Memandangkan tiap2 kali buka aku suka sgt makan cucur udang ataupun dikenali jugak sebagai kuih udang. Tapi biasalah kalau beli kat bazar, tepung je lebih udang cenonet jer. Dah lah aku suka makan udang. Kengkadang tu pulak, nampak rupa sumer dah ok dah, tapi tang kuah pulak failed.
Pastu nampak pulak resipi Bebola Udang Beroti dari blog Ina Cik Kaki di blognya Aku Bukan Chef. Ni resipi kedua aku yg refer dari blog dia. Sebelum ni aku ada try gak resipi asam pedas dia. Pun menjadi jugak. Cek perasan lebih.
Ok kalau nak tau lebih detail tentang cara pembuatannya leh lah terjah blog dia yer. Kat sini aku brief simple2 jer.
Mula2 sediakan bahannya dulu yer. Bahan2 pun senang jer nak didapati, memang ada jer kat peti ais rmh korang tuh. Bahan utama adalah udang, roti. Yang lain2 tu ikut suka lah korang. Aku bubuh sekali bawang, daun sup dan daun bawang. Tauge pun aku letak sekali. Sbb nak gak feeling kuih udang kan. Oh ya telur juga adalah penting. Kalau tak kang bersepah2 pulak bebola tu dalam kuali tuh.
Udang tu selepas dikupas kulitnya dan dibersihkan, kasi potong kecik2 yer. Pastu roti pun kasi siat2. Pastu tabur je lah sekali segala bahan2 cam daun bawang,daun sup dan bawang tuh. Aku tak buh cili sbb nak kasi Marissa makan, satu lagi sbb nak elakkan tangan menjadi panas2 semasa menggentel bahan tadi menjadi bola. Yelah asal nak tumbuk cili pun tangan leh hangat2 ni kan pulak nak gentel2. Tapi kalau tapak tangan korang kebal takde hal. Pastu masukkan lah garan dan serbuk perasa (optional) secukup rasa.
Pastu pecahkan telur kat bahan2 tadi. Kacau2 kan supaya menjadi rata.
Gigihlah jugak aku snap masa buat nie. Tetiba lak ada hati nak amik gambar, padahal masak2 yg sebelum2 takde pulak nak amik gambar. Tapi sbb nak tunjuk kat ina dan sebagai penghargaan (ceh penghargaan katanya) kepada beliau yg sudi berkongsi resipi. Nak kasi dia juadah ni, cam payah pulak so kasi kat sini jelah. Boleh?
bahan2 yg siap di gaul
dah siap gaul, kita gentel kasi bulat2
Ingatkan senanglah nak wat bulat2 nie, tapi takdelah susah sgt. Mungkin aku letak telur terlebih kot, so lembik2 sikit. Tapi takpe ada gak rupabentuk bulat. Atau mungkin sbb aku buh taugeh so dia cam payah sikit. Tapi dia lekat gak.
kasi close up sikit
Sbb aku ni penggemar udang, aku rasa aku dah terlebih udang dari roti kot. Tapi takpe, lagi byk udang lagi sodap, umpama ko makan udang yg lebih.
Dah siap wat bulat cam tuh, minyak kat kuali pun dah panas, apalagi goreng lah bebola2 itu dengan api yg agak perlahan.
Maka selepas goreng, hasilnya adalah seperti ini.....
Sudah siap digoreng
Rupa bentuk cam tak berapa meyakinkan, tapi percayalah ianya sedap sekali. Lagi sedap dimakan panas2. Masakan memang simple dah senang tuk dimasak. Tapi yg payahnya, adakah patut waktu aku gentel bebola ni Marissa boleh pulak yakyak time tuh. Melimpah ruah pulak dari pampers. Mak aku nak cuci dia tak nak. Nak aku jugak. Isy bertuah tul budak nie. Isy apa ni dah citer pasal makan pastu citer pasal yak pulak. Takpe dun worry gambar yak takde. Hehe. Sudahnya terpaksalah aku gentel ala kadar jer, pastu cpt2 masukkan kat kuali, pastu biarkan jer dalam kuali. Tu pasal lah ada hangit2 sikit. Sbb terpaksa wat keje lain pulak. Haha.
Bila update pasal juadah ramadhan ni rugi pulak hari tu aku tak sharekan menu2 masa berbuka puasa dengan my bes fren dan my family masa puasa hari ke berapa ntah. My fren lah tetiba sms kata nak buka kat rmh kami, apalagi aku pun merajin lah masak. Menu hari kejadian ialah sambal sotong, tempoyak belimbing (fuh kecur air liur), ikan goreng, sambal tempe, sayur kailan dan telur dadar. Sumernya dimasak oleh chef Deqna. Baik gambar makanan dan gambar masa berbuka sumernya pun takde. Mek kepenatan. Apa taknya, masak kat rmh mak aku, buka kat rmh kami. Senang masak kat rmh mak, bahan sumer ada, kang masak kat rmh aku kang mula lah itu takde ini takde.
Ok dah tu jer lah kot citer makan2 nie. Puasa pun dah nampak sampai ke penghujungnya. Aku, suami dan keluarga mengambil kesempatan tuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri kepada korang2 sumer yg sedang membaca entry ini. Dikesempatan ni jugak aku ingin mohon ampun maaf atas salah silap yg pernah dilakukan, baik dari segi perbuatan dan penulisan di blog ini. Once again, Selamat Hari Raya & Happy holidays to all and drive home safely! eh tetiba pulak spikang.