Tuesday, April 27, 2010

Sudah Nak Bersalin Kah?

Ahad malam Isnin tu, tetiba jer perut rasa memulas. Rasa tak leh tahan2, terus menuju ke toilet. Pastu terus ter*****. Tetiba lah pulak kena cirit. Memang kuar air jelah. Laju cam air paip. Ok tak yah describe lah camne rupa bentuk cirit tu yer.

Malam tu adalah sampai 4 kali aku kena cirit. Aku dah naik risau dah, takut esoknya (Isnin) aku tak ok lagi, sbb kalau boleh aku memang tak nak MC. Tambah2 lagi hari Isnin.

Tapi nak wat camne, keesokan paginya tu pun aku still lagi mencirit. Asben suh aku jumpa doktor jer dan mengMCkan diri. Aku pun kenalah patuh pada suami kan. Lagipun aku pun dah naik lemah gaklah, yelah air byk dah kuar kan. Pastu risau gak kat baby. Aku sakit takpe, jangan kena kat baby sudah.

Asben lagi buat saspen, dia kata kalau sakit2 perut, pastu rasa nak terberak2 tu tandanya nak bersalin dah.. pepandai jer dia tu tau... cuak gaklah rasa, yelah aku pun tak ready lagi pun.

Maka pergilah kami berjumpa dengan Dr. Zarul di PMC. Padahal semalamnya (hari Ahad) aku baru je berjumpa dengan dia for normal check-up. Masa check-up tu Doktor kata next appointment aku adalah 9 May. Tapi dia ada cakaplah "kalau ada apa2 masalah boleh datang jumpa dia tanpa tunggu tarikh check-up tuh. Alih2 esoknya jugak aku jumpa dia lagi.

Doktor kata mungkin aku tersalah makan. Yelah aku rasa pun sbb salah makan. Eh bukan salah makan, tapi salah minum. Sbb, semalam nya tuh, aku gatal minum lime juice. Tah lah tak taulah apa punca sebenarnya.

Doktor pun cek perut. Dia kata heart beat baby ok. Cuma aku kena rest lah. Yelah badan pun dah kekurangan air kan. Pastu doktor pesan untuk 3 hari tuh aku kena pantang. No keras, No pedas, No susu. Pastu kena makan ubat yg dia kasi tuh. Pastu dia kasi aku cuti sakit 2 hari.

Telan ubat pil tu takde masalah lah. Tapi minum ubat air tu, sungguh lah aku tak tahan. Rasa cam nak muntah balik.

Aku sempatlah bertanyakan kat doktor sambil mengerling ke arah suami "betul ke doktor kalau sakit2 perut dan berak2 ni tanda nak bersalin?"

Doktor cakap "eh takdelah, ni sebab salah makan. Belum nak bersalin lagi".

8 comments:

CidaZam said...

sakit bersalin lagi sakit dr berak2. Contraction dia buat kita tak tentu arah. Time2 gini kena jaga2 la. Ni kata org tua, jangan mkn durian sbb cepat bersalin. Hehe betul atau tak, idok la saya tau.

Ps: cepat bersalin eh deqna bukan senang bersalin, beza tu. Heheh kang ada plak ter try :P

Yaniez said...

huhu... wat saspen jek kan... semoga cepat sembuh ye kak.. :D

Cik Pah said...

opps..lagi satu.. get well soon. kene jaga makan sket yer

Cik Pah said...

tapikan dik.. biler nak bersalin tuh mmg rasa cam nak terberak.. mcama kita teran berak.

chempaka said...

tak sabar nak tunggu deqna bersalin....
jaga diri bebaik...take care

AdanyaKauUntukku said...

derna....

dia kalau nak bersalin....rasa cam memulas mulas...tp tak de sampai tertutttt..

pastu kadang2...dia pecah air ketuban dulu.....

so antara pecah air ketuban atau contraction..dan satu lagik braxton hicks....haaaaaa....

make sure pantau betul2..

anyway....get well soon dear...

Pepel BoNda AmaNi said...

heheheh nebes jerk taw...nanti deqna story nyek camna rasa nak bersalin...kita lak yang nebes nie..huhuhuhuh takuttttttttttttttttt......
my prenz induce 13jam dalam labour room..huhuhuhuhu scary kan..

NeenaAnuar said...

take care & jaga makan keh! takpe... baby ko masih lom puas nak lepak2 dlm perot ko tu! heheehe..