Thursday, April 8, 2010

Pertama Kali Menghadiri Kelas Antenatal

Maka petang itu pun kami pergi sekali lagi ke PMC utk menghadiri kelas antenatal itu. Yang paling menarik tiada bayaran yg dikenakan. Free of charge. Walaupun time tu aku belum lagi jadi patient kat sana. Dan yang best sekali dapat goody bag yg ada bermacam-macam benda di dalamnya.


bersama goody bags. Sambil tu tgh tunggu peserta semua sampai.

Baca magazine mamy & baby yg ada dalam goody bag itu


Mula2 kami diberi penerangan mengenai stem cell oleh StemLife Malaysia. Tau tak apa itu stem cell? Ala pasal penyimpanan darah tali pusat utk kegunaan masa depan. Nak tau lebih lanjut sila klik sini. Rasa cam berminat, mungkin kami akan mendaftar nanti.

Lepas tu kami diberi penerangan mengenai nutrisi yg perlu diambil oleh ibu2 mengandung oleh pakar diet dari Wyeth Mama.

Lepas tu pulak, penerangan oleh Dr. Zarul mengenai proses kehamilan dan kelahiran. Seronok dengar dia beri penerangan tu. Yang paling best Dr. siap pakai pakaian operation lagi sbb dia baru je selesai mengoperate org bersalin (kes kecemasan).

Dr. Zarul juga telah menunjuk ajar cara2 pernafasan yg betul semasa proses bersalin. Ok aku kongsi ngan korang2 sekali yer.. Nanti masa nak bersalin nanti time nak meneran tu jgn meneran sambil mendongak, ia takkan berjaya. Dr. suruh meneran dengan dagu menyentuh ke dada. Dan cara meneran adalah sama cam meneran nak berak. Sebelum teran, amik nafas dalam2 pastu lepaskan perlahan-lahan. Kalau tak cukup nafas, curi2 nafas dan jgn lepaskan terus, kang baby termasuk balik ke dalam. Teran pun bukan ikut suka jer bila nak teran, bila ada contraction baru teran. Kalau takde contraction kalau teran pun baby tak keluar jugak. Atau senang kata nanti dengar jelah cakap misi/bidan/doktor yg nak menyambut nanti.

Yelah kan, kita sekarang ni kemain lah belajar & menghafal segala teknik, besok bila dah sakit datang, sumer yg dihafal tuh tah hilang ke mana kan. Apapun sokongan dari suami adalah diperlukan pada masa itu.

Byk lagi lah yg dikongsikan bersama oleh doktor pada petang itu. Walaupun dia sibuk sempat gaklah dia meluangkan masa bersama.

Lepastu pulak, kiterang belajar senaman ibu mengandung pulak oleh pakar fisio. Sambil tu dia ajar gak lagi sekali cara pernafasan yg betul.



khusyuk mendengar penerangan

Bilik jadi penuh sikit, sbb sumer husband sungguh supportive. Masing2 support wife masing2. Very good.


aku pun dah lupa ni teknik senaman tuk apa tah


aku pun menyangkung gak lah

Ini pulak tuk menguatkan pelvik kot..




Yang ni aku surrender.. tak sampai tangan aku nak capai jari kaki tuh



Fuh penat jugak bersenam. Jom kita balik


Antara barang2 dari goody bag itu

Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah dah register tuk kelas antenatal yg dianjurkan pusrawi. Siap dah bayar dah. Tapi kelas yg sepatutnya 13 Mar lepas telah ditunda ke 24 April nie. So, mungkin kalau takde pape aku gi lah jugak kelas tu nanti.

update: kepada bakal2 ibu yg berminat tuk menghadiri kelas antenatal boleh lah datang ke PMC pada 25 April ni (2:00pm-5:00pm). Tapi lebih bagus kalau call dulu wat appointment ke apa, takut kelas penuh. Phone No: 03-61564735

11 comments:

Cik Yayang said...

Bagus la kan ada kelas2 cmni...
Ermm...satu perkongsian info yg bagus, Deqna..:p

Cik Yayang said...

Bagus la kan ada kelas2 cmni...
Ermm...satu perkongsian info yg bagus, Deqna..:p

NeenaAnuar said...

wah lepas nie boleh lar aku refer kat ko jer yer! hehehe...

CidaZam said...

shah dok ambik gambo je dlm kelas??? dia dengar tak??? jangan masuk dewan bersalin dia baring sebelah katil deqna nanti... apa pun you give us full info...

baby jangan nakal2... only few month jumpa dady and mummy... wahhh lepas tu blog ni ceria dengan gambo baby!

Pepel BoNda AmaNi said...

bestnya kan dapat pegi kelas antenal tue..kita pun hari tue ingat nak pegi jugak masa dekat hospital serdang tue..tapi dia buat hari keja plak..huhu tue yang masalahnya tue...nanti leh jugak la pegi kat sana..cam best jerk..

attyfir said...

kelas-kelas mcmnie..mmg bagus.byk ilmu leh dpt..

InaAchik said...

lama x dtg sini...
ur tummy makin cute... :)

Mrs. Eeza Herman said...

bagusnye kelas antenatal ni ek..
byk gk brg dlm goody bag tu..
mudah-mudahan berkesempatan jugak merasa g kelas ni nanti...

Deqna said...

Cik Yayang - Yang mana leh kita kongsikan, kita kongsikan lah.. kan.. lagi pun kita pun byk dapat info dari blog2 lain kan.. so kira dapatlah bertukar pendapat kan...so, has jgn lupa yer info nie..


NeenaAnuar - Boleh takde hal punya.. lagipun kita kan selama ni memang bertukar2 tips pun kan..hehehehe

Mrs. hanibunny - tulah sibuk gak nak mengambik gambar..dah pesan dah ngan dia nanti masuk labour room dia kuat semangat.. kena support bini dia nie...

fuh tak lama jer lagi cida.. harap sumernya dipermudahkan. Amin.

Deqna said...

Purplelicious Love - cuba lah datang kelas kat pmc nie...cuba calling2 ngan watie.. leh gi sama2 ngan dia... eh dia ada citer tak yg dia pun....erm.. biar dia citer sendiri lah...

atty's - tulah kak, maklumlah first timer kan.. takde experience, selain dapat info dari org yg ada pengalaman kelas ni pun membantu gak..

Iena - hehehe makin besar dah bulat... thanks for coming here :)

Deqna said...

Mrs. EezaHerman - haah macam2 ada.. dahlah takde kena apa2 bayaran dapat macam2 barang lak tuh... ok semoga tak lama lagi awak pun dapat gi kelas itu :) dan dapat berjumpa dengan dr. zarul lagi...