Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, December 19, 2014

Birthday Ayahnya Pulak

1 Dec hari tu birthday ayah Inara pulak. Sepatutnya, kalau ikut due date Inara punya birthday sama ngan ayah dia, tapi dah memang anak2ku so far sumernya kuar 2 minggu lebih awal, maka tak dapat lah berkongsi birthday dengan ayah dia.

Dah beranak-pinak dan bakal beranak lagi ni maka nya takdelah special celebration to husband. Tapi ingatan tu tetap ada lah. Untuk husband memang takde kek lah. Dia mana mkn kek.

my familia


ayah and the girls

Untuk suamiku, semoga terus menjadi ayah yg penyayang terhadap semua anak2, dan semoga diberikan kesihatan yg baik. Semoga terus sukses di setiap lapangan yg diceburi.  Rezeki husband who just got promoted baru2 ni.. rezeki anak barangkali. Alhamdulillah.

Sempena birthday husband hari tu, adalah sikit  birthday present dari bini dia. Tak tau nak kasi apa, kita kasi ni je lah. 


sebagai tanda ingatan di hari lahirnya

Ok tak lama lagi birthday wifenya pulak. Sila jgn lupa ok. Hehehehe.  Walaupun I dah dapat dah advance present dari husband. Hadiah paling mahal kot.. tq sayang. 



Thursday, December 18, 2014

Inara 2nd Birthday

Lama tul tak update blog.  Rasa bersalah kat Inara sbb tak update pasal birthday dia yg ke-2 tahun pada 15 November yang lepas. Kakak dia Marissa tiap2 birthday ada update. So, kita ketepikan rasa malas tu, utk membuktikan mama dia sayang sama rata kat dua2nya maka update lah jugak.

Birthday Inara hari tu jatuh pada hari Sabtu. Takde lah celebration sgt pun, takat beli kek sebijik dan beli kfc utk makan2 dengan ahli keluarga jer. Tapi kali ni potong kek kat rmh nanny dia.


Kek frozen sempena birthday Inara kali ini.

Sebelum tu lets selfie with mama dia.

sama tak kami?

like mother like daughter kan? 

Pandai lak tu dia ikut memek muka kita. Kita sengih dia sengih, kita tutup mulut dia pun tutup mulut. Good girl.

Kakak nya pun yg lebih excited

Masa kat kedai kek Marissa dah bising tanya kek dia, aku pulak malas nak layan aku kata share jer kek ngan adik. Dia tau tak yg ni kek birthday adik dia. Asal birthday org jer dia pun nak kek gak, nak hadiah gak.. byk cantik..

Oklah suka hati lah feeling lah sesama ngan adik sambut birthday


tiup....


meh mama suap sikit kat birthday girl

kat kakak pulak



lepas tu suka hati lah anak2 nak buat apa pun... memang hancur pun kek tu jadinya



hasil kerja anak2

Takpe mama tak marah pun. Kek korang pun kan. Suka hati lah nak buat apa pun. Beli kek sekadar buat tanda birthday jer. Mama tau korang bukan makan sangat pun. Tapi kalau takde kek tak feel pulak birthday nya kan.

Apapun kepada Marissa Inarah, mama doakan Inara membesar menjadi anak yg solehah, anak yg baik, anak yg berbudi pekerti, anak yg sopan, anak yg sihat, anak yg bijak, anak yg cemerlang dan gemilang dunia dan akhirat. Mama, ayah, kakak dan semua sayang sgt kat Inara. Inara seorang budak yg sgt ceria dan menghiburkan. Semoga Allah senantiasa melindungi anak2 mama. Amin.

Tuesday, October 21, 2014

Birthday Cucu-Cucu Atuk Jamil

Hai kengkawan... long time no see :P

Blog masih wujud lagi walaupun entry update mungkin sebulan sekali atau mungkin setahun sekali. Hehe. Memang respek lah member2 yg seangkatan dari dulu masih gigih mengupdate blog secara tetap. Hoi ingat senang ke nak update blog.

Ok, hari ni tetiba ada teringin pulak nak update blog. Ceritanya begini, handphone aku kebelakangan ni asiklah ter on- off sendiri. Fedap pulak aku. Pastu bila aku komplen kat member aku, dia kata mungkin hp tu dah penuh sgt, so dia suh aku transfer gambar yg ada kat hp. Haah memang byk sampai beribu raban. Patulah slow mcm siput hp aku nie. Dah transfer gambar baru perasan.. eh eh byknya gambar... so dah alang2 tu marilah kita letakkan gambar2 yg ada kat dalam blog utk kenangan di kemudian hari.

Ok ni gegambar masa pertengahan tahun hari tu. Gambar2 semasa sambutan harijadi cucu-cucu Atuk Jamil. This year, bapa mertuaku teringin nak buat birthday party utk cucu2nya. Maka dikumpulkan segala cucu yg ada utk diraikan walaupun harijadi masing2 berlainan bulan. Ada yg tercepat, ada yg terlewat dan ada yg just nice jer sambutannya.  Tak kisahlah bebudak apa tau, janji memasing ada kek dan ada belon2 dah seronok sgt dah mereka. Cam this year, aku rasa Marissa lah  yg paling byk sambut birthday. Berapa byk kek tah yg dah dipotongnya. Ada aku story kat entry sebelum ni, dan ada gak yg masih dipendam citernya.

Hello Kitty cake

Kek hello kitty ni utk Marissa Qaisara dan Marissa Inarah. Beli satu jer share dua org. Tak yah nak sampai sebijik sorang. Dorang bukan makan sgt pun kek tuh. Kiranya time celebrate ni, Marissa baru jer celeberate birthday dia yg ke-4. Yang si adik Inara pulak, celebrate in advance birthday yg ke -2 tahun walaupun birthdaynya jatuh pada bulan November. Alamak tak lama lagi baru birthday dia yg betul2. Tak yah celebrate lagi aci tak? hahaha..

Yang ni pulak birthday cake for Zhafran yg ke -3 tahun

Yang ni pulak birthday cake Irfan Faris yg ke 1- tahun

Hah kan dah sampai 3 biji kek dah

Tahun nie 4 cucu atuk Jamil and nanny. Next year Insyaallah akan bertambah jadi 6. Murah rezeki atuk and nanny. Kalau ada lagi celebration cam ni tentu lagi mariah nanti.

Budak2 yg tak abis2 sambut birthday

atuk siap buat banner tuk cucu2 kesayangan

siap khemah siap berback drop bagai

Tu sumer atuk yg uruskan. Atuk memang berniat nak buat majlis mcm ni utk cucu-cucunya. Terima kasih atuk :)


Ok time nak potong kek



anak2 yg diraikan bersama ibubapa memasing

jom nyanyi sesama

ok jom potong kek



Marissa, Inarah bersama ayah dan mamanya


adik bukan suka ada benda kat atas kepala dia

isy.. rimas betul lah topi2 party nie

party packs dan cup cakes utk budak2

Marissa dan rebennya

Antara menu yg ada

Terima kasih nanny yg bersusah payah menyediakan makanan pada hari tersebut. Kalau ikut kami nak order catering jer, tapi nanny bertegas gak nak masak sendiri. Thanks nanny.

sosej, salad dan dadih

minah selamba

sumer benda nak buat sendiri. jangan haraplah boleh suapkan dia

letak tisu kat dada dia abis dicabutnya... pastu abis comot dan melekit2

minah control ayu

yg kat belakang tu Amni, cousin Marissa belah aku

kemain sampai kembang2 lubang hidung tuh

peace yo!

Kejap jer dah besar dah anak2 ni. Marissa next year dah masuk 5 tahun. Next year aku start sekolah kan dia. Malas nak start awal2, biar dia enjoy masa kanak2 dia duk dpn tv layan kartun sambil minum susu. Esok dah sekolah dah tak boleh dah nak enjoy camnie. Dari sekarang aku dah start brainwash dia next year dah kena gi sekolah, kena bangun awal pagi dan mandi pagi2. Biar dia bersedia dari sekarang. 

Yang si adik pulak November depan dah nak masuk 2 tahun. Tapi kalau ikut tahun Islam, Awal Muharram hari Sabtu ni dia dah genap 2 tahun dah. Inara kan baby awal muharram. 1 Muharram detik permulaan....masih teringat lagi kenangan bersalinkan dia...tak lama nak tempuh another pengalaman lagi... Insyaallah. Yes, Inara akan naik pangkat next year :P.

Nak citer pasal perkembangan Inara, tapi nantilah update bila dia 2 tahun nanti lah. Tapi Inara memang sgt2 menghiburkan, keletah dan kerenah dia boleh buat aku senyum sorang2 kat ofis...luv all my kids... and their father too :)

Ok sehingga ketemu lagi in next entry... ba.. bai...

Wednesday, June 18, 2014

Birthday Marissa Hari Tu

Ok ini adalah entri tertangguh. Maka pada 28 Mei lepas maka kami adakan sambutan kecil2 lan sempena birthday anak yg ke 4 tahun. Tengahari tu aku lari ke Sogo kejap beli kek dan hadiah. Kang kalau tak beli kek kang mau sentap anak dara tuh. Masa on the way balik from office asben wasap gambar nie dia kata dia dah deko2 sikit tuk party Marissa. Party lah sgt pun...

gambar yg diwasap oleh asben

Gambar kat tv tu gambar masa sambutan birthday Marissa tahun sebelumnya tu. Asben linkkan gambar2 tu from laptop ke tv. Pastu siap ada lagu2 birthday. Padahal takat potong kek tuk 4 beranak jer. Takpe effort tu yg penting.


Gigih laki ai ols tiup belon segala. Pastu siap letak windmill toys budak2 utk menampakkan warna2 keceriaan di situ.

Bila aku sampai rmh aku tak keluarkan pun kek dari kereta. Marissa dah sibuk tanya "eh mama tak belikan kek ker?" Kan aku dah cakap dia memang looking forward sgt beday to u dia tu...

tadaaa.. mana boleh mama tak beli kek

tgk muka sendiri


letak lilin kat kek

Ntah kenapa aku ni hilang ingatan ke apa, masa beli kek tuh, boleh aku suruh org kek tu tulis birthday yg ke 3 tahun patutnya 4 tahun. Ni pun bila dah sampai baru aku perasan aku tersalah, patutnya 4 tahun. Tu yg lilin pun ada 3 jer... hahaha maafkan mama yer..

3 thn vs 4 thn

Marissa yg dulu dan Marissa yg sekarang


takde beza pun.. sama jer

bersusun hadiah...

Satu utk birthday girl, satu utk adik birthday girl dan satu utk ayah birthday girl. Baru lah adil gituh... utk diri sendiri pun ada gak, tapi aku tak suruh wrap sekali masa kat sogo tuh, sbb tak cukup masa.

belum2 apa lagi dah cuit2 dah kek tu.. tak taulah tu tangan adik ke kakak

Berbackgroundkan gambar dan lagu2 birthday maka majlis pun bermula. Mau tak excited si anak. Takpelah walaupun sambutan kecil2 lan sahaja, tapi yg penting anak2 hepi. Memang kami tak de jemput sesapa pun, majlis tertutup sajork.

I am a happy birthday girl

menang gambar jelah




adik buat hal dia jer.. ada aku kesah katanya..


adik amik buah betik

Adik takde heran pun nak tiup lilin sekali ngan kakak. Sibuk ke hulu ke hilir. Pastu amik buah masuk mulut.

Nak amik gambar sesama pun payah adik tu


keluarga tersayang saya


meh ica suap mama kek - sambil berselfie

mama pulak suap ica 



Ica suap ayah pulak

kisses from ayah


Ok sila lah amik hadiah masing2

yeaaaa... tq mama said kids

Ok ni gambar dari hp pulak...

jilat kek

bestnya mama dan ayah buat "party" tuk ica

me and kidos

tengok.. adik takde perasaan pun nak join sekali

bergambar bergambar gak, tangan adik standbai jer kat dalam mangkuk... pastu ngap




birthday kiss from mama





kek yg tersalah tahun

Tu jelah kisah ringkas birthday Marissa yg ke 4 tahun. InsyaAllah weekend ni ada sambutan rasmi birthday Marissa dan cousins2 nya yg dibuat oleh nanny & atuk.