Hari ni dah 27hb. Tinggal 3 hari je lagi tuk submit income tax.
Tapi yg sakit hati ni, asal buat separuh jalan jer, internet disconnected. Apalah celcom ni servis cam tah hape hape ntah.
Kadang2 rasa bayar tiap bulan RM98 tuk celcom broadband ni membazir aje. Servis sungguh menghampakan hati dan perasaan. Memang tidak berbaloi-baloi.
Tak pasal2 aku dah ala2 durhaka dengan laki sendiri. Bukan apa, bila kita tgh buat submission tuh, pastu tetiba internet jadi slow kedaung pastu terus disconnect. Tak dapat nak marah celcom terus termarah laki sendiri. Padahal dia tidak bersalah. Tapi nak wat camne kemarahan ini terpaksa dilampiaskan jugak. Kalau tidak nanti stress. Org mengandung mana leh stress2 kan.
Pastu padan muka aku dapat terus balasan, kaki terlanggar dengan almari. Sedap. Padan muka aku. Terus mintak maaf ngan laki.
Takpe esok aku try sambung buat kat ofis. Tu pun kalau sempat lah, sbb aku dah 2 hari tidak ke ofis kerana doktor kasi aku MC. Alamak esok dah kena kerja ke? Yeh..yeh.. esok kerja.. *tetiba*