Friday, January 30, 2009

Tanam Pokok

Depan rmh kami takde rmh org, maknanya ada tanah kosong lah di depan rmh. Jiran2 sebaris ngan rmh kami sumer semangat bercucuk tanam kat seberang jalan depan rmh masing2.

Kami juga tidak ketinggalan utk mengusahakan tanah sekangkang kera di depan rmh kami juga. Yelah dari semak samun baik ditanam ngan pokok2 yg boleh membuahkan hasil.

Mungkin inilah pertama kalinya asben aku menggunakan cangkul.. tapi dia tak ngaku dia kata kecik2 dia biasa menyangkul masa duk ngan nenek dia.. ntah yer ntah tidak...

Mak aku yg gigih menanamkan pokok. Mak aku ni memang hobi dia gardening.. so tak heranlah setakat tanam pokok sepokok dua tu.. very the sekejapan



menyangkul menggunakan cangkul yg baru dibeli. aku pun try menyangkul gak, leh tahan berpeluh gak lah.. aku sarankan kat korang kalau nak cpt berpeluh rajin2 lah menyangkul



Antara pokok yg ditanam adalah pokok serai. Rata2 sumer jiran2 aku tanam pokok nie, aku pun tak ketinggalan..


Yang ni pulak pokok rambutan kahwin...

Selain tu ada gak kiterang tanam pokok nanas, tapi tiada di dalam gambar. Pokok serai dan nanas aku bawak dari rmh mak aku. Selain tu aku tanam pokok kacang panjang gak kat belakang rmh. Aku ada gak semai benih cili dalam kampit hitam tu, tapi sampai sekang tak tumbuh2 gak, susah2 tanam anak pokok jer.. cpt sikit dia besar..
Pokok2 bunga belum lagi ada kat rmh tu. Tgklah nanti rajin2 nanti leh lah gi nursery.. padahal kat rmh mak byk jer pokok2 bunga...
Cea kemain semangat bertani tuh..

Thursday, January 29, 2009

Dah Dua Malam

Walaupun kami secara rasminya belum lagi berpindah, tapi kami dah 2 malam bermalam di sana. Saje nak membiasa-biasakan diri. Ala tido dekat hall jer pun. Takut aku nak tido kat atas. Yelah lagipun kat atas masih kosong lagi.

bentang toto jer..

Kalau tak tido sana pun, kami akan cuma melepak di sana sampai tgh malam, pastu balik rmh mak tido. Cam malam tadilah, kiterang lepak & makan malam kat sana (makanan adalah ditapau dari rmh mak). Pastu bila nak tido balik rmh mak. Nak tido sana pun boleh jer tapi aku sehelai sepinggang sajer. Mana bawak baju kerja sumer. Tak lengkap lagi sebenarnya rmh kami tu. Kiranya rmh tu sekang ni jadi tempat istirehat jer lah.

p/s: kaki aku cedera malam tadi masa nak tutup pintu pagar. Hari ni gi ofis pakai sandal jer, aku tak biasa.

Perabot Dah Sampai

Weekend sebelum CNY hari tu memang aku laki bini bekerja-keras lah menyetelkan apa2 yg patut pasal rmh kami tu. Yelah time tulah lah perabotnya nak sampai lah, barang letrik lah sumer nya nak sampai hari yg sama. Letih wo.


Pekerja perabot tgh memasang kaki sofa


sign mana yg patut.. bukti barangan telah diterima


Minggu sebelum tu pulak ada gak lori perabot hantar barang. Tak menyabar tul dorang ni nak hantar. Kiterang kata nanti2 pun takpe, tapi derang dan dan tu jugak menghantar. Katanya pasni derang sibuk nak cuti raya cina, takde pekerja nak hantar. Kelam kabut kiterang bersihkan rmh buat kali kedua. Yelah, sebelum barang2 masuk haruslah nak pastikan rmh benar2 bersih.
Sedang mencuci-cuci rmh & lantai pun tak sempat nak kering, lori perabot dah tersedia kat depan pintu pagar. Sabar jerlah. Nak tak nak terpaksalah angkut gak masuk dlm. Time tu rasa memang nak pengsan dah. Penat giler.

Pasang Gril Lagi

Actually pemasangan gril kat rmh kami tu tak siap lagi kat ruang kat tingkat atas sbb hari tu org yg mengukur tu telah tersalah ukur.

pemandangan dari tangga

gini caranya nak pasang.. tangga adalah panjang sekali



Tinggi sebenarnya bahagian atas tu. Kalau nak ikutkan tak yah gril pun takper, sbb penyamun kalau nak masuk pun fikir 4 5 kali kalau nak terjun dari tingkap kecil tu. tapi dah alang2 dah buat gril tu kan, buat jer lah, lagipun penyamun2 sekang ni bijak2 belaka.

Wednesday, January 28, 2009

Apa di Dalam Bag?

Tag dari Tinit. Bagus gak tag ni, sekurang-kurangnya leh lah mengembalikan sedikit mood aku utk mengupdate blog ini.

Buat masa sekarang ni, inilah beg yg aku gunakan. Nanti dah muak aku tukar beg lain pulak. Memandangkan ini beg aku yg paling latest, 3 ketul beg aku yg lain telah aku ketepikan buat seketika.

Beg adalah besar. Aku suka sbb aku leh campak2 jer dalam beg tu. Tau2 bila sandang lama2 rasa sakit jer bahu ni sbb besar sgt. Pastu bila henpon berbunyi rasa sakit jiwa jer nak mencari hp tu di sebalik barang2 yg lain. Padahal ada jer poket utk letak hp tapi tulah kata suka men campak2 jer.

What’s the most important thing in your handbag?

Beg duit, Beg mekap, henpon, buku bank. Oh ya lagi satu adalah pas kerja & kunci locker.

Boleh aku nak eloborate more further? dalam beg duit dah tentu ada duit, kad bank yg mana penting gak tu. Resit2 pun penuh gak dalam beg

Dalam beg mekap pulak ada mcm2 ada bedak, blusher, lipstick, lipliner, eyeshadow, eyeliner dll.. dan yg terpenting sekali adalah sikat. Siyes, kalau aku tertinggal sikat ker atau sikat hilang ker mesti aku takde mood. Entahlah sikat ngan aku takleh dipisahkan. Member sekolah aku dah tau benar pangai aku yg satu nie.


yg merah tu beg mekap aku, dlm tu mcm2 ada. beg tu asben aku kasi masa bercintan cintun dulu, dia kasi aku estee lauder set dulu, tu yg dapat pouch tu sekali, dah lama aku guna beg tu.. cekelat tu wallet aku, pun asben aku kasi masa mula2 kawen dulu, pastu yg tu henpon tu aku beli sendiri, & lagi satu tu cermin mata aku yg jarang2 aku gunakan unless contact lense aku or mata aku prob.


What’s the most embarrassing thing in your handbag?

ada ker benda memalukan yer? ntah.. rasanya takde kot.. sbb normal lah kalau dalam handbage pompuan mesti ada pad ker panty liner ker. Tapi malu gak kalau org yg tak sepatutnya bkk dan ternampak benda2 nie.

buku bank, ubat sakit tekak, ubat selsema, dlm plastik tu benang & jarum & dalam plastik satu lagi tu erm.. alah takkan korang tak tau kan


What’s the smallest thing in your handbag?

Org kata sehalus jarum kan? maknanya jarum tu halus dan keciklah kan? so jawapannya dalam beg aku ni benda yg paling kecik adalah jarum. Aku memang ada standby jarum dan benang ni dalam beg utk waktu2 kecemasan. Pernah berguna masa kain aku berlubang sbb terpijak dek tumit kasut yg tajam.


Selain brg2 di atas ni ada lagi brg cenonet dalam beg aku ni... tisu berpaket-paket, eyedrop, nail clipper yg besar, inai mekah (ni kakak opismet aku kasi dia baru balik haji), perfurme miniature. Actually byk lagi tapi kamera aku dah abis bateri malas aku nak amik lagi.. tu tak termasuk lagi charger, kabel kamera, kamera & sampah sarap dalam beg aku ni..

Is there anything illegal in your handbag?

Confirm takde. semuanya sah aku nyer barang, takde barang curik, senjata merbahaya, barang2 curiga dan yg sewaktu dengannya.


Ok dah siap.... sori aku tak nak tag sesapa... sapa rajin buatlah yer...

Hadiah Birthday

Ingat lagi tak pasal citer ni?


Inilah dia birthday presentnya.

p/s: Nape yer semenjak 2 menjak ni cam malas jer mengupdate blog? kalau private kan ok tak?

Thursday, January 22, 2009

Cuci Rumah

Baldi, mop, penyapu, pencuci & tikar


Kegunaan bahan2 tersebut tak lain tak bukan adalah utk tujuan pembersihanlah kan. Ater rmh baru siap haruslah kotor berabuk sana sini. Tambah lagi kiri, kanan, belakang sumer sibuk duk buat renovation.
Walaupun dah baper kali dicuci still lah berabuk sokmo.

Memang aku dapat saksikanlah yg asben aku ni super rajin orgnya yg sebenarnya...


Rajin gaklah asben aku ini, tapi aku rasa aku wat kerja lagi cepat..hehe. Aku dah settled sumer bahagian bawah dia tak abis2 lagi kat atas. Alih2 aku gak lah yg tolong mengabihkannya.

tak caya? ni bukti aku tengah ngemop



bilik air licin berkilat hasil sentalan en. asben...

Rumah adalah kosong tanpa sebarang peralatan memasak apatah lagi perabot. Selepas penat membersihkan rmh duduklah kedua laki bini ini kata atas tikar ni untuk menjamu selera.


Mkn tengahari ketika itu hanyalah nasi ayam dan air mineral sajer

Sambil ditemani dengan sebuah tv kecik yg aku import khas dari dapur mak aku. Tak sia2 aku bawak tv ni sekali. Takdelah boring kat sana tu. Sementara waktu ni tv nilah yg akan kami gunakan kalau kami berkunjung ke rmh kami tu.

kecik2 pun leh tgk lagi


gambar tuan rmh

p/s: citer ni agak dah lama sebenarnya, sekarang ni nak makan tak perlu lagi duk atas lantai:)

Wednesday, January 21, 2009

Ni Citer Betul

Hahaha sori pada sumer yg telah tertipu dengan citer pasal nie. Yelah takkanlah secepat itu aku siap hias rmh sumer. Complete lak tu. Apa ingat kiterang ni berwang ker? Sebut betul2 bkn beruang yer...

Nak camtu boleh tapi kena amik masa sikitlah. Ater kiterang ni sumer bukan anak org ado2 nak dapat tu sumer dengan sekelip mata. Sumernya hasil titik peluh sendiri sambil lap peluh ni tanpa bantuan mana2 ahlong pun.

Tapi sebelum tu.. baca mcm intonasi pembaca berita kat era or sinar tu, asyiknya kalau nak baca berita mesti sebut tapi sebelum tu.... sekali lagi aku nak ingatkan sebenarnya aku takdelah nak sgt nak citerkan pasal rmh kami atau apa2 saja yg sewaktu dengannya dengan org2 sumer. Tapi based on the feedback from my readers yg ok jer dan ada yg memang menantikan aku citer pasal ni so, terpaksalah juga aku citer light2 je kat blog ni. Bkn apa takut nanti ada org kata nak show off jer padahal takde mende pun nak ditunjukkan. Apapun hanya blogger yg mengenal hati blogger...

Baiklah kali ni aku akan bercerita pasal lampu sajer. Seperti yg korang sedia maklum, lampu tu sumer kiterang beli peringkat demi peringkat. Lepas settled sumernya barulah kiterang panggil apek tu tolong pasangkan.

Ini adalah gambar gelas


aku tipu yg tadi tu bkn gambar gelas tapi gambar lampu ni hah. Dan jangan terpedaya sekali lagi yg asben aku ni terer pasang lampu segala.. kalau teror takdelah nak upah si apek tu..


Ni hah bukti apek tu wat kerja.. suka cara dia wat kerja.. sgt tersusun & teliti



kerja aku? bentang tikar dan duduk dan memerhati .. tapi jgn kata aku ni tak berkhidmat langsung.. sbb tanggungjawab aku pun penting gak.. since apek tu takde assistant & tangga dia pun satu jer, aku lah yg membantu dia tlg pegangkan lampu2 tu masa dia nak sangkut lampu tuh.. hah tulah untungnya dapat bini yg panjang ni...


Actually citer ni kira citer tertunggaklah sbb bab2 lampu ni sumer dah settled lama dah. Cumanya dulu aku cam malas jer nak share segalanya dalam blog, tapi bila ada jer follower yg mengikuti kisah ni, so aku pun citer jelah. Sharing is caring tak gitu?

Lampu ni aku beli satu percuma satu. Lagi satu aku letak kat bilik aku. Serius murah. Ni aku pakai dimmer. Kalau rasa2 nak mood romantik aku malapkan lah..


Kalau nak terang lagi bersuluh, aku ejaslah kasi terang..


Rmh aku ni takdelah konsep apa2 pun, cuma buat ikut suka dan ikut rasa jer.

Gambar di atas dan di bawah - sama tapi tak serupa

kalau mood putih pasanglah lampu putih - mood kuning pasanglah lampu kuning

Oklah rasanya cukuplah takat tu ajer, takkan aku nak ulas satu2 lampu yg aku pasang kat rmh aku ni. Kan aku cakap aku citer light2 jer..yelah takkan aku nak citer satu2 lampu aku tu agak2lah kan. dah tu ada 25 lampu sumer takkan satu2 aku nak citer?

p/s: Kedai JC Light kat Bandar Baru Sungai Buloh menawarkan harga yg terendah daripada kedai2 lampu yg lain.

Tuesday, January 20, 2009

Kopi Satu

Suatu malam sedang aku syok2 tgk tv, telefon rumah berbunyi. Kat rmh aku ni sekang masing2 malas nak jawab telefon. Yelah masing2 pakai hp, so masing2 tak heran lah ngan tipon kat rmh tu.

Since aku paling hampir ngan telefon aku pun jawablah.

Aku: Helo
Caller: Helo (suara sayup2 jer) suara lelaki

aku kalau suara lelaki aku cuak sikit, kot manalah tau kalau pakwe lama tipon ker apa, tak ke naya aku ngan asben aku. Hehe itu adalah mengarut..

ok sambung balik..

Aku: Helo... cakap kuat sikit.. tak dengarlah..
Caller: Buatkan air kopi, plis.....
Aku: ???

sambil toleh kat belakang tgk asben aku tengah cakap kat hp sambil tergelak-gelak. hampes.

Nak air cakap jelah, Ni sajer jer kasi aku penat jawab telefon.

Jom Jamu Mata!

Aku sebenarnya kalau boleh tak nak citer pasal rmh dah. Tapi rupanya ada gak reader yg suka baca pasal rmh2 ni. Macam aku gak lah suka jer baca pasal deco2 rmh ni, atlis dapat sikit panduan.

Malas nak citer panjang2. Kita jamu mata jerlah yer. Bkn nak menunjuk-nunjuk.. cuma nak share jer kot boleh dijadikan panduan..hehe


Tempat istirehat bersama keluarga

Tempat melayan tetamu

Tempat memasak.. masak sgt lah kan..

hall from different angle

Bilik tetamu..


Ruang menonton


cantik tak rmh kami? Kalau nak ikutkan sumer dah settle dah tapi still tak nak pindah gak...

eh, cop cop korang percaya ker tu rmh kami?? hehe sori tu semua adalah dusta.. itu hanyalah sekadar rmh contoh... hehe.. salahkah aku berangan?

:)

Apa perasaan korang kalau korang senyum kat member2 & say hye tapi org tu buat derk ajer. Muka cam takde perasaan. Rasa cam nak sepak laju2 jer kan? Eeei aku geram lah. Bukan kali pertama tapi dah beberapa kali.

Pernah gaklah aku berazam pasni bila jumpa dia aku nak wat bodo jer.. tapi aku aku tak mampu still gak nak sedekahkan senyuman kat dia..

Aku pernah dengar ceramah agama, ustaz/ustazah tu kata kalau org buat camtu, takpe kita jangan simpan dendam kita teruskan sajer amalan tu.

Ye memanglah aku senyum jugak, tapi lepas aku senyuman tak berbalas aku menyumpah seranah dalam hati. Tak baik gak kan??

p/s: kadang2 org tu rabun.. tak nampak tu pasal dia tak balas senyuman kita.. :) :) :)

Monday, January 19, 2009

Island Red Cafe

Malam minggu berlepakan dekat Island Red Cafe. Zali, hubby si Farah bermurah hati nak belanja dinner. Kebetulan Lily yg duk Sarawak tu ada kat KL. Cam biasa bila bini2 ni buat perjumpaan si suami2 pun haruslah mengikuti sekali. Setiap perjumpaan adalah pakej bersama2 suami masing.

terletak berhampiran dengan Uptown Danau Kota. 17 adalah no. meja kami

farah, lily Neena & me

Hampir setahun tak berjumpa dgn Lily ni. Masa jumpa tahun lepas dia belum kawen lagi. Jumpa kali ni dah kawen & datang bersama-sama dengan perut yg dah sarat. Sarat2 8 bulan dia tu boleh gak lepas naik flight tu.


Tukang belanja yg baik hati sedang mengambil order.

Actually, cafe ni konsep dia lain sikit. Aku tak berapa nak reti nak explain kat korang. Yg aku tau dianya konsep cam multi level lah.. Nak datang sini kira kena jadi member lah, atau mesti ada member yg jadi member lah.. Lagi satu tempat ni super penuh. Kalau setakat korang nak walk-in jer jangan haraplah ada tempat. Harus ditempah terlebih dahulu.

Ehsan & Nuar. Wah Nuar kemain lagi glowing muka tu yer.. maklumlah baru buat Bali Spa

Sehari sebelum dinner tu, aku, farah & neena telah berjumpa dan berpakat utk membelikan samting kepada lily. Yelah tak lama dia kan nak deliver, nak gi melawat dia kat Sarawak tu, tak taulah bilanya. So, alang2 dia dah ada kat sini kiterang kasi in advance jelah present tu. Oh ya, bab2 hadiah tu Farah mengofferkan diri utk mencari hadiah tersebut.

Bakal mummy & daddy... membaca kad yg ditandatangani oleh kami..
.
Member aku sorang ni bercita-cita nak produce anak sampai 10 orang. Cayalah beb. Aku tunggu lepas kuar sorang ni, ko nak teruskan cita2 ko tu ataupun tidak.

My food & beverage; fish & chip & falling in love (nama air tu) yg super lazatttt...

Makanan & minuman kat sini memang sedap belaka. Tetapi memandangkan org terlampau ramai, kengkadang lambat sikit lah nak sampai makanan tu. Ada satu customer sudah mengamuk abis dia tunggang nya meja tu sampai terbalik & terjatuh segala apa benda kat atas meja tu. Pastu terus blah. Sgt kurang ajar. Kesian pekerja2 tu. Aku tau memang penat nak layan customer kalau ramai2 camtuh.

the wifes

the husbands


masing2 nak pegang perut..



Inilah hadiahnya... baby bather


Apapun enjoy sgt jumpa korang sumer. Sori tak tak dapat join korang gi jalan2 kat uptown tu.
To Lily: Selamat melahirkan Rayyan (is it how to spell the name?) yg sihat dan putih gebu seperti yg yg ko harapkan itu. Take care:)
To Farah: Thank you to both of you for the the treats. Semoga bertambah-tambah lagi rezeki u ols.
To Neena: Ko jangan asyik nak 'meeting' lama2. Hehe.