- Sekali-sekala dah pandai panggil mama. Yang paling tak tahan kalau bangkit pagi, dia tgk mama dia takde, dia panggil2 "mammaa". Fuh terus terkam sama dia.
- Kalau dia bangkit dulu, pastu tgk kita tido lagi dia akan tepuk2 muka kita. Tanda dia nak main2 ataupun nak mintak susu.
- Dah pandai layan jiwang kapak...hahaha.. semalam dia nak tido, puas lah tepuk2, nyanyi lagu bebudaklah apa lah sumer, lagi dia tak nak tido. Pasang MP3 kat hp kuar lagu kumpulan spoon terus dia terlena.... hahaha lawak betul.. amboi dah tak layan lagu cuppycake nampak....
- Semakin aktif di dalam walker. Semua ceruk dia nak pergi.
- Sekarang ni dah pandai mengemas. Bukan mengemas apa. Kalau alas meja tu, memang feberet dia lah main tarik2. Apa dia kisah benda2 kat atas meja tuh. Tau2 sumer terjatuh ditariknya.
- Kain langsir pun suka gak ditariknya.
- Dah pandai showing her tantrum. Fuh kaki tuh cam nak menendang2 jer.
- Dah tau kepunyaan diri sendiri. Contoh kita cuba rampas atau amik teddy bear dia ker, botol susu dia ker.. pandai lak nak ngamuk2.
- Suka kalau org korek telinga dia. Sebijik perangai ayah dia.
- Masih minum susu ibu. Yang ni aku target biarlah sampai setaun dia minum susu ibu sepenuhnya. Kalau ada rezeki biarlah sampai ke 2 tahun.
- Sepanjang 9 bulan ni jugak, aku dapati Marissa bukan jenis yg suka menangis. Selagi daya dia akan tahanlah, contohnya kalau kena berak keras. Berkereot-kereot muka dia meneran sampai merah padam, kita tgk cam seksa jer.. tapi dia tetap lah kuat semangat..
- Kalau demam pun, dia takdelah merengek sangat.. tu yg tak tau dia demam ke tak...tapi cek suhu2 rupanya demam
- Sudah menunjukkan ke-excited-an-nya kalau nampak mama & ayah dia balik kerja, teruja sampai angkat2 kaki dan tangan sambil mulut ternganga2 sengih.
- Masih belum merangkak, tapi tgk gaya macam nak berjalan terus...
- Gigi pulak belum tumbuh lagi...
- Oh ya, lupa pulak update pasal berat, Kelmarin bawak dia jumpa doktor, tgk berat Marissa tak berbeza pun dengan bulan2 sebelum ini.. Masih 8kg. Huhu. Susut sbb demam kot.
dah nampak kenotian dia kan?
Sempena sembilan bulan ini, pertama kalinya Marissa diserang demam, batuk dan selesema secara pakej. Demam nak membesar ye sayang.. Apapun cpt baik yer sayang....
Ini sajelah yg dapat aku update wat masa ini. Kalau ada pape yg aku tingat nanti, aku tambah. Takleh nak konsetret nak berbloging sekang ni.. ni pun dia dah panggil2 aku ni.. demam2 ni memang nak bermanja lebih lah tuh...
p/s: Ada org kata tak cukup masa nak wat contest Si Kecil dan Bunga itu...nak aku extend kan ker? aku paham memang payah sikit nak dapat gambar si kecil dengan bunga kan... memang tu pun motif aku pun... hehehe. So, kita tgk apa kata survey yer.. kalau tidak... aku close kan saje contest ini....


