Wednesday, December 31, 2008

Rombongan Meminang

Adik ipar aku (adik asben) bertunang hari Ahad hari tu. Adik ipar aku ni lelaki, haruslah kami semua pergi menghantar peminangan, kalau pompuan senang jer duk rmh jer tunggu rombongan lelaki jer sampai. Rmh tunang dia ni kat Kuala Kangsar, maka kami sumer pun turunlah ke Kuala Kangsar Perak.

Dekat pukul 3 baru sampai kat Kuala Kangsar

The driver..hehe.. asben aku drive pergi & balik tanpa tukar driver..

Mula2 mama duk kat tgh2 nie pastu mama tukar tmpt ngan mira sbb mama nak tido..



Labu sayung... tapi nampak cam bowling pin ajer


Inilah dia Bandar Kuala Kangsar. Masa kiterang on d way balik nampak ada pasangan pengantin tgh wat outdoor photoshoot kat sana

Jet pun ada...
Mata aku nampak besar kan

Memandangkan kiterang sampai pun dah nak petang, sampai2 jer tuan rumah terus jamu kiterang ngan makan tengahari dulu... Lauk adalah sedap sehinggakan aku bertambah berkali-kali. Asben aku teruk tambah sampai 3 kali. Mana taknya derang hidang lauk2 kampung siap ngan sambal tempoyaknya bagai.. mpphh sambil taip ni meleleh air liur aku mengenangakan sambal tempoyak itu...


Sampai2 terus makan.. bagus betul.. rombongan kami tak ramai cuma 12 org sahaja sebab satu kereta telah terkandas di Behrang menyebabkan kereta terpaksa di towing.
Lepas makan, maka acara peminangan dijalankan sempurnanya oleh FIL aku.

Saat cincin disarung


Patutnya gambar ni dulu, tapi aku malas nak ejas2. Time ni perbincangan antara kedua keluarga sedang dijalankan.

Nak jugak berdua

Cam biasa, kalau aku kemana ada jelah budak2 yg suka membontoti aku..


Kat perak nie, lain sikit fesyen bertunangnya.. siap ada menepung tawar lagi oleh bakal mertua...


Akhir kata selamat bertunang wat Shahrin & Yati. Semoga kekal ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat.

Main Bowling

Hari Sabtu hari tu pagi2 Farah call ajak main bowling kat Mid Valley. Aku & asben on jer. Bangkit pagi terus bersiap. Tapi bukan nak gi Mid Valley terus. Actually hari tu byk agenda aku & asben, tu yg kuar awal sikit. Mula2 hantar mak aku gi kenduri. Pastu terus kuar cari kain langsir. Settle sumer terus shoot ke Mid Valley. Janji pukul 1.oopm tapi aku dah gitau derang yg aku mungkin lewat skt. Aku sampai kul 1.30pm. Oklah tu kan.

Sebenarnya kiterang plan nak lawan bowling antara couple ni dah lama dah, cuma tak berkesempatan jer sbb masing2 sibuk ngan komitmen masing2. Aku takdelah terer mana nak membowling nie, teror masuk longkang adalah. Hehe.

Sebelum main kiterang makan tengahari dulu di Secret Recipe.


The husbands.. Shah, Nuar & Zali.. sori Zali gambar tinggal separuh jer..




The wifes - Farah & kid, aku & neena



Lepas makan jenjalan dulu sekitar MV tgk christmas decoration. Oklah, takdelah menarik sgt pun...


Gambar curi
Dah jenjalan ala kadar kami terus ke tempat bowling. Kami main 2 frames jer. Tu pun leh lenguh2 gaklah tangan nie.

Eleh tak yah nak pilih2 bola tu, baling jer apa yg ada..hehe

Gaya seorang pemain professional... professional lah sgt kan.. padahal sekali jer dapat strike..hehe


Bagus baby Farah & Zali nie, elok jer dia tido kat atas meja tuh walaupun suasan kat situ bising... kalau camni senanglah kita nak atur program seterusnya yer..

Walaupun dah lama tak main, asben aku leh lah jugak score...

Zali yg kejenya asyik strike ajer...korang prektis gila2 yer?? hehe

Aku & Neena - pantang nampak ada org nak amik gambar terus otomatik pose



The charlie angels

see his mata.. memang kalau amik gambar mesti nampak cam ngantuk jer..


Habis bowling kami minum petang di food court sajork. Mula2 ingat nak ke old town, tapi aku & asben kena pulang awal sbb nak mengaturkan majlis pertunangan adik dia keesokannya. Citer majlis tunang akan diceritakan kemudian yer..

Apapun enjoy sgt jumpa korang sumer yer. InsyaAllah kita jumpa lagi masa birthday celebration baby farah yg pertama nanti.

p/s: Minggu penat aku. Malam Christmas hari pulak tu aku ngan asben kuar sama2 wati2 & Am. Pukul 5 pagi baru balik rmh. Aduh seb baik masing2 dah kawen, sukahati ajer nak balik kul bape yer..

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

1 Muharram detik permulaan

Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

.......................

kalau korang tau nasyid di atas teruskan lah sampai abis yer.. nasyid ni dulu time sekolah2 amatlah femes sekali...

Aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam kepada korang semua... Semoga tahun ini membawa berkat kepada kita semua.....InsyaAllah..

Sunday, December 28, 2008

Kena Ragut

Kejadian ni dah beberapa minggu berlalu. Tapi aku asyik lupa jer nak kongsi ngan korang sumer.

Baru2 ni mak aku kena ragut kat depan rumah sendiri. Masa tu mak aku tgh belek2 pokok bunga kat laman rumah. Masa tu pagi, kebanyakan org takde di rumah sbb masing2 gi bekerja. Seb baik waktu tu aku tak kerja, tapi time tu aku tgh tido. Mak aku jerit dari luar kata dia kena ragut.

Aku apa lagi bergegas lah keluar.

Modus operandi peragut tersebut ialah mereka berbuat-buat seolah-olah nak tanyakan alamat. Pastu bila mangsa cuba menerangkan mereka akan terus merembat barang kemas yg dipakai oleh mangsa.

Ya, rantai mak aku telah pun dirembat oleh penyamun tersebut. Tetapi nasib tak menyebelahi mereka, kerana mereka hanya berjaya memperoleh separuh sahaja dari rantai mak aku tu... Syukur mak aku tak apa2. Tapi respek kat mak aku walaupun panik, mak aku sempat menjerit mintak tolong dan mengakibatkan penyamun2 itu lari serta merta. Ops mereka tak lari mereka naik motor sebenarnya. Seorang dari penyamun standby kat atas motor, bila si penyamun yg sorang lagi dah naik semula ke atas motor dia terus pecut..

Aku rasa sakit hati betul ngan penyamun dua ekor tu. Aku harap mereka akan menerima pembalasan yg setimpal.

Kat sini aku nak nasihatkan korang sumer supaya berhati-hati walaupun berada di rumah sendiri. Sekang ni macam2 taktik yg derang pakai.

Friday, December 26, 2008

Aku Masih Lagi Bercuti

Tapi kali ni aku bercuti kat rumah ajer.. Asben aku bekerja cam biasa. Dia tak dapat cuti. Dia dapat cuti cuma pada 30 & 31 Dec ajer..

Aku start cuti dari 24hb lagi.. yelah nak menghabiskan sisa2 cuti aku yg takterabis nie... nampak gayanya 4 hari cuti aku akan 'burn' cam gitu sajer...

Aku tau korang pun ramai jer yg tgh cuti kan.. selamat bercuti yer...

Kepada yg masih bekerja, jgn tension2 yer.. ala aku tau korang kerja pun time ni syok gar, sbb bos2 korang pun takde kan??

Thursday, December 25, 2008

Sesi Menyumbangkan Suara

Balik kerja hari tu, asben ajak gi club house kejap (jgn tak tau ofis aku club house yg kellass gitu). Tujuan utama ke sana adalah utk berkaraoke.. Aku ikut sajer.. Selain tempat karaoke, terdapat jua gym, swimming pool, kafe, spa dan macam2 lagi utk staff merehatkan diri dan bersantai-santai.







Jangan terpedaya ngan gambar, aku adalah tidak menyanyi pada hari kejadian. Serius aku tak pandai nyanyi...'
Aku sekadar menemankan asben aku. Dia & kawan2 dia yg dok nyanyi.. salah sorang kawan dia tu suara sebijik cam awie..
Aku dengar derang nyanyi sampai aku tertido kat atas kerusi tu.
Sedar2 tgk lampu sumer dah pasang..
Derang pelik camne aku leh tertido dlm suasana yg bising itu..
Pada aku tak pelik, aku kalau dah ngantuk camtulah tak kira tempat mesti leh gak terlelap..

Wednesday, December 24, 2008

Thank you Darling

Hari ni besday aku. Biasa jer takde apa yg special pun. Cumanya aku cuti tapi asben aku kerja. Kalau dia cuti sekali tentu best, boleh dating2 kat luar.

Apapun aku ucapkan terima kasih kat asben aku yg meraikan harijadi aku tepat jam 12 tgh malam tadi. Adalah sedikit kejutan utk aku. Walaupun tak berapa kejutan sbb dia tiru idea aku letak bawah bantal. hahaha.

Aku memang dah terasa ada sumting kat bawah bantal tapi aku saje wat selamba jer, last2 asben aku yg angkat bantal tu & tunjuk kat aku apa yg ada bawah bantal tu..

Di bawah bantal itu terdapat sekeping kad ucapan yg super cantik & beserta cokelat Forrero roche.. Kad itu adalah sangat cantik kerana asben aku begitu kreatif menghiaskan kad itu dengan gambar2 kami... i love it so much darling... plus ngan kata2 yg sungguh menyentuh perasaan.

"Thank u so much sayang. Hargainya sgt. But I'll more appreciated it if the card come together with the birthday present...hehehe. Takdelah deqna gurau jer... Itu pun sudah memadai wat Deqna. Ingatan tu yg penting sebenarnya".

Hadiah? oh ya actually kiterang dah plan yg tahun ni no more expensive birthday present kerana kami ingin menghadiahkan sesuatu untuk kami berdua. Tak paham? Kiranya dia beli tuk aku & aku pun beli tuk dia. Takpelah nanti bila kiterang dah beli aku gitau yer...

Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada korang sumer yg mengingati dan mengucapkan selamat hari lahir kepada diriku ini. Thanks for your thought darlings.

p/s: Syukur Alhamdulillah.

Update Pasal Rumah

Secara ringkas je dahlah yer... projek kami tu dah siap..

nak tengok hasilnya?? sila scroll ke bawah...


Dining area

Dry kitchen



wet kitchen



Hall


aku ngah wat inspection lah konon tu

Porch area



Kerja dah abis.. bayaran hendaklah dibayar segera



komplen jangan tak komplen kalau ada tak puas hati...

ok dah puas hati.. jom balik.. lalala tak sabar org tu nak pindah rmh..
Keseluruhannya puas hati ngan hasil kerja wak simen itu....
pasni ni nak wat projek apa pulak yer??

Hari Apa?

Korang tau tak hari ni hari apa??

tentu korang jawab hari ni hari Rabu lar....

ok2.. itu aku tau korang sumer tau..

tapi takpelah kalau korang tak tau...



p/s: bertambah lagi satu tahun...

Tuesday, December 23, 2008

Bye-Bye...

Lar hai tak abis citer ni yer... ok2 ni last dah.. aku pun dah tak larat dah asyik nak citer pasal penang ni jer... abis citer lain aku pending... takpe hari aku marathon wat citer pasal penang ajer..

kuar penang kami amik feri. Masuk guna jambatan (bapak jam) balik naik feri (cpt & sekejapan)


Dalam kete nak ke jeti..



byk kereta & motor yg boleh diisi.. of courselah ngan penumpang sekali



Masuk & kuar feri cam masuk parking kat shopping complex sahaje... tak terasa anda di atas laut..

Ok sebelum citer penang ditamatkan aku nak gak letakkan sedikit sebanyak tempat penginapan yg ditaja oleh aku..... haruslah aku yg taja dah tu aku yg ajak... eleh subsidi leh lah eksen kan...
Biasa org letak gambar time bilik ngah cantik2. tapi aku memang purposely letak gambar time nak check-out. haruslah bilik cam kapal karam..


Dari luaran

Dari dalaman

serba lengkap


kat hall - masa ni ngah get ready nak kuar check out




Di sebalik pohon ru

Akhir kata bye2 penang... byk lagi nak citer tapi takut korang muntah pulak nanti... boring gak kan balik2 citer yg sama..

Nanti next vacation aku share lagi ngan korang yer..... walaupun vacation aku ni ala2 sahaja..