The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Sunday, March 30, 2008
Hilang Lagi?
Kekdahnya, bila dah lama sgt tak pakai gelang ni, aku sampai tak perasan sama ada gelang masih di tangan atau tak. Tahu2, petang semalam masa kat rmh mak mertua, masa nak nunjuk kat asben aku sambil selak lengan baju kurung aku tu baru aku perasan yg gelang tu memang takde kat tangan aku. Aku tak pasti mana cicirnya.. kalau cicir kat tempat keje Insyaallah leh jumpa, kalau cicir kat Sogo semalam.. camne? . Takpe, bukan rezeki aku kot. Sabar yer. Mula2 asben cam marah2 kata aku careless tapi bila tengok aku sedey dia kesian pulak. Ayat power aku "Takpelah, takde rezeki kan. Nanti sayang gantikan yang baru, kan?". Hahahaha...
Kalau gelang kawen yg hilang harus aku nangis2. Tapi yg ni pun sedey gak.
p/s: Aku rajin berblog petang2 ni sebab aku nak elakkan daripada tido, nanti muka aku tembam. Tambah lagi hari ni tak kemana. Patutnya ikut asben main bolah, tapi aku cam malas, sbb hari pun cam nak hujan jer ni. Takut cam minggu lepas game cancelled.
Untuk Aku, Untuk Dia & Untuknya
Untuknya pulak (kucing aku yang garang itu), aku belikan dia makanan dialah. Seperti gambar di bawah. Kat rumah ni harapkan aku jelah yg rajin belikan makanan dia tu, tapi still nak cakar2 aku jugak. Tak kenang budi tul kucing aku ni. Dapat percuma shampoo. Ntah bila aku boleh mandikan dia, dia kan garang. Dia mandi sendiri ajer. korang caye ke? abaikan ajerk.
Itu sahaja perbelanjaan berhemah aku utk kali ni.
p/s: Buyeen kucing M&FIL kesayangan aku tu sudahpun tiada lagi di dalam dunia ini. sob sob sob. Korang jgn amik gambar kucing lagi tau.
Saturday, March 29, 2008
Special Note
Kepada kakak ku itu thank u for the support & can't wait for your coming blog this May. ok.
Thanks to the rest too...... terima kasih.. :)
p/s: Harus ke nak tunggu sampai bulan 5 kak oii? yg aku tak tahan ayat dia "sambil menyelam minum air" maksud dia kat sini menyelam tu berbloging minum air tu bekerja. Tak sesuwei...
Bengang & Bengong
Aku sebenarnya nak simpan duit kat ASB ni pun nak citer gak ker, tapi kena citer gak kalau tak citer, citer ini tak dpt diteruskan. Aku pun isilah borang, satu borang kuar duit & satu borang simpan duit. Sebab aku malas nak carry cash kan.. membahaya.. Tgh que2 sorang pekerja Maybank tu panggil aku since kat sana tak pakai sistem nombor pun.
Staff M: ASB ker?
Aku: Ya
Staff M: Kerja kat B*** ****** ke?
Aku: Ya
Staff M: Nape tak gi Caw. Raja Laut jer? Dkt sikit.
Aku: Eh, suka hati aku lah nak gi bank mana2 pun ni ckp dalam hati jerk tu. Senang nak shopping.
Staff M: Tunggu sebentar ya. Kejap lagi kami panggil.
A few minutes later
Staff F: (Panggil nama aku)
Aku: (pergi semula ke kaunter)
Staff F: Cik nak keluarkan duit dari Maybank akaun then transfer ke ASB kan. Mintak buku akaun.
Aku: Mana pakai buku lagi.
Staff F: Mintak ATM kad.
Aku: (Aku dah start pelik dah, tapi aku hulur gak lah)
Staff F: Maaf Cik kami tak leh proses. Cik kena keluarkan dulu duit dulu kat ATM machine.
Aku: ??? Bkn ke kita tak digalakkan pegang cash byk2 cam lah byk benar aku simpan ni oi. Cashless kata.
Staff F: Ya betul, tapi kita memang tak leh nak proses ni, tambah lagi kad ni pun takde signature.
Aku: (bertambah pelik) Apsal lak ATM kad pun bersignature-signature bagai, bkn kredit kan pun.. kalau nak sign sekarang pun aku leh sign lah sekarang .. ni pun ckp dlm hati, nasib tak terkeluar mcm si Zoela (Sindarela) tu.. Apsal lak tak boleh ni bkn kali pertama saya buat cam ni, dah byk kali pun. Tu Maybank Jalan Raja Laut ok ajer tak pernah ada prob pun & tak pernah pun dorang request buku akaun & ATM kad pun.. Isi borang ajerk.
Staff F: Mungkin derang pakai sistem lain.
Aku: (malas aku nak bertekak ngan pompuan ni, buat mcm aku ni bodo ajerk). Dah tu U nak I beratur panjang2 kat ATM tu kuarkan duit pastu datang sini balik. Tak payahlah. Cancel. I'll check on this matter. Thank you.
Aku terus blah... Agenda seterusnya shopping.. next entry ya
p/s: Aku pun tak taulah aku yang tak betul ker atau pun Maybank staff tu yg bengong... anyone can explain??
Friday, March 28, 2008
SMS
Hahahahahaha aku ngan asben gelak kuat2. Kebetulanlah pulak member dalam kelas tengah test. Aku tak tau lah yg dia memang tengah test pun.
Sembunyi
Kdg2 aku cuba lah try gak nak balas balik apa dia buat tu, tapi setiap kali aku buat tu asyik tak menjadi ajer. Buat semput nafas aku jer duk peluh2 dalam lemari tu. Sikit pun takde reaction. Ada pulak tu langsung dia tak bukak pun pintu lemari tu, aku yg dah kepanasan terkurung akhirnya menyerah keluar saje.. pastu kena gelak.. hampess
p/s: hahaha cam bebudak jer kiterang nie
Rombakan Kabinet
p/s: Segan nak letak gambar, rombak tak rombak nampak cam sama ajerk.
Wednesday, March 26, 2008
Takziah & Kehilangan
*************************************************************************
Tuan punya kucing yang aku pamirkan kat blog aku ni baru kejap tadi call aku. Dia kata anak kucing dia yg kaler hitam itu sudah hilang dan tidak dapat dikesan dan dikhuatiri sudah mati. Lagi satu ada ke patut dia mintak royalti sbb aku siarkan gambar anak kucing dia untuk tatapan umum.
p/s: Ada org kata jgn amik gmbr kucing nanti kucing tu mati... ye ker?
Sunday, March 23, 2008
Hari ini hari Sabtu
Pagi Sabtu sonot sikit sebab aku dapat bermain ngan anak2 buah aku. Sebab akak aku hari Sabtu dia keje & dia anta bebudak tu kat rmh mak aku, so ada can lah aku berjumpa ngan derang ni. Time keje tak sempat sbb aku selalu blk lmbt. Puaslah main dengan derang tadi.
Derang ni pantang aku ada kat rumah suka lepak kat bilik aku
"Amboi2 buat hp aku macam menan korang je yer.."
Petang tadi pulak ikut asben aku gi main bola kat Bangi sana. Patutnya team dia lwn MBSB hari ni kat pdg INSPEN, tapi memandangkan hujan yg tidak berhenti-henti dan keadaan padang yg dah jadi sawah, pihak penganjur menukar tmpt ke padang Maybank. Tapi tang mana ntah silap penganjur game terpaksa ditangguhkan ke hari Isnin (mlm). Sbb padang Maybank telah di book oleh team lain.Penganjur pun satu, bkn nak inform awal2, player2 sumer dah warming up kat padang & masing2 dah ready pun, tup tup kata game tak dpt nak diteruskan. Dahlah masing2 dah kuyup dlm hujan. Buang karen ajer.
Aku dengan semangat jitunya mengikut si suami utk memberi sokongan padulah kononnya..
Cuba teka asben I no. bape? Ye betul no. 7. Masa ni derang tengah warm-up & time tu hujan tau. Tapi alih2 organiser kata game kena stop.. tak patut..
Aku ngah tunggu asben aku salin pakaian, aku tunggu dlm kete je sebab pemain2 tu sumer selamba badak aje bukak baju bukak suar kat depan public.
Masih menunggu. Untuk mengisi masa lapang aku poyo posing sensorang. Tetiba asben aku bukak pintu kete.
Dah game tak jadi asben ajak gi jenguk nenek dia kat Kajang. Since kiterang dah ada kat area Bangi tu pe salahnya singgah Kajang sejap. Kira tak jauh lagi tu. Duduk2 kejap borak2 pastu kiterang balik. Asben aku ni memang cucu kesayangan nenek dia tu.
" Sayang nenek"
Ingat nak singgah rmh f/mil tapi derang sumer takde rumah. Ayah ada function Sensasi Karaoke lah kat Tmn Melawati. Sensasi Karaoke diundang ke majlis perkahwinan anak somebody from PKR kat sana.
*TAMAT*
Saturday, March 22, 2008
Dialog Kotaraya
Aku: Syg, syg dah pernah tengok tak iklan kat tv yang Ali ngan sorang staff bank tu berlakon?
Asben: Eh, dah kuar tv dah ke? Hari tu nampak lah derang tengah shooting kat Kafe.
Aku: Oh, derang shooting kat Cafe ke? Mesti ramai org tengok kan?
Asben: Ha'ah. Byk kali take jugak lah. Siap ada Director sumer. Rashid Sibir tu yg direct.
Aku: Huh? Rashid Sibir mengarah iklan tu? masa ni rasa cam excited jerk & nak tanya dengan lebih lanjut lagi..
Asben: Wakakakakaka gelak tahap guling2. Syg, takkan lah mende cam ni pun nak caya bulat2. Hahahaha Rashid Sibir buat iklan..hahahaha time ni dia gelak macam siot jer..
Aku ni memang lurus bendul. Kengkadang apa org cakap tu aku cayer jer..
Dialog 2
Aku: Syg, syg tengok.. wah2 ada bas dalam tv tu (sambil tunjuk bas rapid KL kat sebelah)
Asben: Hahahaha bas dalam tv..
Aku: eh, tv dalam bas lah... bas rapid KL ada tv yer sekang ni.. 2 bijik lagi.. selesa jer naik bas, dahlah tak penuh..
Pesal lah aku ni selalu cakap tak sama dengan apa yang fikir
Friday, March 21, 2008
Perarakan Maulidur Rasul @ Stadium Bukit Jalil

Segaknyer..

Selawat ke atas Junjungan Kita Ramainye..

Eeei.. syg nampak tembam skt ar...
p/s: Credit to Arifsaid's photo. Asben aku bawak kamera tapi satu pun takde gambo dia.
Thursday, March 20, 2008
Night Outing
So, dalam kol 11 gitu kiterang pergi lah ke Down Town tu. Jalanlah kiterang ni kat sana tanpa hala tuju accept si Am tu dia ada mende nak cari. Jalan punya jalan lalulah kat tempat org buat urut2 tu. Tetiba rasa cam gatal je nak wat urutan tu.. yelah kakipun dah ala2 lenguh gitu.. Aku ni memang tak pernah berurut, terjerit-jerit gak lah aku masa org tu dok picit kaki aku.. gediks sekali. Tapi memang sakit tau. Tapi lama2 cam syok ajer.
Aku tingin makan benda yang cucuk2 tu apa nama dia tuh.. aku panggil stimbot jelah yer.. kat sana cam ramai org jer, pastu am ajak gi kat pertama, dia kata kat situ cucuk2 tu ok gak.. So, dari Cheras kiterang pergilah ke pertama tu, dekat Medan Mara, semata-mata nak makan cucuk2 tu. Duduk kat tangga kat pertama tu sambil makan2.. sgt merempat ok. Tapi ramai gak org kat situ.
Ntah ape ape ntah eh cam nama blog aku jer kiterang ni, kat situ pun boleh duduk lama jugak. Tak happening sugguh kan.. tapi ada kiterang kesah... takde.. sekali sekala bkn selalu pun.
Dah agak penat kat situ, kiterang pun gerak lah. Tapi mamat 2 org tu tak taunye letih, ada je tempat yang derang nak pergi. Aku ngan Watie dah tertido-tido dalam kete. Boleh pulak derang singgah mamak pulak. Nak minum panas lak katanya. Aku ngan Wati cam malas jer nak kuar kete, kiterang tido jer dalam kete. Mamat berdua tu jer yang turun minum. Aku tido siap mimpi2 mamat dua org tu still tak abis2 lagi. Aku pun dah nak naik bengang dah, yelah si laki aku tu esok dahlah nak berarak, baju dia pun aku tak iron lagi ni. Aku pun msg kat derang suruh balik. Nasib mendengar kata.
Gedebak gedebuk dekat 4 pagi aku sampai rumah. Sesampai jer aku terus iron melayu asben aku. Pastu tido.
Kol 6.30am asben bangun nak bersiap nak kuar. Sepatutnya kul 6.30am berkumpul, dia baru nak siap.
p/s: Salah pengisian sungguhlah kami ni
Fotogediks yg tak fotogeniks
Si Comel
Ini pulak kucing kesayangan bapak & mak mertua aku. Nama dia Buyeen. Amatlah gemuk sekali perut dia itu. Buyeen amat manja dengan bapak mertua aku, tido pun sekatil tau. Pandai ikut arahan.
Anak kucing ini pulak merupakan kucing angkat asbenku. Kucing2 ini adalah kepunyaan Watie. Cute jerk. Asben aku terpaksa main ngan kucing2 angkat dia ni ajer sebab kucing kat rumah aku tak leh dibawa bermanja.
Dua beradik, sorang eh silap sekor jantan sekor betina
Si hitam yang comel. Blm ada nama lagi.
Tuesday, March 18, 2008
Perlu ke?
Aku tanya balik itu sape sbb hp aku kan ilang hari tu, so byk contact no yg hilang
2nd SMS: Yeke? Ilang kt mane? Ni xxxx la. Hehe. Dh pregnant ke?
Tak puas hati lagi tu nak jugak tau tu.. Eh, makcik ni sibok benar nak tau aku dah pregnant ke belum ke pehalnya?
3rd SMS: Adk aku xxxx dh pregnant dh.. sblan.. ko ble lg ni? Umo 2 dh lnjut. Nnt xda energy nk push tau. Hehe
kekdahnya??!! What to do??Ada gak org nak tolong jaga tepi kain aku ni..
p/s: We are happy :)
Monday, March 17, 2008
Ain's 5th Birthday
Saturday, March 15, 2008
Mujurlah ada Penyelamat
eh ape kene ngene sakit tinger ngan dengar lagu nie?
Gini citernya, aku naik train hari ni (lar tak abis2 citer psl train aku ni), Naik2 tren, baru aku terperasan yang aku ni dah tersilap tempat duduk (eh bleh silap2 lak yer?). Bukan silap apa pun tersilap amik port untuk duduk, sebab aku dah terduduk dekat dengan segerombolan rombangan cik Ki Ah (bkn cik kiah sebab, ahlinye sume merupakan ca ya nun alif).
Korang tau lah kan bila si ca ya nun alif2 ni bercakap-cakap memang tak hengat donialah, tambah2 lagi dah segerombolan gitu, memang gegak gempita abis lah. Mereka bukannya 3, 4 orang jer tetapi mereka semua berjumlah 15 org keseluruhannya (aku sampai siap kira ni). Cakap sikit punya kuat macam tren tu tren sewa khas bapak derang jer.. Kira satu coach tu penuh ngan org dia jelah, pastu kalau setakat berbual ngan org kat sebelah tu boleh lah diampun lagi kan, ni boleh lak dia pakat borak ngan member yang duk sepelaung(sepelaung ni dekat ke jauh ha? maksud aku kat sini jauh yer) dari dia. Terjerit-jerit.
Hanya org yang berada di tempat kejadian jelah yang tau betapa bingitnya suasana di dalam tren itu. Mat bangla duk sebelah salah sorang ca ya nun alif tu aku tengok cam dah nak meletup jer tapi dia tahan jer. Aku lak nak tukar tempat malas, sebab seat sumer dah penuh. Nak tak nak aku duk ajerk, wat bodo je kat situ sambil dengar lagu kuat2. Tapi still tak leh nak menandingi kehebatan suara2 mereka sumer. Tapi at least tak lah aku rasa angin sangat kan sebab aku layan jiwang sambil tutup mata. Tapi dalam hati takut gak kalau terlepas station sebab dah tak dengar announcement dari tn pilot tren tu.
-tamat-
Friday, March 14, 2008
Ntah ler..
Bila bertunang org sibuk tanya bila nak kawen
Bila dah kawen org sibuk tanya bila nak ada anak
Bila dah anak org sibuk tanya bila nak tambah lagi
Bila dah tambah lagi & tambah lagi org sibuk kata "eh si polan tu keje nya asyik nak terberanak ajer"
serba tak kena semuanya...
p/s: mulut tempayan boleh ditutup
Thursday, March 13, 2008
Sambungan pada Cerita itu
Majlis kahwin tu merupakan perkahwinan anak lelaki kak lela & abg nandong (nama glamer. nama sebenar tak ingat). Kira pengantin ni merupakan sedara kepada kawan aku (Am & Watie).
Tu kat belakang montot aku tu
Ni dia.. Pengantin tengah buat ucapan sikit
"Ti, pesal ko nampak kurus sekang ni hah? Taulah sekang ni ko tgh amik paper"
aik penanggah (am yg berbaju ijau) pun makan sekali? biorlah dia nak makan ngan bini dia tu
Itu sajelah laporan buat kali ini. Ooo ada satu citer lagi.. masa si am dukung anak buah dia yg comel itu terjadilah perbualan ini
Pn. Dilla: Am, anak ko ke ni? Baper org dah?
Am: Taklah, ni anak adik. Am mana ada anak gi.. Watie tak mengandung, Am ajer yg mengandung (sambil tunjuk pewot dia)
Wakakaka.. tapi aku respect kat am tu sekang ni dia gigih berusaha untuk mengecikkan balik badan dia tu, makan pun sikit ajer sekang nie. Tapi aku nak bocor rahsia kat bini dia ni, "Ti, ari tu kan lepas ko dah balik kan, laki ko join kiterang makan lagi sekali, pastu dia pesan ngan aku jangan bagi tau kat ko". (Matilah aku.. lari....)
Tuesday, March 11, 2008
Sambungan Promosi Itu
Pada hari Ahad lepas aku berkesempatanlah menghadiri perkahwinan anak sedara kawan aku yang mana mereka telah mengambil 'Sensasi Karaoke'untuk menceriakan majlis perkahwinan tersebut. Keseluruhannya pihak tuan rumah amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kita layan gambar ok.
p/s: Thn depan punya function pun dah org book tau & ada org kata price yg bapak mertua aku letak tu very reasonable
(susah nahlah nak post gambar kat blog ni skang)