Tuesday, November 18, 2014

Marissa Sibuk Sangat Nak Petik Strawberry

Ok sambung balik citer hari tu.

Korang tau kan kat Genting pun ada Mini Cameron. So, tak yah nak gi jauh2 sampai ke Cameron Highland semata-mata nak gi petik Strawberry. Kat Genting pun ada.  Ni sumer sbb Marissa lah, dia yg beria ajak gi Cameron, katanya nak petik Strawberry, tapi sbb kami malas nak naik ke Cameron sana, maka kami pilih Genting jer, dekat pun dekat kan. Janji lepas hajat dia nak petik strawberry.


Selfie ngan Inara sebelum check out


Sementara husband simpan barang2 kat dalam kereta, meh kita lepak kat lobi jap.


dua beradik



Pastu sebelum pulang, haruslah singgah kat Mini Cameron dahulu. Kang ada pulak budak yg mengamuk.  Mini Cameron ni tak jauh pun daripada Genting Awana / Resort world. Turun sikit jer dah sampai. Terletak berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia.

Sebabkan memang Marissa yg beria-ia nak ke sini, maka tengoklah kemain sawan kamera dia kat sana. Selalu malas nak layan kalau kita nak amik gambar dia, tapi ni dia pulak yg over suruh kita amik gambar dia.













Aik dia sorang jer yg beria bergambar? Mana adiknya???  Ni hah adik dia...

menangis tah apa pasal ntah


Inara ni memang, kalau dia taknak tu memang tak leh nak paksa dah. Sebenarnya dia nangis sbb dia taknak join kakak dia bergambar sekali bila kami suruh.


yg si kakak pulak ada dia kesah adik dia nangis... "lantak lah ko dik... ko tak nak bergambar akak sorang2 pun takpe" kata Marissa.


ok boleh geng ngan ayah... 

mula2 ingatkan ni buah koko rupanya buah limau purut (berdasarkan bau daun dia)

mawar merah


Ok lets masuk apa yg ada kat dalam Mini Cameron tuh. Of course lah ada pokok strawberry. Pastu ada pokok2 bunga, pokok lavender pun ada kat dlm tuh. Tapi kiterang tak explore habis pun sbb dah pernah pergi pun sebelum ni, so masuk sekadar nak petik strawberry je lah. Oh ya tiada bayaran masuk dikenakan utk masuk ke sini.  Free of charge jer.  Cuma lepas petik baru bayar berapa harga strawberry mengikut gram.

the happy Marissa

Tapi sedih, buah tak banyak time tu, mungkin dah byk dipetik atau pun belum musimnya. Tapi bolehlah sekadar buat anak2 happy.


tangan kecil yg sedang menggunting





adik pun nak jugak lah kan...



baik2 dik, jangan tergunting tangan sudah lah yer


best lah mama

dah cukup ke ni mama?




Adalah lebih kurang 100 gram strawberry yg Marissa petik. Tak ingat pulak aku berapa ringgi kena bayar. Tapi yg pasti buah strawberry tu tak terusik langsung pun kat dalam peti ais kat rmh. Tau2 dah layak kena buang dah.

Ok dah habis kisah cuti pendek sempena cuti Deepavali hari tuh. Update sekadar utk kenangan anak2 pada masa hadapan.

Friday, November 7, 2014

Short Trip Sempena Cuti Deepavali

Bila anak2 dah semakin membesar nie, kemain macam2 dah pandai minta itu ini. Marissa lah, dari hari ke hari "ma.. bila nak cuti2.. lama dah kita tak cuti kat hotel, mandi swimming pool... bla.. bla.. bla... kemain lagi kan.  Maka bersempenaan cuti Deepavali pada 22 Oct hari tu, kami laki bini mengapply lah cuti straight sampai 24 Oct..Selagi anak belum sekolah ni elok gak bawak dorang berjalan taim bukan cuti sekolah kan...

Tak jalan jauh pun, sebab nak jimat masa dan tenaga, sbb motif utama adalah untuk rehat sesaje dan spend quality time with anak2, maka kami decide ke Genting Awana jer. Eh nama baru nya Resort World Hotel.

Kali ni pergi kami melalui Batang Kali, lagi lah terasa dekat sangat. Berapa minit jer dah sampai dah.

Di lobi

Tak taulah sejuk ke tak budak2 tu, dengan dress sleeveless nya... aku malas nak tukarkan dorang baju sbb sebelum kiterang gerak, dorang tengah tido. So, sebelum mood masing2 terganggu kita biar je lah baju apa yg dorang nak pakai. Tapi cuaca time tu memang sejuk lah, sbb masa minggu tu memang musim hujan. 

cutinya 3 hari 2 malam jer, tapi barang yg dibawak cam nak cuti sebulan


happy Marissa

kita wefie dulu kat dalam lift

Resort tempat kami menginap ni memang besar dan luas lah. Ada dua bilik.  Kalau datang ramai2 lagi best lah. Memang mula2 plan dengan our best fren nak holiday sama2 tapi last2 member takleh join sbb tak leh cuti. Tapi takpelah, kami tetap pergi gak, tak boleh tidak, kang Marissa sentap pulak.

2nd bedroom

master bedroom

Bilik pun kemain luas.  Boleh jer bentang toto tido ramai2 kat bawah tu, kalau tak cukup bilik.

pantry

kabus agak tebal pada petang itu


lama kan takde post gambar berduet 

kat living area

kami tetap seperti dulu tau...

layan anak2 main bubbles

Hari tu memang kami lepak kat dalam jer, memang malas nak keluar, makan malam pun tak keluar nasib lah kami ada bawak bekalan makanan. Memang kerjanya makan tido, makan tido je lah.... seronok sgt dapat relax gituh.

Next day tu baru lah keluar dari bilik.  Sebab Marissa actually dari semalamnya dah tak sabar nak main air. Ok layankan ajer. Eh bukan aku yg layan, biarnya ayahnya yg layan. Aku dok tepi je dahlah.




berjakuzi lah korang


Walaupun berendam dari pagi sampai tengahari takdelah rasa berjemur sgt, sbb cuaca fresh jer dan tak panas.


tengok kemain gedik lagi minah ni

Yelah mama paham, cuti pada Marissa adalah mandi swimming pool, agaknya kalau duk kondo/apartment ada swimming pool mesti dia feeling hari2 gi cuti kot.

adik dah kesejukan

Manakala lagi dua beranak tu masih tak abis berendam lagi. Yang si Marissa ni teringin pulak nak main slides tu. Tinggi gak slides tu, kalau aku tak berani kot.

get ready nak turun slides



Marissa dari atas lagi dah siap2 tutup hidung

nak gelak tengok gambar nie


Akhirnya gedebushhhh masuk ke dalam air... walaupun dah tutup hidung segala, air tetap masuk hidung.

Marissa terus serik tak nak naik dah...

Lepas mandi jalan2 sikit kat sekitar hotel, tengok2 ikan dan kura2 kat kolam.



me with anak2

InsyaAllah next time tambah lagi sorang. Lagi lah meriah percutian gamaknya.  Meriah ke huru-hara?? hehe

anak2 happy, mak gembira

Marissa tak nak masuk dalam ini gambar, dia duduk kat tepi tu


Marissa tu memang kalau tetiba time tu dia nak susu, memang tang2 tu jugak mood dia akan berubah...dah besar panjang pun masih bergantung kat susu gak. Makan, makan jugak, tapi susu tetap tak boleh dipisahkan.

Inara pulak ok, dia jenis boleh sabar, takdelah kalau dia nak time2 tu jugak dia nak... dia cool jer..tak sama cam akak dia... Tapi dalam cool2 dia ni leh tahan ganas gak ini budak. Selalu buli kakak dia. Dua karakter yg berbeza, tapi kedua-duanya ni adalah kesayangan kami.  Alhamdulillah.

Oklah nanti sambung lagi. Mood rajin tengah menyerang nie.. tetiba pulak rajin... layankan ajer...