat.

Thursday, December 15, 2011

Periuk Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Udang

Apa punya peribahasa daaa...

Ini adalah menu saya hasil daripada barang2 basah yg dibeli di jeti hari tuh. Sebahagian daripada udang2 yg dibeli hari tu aku buat masak lemak. Siap perah santan sendiri ok. Tak mainlah segera2. Eleh berlagak lah pulak kan. Tapi cam biasalah ada jer bahan yg takde. Daun kunyit nan ado. Cam tak lengkap pulak kalau wat masak lemak tapi tak bubuh daun kunyit. Tapi takpelah janji serai ada. Aku rasa nanti aku nak tanam lah pokok kunyit kat dalam pasu kat belakang rmh. Senang bila nak masak. Ni time nak beli, time tulah takde.

tenang jer kuah dalam periuk

aku masukkan sekali terung tunjuk

Nampak cam sikit jer udang tuh, tapi byk lagi yg tenggelam di dasar periuk. Memang puas makan udang fresh. Dah rasa cam ketam pun iye jugak.

Time tgh rajin, satu lauk sahaja adalah tidak mencukupi, maka aku masakkan jugak siakap yg dibeli. Aku goreng garing2 pastu wat sweet sour.

ekor terpaksa dipatahkan sbb tak muat bekas

Cam biasa suami makan bertambah-tambah. Itulah keseronokan dan kepuasan bila memasak.

Melawat ke Kawasan Yang Pernah Dilanda Tsunami Satu Tika Dulu

Semasa berkunjung ke kg cik pepel, selain dibawa ke jeti utk membeli ikan dan hasil laut, kami juga dibawa ke satu tempat yg mana satu tika dulu pernah dilanda tsunami lebih kurang 5/6 tahun dulu. Pantai Kuala Muda adalah tempat yg agak teruk sewaktu dilanda tsunami dulu. Ada jugak org kampung yg terkorban akibat daripada peristiwa itu.

Kawasan ini memang tidak jauh daripada rmh mama cik pepel. Senang kita panggil mak tok jelah yer. Mak tok pun leh tahan glams di kalangan kawan2 blogger yg lain kan dek keramahan, kesportingan dan kebaikannya. 

Berdasarkan penceritaan daripada maktok, pada hari kejadian, mak tok tiada di rmh, pergi kenduri ker atau ke surau.. .... balik2 dari kenduri/surau tgk rmh dinaiki air. Rmh sumer ok kukuh, cuma pintu2 rmh jer yg tercabut dan dihanyutkan air. Syukur mak tok terselamat semasa bencana itu. Memang besar kuasa Allah, semasa peristiwa itu, ada sebuah Al-Quran yg dihanyutkan air dan elok jer terletak kat atas satu tingkap rmh mak tok.  Dan Al-Quran itu masih elok terletak tinggi di tempat itu walaupun sudah kian mereput.


 
Replika sampan2 yg terdampar dipukul ombak kuat


Tempatnya terletak di kawasan ini.


Memang kat sana rmh2 mangsa tsunami hari tu, dibiarkan begitu sahaja utk dijadikan macam satu tempat peninggalan sejarah lah. Maksud dibiarkan begitu sahaja adalah dibiarkan tanpa dibaiki atau diubah struktur rmh2 yg terjejas semasa dilanda tsunami itu. Tapi dorang menten lah jugak kawasan itu dengan membina pagar.


Nak tgk apa yg ada kat dalam pagar ini? silalah baca sampai habis entry ye


Ok ni lah antara tinggalan2 sisa bangunan/rmh akibat peristiwa tsunami itu.








Tempat ini memang dibuka utk org ramai. Tiada bayaran yg dikenakan.


Maka tamatlah entri kisah JCMCP kami. Yang pasti, gambar2 dalam entri JCMCP adalah gambar2 yg terakhir yg dapat kami rakamkan dengan kamera asben. Nasib baik jugak, gambar2 sumer asben dah save kat hard disk. Dan nasib baik jugak hard disk sentiasa ku bawa ke mana jua. Kalau tidak mesti selamat kena angkut sekali semasa rompakan hari tuh. Fuh kalau tidak hilang segala kenangan2.

Kepada kawan2 ku, nanti kita wat lagi program cam ni yer.. mungkin ke selatan pulak ker.... walaupun aktiviti agak padat dan meletihkan tapi fun sgt kan...  kepada yus and family terima kasih byk2 atas layanan yg diberikan. Nanti kalau balik kampung gitau kami2 yer, rasa nak pergi lagi... leh kita konvoi sesama yer.....

Wednesday, December 14, 2011

Di Mana Kan Ku Cari Ganti Serupa Denganmu.....

Dapat email dari asben bertajuk seperti di atas. Nak gelak pun ada... sedih pun iye jugak....Nak gelak sbb kat email tu asben buh 'dalam kenangan' pastu dia letak gambar2 kat bawah nie. Gambar adalah sebijik2 serupa dengan barang2 yg hilang semasa kecurian tempoh hari.










Actually semua barang2 di atas adalah kesayangan asben... nak wat camne dah bukan rezeki kan.....Takpe kalau ada rezeki esok kita cari pengganti yer.... yang asben bengang jugak dengan perfume2 dia pun dikebasnya sekali.

Aku pun ralat jugak sbb duit mas kawen aku yg digubah seperti bunga yg aku simpan selama ni pun dikebasnya sekali. Cincin risik aku pun. Huhuhuhu.... yelah barang yg ada sentimental value kalau hilang memang lah terasa kan.

Yang kelakarnya beg sandang Marissa pun dikebasnya sekali..  aku ingat kalau penyamun tu ada anak kecik, konpom ngan pampers2 dia angkut sekali.

Pergi Ke Jeti Membeli Hasil Laut Yang Segar

Kita lupakan kisah rompak2, benda dah lepas jangan dikenang. Tapi citer yg ini walaupun dah lepas tetap mau dikenang. Kita sambung balik citer cuti jalan2 cari makan dan cari penat kita yer.

Malam yg kiterang makan mi udang tuh, sebenarnya kami tak terus balik. Selepas termakan dengan pelawaan cik purple a.k.a bonda amani berserta maktok, maka kami pun bermalam lah di rmh mereka. Aku lupa lah nama kampung ni, Pulau Sayak kot.

Malam itu kami semua tido segala berjamaah di rmh mama bonda amani.

pagi yg hening

Pagi2 mak tok dan cik purple sudah membizi di dapur. Tgk2 sarapan sudah tersedia, nasi lemak daun pisang dengan kuih talam labu sudah tersedia. Sedap kuih mak tok. Mak tok Amani, beria suruh kami pulang selepas makan tengahari, tapi kami tidak mau menyusahkan tuan rmh. Lepas siap bfast semua kami pun bersiap2 utk pulang. Tapi sebelum pulang, mak tok membawa kami ke beberapa buah jeti utk mendapatkan hasil2 laut yg segar lagi murah.

pemandangan jeti


Masa kami sampai air laut masih lagi surut, maka para nelayan tidak dapat menaikkan hasil tangkapan.  Maka kebanyakan nelayan duk lah berlegar kat tengah laut beristirehat sambil menunggu air pasang utk mereka kembali ke darat.

mood ceria di pagi hari

bot2 nelayan

mak tok yg tersangatlah baiknya

ramai2 ngan mak tok



kehidupan nelayan



udang segar dari ladang laut

Udang gred A yg besar2 adalah cuma RM35 sekilogram. Aku yg penggemar udang ni apa lagi.
Tak ketinggalan membeli udang besar2 dan segar. Bila balik rmh compare dengan udang yg ada kat dalam peti ais. Ternyata jauh beza. Puas hati sgt.

Sbbkan air tak pasang lagi, maka maktok membawa kami ke jeti satu lagi. Aku tak ingat apa nama jeti nie, tapi tempat ni femes sbb cara jual beli yg unik. Main bisik2. Nak tau harga kena main bisik2.

kucing pun unik jugak

ada yg beli direct jer dari bot nelayan... lagi murah


kaum lelaki yg byk membeli - senang lah dorang nak bisik2 sesama mereka


pakcik ini membeli ikan terus dari bot nelayan

aku suka sgt suasana begini





tak tau lah apakebendenya ni

kucing memang suka lah dapat makan free jer..


Kat jeti ni aku cuma beli ikan siakap, ikan bawal dan ikan senangin. Kami siap beli polystyrene box lagi tuk memastikan kesegaran ikan yg dibeli.

Sementara mak2 sibuk beli ikan, bapak2 mengambil alih tuk menjaga anak.

Marissa ngan yayah

anak dah keserabaian


amani dan daddynya

Sgt geram aku dengan si Amani nie.. rambut tebal macam anak patung. Puas hati dapat gak dukung dia.

the bapaks and the anaks

Eh dua2 bapak budak ni pakai baju kaler merah.

Thanks mak tok sbb bawak kami ke tempat2 yg menarik. Actually, destinasi kami tidak terhenti di sini. Dari sini, kami ke Tanjung Dawai pulak (tak salah aku lah nama tempatnya itu) berhampiran dengan Pandai Merdeka (ala yg lagu cinta pantai merdeka tu sini lah tempatnya). Kalau nak ikutkan dekat jer antara jeti ini dengan tempat tuh, kalau naik bot kejap jer dah sampai, tapi sbb guna jalan darat maka dekat sejam gaklah perjalanan. Kalau nak beli belacan ker, ikan masin ker, atau apa2 hasil barangan laut memang kat sanalah tempatnya. Kat sana memang tak amik gambar dah. Kepenatan yg melampau. Kami juga makan tengahari di sana. Gambar makanan pun nan ado. Maka dengan lunch itu berakhirlah program jalan2 cari makan kami.

Sesungguhnya inilah percutian yg terpaling best. Tapi entry cuti belum berakhir di sini. Ada satu lagi tempat menarik yg dilawati.