Showing posts with label Apa2 Ajer. Show all posts
Showing posts with label Apa2 Ajer. Show all posts

Tuesday, August 4, 2015

Dua Hari Tanpa Handphone

Sedih tau. Handphone pemberian asben sempena birthday hujung tahun lepas jatuh dan rosak. Actually pernah beberapa kali jatuh dah. Yelah anak2 pun kengkadang  curi main2. Tapi sebelum ni jatuh light2 jer, tapi semalam punya jatuh.. mak aih... jatuh dari tempat tinggi pastu terus terhempas ke lantai. Apa lagi retak seribu... retak seribu...dah lah retak pastu terus tak boleh on... huahahahaha rasa nak nangis kat situ jgk. Kalau beli sendiri takpe lagi, ni sbb pemberian dari suami mestilah sedih. 

Sori suami. Saya tak sengaja. Ok, nanti saya cuba cari pengganti yg sama jugak. Sbb saya memang suka sgt ngan phone nie. Tak nak model lain, nak ni jgk.

Bila takde hp ni rasa sunyi pun ada gak. Kalau tidak ada jer wasap dari babysitter ker, member or family. Tapi aku takdelah mcm separuh org yg takleh hidup tanpa hp di tangan. Ok lagi lah masih bertahan. Cuma tak tahan rindu nak tengok gambar anak2 lah kat hp.

tinggal kenangan

Wednesday, July 29, 2015

Hasil Kerja Tangan Anak-Anak

Baru2 ni we ols laki bini tak kerja. Anak2 cam biasa duk ngan babysitter lah siang. So, plan nak kuar dating lah berdua, last dating masa hujung2 ngandungkan Zahira. Tapi fikir2 punya fikir tak tau lah nak ke mana. Tu lah masalahnya mak bapak nie, bila dah line clear tu tak tau pulak nak pergi mana. Time anak keliling time tu kemainlah nak ke sana sini. 

So ke Ikea lah kami. Tu bukan dating namanya, tu namanya saje cari penat dan saje nak buang duit. Yelah, kalau dah ke sana, tah apa2 benda je pun main amik jer masuk troli.

Dah ada kat sana terus teringat nak beli frame utk letakkan letakkan painting anak2. Sebelum ni takde frame we ols just tampal kat peti ais jer. Kami memang suka menghargai hasil kerja anak2 dengan menampalnya kat mana2.


 wah abstark sgt nie... mcm pelukis hebat jer yg hasil kan painting nie

Bila dah letak ni kat dinding terus rasa cam wah cam mahal jer painting2 nie. Yang belah kiri tu Marissa punya hasil kerastangan dan yang belah kanan tu Inara punya hasil kerastangan.  Yang tengah tu pulak frame bunga tu aku beli kat Langkawi beberapa tahun lepas. Selama ni frame tu seketul jer kat situ, memang nampak gonjeng giler sbb takde geng, sekarang baru rasa ok sikit bila ada geng.  Kombinasi warna kat painting ngan warna bunga tu cam blend jer.

Anak2 pun happy jer bila tengok hasil kerja mereka dihargai sedemikian rupa. Ok kat bawah nie, gambar masa budak2 tu melakukan akvitivi mewarna menggunakan water color bersama ayah mereka. Masa tu bulan puasa, lepas buka puasa, budak2 tak sabar sgt nak mewarna bila nampak ayahnya beli water color. Budak2 kan memang suka menconteng. Nah, ayah beli drawing pad dan water color korang conteng lah apa yg korang nak.

 kemain tekun lagi dua beradik nie

mereka bebas nak buat apa dan guna lah warna apa yg ada

Mereka memang enjoy gila time tu, maka hasilnya adalah seperti gambar di atas tu lah, memang sepenuhnya hasil karya mereka. Mana tau kot memang ada jiwa seni ke kan... padahal main conteng2 je pun.

Sunday, May 31, 2015

Dekat 3 Bulan Tak Jenguk Blog

Memang bersawang dah blog nie. Nak log in tadi pun dah nyaris2 lupa password. Ni pun singgah kejap dah alang2 on laptop tuk bayar bil2 bulanan.

Apa khabar kengkawan sumer? lama jugak tak bukak blog kengkawan sumer... byk ketinggalan dah..
Dulu beranak 2 start kurang update blog, now dah beranak tiga rasanya lagi makin kurang lah kot... hihihi... oh ya baby ketiga ni diberi nama Marissa Zahira. Panggil Zahira jer. Zahira pun dah nak masuk 3 bulan dah minggu depan. Dan jawabnya tak lama lagi habislah cuti 3 bulan aku. Huhuhu beratnya hati nak kembali ke ofis. Yelah dah 24 jam melekat jer ngan anak2.

InsyaAllah, aku akan pastikan blog ini tidak bersawang terus, sekali sekala aku akan bersihkan sawang2 yg ada.

Oklah... nanti kita sambung lagi yer... ni sajer nak test menaip jer... dah lama sgt tak usik keyboard. Nak update panjang2 pun tak feel sbb byk sgt selingan dari anak2. Ok lah... marissa pun dah ajak tido.

Thursday, February 26, 2015

Kerja Sekolah

Ok sebelum beranak ni meh lah kita upate sikit blog nie.

Sekarang tiap2 malam kena check buku2 Marissa. Kalau ada homework biasanya teacher dia akan cop kan muka surat yg kena buat as a homework. Tapi tak yah cek pun takpe sbb biasanya Marissa akan ingat buku mana yg ada homework. Aku tadika dulu takde pun buku sebanyak itu dan takde lah pulak homework rasanya.  Ye lah dulu lain, sekarang lain. Mana boleh nak samakan.

Marissa ni kira kategori rajin lah nak menyiapkan homework dia. Rajin sbb takut teacher sebenarnya kot. Cuba kalau kerja yg kita suh buat, takdelah dia nak siapkan.

Tiap kali buat homework dia mesti nak aku atau ayah dia duduk sama2 ngan dia. Kengkadang tu tention lah jugak... contoh kalau kerja colouring, sikit2 kang tanya kita..."baju dia nak kaler warna apa?, kasut dia nak kaler warna apa?" sikit2 tanya... "kaler lah ikut suka hati Marissa" biasa aku jawab cam tuh, terus nanti mood dia ke laut... pastu terus stop buat kata letih lah, pastu mintak susu. Memang lah aku ni tak layak jadi cikgu tadika kot... cpt sangat rasa nak marah..hahaha..

ni tgh mood berkobar2 menyiapkan homework

Buat satu muka jer pastu mintak rehat. Dia kata nanti dia sambung lagi. Ok ikut suka lah.

sambung balik buat kerja


Nak teman dia buat kerja coloring nie memang kena sabar sikit... sbb si Marissa kalau bab kaler2 dia tak berapa suka sebenarnya sbb mewarna ni satu benda yg memenatkan pada dia. Tambah lagi kalau nak kena warna gambar yg besar2. Kang dengarlah " adoiii, lenguhlah tangan ica nie" Manalah tak lenguh dia kalau mewarna memang pekat dan habis ditekannya kaler pensil tu kuat2. Kejap jer dah pendek2 dah pensil warna dia.

nampak tak muka dah stress dah tu

siap half way.. oklah menyala buah tembikai tu dia kaler

Buat masa ni aku takdelah stresskan sgt kat dia cara mewarna yg betul, kena wat gitu ke wat gini ker.. sbb aku nak dia enjoy jer, takyah nak skema sgt, janji warnanya terang dah cukup ok lah.

Tapi tiap kali buat homework, tiap kali tu jgk lah si adik akan datang mengganggu. Nak jugak amik pensil kakak, nak jugak amik pensil warna kakak, nak jugak buku sekolah kakak. Padahal untuk dia sumer dah ada, tapi dah nama konsep nya nak kacau kakak kan...dia tak heran dah yg dia punya. Pastu kang kalau kena marah cengginilah jadinya...


nangiss... wat muka kesian

Maka terpaksalah memujuk beliau dengan memberikan buku yg konon2 tu buku sekolah si kakak, kasi alat tulis kakak segala. Baru puas hati.  Buku sekolah kakak semuanya dibalut dengan pembalut plastik, maka buku ni pun ayah dia balut jugak konon2 ni buku kakak. Padahal ni memang buku adik pun.

hepilah kemahuan dipenuhi

Kemain tekun lah dua beradik ni kan

siap pun 



Aku tau cikgu memang kasi byk kerja2 menulis dan mewarna untuk melatih budak2 melembutkan jari dan tangan. Yelah, nak belajar menulis dan membaca kenalah byk2 prektis kan.  After lebih kurang 2 bulan sekolah nampak lah sedikit sebanyak perubahan Marissa. Keep it up nak!  

Thursday, February 12, 2015

Makan-Makan, Masak2, Rumah Baru, Dating dan Suamiku Encik Perfect 10

Ok ni kisah campur2 sepanjang cuti panjang 4 hari sempena Hari Wilayah dan Cuti Thaipusam hari tu. Start hari Sabtu tu takde plan apa2, takde plan nak masak apa2. Tetiba akak aku wasap katanya nak makan lunch sesama dengan mak sekali, makan kat rmh aku tapi dia yg masak. Bagus ar tu. Mula2 dia plan nak makan kat rmh mak jer, tapi Ain & Adam insist nak makan kat rmh aku, sbb ada Marissa dan Inara. Tapi takkan lah pulak tuan rumah tak masak apa2 pulak kan. So, keluarkan lah ayam yg dah 2 bulan beli tapi tak termasak2. Buat masak lemak jer sudah. Senang bai tuh.

Tengahari tu akak aku sampai dan tara... kejap jer penuh meja makan aku.

 ada ketam black paper, kerabu mangga, ikan berlada, kobis masak lemak putih, salad telur dan tak ketinggalan ayam masak lemak (ni jelah yg aku masak)

Punyalah pedas berdesing ayam masak lemak aku tuh. Apa taknya, aku letak cili api bebanyak, kononnya tak nak membazir cili yg aku beli beberapa minggu yg lalu, tapi tak masak2, daripada membazir aku perabihkan jer... sudahnya... pedassssssss tapi sedap. Lauk yg lelain2 pun sodap gak.... untung aku hari tu, masak satu jenis dapat makan berjenis2. Hehe. Len kali blh lah pot luck selalu.

Next day nya pulak. Weekend biasalah hari bermalas-malasan. Kasi chance anak bangkit lewat lah. Mak pak nya sekali lah lewat. Bangkit pun dah kol 11 pagi. Buat nasi goreng jer, sbb ada balance nasi semalam. Bfast pun dah masuk tengahari. So, tak yah lunch dah. Tapi tengahari tu, ada jemputan house warming ofismet. Oklah memasing pun free, so lets go... 

 amik gambar kat luar rmh jer... 

Kami datang pun dah lewat. Pukul 4 camtuh baru sampai. Jemputan pun ramai yg dah balik. Bagus sgt lah tuh. So, apa lagi enjoy the foods lah kan. Makanan pun byk lagi. Duduk pun leh lelama sikit.

Daripada sana terus bergerak ke rmh mak mertua. Tak jauh pun. Tapi sesampai sana, takde org kat rmh, masing2 keluar. Asben lah ni bukannya nak call dulu ke apa.. suka main terjah jer... tapi takpe sementara tunggu mereka balik, bawak anak2 main kat playground kat sana jap.

budak2 dapat main kejap pun jadi


Lepak kat sana sampai tengah malam. Sbbkan Marissa kena ke sekolah keesokannya maka tak dapat lah bermalam kat sana. Yelah KL jer cuti hari Isnin tu kan, Selangor tak cuti. Saje gak test Marissa suh ponteng sekolah, dia tak mau... bagus sgt... camtulah anak mama...

So, hari Isnin tu dptlah aku hantar Marissa ke pintu pagar sekolah, bukan takat pintu pagar, sampai dalam kelas aku hantar. Dia pun happy aku dapat hntr dia gi school. Selalu hantar rmh babysitter jer pastu dia naik van. Nasib baik dia tak drama air mata cam mula2 masuk2 school dulu. 

Lepas hntr dia, hantar pulak adik kat babysitter. Lepas tu, mak dan ayah apa lagi gi kuar dating lah kan... bukan senang nak dapat peluang keemasan begini. 


 ngedate ngan encik suami

Plan tengok movie bersama-sama. Lama kot tak tgk wayang. Citer apa belakang kira, tengok je lah citer apa yg available pada waktu tuh. Tak boleh nak pilih sgt lah, sbb ptg kang nak amik budak2 lagi... bukan nya leh date sampai malam pun.

Maka cerita pilihan kami adalah Suamiku Encik Perfect 10. Ok kita tengok perfect mana lah encik perfect 10 ini?? adakah seperfect encik suamiku ini...hehehe.. lets watch and see...

 Tiket wayang dan movie club member

Walaupun jarang2 jer pun tengok wayang, tapi sbb ada offer dari adik cashier tu kami sign up jugaklah... tak rugi pun... lagi untung ada... dpt tiket lagi murah dan siap dapat air dan pop corn for free. sapa tak nak kan.. next time kalau gi boleh terus gi ke fast line. Tak yah nak beratur. Eleh ntah tahun bila pulak tu kan nak menonton lagi.

Secara keseluruhannya, oklah citer nie.. buat gadis2 yg suka berangan yg mengimpikan lelaki camni memang layan lah kan... tapi aku rasa biasa2 jer... sbb for me my husband buat lebih daripada itu..hihi.. sape lagi nak up laki sendiri kalau bukan bini kan...

Ok, habis movie sempat lah kami shopping sikit2, sikit kata aku?? masalahnya bulan nie rasanya tiap2 minggu pun shopping, asal keluar jer shopping... takpelah for baby and anak2... apa saje untuk mereka..

Habis agenda sumer, terus jemput anak2 kat rmh babysitter. Dorang ingat mak pak dorang balik kerja lah tuh, padahal....

Next day nya pulak cuti Thaipusam. Ok hari ni kita lepak2 rmh jer.. takyah kuar memana. Makan kat rmh jer.. masak jelah apa yg ada.

So menu pada hari itu adalah..

 ikan kerisi berlada 

 ayam masak kicap untuk anak2


peria katak rebus

Fuh sedap giler dapat makan sambal berlada ngan peria katak ni, ditambah pulak dengan kicap lemak manis. nyamss sgt. Ada org tak suka peria, katanya pahit, tapi aku tak rasa pun kepahitan itu.. rebus gituh jer sampai lembut, makan ngan sambal. sedap. Konon ayam masak kicap tuk anak2 lah sbb tak pedas, tapi dorang layan jer sambal ikan tuh. Budak2 ni memasing tahan pedas. Bagus.. jgn nak manja sgt lidah tuh.

Sesambil cuti kat rmh tuh, amik kesempatan lah jugak kemas bilik bawah, kemas barang2 baby dan buat lah apa yg patut.

antara barang2 baru yg dibeli for baby

Gedik sgt nak beli besin mandi bayi tuh, padahal dah ada dah satu. Pastu menyesal sbb masa beli tu kat Aeon harga dia RM79.90, pastu bila singgah kat kedai satu kedai serbaneka telan ailio sbb bekas mandi tu baru berapa belas hinggit jer. Nak sedapkan hati, ala yg ni tak kualiti, material dia lain. Konon lah kan. Pastu bakul pink tu baru RM12 camtu jer.. kalau kat aeon dah dua puluh lebih dah kot. Motif beli bakul byk2 tu aku pun tak tau lah. Padahal dah ada almari budak dah. Tapi ntah aku prefer bakul cam ni tuk letak baju dan barang2 baby. Senang nak angkat kemana-mana.

Ok dah tu jer entry campur2 cam rojak untuk hari nie.

Tuesday, June 17, 2014

Babysitter Baru

Hai lama pulak tinggalkan blog. Tak sempatlah nak update. Bizi sokmo. Ok cuma nak gitau start semalam Marissa dan Inara dah start duduk dengan babysitter baru. Babysitter lama nak resign sbb tak lama lagi nak masuk Ramadhan, pastu anak dia yg selalu bantu dia tolong jagakan anak2 aku pulak dah masuk asrama (matrikulasi).




Minggu lepas memang sadis. Hari Khamis tu aku hntr anak2 ke rmh babysitter cam biasa. Masa hantar tu akak tu hint2 lah kat aku yg dia dah tak dpt nak jaga anak2 aku. As a mum, bila dengar camtu terus fikiran berkecamuk. Manalah aku nak hantar anak2 aku ni nanti. Lps hntr anak terus bawak kereta ke stesyen komuter. Bila nak turun kereta baru aku perasan yg aku telah tertinggal beg baju anak2 aku kat dalam kereta. Derr.... Ok terus capai hp nak call husband nak gitau kena patah balik rmh. Korek2 beg tengok hp takde dlm beg, baru teringat hp tertinggal kat pagar rmh. Boleh?? Aku letak kat tiang pagar tu masa nak kunci pagar pastu terus terlupa nak amik balik.  Berganda2 pulak masalah aku pagi tu.

Terus patah balik rmh. Sampai rmh tengok hp elok jer terletak kat atas tu. Alhamdulillah.

Nway, thanks to my neighbour yg tolong aku dapatkan new babysitter. Yer Kakcik memang byk tolong org. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan olehNya.  Patutnya aku start hntr ke babysitter baru ni start next month, sbb babysitter lama ni masih boleh jaga sampai cukup bulan. Tapi sbb anak2 macam suka jer dgn babysitter baru ni, maka aku turutkan ajer. Yang terbaik buatmu anak.

Wednesday, May 28, 2014

Mampu Buat Nasi Tomato Pagi2 Buta?

Memandangkan hari ni hari special si anak, maka si emaknya gigihlah masak special sikit utk keluarganya yg tercinta. Takdelah special mananya pun. Dah memang tiap2 pagi pun aku memasak. Dah jadi cam rutin harian. Kalau tak masak rasa lain mcm pulak.

Lama dah tak share pasal makanan or bekal-bekalan yg aku siapkan tiap2 pagi. Ok nanti aku share. Tapi hari ni nak share menu hari nie jer. Sbbkan dah takde idea sgt nak masak apa pagi tadi, maka aku decide buat nasi tomato je dah lah.

Aku ni sebenarnya tengah try masak jelah apa2 yg anak2 suka dan boleh makan. Kadang kita nie masak kemain lah kan tapi anak jamah makanan tu sesuap dua jer.. sentap hati mak nak. Ni pun aku tak tau lah budak2 suka ke tak makan nasi tomato aku buat nie. Yang paling penting ini adalah pertama kalinya aku buat nasi tomato. Dilawankan pulak dengan daging masak hitam. Pun pertama kali gak masak daging masak hitam. Nak buat ayam masak merah tapi sbb dua hari lepas dah masak ayam, maka hari ni kita tukar lah.

Maka inilah hasil memasak pukul 5:30 pagi tadi.

My simple nasi tomato + daging masak hitam

Ok yg ni bekalan tuk aku. Dah alang2 masak tu kan, alangkah cam rugi jer klu tak tapau utk diri sendiri. Simple jer nasi tomato aku tu, nak buat acar timun manalah nak sempat, kita potong jelah timun camgitu jer. Pastu tengok atas meja ada acar buah ofismet bagi tempohari, oklah boleh lah letak sikit kat nasi.

Bekal di atas dah selamat aku makan pagi tadi. Rasa cam kagum dengan sendiri dengan rasa masakan tersebut. Maafkan saya masuk bakul angkat sendiri. Yelah kata first timer kan.. haruslah kagum di situ. Takyah nak tanya2 resipi sgt. Gugel kan aje.

Ok nanti aku sharekan bekalan/makanan yg aku masak for the past few days ok.

Sebelum tu entri ini diakhiri dengan gambar anakanda ku yg super cool. Kakak tengah teriak menangis pun dia lena jer tido takde masalah.

ini adalah kesinambungan gambar dalam entri sebelum ni yg korang nampak kaki dia jer kat dalam gambar kakak dia yg tgh menangis tuh.. (perlu ke pun nak caption panjang lebar cenggini?


Oh ya, birthday cake dan hadiah tuk birthday girl, bukan birthday girl termasuk ayah dia jugak sudah setel aku beli tadi. Semoga mereka suka dan gembira. Luv u my familia.

Thursday, May 22, 2014

Ubat Mengantuk

Hujan2 ni rasa macam nak tido jer.. ok meh kita hiburkan hati supaya hilang rasa mengantuk dengan pepatah-pepitih moden, bersempenaan kedatangan Panda Feng Yi dan Fung Wa ke negara kita.

"Tuntutlah panda, walau ke negeri China"

"Sepandai-pandai panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua"

"Carik2 bulu panda, akhirnya habis duit rakyat"

"Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda gergasi"

"Di mana ada zoo, di situ ada panda"

"Yang merah itu saga, yg hitam putih itu panda"

"Panda dari China disusukan, anak di rmh mati kelaparan"

"Harapkan panda, panda makan padi"

"Pucuk dicita, panda mendatang"

"Yang kurik itu kundi, yang hitam putih itu panda. Yang indah itu budi, yang 20 juta itu panda"

"Besar badan panda, Zoo Negara kami tadahkan"

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia"


*copypaste from whatsapp msg


p/s: biar betik sampai puluh2 juta gituh? hilang akal apa

Wednesday, March 5, 2014

Kisah Suami Masak-Memasak, Kisah Anak-Anak dan Kisah Catuan Air

Ok ni citer campur2 jer. Kita lambakkan je sekali. Kelmarin balik kerja masuk jer rumah dah terbau-bau makanan. Macam sedap jer. Macam lazat jer. Sekali tengok kat atas meja dah tersedia makan malam kami. Seronoknya lah perasaan seorang isteri bila tiba2 suami amik alih menyediakan makan malam. Sekali-sekala suami buat seperais macam ni memang seronok. Tapi si suami pun pandai dorang takkan tunjuk sgt skill dorang tuh sbb takut nanti bini amik kesempatan lah pulak kan.

Ok lets see what we had for dinner kelmarin.


simple yet delicious

Ada ikan goreng, ada sambal bilis + telur, ada sambal tempoyak, ada timun ada ayam bakar balance semalam punya. Siap potong buah bagai. Yang paling tak tahan tu sambal tempoyak tu lah. Gigih laki akak tumbuk cili pakai lesung batu. Hasilnya memang tidak menghampakan. Sedap giler. Memang tak pandang kiri kanan dah. Thank you pada suami yg gigih menyediakan semua ini.  Appreciate it so much :)

Selain boleh memasak, asben gak boleh harap tuk jaga anak2. Kalau dia cuti2 tu dia akan whatsapp lah gambar dia ngan anak2 kat rmh. Ni gambar mereka dua beranak.


Kerja mereka kat rmh, tarik langsir kasi gelap2, pastu membuta lah dua beranak tuh. Memang sesuai lah dua beranak kuat tido. Pastu kat ofis pun rasa macam nak join sama. Dahlah kengkadang tu petang2 memang mengantuk gila babs.


Ni pulak gambar pagi semalam. Suka pulak aku tengok Marissa kat gambar ni. Rasa cam nak cubit jer pipi dia tuh. Kemain saje wat kembong2 pipi amik gambar yer. Walaupun dua2 tu tak mandi tapi aku rasa comel angat. Korang tau, boleh pulak tetiba pagi semalam rmh aku takde air. Nasib baik lah aku dah siap mandi dan dah siap pergi kerja dah. Tulah hari sebelum tu aku kemain eksen lagi ngan kakak2 aku yg kat rmh aku ada jer air dan rmh mereka sumer terlibat dengan catuan air dan masing2 pun berjimat-cermat guna air. Tapi aku memang terdetik pun kat dalam hati, eh tak boleh nak eksen sgt kang tetiba takde air camne, terus tak jadi nak eksen..Nasib baik gak, kami ada gak tadah air kot2 emergency. Tapi nasib baik kejap jer takde air, tengahari semalam dah ada balik, pagi ni pun ada. Tak taulah esok ada ke tak. Sbb kalau nak ikutkan rmh aku ni terletak di dalam zon 2.


macam sama jer muka anak dan ayah ni kan?

eh tak adil lah gambar kakak jer kan... kena gak selit gambar adik

Gambar adik takde berselfie dengan ayah sbb adik dah kena hantar ker rmh babysitter. Sian adik yer. Tapi sekali sekala ada gak aku tak hantar ker rmh babysitter, tapi tgk keadaan gak lah, asben pun perlu rest gak coz he's working on shift. Kalau dia free memang takde hal lah dia jaga budak berdua nie.

stok bekalan air di kala kecemasan

Takat tuk cebok jer lah kot. Nak mandi2 memang tak cukup lah nie. Tapi nasib baik gak lah kami ada simpan stok air ni, ni lah penyelemat masa terputus bekalan air semalam. Aku syak tangki rmh aku hbs sbb sehari sebelum tu kemain kami cuci kain, cuci pinggan mangkuk, cuci belakang rmh bagai. Ok pasni nak berjimat cermat. Tu jelah besen ngan baldi yg kami ada. Kena beli tong gamaknya pasni. Habis segala periuk belanga, jug air dijadikan tempat simpan air. Kalau dah tak cukup sgt bekas simpanan air, boleh gak simpan air kat mesin basuh. Ni asben aku buat. Good idea jugak.  Oh ya lagi satu nak pesan diri sendiri dan kawan2 sumer, simpan air tu hati, make sure tertutup, tambah2 lagi kalau ada anak2 kecik nie, takut kita tak sedar dorang masuk pulak kat besen tadahan air nie. Budak kan suka sgt nampak air. Pintu bilik air tu elok kasi tutup rapat jer sepenuh masa. 

Harap2 krisis air ni cptlah selesai. Kesian sgt dengar cerita mereka yg takde bekalan air langsung. Payah weh payah. Org kata biar takde letrik jangan takde air. Tapi bila takde letrik pun payah gak, tak dapat bayang masing2 kepanasan kat dalam rmh kalau takde letrik. Tambah lagi anak aku tuh, malam kalau terpanas sikit terus terjaga. Kalau on kipas dan aircond lena sampai ke pagi. 

Oklah sekian cerita campur aduk utk kali ini. kbai.

Tuesday, February 25, 2014

Dah 12 Tahun..

Eh baru teringat pulak hari ni anniversary aku 12 tahun bekerja. Selama 12 tahun ni jgk lah aku setia berkhidmat di sini. Sejak dari abis belajar, kat sini lah tempat aku mengenali alam pekerjaan.

Dua belas tahun yg lalu, aku lah yg paling muda kat ofis nie, tapi sekarang dah boleh masuk kategori makcik2 dah kot... hahahaha makciklah sgt.. mana tak rasa tua budak2 yg baru masuk ni sumernya lahir tahun 90 an.

Dua belas tahun yg lalu aku kurus kerempeng jer, sampai org gelar aku papan, tapi sekarang ni dah gemuk sikit kot.. sbb dah takde org gelar aku papan or tiang dah..

Dua belas tahun lalu gaji menciput jer... tapi tak kisah asal dapat kerja pun dah besar rahmat... Sekarang dah naik berganda2. Syukur lah..

Dua belas tahun lalu single jer, sekarang dah ada suami dan 2 anak.

Dua belas tahun ni lah yg mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.  Syukur Alhamdulillah.


Saturday, February 22, 2014

Sayang Anak Timang2 Kan

Selamat berhujung minggu semua. Just wanna share a few photos here. Gambar2 kesayangan hamba.

Last week pada masa ini kami sedang gembira menghirup udara segar dan nyaman di puncak Cameron. Minggu ni duk rmh je lah. Banyak kerja nak buat kot. Kerja rmh yg tak pernah2 nya habis.











Ok nanti kalau free dan rajin kita sambung lagi citer cuti2 minggu lepas.

Thursday, February 20, 2014

Tidak Dikenali, Makan dan Mengantuk

Dah berapa hari aku receive call dari nombor yg tidak dikenali. Nombor pulak sgt tidak familiar. Nak jawab takut. Kot lah spam call ke apa kan. So kita biar jelah tak yah jawab. Husband pun dah pesan kalau receive call nombor yg mcm pelik tak yah jawab.

Korang pernah ke receive call dari nombor nie +362867000? Ntah dari negara mana aku pun tak tak tau.


Aku sebenarnya niat memang nak update blog tapi cam tak berapa nak rajin lah pulak. Kan dia kalau time rajin hari2 nak update, walaupun ringkas jer, tapi bila kalau taim malas nak bukak blog tak koser.  Pastu tinggal lah berhari2. Sebelum terdampar sepi, baiklah aku taiplah jugak sikit2.

Hari ni memang lah rezeki aku. Dari breakfast sampai ke lunch ada jer yg belanja. Pagi makan nasi lemak. Tengah hari pulak makan nasi kukus ayam dara. Meletops nak mampus. Ada pulak lagi org sponsor nasi goreng kunyit lagi. Memang rejeki.

nasi kukus ayam dara

Sebabkan makan heavy sgt hari ni, maka nya, mata pun jadi cam mengantuk jer.. So utk elakkan rasa ngantuk, ini lah ubat dia....

menatap wajah anakanda ku yg sepet

Oklah memang mood ke laut kot minggu nie nak ngedate blog. bye.

Thursday, February 13, 2014

Kahwin Lain



Mat bukan nama sebenar boleh lah dikatakan seorang lelaki idaman Malaya. Mat memang terkenal dengan sifat sopan santunnya, dan ramai yg mengakui yg Mat memang seorang yg baik. Mat sudah beristeri. Satu hari aku dapat msg yg dihantar melalui whatsapp oleh si Mat.

"Assalamualaikum

Salam bahagia buat rakan2 yg diingati. Dengan rasa syukur, terharu dan berdebar-debar saya dengan berdebar-debar dengan sukacitanya menjemput saudara2 dan saudari2  sekeluarga untuk menghadiri majlis tertutup upacara pernikahan kedua saya seterusnya ke Jamuan Santapan Kesyukuran yg telah disusun akan dilangsungkan di Surau A-Ittifaqiyyah, SS7 Kelana Jaya bermula jam 8 mlm pada hari Sabtu malam Ahad 30/2/2014 ni. Semoga kehadiran anda akan memeriahkan lagi majlis itu nanti.  Terima kasih.


Jemputan khas utk rakan2 sahaja. Jangan sebarkan"

Lepas baca msg nie aku rasa cam tak percaya jer org sebaik ni nak menduakan isterinya. Sbb pada pandangan aku, Mat ni sgt setia orgnya dan tak pernah pulak aku tengok si Mat curang kepada isterinya. Dalam pada terkejut tu ada gak member2 dalam group siap ucap tahniah dah siap gitau akan hadir ke majlis tersebut jika tiada aral. Aku pulak masih tidak percaya, dan terus rasa tak nak kawan dengan Mat lagi. Emo mcm kan laki aku lak yg wat perangai.

Aku baca msg tu lagi sekali. Terus aku tersenyum dan tak jadi nak emo. 

Wednesday, February 12, 2014

Rezeki Hari Ini

Ingatan dari seseorang yg baru kembali dari mengerjakan Umrah.  Terima kasih atas pemberian ini semoga mendapat Umrah yg mabrur dan beroleh rahmat dariNya.

Tasbih digital

yg penting purple tu

Semoga ole2 ini memberi manfaat kepada diri ini utk memperbanyakkan zikir kepadaNya.

Selain itu jugak, makan tengahari telah ditaja oleh seorang hamba Allah yg juga baru kembali dari menunaikan Umrah. Semoga beliau juga mendapat Umrah yang mabrur dan beroleh rahmatNya.

Nasi goreng campur kunyit 

Nampak tu siap ada sambal belacan ngan cili potong lagi. Dasar kuat pedas. Ni nama dia nasi goreng meletops. Kat dalam tu ada ayam, ada sotong ada udang dan sayur carrot ngan kacang panjang. Memang ai loike it so much lah. Alhamdulillah syukur nikmat.

Kerana Ariana Rose... Agak-Agak Lah

Rata-rata org bercerita pasal drama tv nie. Aku cam biasa lah memang tak layan lah drama2 bersiri ni tambahan pulak kol 7-8 ni, memang tak lah. Tapi walaupun aku tak mengikuti cerita ni, tapi sedikit sebanyak aku tau lah jugak jalan cerita dia. Dah tu sumer nyer pun dah diulas kat fb kan. Dari tak tau terus jadi tau.

Tapi aku sedih lah jugak kat penonton yg fanatik layan cerita nie sampaikan tanggungjawab sumer dilupakan. Sakit gak hati bila baca nie.




TV3 ni pun satu takde masa lain ker nak tayangkan drama2 nie. Semuanya melaghakan. Ok takdelah ckp sape yg tgk citer ni tak sembahyang Maghrib. Dosa kalau main tuduh2 camtuh. Tapi aku tau, mesti kebanyakannya gi sembahyang time commercial break, pastu solat cpt2, tak pun tunggu sampai cerita abis pastu baru solat. Sib baik lah jugak Isyak pun lewat sekarang ni. Tapi bukan ker tak baik melengah-lengahkan solat. *bukan bajet ustajah tapi ayat utk mengingati diri sendiri*