Tuesday, January 31, 2012

Petang2 Kalau Tak ke Playground, Main kat Depan Rumah je Cukup..

Kat rumah nenek Marissa ada macam2 jenis pokok bunga. Berwarna-warni. Kalau kat rmh nenek, waktu petang2 Marissa suka lah bermain2 kat luar rmh, sambil memetik pokok bunga nenek.
Marissa dan sekuntum bunga

 
ke mana saje nak dibawanya bunga itu

meh kita selitkan di telinga

payah nau nak amik gambar budak ini asiknya nak bergerak ajer

 
Marissa dan Adam

 
nak jugak sambil bergambar sambil bertepuk tangan

Syok sangat bila balik kerja nampak anak tengah berkejar-kejaran kat luar rmh. Pastu nampak kita terus terhenti sekejap dan excited bila nampak kita dah balik.... rasa nak terkam ajer.....


p/s: mama-shira-irfan ko ingat tak baju fefel Marissa nie?

Renovate Rumah???

Banyaklah ko punya renovate kan... takat nak tambah bumbung apeke renovetnya pun?? Hehe sajer jer wat gempak  Rumah kami tu, pemaju ni kedekut lah wat porch bumbung tutup sebelah jer, yg sebelah tu dia biar kosong jer, so kalau bawak masuk dua kereta ke porch, satu tak kena hujan, satu lagi haruslah kebasahan. Tapi kira oklah jugak dia tak bubuh tiang kat tengah2 porch tu, kalau tidak satu kete jer yg muat masuk.

Memandangkan jiran kat sebelah kanan hari tu, adalah wat sikit renovation kat rmh dia, so dorang pun adalah nak naikkan bumbung yg kat sebelah tuh, pastu nampak tukang rmh tu pun wat keje pun ok jer kemas, so kami pun join lah sekali wat bumbung tuh. So, kalau dua rmh kami disambungkan bumbung tu sekali nampak oklah sikit. Kalau wat asing2 nanti nampak cam janggal pulak. Aku nak explain pun tak pandai ni, tapi korang paham2 jelah yer. 

Seperti yg diminta oleh pentukang, dia mintak kiterang beli barang2 sendiri, list sumer dia sediakan, asben gilah hardware membeli barang2 yg diperlukan. Tapi kan ok gak kalau kita just bayar upah jer tau, leh jimat byk, kalau kita serah sumernya kat kontraktor/tukang memang dorang tekan lah.

nampak lori tu? dorang hantar barang2 yg diorder

Abaikan lalang pokok padi kat depan rmh tuh. Kiterang memang petani yg berjaya. Huahahaha. Apa nak buat akibat kekangan masa, tak sempat menuai pokok2 padi tuh. Hehe. Cepat betul panjang lah pokok lalang ni, hari tu dah mesin dah, memang nak kena cabut jugak nie.

Abih tu nak wat camne, dua2 laki bini bekerja, kalau cuti pun selalu saje ada hal kat luar, so bila masanya nak bergotong royong nak kemas2 laman segala kan. Tapi takpelah biar kat luar semak, jangan kat dalam rmh pun semak sudah kan. Tapi lagi baguslah kalau luar dalam pun tak semak kan.

Kerja2 pemasangan bumbung adalah masih dalam progress. Belum siap sepenuhnya lagi..
 
dari dalam rmh

 
cer selak sikit langsir tu


Sekarang ni bumbung sumer dah siap pasang dah, cuma syiling jelah yg tak pakai lagi... amik masa sikit sbb org yg buat ni dia sorang2 jer, so takde assistant tambahan pulak dia nak siapkan rmh yg sebelah tu lagi.. takpe lah biar lambat asal siap.. nanti dah siap aku tunjuk, bukan menunjuk eh..kot lah korang nak cari tukang rmh ker kan... boleh aku pomot, abg ni dia memang tukang buat rmh kat Kelantan sana, rmh banglo, rmh papan sumer dia buat, tapi sbb since bulan lepas musim hujang kat Kelantan so dia takleh nak bertukang kat sana, jadi dia outstation lah ke sini. Lagipun sedara mara jiran aku gak lah.

Breakfast Pagi Ini

Assalamualaikum.. selamat pagi kengkawan sumer... sudah makan ka belum? Jangan lupa breakfast dulu yer. Kalau tak tau nak bfast apa, meh tgk ni kot boleh dijadikan inspirasi.

cukup lah 3 ketul ni jer

Cam tak best jer kalau letak satu gambar jer.. so up lagi satu yer... tapi ada gegar sikit...takpe memang saje pun.. so, leh cover pipi yg tembam itu...hehe

happy working u ols... 

Pagi tadi hujan kan, rasa cam malas jer nak gi kerja, tapi sbb fikir ala kerja sehari jer, esok cuti dah... so mood kembali semula....



p/s: Aishah - Akak pakai lipstick mac pink nouveau A21+ mac lipgloss lovechild A98 (semoga menjawab pertanyaan anda. tq)

Monday, January 30, 2012

Lunch Semalam Sampai Licin Periuk

Semalam adalah super rajin tuk memasak lunch. Semangat duk kat dapur  kelentang kelentung. Bunyi kelentang-kelentung tu adalah effect menumbuk sambal belacan. Semenjak kat rmh ada batu lesung ni kemain sakan lagi aku wat sambal belacan. Kengkadang tu balik kerja dah sampai rmh malam pun sempat lagi nak menumbuk cili.

Ini adalah juadah lunch semalam. Suami makan sampai tambah berkali-kali. Aku pun boleh tahan gak bertambah. Sbbkan semalam sudah byk makan, tadi lunch aku tak makan. Diet katanya. Sbbkan tak lunch tadi, now aku dah melapar.... tgk gambar ni meleleh balik air liur nie....


tempoyak masak asam, kangkung masak belacan, sambal kentang, sambal ikan, ikan goreng (tuk Marissa), ulam-ulaman dan sambal  belacan


Aku bab2 presentation, memang fail ok, pinggan mangkuk, sudu sumer aku main sebat jer...takde nak lawa2.. nak menghias apatah lagi....dah memasak ni dah cukup baik dah kan... takpe nanti kita kasi gilap lagi presentation skill tu yo.

Hasil-Hasil Daripada Dua Jam Itu

Nak tau apa yg aku dapat dalam tempoh 2 jam itu? Aku sebenarnya kalau ikutkan jenis yg jarang2 sgt kalau keluar time lunch. Tapi kalau dah keluar tuh, tak hagak2 pulak jadinya. Aku pun tak caya aku sorang2 sampai ke Jalan TAR sana. Selalunya mesti nak berfren-fren.

Ok ni aku punya. Semuanya adalah aku punya. Bunyi cam tamak jer.

kain pasang, tudung, inner

Aku ni kalau beli kain mesti tak lari konsep aku. Mesti kaler2 dan design ala2 camtuh. Kadang2 nak tukar lain gak, tapi mata ni asik tertacap yg macam itu jugak. Sekarang ni banyak sgt jemputan kahwin, so kena spare baju kurung/kurung moden lebih sikit lah. Kebaya2 memang lama dah tak pakai. Mungkin nak try abaya pulak pasni.

Ini pulak hasil sopingan kat Sogo, khas utk anakanda tercinta. Mula2 nak beli sehelai jer, pastu nampak yg ni pun cantik, pastu nampak yg tu pun cantik, pastu dah tak tau nak pilih mana satu, takmo pening2 kita amik jelah sumer. Tamak lagi kan?
Bertambah lagi gaun Marissa

Tapi tak semua baju tu adalah hak milik Marissa, sbb salah satu baju itu aku dah niatkan utk diberikan kepada seseorang sempena her 2nd birthday. Dah siap pack dah pun. Taraaaa....


card birthday tu handmade tau...

Aku ni jenis kalau ada baru, mesti kalau balik rmh tak sabar nak try2, sama camtu jugaklah aku wat kat Marissa, asal ada baju baru jer, mesti aku suh dia try cpt2. Seb baik mood Marissa bagus hari tuh, dia tak kisah pun aku tukar2kan baju dia hari tuh, siap cakap "tek... tek..." (read = cantik) pastu siap buat pusing2 ala2 model.. pastu dress dia pun mengembang sekali... feeling sgt minah tu kan..

Rindulah Pulak...

Hari-hari pun rindu sebenarnya. Padahal kalau depan mata kengkadang asik bercakaran sahaja. Memang betul pun, aku ni asiklah jadi mangsa cakaran beliau. Sekali kena cakar otamatik tangan dia aku lepuk. Pedih ok. Nasib baik kesan2 lama dah semakin hilang. Kalau tidak memang beranginlah mak dia ni, yelah mamanya ia2 jer maleburkan duit utk skin care, mekap segala, tapi muka cam org gangster, calar sana, calar sini.

Tapi walau apa pun yg dilakukan oleh anak ini, mama tetap sayang bangat sama kamu. Pagi ni rasa rindu menebal sgt kat budak kecik sorang nie, ditambah pulak membaca entry2 di archive, membaca entry2 tatkala mengandungkan dia, membaca entry2 melahirkan dia, rasa sungguh lain benar perasaan ini. Rasa rindu dengan detik2 manis itu semua. Pantas sungguh masa berlalu, dah besar dah rupanya anak mama nie. Kelmarin, 28 Jan, Marissa genap berusia 20 bulan = setahun lapan bulan.

Marissa on her 20 months birthday - gaya buat peace lah kononnya tu

Dah memang boleh sgt jadi kawan dah budak ni. Dah boleh borak2 dah dengan dia, walaupun perkataan dia masih lagi terhad lah, tapi dia boleh paham kita seratus peratus. Takat nak suruh itu, suruh ini ditambah pulak dengan puji-pujian memang laju jelah dia buat apa yg kita suruh.

Tapi apa yg selalu membuat mak dia naik hantu ialah apabila kita dah penat2 masak, dan tak sabar2 nak kasi dia makan, dia nganga memang nganga, tapi kalau time dia memang taknak makan, dia akan luahkan semula.... taim tuh, sama ada dia atau aku yg akan menangis...penat memasak tak habis, ditambah pulak kerja nak menyapu/mengvakum/mengemas.



Dah boleh harap dah anak dara ni, leh tolong kita cuci kain, sidai kain dan macam2 lagi.. cam semalam aku nak cuci kain baju dia, adalah sebakul penuh, tu baju dia sahaja.. baju dia memang hover, so sebelum aku masuk mesin aku akan asing2kan mengikut kaler baju. Aku longgok2 kan dulu kat lantai, selonggor baju kaler puti, selonggok baju kaler pink dan selonggok lagi warna macam2... aku memang biasa wat camni, pastu aku akan masukkan ke dalam laundry net. Tapi semalam belum sempat aku masukkan ke dalam net tu, dia dah siap masukkan semua kainbaju tu ke dalam bakul semula. Tak sampai hati aku nak halang tengok usaha gigih dia tuh. Sebutir-sebutir dia bawak masuk ke dalam bakul. Tak boleh sikit pun bahagian baju yg terkeluar dari bakul, cam tali dress dia, terjuntai ke luar, dia masukkan rapi2. Pastu bakul cam nak dekat penuh, dia tekan2 kain tu ke bawah. Cute giler aku tengok, kecik2 dah menunjukkan ciri2 kebibikan...hehehe. Membantu sgt kann???

Pastu kan malam tadi tgk AJL, selalu dia suka jer dengar lagu Cinta Muka Buku tuh, tapi malam tadi sibuk pulak sibuk nak main ngan tab aku. Aku nak bermuka buku pun tak boleh....:(

tengah iklan

sudah terperasan aku mengambik gambarnya

terus bangun ko... nak rampas tab dari aku

Aku tak dapat tgk abis pun AJL malam tadi, lepas lagu Sungai Lui kot aku rasa aku dah terlelap. Sedar sedar tgk dah umumkan dia punya juara.... Tapi rasanya sumer yg memang tu layak tuk memang lah...

Oklah aku pun tak tau apa aku nak citer ni, kejap pasal rindu, kejap pasal anak, tup2 pasal AJL pulak.

Friday, January 27, 2012

Dalam Tempoh Dua Jam RM RM Berterbangan. Pitam!!!!

Cam biasa lah Jumaat kan break panjang sikit. So, plan mau ke Sogo, kononnya nak cari baju Marissa, baju dia sumer aku dah lenjan wat pakai harian so, bila ada majlis sikit aku dah tak tau nak pakaikan baju apa lagi, padahal boleh jer pakai yg ada tuh, tapi tahlah mungkin ni alasan tuk beli baju baru kot...

Hari ni aku jalan sorang2 jer, best gak jalan sorang2 ni, ikut suka hati kaki jer nak jalan ke mana, dan byk tempat boleh pergi. Kalau ngan member pun best jugak, ada teman berborak dan kita boleh tanya dia ni ok tak? yg ni ok tak? ni lawa tak? ni gi sengsorang sendiri tanya, sendiri jawab lah.

Dah sampai Sogo, hati berbisik nak ke Jalan TAR pulak, rasanya lama giler dah jalan ke sana, saje nak cari tudung2 murah. Ai pakai tudung murah jer u olsss bukan Ariani aptah lagi Fareeda. Aku suka pakai tudung shawl compared to pakai tudung2 yg ada awning nie. Sbbnya aku adalah pemalas lipas. Eh bukan pakai tudung awning lagi mudah ker dari pakai tudung nak belit2 nie. Yer tang tu betul lah tu, tudung awning, ko sarung jer dah siap. Bukan itu masalahnya. Masalahnya aku malas nak handwash2 bagai, yelah kang kalau masuk mesin kang, kemek2 pulak awning ko ni kan... pastu kang nak hang pun kena hanger betul2.. payah pulak nak menjaganya... tambah lagi kalau beli yg mahal2 tu lagi extra ordinary dia punya penjagaan..so pakai murah2 pun sudehhh.. rosak beli lain....

Dah dapat cari tudung, ingat nak gi Gulatis pulak, nak cari kain pulak, tapi terlalu pulak dekat depan Nagoya, so tersinggah pulak. Wah tersinggah kata ko yer.... dah tersinggah tu terbeli pulak... so dah beli kat sana tak jadi lah nak ke Gulatis, sbb aku nak ke Sogo pula.

Kat Sogo terus ke tempat Kids n baby, tak leh singgah kat tempat lah dah, kang ada pulak benda lain yg terbeli.. no no no..

Maka amik lah beberapa helai baju yg menawan hati... pastu pergi bayar... pastu masa nak balik masa nak turun eskalator, aku baru tingat yg sebenarnya tujuan aku nak ke Sogo itu adalah tuk menggunakan voucher yg aku dapat hari tu... DEMMMM   ada balance 80 ringgit lagi... kalau aku pakai voucher tu, takdelah aku kena bayar dekat 300 tadi... RUGIIIIIIIIIII.... sob sob sob.. aku lupa giler time nak bayar tadi... bengong tul lah....

Bawa Marissa Bermain di Playground

Petang semalam sampai rmh adalah awal. Sonoknya kalau hari2 leh balik awal camni. Tak yah naik komuter. Ada org jemput. Jalan tak jammed. Masuk2 kereta semalam, sedih tgk pakaian anak. Tu lah dia kalau bapak dia yg siapkan. Semalam kan seharian Marissa bersama yayahnya di rmh nanny.  Punyalah aku spare 2 helai gaun, sehelai t-shirt dan mini skirt dan sepasang baju tido.

"Marissa dah mandi petang ke?"
"belum"
"dah tu pakai seluar tido je nie?"
"dari tengah hari tadi dia pakai baju ni"

Ok fine aku tau lah dia nak protect kaki anak dia, aku tak kisahlah dia matchkan t-shirt tu dengan seluar tido instead of mini skirt tuh, tapi adalah kepelikan bila bahagian t-shirt yg sepatutnya di depan dipakai kebelakang. Senang kata terbalik lah.

"yang.... Marissa pakai baju terbalik  lah"
"oh yer ker... tak perasan pulak"

Ok ni lah dia budak yg pakai baju terbalik tuh. Aku pun satu biarkan jer tak betulkan, alih2 dah sampai playgroud dia terus nak bermain. Pergilah nak. Mula2 aku tunggu dalam kete jer. Tapi bila tengok dua beranak ni syok jer bermain, aku pun keluar lah jugak. Peduliklah tumit kasut terbenam kat tanah.

itulah ada peace versi Marissa

Ada sorang anak cino di situ - Marissa masih lagi dalam mode "peace"


main gelongsor

Aku rasa first time kot Marissa main gelongsor nie, sian Marissa playground kat belakang rmh jer, tapi aku jarang sgt2 bawak dia bermain kat sana. Yelah dulu kecik lagi kan, sekarang dah besar sikit dah boleh main dah. Ok nanti mama bawak ke taman yg lagi best yer.



Sikit pun tak gayat. Pastu taknak org pegang dia. Dia nak lepas sendiri. Kita bukan apa takut nanti kepala dia terhantuk ke apa. Yelah dia bukan pandai nak kontrol2 pun lagi.

suka dia wey

Dah puas main tu, nak panjat2 tangga pulak, apa tak puas lagi ke main tangga kat rmh? Kemain laju lagi dia naik tangga, kita pegang dia, ditepis2nya kita. Tu lah budak kan, selagi tak jatuh dia tak tau. Macam hari tuh, dia tejatuh dari kabinet tv yg dia suka sgt panjat tuh, sejak hari tu, langsung aku tak nampak dia panjat kabinet tu lagi. Aku suruh2 dia pun dia taknak. Lesson learnt di situ.

menuju puncak

 
ewah-ewah
panjat ni pulak

 
masuk terowong ni pulak

Seb baik lah bapaknya rajin nak melayan, aku tukang sibuk jer. tukang amik gambar jer. Hehe.

terserlah keterbalikan baju yg dipakai

Tak boleh nak salah kan suami, sbb baju tu depan belakang pun ada butang. Butang depan tu just hiasan saje pastu ada ropol2 sikit.  Yelah lelaki ni mana lah nak kisah ropol2 patut kat depan ke belakang ker.
oklah tak nak nampak terbalik sgt

 
partner Marissa - hepi nampak? ni mesti kecik2 tak puas nak main nie..hehe
 
time ni patutnya nak balik dah.. tapi sibuk ajak ayahnya nak main seround lagi

 
ikut jelah kata anakmu itu

Hari ni kalau sampai rmh matahari tak terbenam lagi, kita gi main lagi yer Marissa.




Thursday, January 26, 2012

Makan Nandos

Ni nak sambung kisah masa cuti cny hari tuh, ala hari yg kiterang gi 2 wedding tuh. Petang tu Watie ngan husband dia lepak kat rmh kami. Minum petang hari itu adalah burger mc chicken yg ditapau di mc d dan jugak pisang goreng yg dibawa oleh Watie.

Ingatkan balik2 tu boleh siap2 dan terus kuar, tapi duk borak sana borak sini, haripun Maghrib. Maka lebih afdal kalau keluar lepas Maghrib terus.

Marissa plak memang dari siang tak tido langsung, maka naik2 kereta jer terus dia terlelap. Dah lah kami ke Aeon Rawang jer, jarak dari rmh pun dekat sgt, sian Marissa tak puas nak tido. Stroller pulak memang tak bawak. So, aku pun dukung jelah mula2 tuh. Tapi nasib baik kat Aeon ni dorang ada sediakan stroller tuk anak kecik tau. Aku ingatkan sewa ikut jam ke ape, tapi free saje rupanya, dengan syarat ko kena tinggalkan lesen memandu ko kat situ. Yelah dorang kena lah wat camtuh, nak retain IC org kan tak boleh, so, lesen jelah, lagipun kalau tak wat camtuh, konpom mau dibawa lari stroller tu sbb stroller itu sgt2 selesa tuk budak.  Aeon ni bagus kan.. facility tuk family memang terbaik.
Marissa tgh tido

nilah dia troli tu.. eh troli ke stroller.. apa2 jelah.. bawah tu leh letak barang2 shopping


Memang tak plan nak beli apa pun kat sana, just nak pergi makan jer, tapi bila singgah kat supermarket ada saje benda ditangan.

Dari supermarket terus ke Nandos. Tetiba tekak masing2 nak bernandos pulak. Seb baik kat nandos pun tak ramai org, so taklah lama sangat nak menunggu.. sempat lah amik gambar sekeping dua..sekang kamera takde, gambar2 sumer pun pakai tab jer.

gambar dengan flash

gambar tanpa flash

Aku nak komplen sikit nandos kat situ, pilih kasih ok.. yg aku ngan watie punya ayam kecit jer, yg si suami2 punya ayam dia besar tau. Adakah kerana pompuan makan sikit, so ayam dia kena kecik, lelaki makan byk so ayam dia kena besar?

Gambar makanan terlupa nak amik, sedar ayam sumer dah abis... yg tinggal hanyalah ini...
licin

Makan tanpa gangguan si kecik, makan tanpa ada sudu yg jatuh ke lantai, makan tanpa ada air yg tumpah, makan tanpa ada budak menjerit.... sbb....



Dari mula2 sampai hinggalah nak balik, lena jer dia tido... sian letih yer anak mama... ok kena belajar2 lasak sikit sok nak travel senang...


Kalau Ayahnya Keluar Kereta, Pantas Dia Berpindah ker Seat Driver

Walaupun ada car seat, tapi aku selalu pangku jer Marissa kalau kat dalam kete, kecuali kalau perjalanan jauh, tak larat aku nak pangku2. Kalau dengan paklong dia, dia akan sekali duduk kat driver seat sambil fefeeling dia yg bawak kete. Tapi kalau ngan yayah dia, dia takut sikit, tu pasal asal ayah dia keluar dari kereta, dia akan melungsur dari pangkuan aku dan terus duduk kat driver seat. Pastu apa lagi, mula lah tangan dia tak duk diam. Kang mula lah tetiba wiper berjalan lah, lamput terpasang/tertutup, side mirror bergerak lah. Pendek kata apa yg dia tengok org buat, dia pun nak buat sama lah.

Dah puas godek itu godek ini, dia selongkar dashboard pulak.

keluarkan touch n go card

 

try masukkan balik

 

amik cermin mata yayah dia

Tang cermin mata ni, kena perati sikit, dia sedap rasa jer akan kepak kan keluar bingkai cermin mata tu. Satu cermin mata aku dah selamat dah dia kerjakan. Memang nak kena tukar frame dia, sampai patah dia kerjakan.


tak cukup duduk, nak berdiri pulak


Kalau dengan aku, memang aku biarkan jer dia nak buat apa. Tapi kalau ayahnya, jgn harap.... yelah lelaki ni kan sayang kat kereta kan... alah takat2 usik tu bukan leh luak pun kan... oppps yayah jangan marah yea...

Walaupun Takde Bibik, Tapi Boleh Gak Buat Ini Sumer.... Syabas Beteh!

Petang semalam, masa nak balik dari ofis member gitau yg katanya esok pagi nak buat pot luck. So, org dah bagitau, takkan ko tak tau2 plak nak bawak apa2 kan, takkan esok datang bawak perut jer, kurang2 kenalah bawak something kan.

Tinngggggg! tu bunyi idea yg tiba2 datang kat kepala otak time tuh. Aku pun apa lagi, call lah akak yg biasa aku order kuih tuh. Yelah org malas cam aku ni, order adalah cara yg paling terbaik. Plan nak bawak kuih koci, sbb kuih koci akak ni sedap sgt, dan very lemak2 gitu. Aku call tak jawab2, aku sms tak reply2... aik akak ni sudah tukar no ker atau hp dia dah kena dikebas org.

Sampai ke lewat petang still gak tak dapat contact dia and takde respon dari dia. Alamak.. camne nie.... apa aku nak bawak nie.... ni mesti kena ada plan B ni... kepala otak aku pun berfikir2 lah apa nak bawak nie... benda yg simple dan mudah tuk aku. Mula mengarut2 nak bawak cekodok udang lah.... apa lah.. eeei jgn main2 cekodok pun kalau dah makan ramai2 confirm sedap..

Tapi kang, org len bawak best2 takkan aku bawak cekodok jer... so tukar menu lah.... takkan nak wat nasi lemak pulak, hah... since kat rmh ada sepeket lagi mihun yg belum dimasak, apakata kita buat mihun singapore.... ok ok idea diterima pakai.

So, balik keje semalam aku pun singgahlah kedai nak cari sotong. Dahlah hujan melebat petang semalam. Lencun lah jugak. Tapi malangnya sumer kedai sotong dah out of stock. Pastu gi rmh mak kot lah mak ada stok sotong ke, pun takde jugak, mak kata raya2 cina ni memang byk barang takde, hari tu gi econsave pun takde barang2 basah gak. Takpelah takde sotong kita pakai udang jelah, sib baik udang aku memang ada.

Pastu balik rmh, terus siap2kan bahan tuk memasak tuk pagi esok. Yelah kalau nak siapkan sumer memang berjangguitlah, mau pukul 8 pun tak siap gak. Sib baik malam tadi asben nak makan roti jer, so tak yah masak, jadi masa memasak tu, aku spend tuk penyediaan bahan2 tuk memasak.

Mula2 kupas bawang merah, bawang putih. Pastu blend. Pastu kopek kepala udang. Pastu potong kobis ngan sagat carrot halus2.

Sambil tu cuci gak botol susu anak, sok pagi tak yah nak kelam kabut sgt. Pastu siapkan bakul susu dia sumer.

Dah siap tu sumer, lepak dpn tv dengan anak dan suami. Sambil tu makan ais krim cornetto ngan buah anggur. Sampailah kami sumer anak beranak tertido kat dpn tv. Pukul 1 pagi terjaga, kejutkan suami suh angkat anak naik atas. Sebelum naik, sempat rendam mi dulu.

Pastu  sambung tido balik. Set jam, pukul 4:45pagi, saje set awal, so bila alarm bunyi leh sambung tido barang 15-30 minit lagi. Memang betul pun, pukul 5.30 gak aku bangun.

Dah bangun terus turun ke dapur, keluarkan sumer2 bahan yg dah siap, now, time tuk campak2kan ajer. Panaskan dua kuali. Satu tuk masak mihun, satu lagi tuk wat telur dadar. Tak sampai berapa minit dah siap.

Dah siap naik atas balik. Baju kerja tak iron lagi.  Bukak almari, tercegat kejap kat dpn lemari, nak pakai baju apa hari ni ye????? ermmm pakai ni jelah... tapi hijau lagi... ah pedulik... hari tu baju lain, ni baju lain... tudung jer pakai tudung yg sama. Ok belasah lah... tu sumer aku cakap dalam hati...

Pastu iron baju. Iron tudung. Anak dan suami masih lagi tido. Pastu gi mandi. Pastu solat. Pastu siap2 dan mekap2. Dah siap baru kejutkan asben. Aku turun bawah balik. Isi mihun kedalam bekas. Seb baik aku ada beli tupperware set hari tuh, kalau tidak tak tau lah mana aku nak letak mihun tuh. Aku beli tupperware tu pun bukan apa, tapi sbb kaler dia warna fefel, lagipun tupperware jarang kuarkan kaler camtuh.. tu yg aku beli tuh... ceah alasan dari dilabelkan sebagai very the makcik2 kumpul bekas tapawe sumer kan...

Dah siap bungkus sumer. Naik atas balik. Adoi pagi2 dah turun naik turun naik keje aku nie... letih korang membaca letih lagi aku  yg menaip nie.... siapkan barang2 anak pulak. Hari ni asben off, dia nak bawak Marissa ker rmh nanny, so, aku kena siapkan lah kain baju, pampers segala. Kalau hntr kat rmh mak aku, aku tak yah bawak dah, sbb memang aku dah siap2 station kan satu beg tuk seminggu punya baju kat situ. Pampers pun memang ada kat sana siap2.

Turun bawah balik, letak beg marissa ngan henbeg aku. Naik balik. Kejutkan Marissa, tukarkan pampers dia ngan baju dia. Main lap2 jer, sian pulak nak mandikan dia, dengan mata dia pun tengah mamai2 lagi. Bedak2 dia. Pastu kita pakai lotion dia pun nak pakai jugak. Lotion crabtee and evelyn tu memang feberet dia lah...

Pastu dukung dia bawak turun, time ni aku dah rupa apa ntah.. walaupun pagi tapi aku rasa aku punya muka dah kilat berpeluh dah, yelah asiknya turun naik, wat tu wat nie.. takpe eksesais di pagi hari gitu..

Siap sumer terus masuk kete, asben settle kan yg lain2, dia tutup lampu, set alarm, tutup pagar sumer. Oh ya pagi ni suami dan anakanda tercinta yg menghantar saya ke ofis..hoye.. tak yah naik train...dalam kete susukan Marissa, susu dah siap2 bancuh masa kat rmh lagi.

Perjalanan ke tempat kerja adalah lancar sekali. Tanpa jammed, tanpa tekanan. Sampai ke ayat ni aku pun terfikir apa ke yg aku merepek meraban tulis panjang2 kat entry ni, macamkan ada org nak baca dan kisah pulak... dahlah... aku pun rasa cam dah penat dah menaip, dah lah penat memasak pun tak hilang lagi.. eleh masak sikit tu pun penat kerr punn??ok nah tak dapat nak jamu korang, korang tengok jelah apa yg bawak ni hah...



bekas kaler fefel

my mihun singapore

sepeket mee dapatlah isi dua bekas nie

Gasaklah ntah kan sedap ntah kan tidak masakan aku nie... takpe yg penting ikhlas dan effort kita nak bawak gak something kan.. sedap tak sedap belakang kira....tapi kalau nak komen jangan depan2 ai yer... nanti ai taknak bawak lagi..takde gurau jer....

Tapi memang macam2 menu ada pagi nie, ada mihun sarawak, ada nasi himpit kuah kacang, ada makaroni goreng, ada kek, ada kuih, ada dessert.. memang bermacam2 lah...dan sumernya memang terbaik. Terus terasa kerdil jer diri ini membawa mihun di atas. Terus tak ngaku aku yg bawak... tapi bila org kata sedap dan2 ko nak ngaku ko masak eh?  Tapi aku dah siap dah jawapan dalam pala aku, kalau org tanya sape masak, nak jer aku jawab bibik yg tolong masakkan. Padahal.... ko lah bibik, ko lah mem kan...

Ok dah lah muntah hijau pulak korang baca entry yg penuh dengan tulisan ini macam tudung dan baju yg aku pakai hari ni... hijau u olssss....
supermak ni wooii

 

org yg konon2 nye sibuk pagi ini


Tapi tulah, sebenarnya entry aku ni, apa yg aku nak sampaikan yelah, aku adalah amat2 tabik spring toink toink kat sumer kaum ibu, kaum isteri yg berkerjaya yg mampu siapkan segalanya tuk keluarga walaupun tanpa pertolongan dari bibik. Agak2 kita boleh tak jadi camtuh?? Ok kita cuba yer....