Friday, September 28, 2012

Duck Face?

Budak2 zaman sekarang eh bukan kata budak2 jer, yg tua pun sama jer, amik gambar sumer nak bajet comel... pastu wat muka muncung2 kembung pipi apa org panggil tu duck face? muka itik? ntah lah..

Tak terkecuali jugak si budak kecik ini. Aku tak tau mana ntah dia belajar, rasanya aku tak de kot wat camtuh....hahahaha


dia start dulu ok

bukan dia tiru aku, aku yg tiru dia

hover tak hover?

So, kita leh ungkapkan like daughter like a mother...hehehe

Happy Friday u ols!

p/s: ada org nak menikah petang nie...

Thursday, September 27, 2012

Sambung Balik Citer Raya

Aku tak pasti lah ni raya keberapa. Tapi ni kiranya tetamu kedua atau ketiga lah yg sudi berkunjung ke teratak kami.  Kecik tapak tangan, porch kereta kami tadahkan, bila diberitahu yg si dia ni nak datang. Knowing them, laki bini tersangatlah penuh dengan aktiviti kalahkan YB.

Sape lagi kalau bukan mummy & daddy to be ni. Tapi masa dorang datang hari tu, rasanya dorang pun masih belum tau kot pasal good news tu. Anyway, tahniah buat mereka berdua & we are so happy to hear the good news. Sesungguhnya perancangan Allah itu sgt hebat dan adalah yg terbaik. Kalau Dia berkehendakan sesuatu itu, maka jadilah ia. Kita doakan yg baik2 sesama kita yer. InsyaAllah.

Mula2 dorang plan nak datang petang, tapi dipospon ke malam sbb petang tu dorang ada family meeting. Sib baiklah jugak tak jadi datang petang kalau tidak kelam kelibut aku nak masak sengsorang kat dapur, sbb asben adalah kerja time tuh.  Dahlah Marissa asik wat hal jer hari tuh. Tak boleh berenggang langsung, aku ke dapur, dia ke dapur, aku ke dpn, dia ke depan, aku ke jamban pun nak ikut.. hey payah tul... pastu sikit2 "cpt mama.. cpt mama".. stress mak ko.

Tapi taklah sestress bila mana dia telah membanjirkan dapur. Punyalah aku naik hantu hari tuh. Yelah dah lah malam sebelum tu dia dah banjirkan dapur bila dia main bekas air tupperware yg besar yg ada pili tuh... ko bayangkan air dalam bekas tu penuh boleh jadi kosong ok.... aku tak dengar bunyi air sbb air tu terus masuk kat dalam laci kat kabinet tempat letak air tuh. Tau2 laci dah penuh air, lantai pun dah basah. Itu kes malam. Ingatkan dia dah seriklah nak buat lagi.

Tapi no no no... siang tu dia buat lagi... tapi bukan dengan bekas air yg tu (yelah bekas tu pun dah kosong kan), kali ni dia main jug air (saiz besar lah jugak) yg diletakkan kat atas meja makan. Aku kemain bz kat dapur, dia pun sama bz gak, patutlah elok senyap jer dia, tapi rupa2nya dia pun wat kerja gak.. Tau2 jug tu elok jer tertonggeng dan kosong. Meja lantai sumer dah penuh air.... naik hantu lagi sekali mak dia... Tau takut bila kena marah... ulang2 kali dia mintak maaf... tapi bila kita dah maafkan dia, dia boleh react cam biasa jer, cam tak bersalah... adoihai.  Terus hilang mood aku nak memasak. Tapi petang tu aku masaklah jugak mee goreng. Kot lah ada tetamu lain yg nak datang. Memang ada pun, kawan adik aku (girlfren kot) nak datang, katanya nak jumpa Marissa. Oklah tu, dia datang ngan adik dia. At least ada something lah utk aku hidangkan. Bagus sgt budaknya, walaupun adik aku sekarang ni kerja di lautan sana, tapi si dia ni tetap datang menziarah. Elok wat menantu ni. Hehehe.

Eh kelaut dah citer aku nie. Ok back to the story.... sbb neena kata dia nak datang malam, maka kita tukar menu kita utk makan malam pulak. Kita jamu nasi berlauk lah yer. Aku pun dah lupa apa yg aku masak hari tuh, errmm gulai ikan tenggiri dengan belimbing buluh, pastu sambal sotong, pastu sayur togey, pastu ada ikan goreng sikit. Rasanya tu jer kot yg sempat aku masak


me and mummy to be

Gambar adalah tak byk sbb asben tah apa yg dia settingnya kat kamera, habis gambar sumer menjadi golap gulita, pastu kalau tak gelap gegar pulak. Yelah asben ai bukan photographer cam en. teman kan. hehe. so kita maafkan jelah dia.
Sampai2 jer.. tak yah borak panjang2 kita terus jer makan dulu yer... yelah hari pun makin lewat, kang makan lewat tak elok...lepas makan kang kita boraklah yo sampai pagi.

sila lah yer

Aku memang risau jer kalau dorang laki bini takmo makan, sbb siangnya tu dorang ada open house kat rmh sedara dorang, so takut lah kot masih terkenyang lagi.. knowing my fren ni pun kengkadang tu giler mendiet jugak. Tapi seb baik hari tuh, mereka makan bertambah. Alhamdulillah. Tak sia2 aku berkuntau kat dapur.

Lepas makan aku hidangkan pulak triffle puding sebagai pencuci mulut. Alah bukan aku buat pun, aku tempah kat member aku kat cupcakechapter. Makan sejuk2 memang sedap lah.

Marissa tengah makan triffle aku punya

Lepas makan, sambil layan movie kat tv, kiterang berbual2 dan berkongsi cerita. Byk yg dikongsikan tapi sorry tak leh kongsi ngan korang...hahahaha

Apapun i like her new appearance. Alhamdulillah. Sedar tak sedar, borak punya borak tengok jam di dinding dah pun menunjukkan dekat pukul 3 pagi. Kiterang memang ajak jer dorang overnite jer kat rmh, tapi dorang nak balik jugak sbb katanya tak nak ganggu program kami next morning tu tuk ke family day. Kalau takde family day maybe dorang stay lah kot.

tengok anak aku pun dah terbungkang kat situ

 
the husbands

Ni jelah gambar yg ado, gambar2 lain sumer reject.. yer yer nampak cam byk sgt laki aku snap on that night....

To my dear fren... tq for coming. Ok pasni korang kena kurang2kan sikit aktiviti tau... take care and selamat menempuhi the beautiful pregnancy moment.

Oh ya, kiterang memang tak buat open house ke apa raya hari tuh, tapi rmh kami memang sentiasa terbuka tuk menerima kunjungan.

Bersukaria Bersama Keluarga

Malas nak taip panjang2. Letak gambar jer sudah lah.

Sampai jer kat Sunway Lagoon pagi tuh, kami dijamu dengan sarapan pagi nasi lemak yg disediakan oleh pihak Sunway Lagoon.

Budak yg nak makan sendiri


Adalah amat payah sekarang ni nak suap Marissa tau. dia prefer nak makan sendiri. Kalau dapat suapkan dia dua tiga kali pun aku dah cukup hepi dah. Budak perasan dewasa memang macam ni.
dijeling oleh anak2 sedara

Tapi jangan harap lah budak2 ni nak makan, makan pun cam lalu tak lalu jer, yelah dah tak sabar sgt nak main air.

Senang hati aku bawak Adam ngan Ain sekali, dorang boleh tolong jagakan Marissa, pastu aku leh makan dengan senang. Lagipun Marissa ni, kalau ngan kakak Ain dia, kemain lagi mendengar kata. Kata2 aku kengkadang dia buat dek jer.
pandai2 lah korang bawak diri


Sementara itu, kat pentas utama ada acara senamrobik dan diikuti pula dengan upacara perasmian.


Marissa pun join ker?

Kejap jer pun dia join, pastu tak menyabar nak join budak2 lain yg dah start berendam kat pool. Kemain seronok dia dapat mandi pool. Memang dari hari ke hari si Marissa ni ajak mama dan ayah dia gi mandi laut. Padahal dia bukan pernah mandi laut pun. Tapi pemahaman dia mandi laut tu mandi pool lah tuh. Kalau kat rmh tuh, asal nampak baju mandi dia jer mesti dia cakap "mama jom andi aut" pastu suh pakaikan baju tuh... aku pakaikan jelah... pastu kang dia buat2 lah swimming kat atas lantai.
sukalahtu

Adam main gelongsor air

ko tengok.. gaya tak nak kalah

Org lain meniarap dia pun nak meniarap, org lain menelentang dia pun nak terlentang. Risau jer aku dia tenggelam. Pastu nak gi tempat dalam2. Letih aku nak kena ikut jer dia. Dah lah aku ni dah ala2 sarat. Pastu tak sanggup pulak nak basahkan baju segala. Takat basah seluar sikit takpelah.

Bila dah penat aku suh jelah ayah dia take over.

layan lah anak awak tuh

 
Berendamlah korang puas2 kat situ

 
hola hola hola.. kemain lagi dua beranak ini

pastu si ayah jadi masa tunggangan anak lah

Aku perati dari jauh jelah dorang. Dah lah cuaca panas. Time asben join telematch, aku biarkan jer Marissa di bawah pengawasan kakak Ain dan abang Adam. Aku tak larat sudah. Tapi aku monitor lah dorang dari jauh. Seb baik kakak boleh diharap.

Lepas game sumer dah habis, dan budak2 pun dah puasa berendam, apa lagi moh lah kita ke dry park pulak.  Tapi sebelum tu haruslah mencuba ini terlebih dahulu.

Kalau aku tak peknen memang aku main jer slides ni.


dari kejauhan

semakin menghampiri

 
tu dia ayah & pakngah Marissa

Sementara itu, Marissa berlenggeng kat dalam stroller sambil minum susu. Nak pakaikan baju dia takmo. Suka hati ko lah nak, tapi seb baik kat situ, memang ramai jer tak pakai baju, yg dewasa pun ramai jer pun yg separa bogel...opppsss.

suka dapat susu

 
kat mini zoo - eh nanny pun ada jgk

Kat dalam mini zoo ni ada lah seekor kera tuh, kera ke monyet aku tak sure, tapi adik-beradik tulah. Kera tu albino pastu suka ngan budak2. Kalau dengan budak2 kemain lagi dia menyengih, tapi kat org dewasa dia buat tak tau jer, walaupun ko ketuk camne pun cermin sangkar dia tuh. Cute sgt monyet itu.
dukung jelah budak ini senang sikit, tapi budak perasan dewasa sibuk nak jalan sendiri
eh zhafran ngan makngah pun ada

main cawan pusing2

 

Aku memang tak main satu apa pun, kerja aku tukang jaga barang dan ikut dan tunggu jelah ke mana2 mereka nak pergi. Kemainlah gigih aku berjalan kat sana. Dengan harapan senanglah beranak nanti yer.

Sementara tunggu dorang sumer main2 game. Aku duk kat kerusi sambil makan aiskrim sorang2. Fuh sedap betul makan aiskrim, sejuk jer tekak.
happy family at family day

 
pastu main kuda ni pulak

berapa round tah dorang main kuda nie

mentang2lah takyah buh coin, dorang belasah lah naik ni sampai pening

 
muka eksen - dah lah tak pakai suar, nasib baik nak sarung gak baju tu

 
pastu naik gondola ni pulak

Byk lagi lah benda yg dorang main, aku tukang folo dan tukang tengok jerlah, pastu duklah ko diam2 di sana.

Korang tau lah kan luas camne sunway lagoon tuh... org biasa pun leh keletihan nak berjalan, inikan pulak makyong cam aku nie... letih memang letih, tapi anak punya pasal, ku turutkan jua. Ewah.
berehat sebentar

Dah puas main, kami pun bersiap tuk pulang. Lebih kurang dalam pukul 4 kami gerak balik. Elok jer keluar dari Sunway Lagoon, hujan turun dengan lebatnya. Pastu masuk kereta, masing2 tertido keletihan. Memang letih giler. Giler pun tak letih camtu. hoho.

Pastu sampai rmh masak nasi (tuk dinner lah konon). Pastu naik atas mandi2. Pastu lepas Maghrib elok 3 beranak ketiduran. Dinner pun tah ke mana. Sedar2 dah pukul 4 pagi. Memang masing2 tido pengsan.

Ok dah tu jer.

Wednesday, September 26, 2012

Satu Pagi Yang Indah

Pada satu pagi pada dua minggu yg lepas..... pagi2 dah bangun utk pergi ke satu tempat...

Walaupun malam sebelum tu masuk tido dekat pukul 4 pagi... sbb apa tido lewat? tu citer lain.. yg pasti pagi tu kena bangkit awal utk ke majlis family day anjuran tempat kerja (sektor asben). Kami satu tempat kerja, tapi berlainan sektor, so, family day asing2. Untunglah kan dapat gi dua kali. Tapi aku tak dapat gi dua kali pun sebab sektor aku punya family day sudah ditunda. Time tu pulak maybe aku tengah berpantang. Takpe.. tempat yg sama jugak.. so tak pergi pun tak apa.

Cam biasa asal family day jer mesti wat kat Sunway Lagoon. Budak2 haruslah gumbira ke sana kan. Kita ni dah tak heran dah... so, dengan itu aku pun hangkut lah sekali anak2 buah aku... saje kasi Marissa sonok ada kawan sikit.. cea padahal supaya senang nanti kerja aku, yg kakak Ain dia leh tolong tengok2/jagakan dia... nak harapkan aku jer nak layan karenah si kecik ni memang tak larat lah...


my kesayangans ~ain~marissa~adam - marissa senyum senget

 

ada jer memek muka yg si kecik ni  nak buat

peace yo... Marissa's version

 
tak nak ketinggalan jugak kan.. walaupun muka adalah lebar.. tapi suka tengok Marissa nyelit sama

Ok sambung lagi yo.  Baru nak warm-up nieh...


Mualaf vs Mu Malas

Assalamualaikum semua..

Sementara nak mendapatkan mood mengupdate blog yg ditinggalkan about a week, kita share dulu  kata2 Ustaz Azhar Idrus ni yer...

source: fowarded email


Nice kan?

Happy Wednesday to ols.... Mulakan hari ini dengan senyuman :)

Friday, September 14, 2012

Sepagi Dengan Budak Belum Mandi Pagi

Ni gambar2 bulan lepas kot, masa bulan puasa ataupun sebelum puasa tak salah aku. Cam biasa ayah Marissa kalau free akan hantar mama Marissa ke ofis. Lepas tu dia akan menyinggah ke Taman Tasik Perdana utk berdating dengan anak dara dia.

Pagi2 Marissa bangkit tido, memang jarang2 dia wat hal. Tapi jangan dipaksa dia mandi pagi2 hari, mungkin akan mengundang mood tak baik dia. So, bangun pagi memang aku just tukar pampers dia dan lap2 sikit badan dia.

Maka inilah dia budak yg bucuk macam yg berexercise di pagi hari di taman. Aku pun tak bajet lah yg ayah dia nak menyinggah mana2, maka takdelah aku tukarkan baju budak kecik nie. Tapi kalau dah nama ayah tu, belasah jer lah anak pakai apapun, dorang tak kisah.


jalang sengsorang

 

jap jap nak wat peace jap...

 
berpeluh-peluh.. takpe balik nanti baru mandi


syoknya dia dapat berjalan bebas

baik2 nak.. jangan terejun lak ke kolam tu yer

air pancut

eh eh rasa cam nak mandi lah pulak


Kalau mama dapat join sekali kan best.... lepas kita exercise kita pekena roti canai ker, nasi lemak ker... takpe nanti bila2 weekend bila ayah free kita gi lagi yer...

Jeles aku tgk dua beranak ni berdeting..



very the anak ayah