The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Thursday, December 24, 2009
Hari ni Hari Apa?
Aku tutup lampu terus tido. Terpaksa tutup lampu sbb kalau bukak lampu rasa mata silau jer. Tak taulah sakit kepala sbb mata aku ke apa. Tapi mata cam sakit jer. Terima kasih to my suami yg susah payah jaga aku. Kejap2 tgk2 aku kat bilik. Sapu ubat lah, picit2 kepala lah. I know, he's worry about me walaupun aku cakap ngan dia jangan risau2.
Maka dari pukul 8:30 malam tadi, aku pun tido lah. Tetiba laki aku kejutkan aku (tepat jam 12 malam)...
"Yang... bangkit kejap"
Aku pun bangkitlah dengan kepala yg masih berdenyut2 tuh...
You know what??????
Ada sebiji kek siap ngan lilin tersedia di kaki katil....Just imagine camne keadaan dalam bilik tuh.. dah lah lampu bilik aku memang ditutup, cuma diterangi dengan lilin kat kek tu jer... it was so great..
Mula2 terkejut jugak... eh nape ada kek, lilin nie sumer?
Yea.. I almost forgot that's my birthday..huhuhuhu
I cried for a while.. I was so touched..yer aku ni memang lembik, sikit2 nak nangis... terharu sgt.. He wished and kissed me. Memang lembik aku nie, time taip nie pun boleh bergenang air mata nie. Pastu kami tiup lilin sama2 dan potong kek sama. Saling suap2 kek. Tengah2 malam buta potong kek celebrate birthday berduaan sahaja.
For my husband, thank you so much for the suprise. Thank you for everything. I'm so blessed to have u as part of my life. I love you so much.
Tersangatlah tak sangka, tah bila lah asben aku gi beli kek tu, sbb petang semalamnya tu dia jemput aku balik kerja & kami tak singgah mana2 & terus balik ke rmh sbb kepala aku dah pening sgt time tuh. Tah bila lah dia kuar beli kek tuh? Time aku tido kot. Apapun ia cukup menggembirakan aku.
Happy birthday to me - 24 Dec 2009
Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya. Amin...
Wednesday, December 23, 2009
Pengumuman!
Takde, aku cuma nak gitau kepada kawan2 semua semenjak beberapa hari yg lalu aku telah kehilangan hp aku. Jadinya, nombor 017 - 316**** tidak lagi boleh dihubungi buat seketika waktu ini kerana aku telah meminta Maxis meng'bar'kan line telefon aku tuh.
So, jgn terkejut bila call aku aku tetiba kuar suara nie "Sorry, the number you have dialled is not in service / Harap maaf, nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan". Takpe, nanti bila dah ada hp baru aku amik balik nombor lama aku tuh.
Aku ni kalau ikutkan bukan lah jenis suka tukar2 hp segala, selagi boleh pakai, tu jelah yg aku pakai. Hp yg hilang tu baru hp yg ketiga yg aku pakai semenjak aku start pakai hp. Hp yg kedua hari tu pun hilang, tu yg ada hp yg ketiga tuh. Lar ni hp yg ketiga ni pulak yg hilang, terpaksalah cari hp yg keempat pulak.
Tak suka lah hilang2 hp nie. Habis contact2 list aku sumer kat situ hilang. Dah lah aku tak buat back-up. Adalah sikit2 back-up kat hp laki aku, tu pun mujur dia rajin copy contact list dari hp aku ke hp dia. Ater.. kawan aku, kawan dia jugak kan.
Tapi yg tak syok bila gambar2 dan video2 koleksi2 peribadi aku pun hilang jugak lah.. tu yg frust tuh.. Abislah tersebar satu Malaya gambar2 tak senonoh...
Ehehehehehe dun worry.. hp aku cleanlah.. takde maknanya lah tak senonoh2 tu.. Ko giler? Cuma tak delah koleksi gambar anak2 buah aku masa kecik2.
Jahat tau sape yg curi hp aku tuh. Aku doakan supaya org yg terambil hp aku tu insaf.
Pastu pandai pulak nak hilang time hujung2 thn nie time dekat2 ngan birthday aku nie. Rasanya ade ker org nak presentkan aku hp hah? sambil kelip2 mata kepada suami:P
p/s: asal kenduri kawen jer hp aku mesti hilang. Pasni takleh bawak hp gi kenduri kawen.
Tak Tau Lah Kenapa?
Citer pasal wedding adik ipar aku, citer pasal gi bercuti sefamily hari tu, sumernya aku tak update2 lagi. Alih2 esok dah masuk tahun baru... langsung tak berupdatelah jawabnya...
Tgklah nanti rajin2 aku update lah sikit2 mana yg dapat. Aku tak boleh sgt nak ikutkan semangat malas nie.. not gud2.. tak elok tuk baby..hehehe
Update pasal diri sendiri, Alhamdulillah aku sihat. Life masih sama gak cam dulu2 gak, masih hidup aman bahagia, yelah kang org ckp bila aku tak update kang org kata aku ni dilanda masalah laki bini lah, masalah kesihatan lah, apa lah... tapi takde kot korang kata aku camtu kan..
Laki aku lagilah bising bila blog aku ni tak berupdate2, almaklumlah dia kan tukang amik2 gambar selama ni, so, bila tak berupdate maknanya gambar2 yg diambil tu akan disimpan di dalam lappy jelah jawabnya. Tulah kengkadang tu kuar ayat dia "Shah ingat shah nak jual jelah D90 nie.." dengan harapan nanti aku update dan tepeklah gambar2 yg ada tuh..
Eleh camlah aku tak tau laki aku tuh, ye2 jelah kata nak jual lah apalah, tapi pada masa yg sama sibuk gak dok nak membeli lense.. almaklumlah vitamin B sudah masuk kan.. Tapi nak harapkan aku nak presentkan dia lense sempena hadiah harijadi dia yg dah lepas 22 hari tu takde maknanya lah..hahahaha.. Tapi tulah sampai ke hari ni aku tak kasi lagi birthday present dia. Tak tau nak kasi apa lah. Takpe biar lambat asalkan ada.
Tuesday, December 8, 2009
Baru Tau Camne Rasanya..
Last weekend aku ke Kuala Kangsar. Menghantar pengantin. Bukan org lain pun, adik ipar aku yg kawen pun.
First time jalan jauh sepanjang pregnant nie. Mula2 cam takde papelah. Sihat walafiat je aku. Elok sampai Kuala Kangsar aku dah start pening2 dah.
Time malam tu lagi bagus, time majlis akad nikah, kepala memang dah pening giler dah. Tak pernah jugak sepanjang pregnant ni aku pening cam gitu sekali. Tapi tahan gak ar.
Lepas akad nikah kami dijamu makan kenduri kat rmh pengantin pompuan. Masakan lauk kampung. Memang bestlah, dengan masak tempoyaknya. Walaupun time tu tak berapa nak selera sebab pening menguasai diri, tapi aku makan gak lah sbb memang dah lapar pun. Habis gaklah sepinggan, walaupun makan slow2 jer.
Tak berapa lama lepas tu, aku dah rasa lain macam dah. Rasa cam bergelodak jer dalam perut aku nie. Rasa nak muntah. Badan pun dah start berpeluh2. Rasa tak leh dibendung lagi.
Terus berlari ke toilet. Buat pertama kalinya aku muntah sebegitu byk sekali. Sampai sakit perut aku. Adalah sampai 5, 6 kali. Seksanya, hanya org yg pernah muntah je lah tau. Nampaklah nasi lauk tempoyak yg aku baru makan tu, terkeluar balik, pastu KFC yg aku makan siangnya tu pun terkeluar gak, pendek kata apa yg aku makan hari tu sumer keluar balik. Fuh.. memang tak tahan. Tapi lepas muntah tu rasa lega sikit.
Aku harap cukuplah sekali tulah aku merasakan pening dan muntah2 tu sumer. Tapi at least aku merasa gak camne seksanya ibu2 mengandung yg lain yg mengalami gejala muntah2 nie. Buat ibu2 yg mengalami gejala2 ni bersabarlah byk2 yer... ini semua adalah dugaan......
Thursday, December 3, 2009
12 Weeks, 1 Day
Tapikan aku tak tau lah cara pengiraan usia kandungan nie. Doktor kira lain, aku kira lain, scan pun lain. Yang mana satu ni hah?
Baru2 ni gi wat second check up for 12 weeks. Alhamdulillah baby dalam keadaan baik. Kejap jer nampak dah besar. Masa mula2 check dulu nampak kantung tu kecik jer pergi kali kedua ni pulak tgk dah membesar. Bentuk baby pun dah kelihatan.
Nampaklah baby bergerak2 cam melompat2 ke atas ke bawah. Doktor kata baby aktif. Laki aku pun sama terpegun melihat skrin komputer tuh. Tapi cam biasa sibuk gak ngan kamera dia & cam biasa mintak izin kat doktor & cam biasa doktor kasi jer nak amik2 gambar.
Aku harap semuanya baik2 sahaja. Semoga baby sihat dan mummynya pun sihat2 jugak. Bak kata laki aku ibu sihat, baby pun sihat. Tapi aku tambah, bapa sihat, ibu pun sihat. Harap2 kami sumer sihat2 sejahtera hendaknya.
Wednesday, December 2, 2009
Pencuri Masuk Rumah
Tak taulah bila masa yg sebenar pencuri2 tu pecah rmh akak aku. Tau2 petang masa abang ipar aku yg no.2 (merangkap jiran - akak aku yg pertama ngan kedua rmh dorang dekat2) nak gi jenguk2 rmh akak tu sambil nak kasi kucing akak aku makan dia perasan cam ada benda tak kena kat rmh tuh. Dia pelik kenapa ada beg laptop (yg kosong) dekat open wet kitchen kat belakang rmh. Pastu tgk gril kat tingkap dapur cam bengkok2 pastu tgk tingkap kat tepi rmh pulak terbukak. Sekali tengok.......
Tunggu punyalah bapak punya lama tapi boleh derang datang kat situ tak sampai pun 20 minit aku rasa. Pastu takde rupa nak menyiasat pun. Takde pun tanya soalan2 berunsurkan penyiasatan, balik2 yg ditanya apakah, berapakah anggaran barang2 yg telah hilang? Manalah kiterang nak tau kan.. kiterang ni bukan tuan rmh pun.
Pastu paling tak boleh blah.. konon2 nak amik cam jari penyamun tu lah.. tapi boleh punyalah byk2 bhn bukti yg ada kat dalam rmh tu hanya benda2 ni jer yg derang siasat.
Cermin tingkap, bekas tin cokelat ngan bekak barang kemas tah dari mana tah derang dapat (rasanya bukak akak punya)
Pastu ia2 jer dok sapu2 benda tu ngan tah lah aku pun tak tau lah apa org panggil tuh... tapi tak sampai berapa minit tgk derang dah balik. Ntah ia ntah tak jer derang dapat cap cari penyamun tuh.
Modus operandi penyamun2 tu tiadalah kami ketahui. Tapi rasanya derang lebih tumpukan nak curi duit dan barang kemas. Sbb barang2 berharga lain kat rmh tu takdelah pulak diambilnya.
Tuesday, December 1, 2009
Mak Cik Kayo!
Jom shopping kat London
Tapi duit2 tu bukan aku yg punya... aku dapat amik bau je lah...
Tu duit akak aku yg punya. Semangat dia nak bawak cash mcm tu sekali. Pakai kredit kad sudahlah kan. Tapi aku tau akak aku ni memang tak suka pakai kad. Tapi aku dah nasihat dia suh pakai kad jer.. Senang.
Yang paling best akak aku mintak kiterang hantar mereka laki bini ke airport siap bawak kete mereka lagi. Apa lagi kembang kempis lah hidung laki aku tuh.
Laki aku dipertanggungjawabkan utk menjaga kereta ini selama tuan dia takdeApa lagi laki aku pun belasah lah kete tu bawak ronda2..sambil masing2 berangan2
rasa cam nak ikut pun ye gak
Akak sulung aku
Tetapi belum sempat derang sampai ke London, ada sesuatu yg terjadi pada rmh mereka. Kesian. Nanti aku citer lain eh.
Apapun harap mereka enjoy the holiday there...
Sambutan Anniversary Mereka
Bertempat di Satay Station pada 20 Nov hari tu. Kami telah dijemput oleh pasangan Neena & Nuar tuk majlis makan2 sate sempena ulangtahun perkahwinan mereka yg ke-4. Mungkin dah ada yg dah baca pasal majlis tu kat blog Neena kan. Ni kat blog aku pulak. Memang aku saje nak update lambat2 kasi chance dia update dulu. Hehe alasan je ni sebenarnya.
Selain aku & hubby, antara jemputan yg datang pada malam itu ialah Rudy & Awien, Za & Baby Darwish (Lee tak dapat datang sbb ada job), Cik yayang pun tak dapat datang, Zamani & Cida pun tak dapat datang (memang paham sgt keadaan mereka ketika itu yg tidak mengizinkan tuk mereka datang).
Tak yah citer panjang2, kita tgk gambar sudah.
Pehal lak aku yg mengangkat sate tu yer? Bukan apa kiterang nak pindah tempat. Mula2 dapat tempat kat hall, pastu ada bilik yg kosong, maka kami pun berpindah tempatlah. Oh ya, those yg tak tau konsep kat sate station tu, kat sana leh pilih nak makan kat dalam rmh or kat luar. Kalau makan kat dalam cam makan kan dalam rmh lah. Ada hall, ada bilik2. So, kalau nak selesa baik duk kat bilik jer.. lebih selesa dan boleh bising lebih sikit.
Bayangkan kami semua termasuk Darwish adalah 8 org. Tu pun Darwish mana leh makan sate kan, tapi member aku order sate macam nak makan sampai 20 org. Tapi takpe memang kiterang telan sampai tak terlarat lah.
Happy Birthday Sayang!
Tiada kata2 selain daripada kata2 di bawah...
You are my happiness because of the wonderful husband you are and the life we share together.
Happy birthday with all my love..
"I am so sorry dear, 1 Dec kali ni tiada kejutan seperti tahun2 sebelum ini. Tapi kejutan kali ini adalah mendapat 'hadiah' lebih special dari tahun2 sebelum ini. Hadiah buat kita berdua. Alhamdulillah".
Walaupun kita tak dapat nak celebrate tepat pada 1 Dec, InsyaAllah kita akan raikan ia juga bersama2 nanti. Memandangkan tahun ini last kita dapat menyelebrate birthday usia 20-an... tahun depan kita dah masuk kat angka lain pulak kan sayang.. so, we will celebrate it together later yer...
Happy birthday to you, sayang..... I love you forever & ever.......
Monday, November 30, 2009
Tak... Bukan Aku yg Pergi Pun....
"Salam. Aku jumpa tadi ko tak cite pun nak cuti2 ye. Nasib baca blog ko. Baru ada masa nak baca. Anyway, selamat bercuti & tahniah. Jaga baby baik2".
Cam ni citenya... masa lepas sembahyang raya hari tuh.. jumpa ngan member aku nie kat masjid. Dia tanya aku tak balik rmh mertua ker.. aku ckp petang kang aku balik sana lah....
Agaknya member tetiba sentap bila alih2 baca blog aku tup2 kata aku nak fly ke London dah.....terus hantar sms spt di atas.
Tapi memang betul pun time aku baca sms dia tu, masa tu aku ngah on the way nak ke Airport... tapi bukan aku yg nak fly pun, aku cuma menghantar akak aku ke Airport jer. Bukan aku yg nak bercuti, tapi dia yg nak bercuti. Nasib aku tak jadi follow dia, sbb buat masa sekarang nie, aku rasa aku tak sesuai tuk travel jauh2.. kan?.... Hehehehe...
Sorry ye Wan... jgn mare... sori kat korang2 sumer gak, ... aku tak niat pun nak tipu2 nie, aku nak main2 jer.... hehe
Kurang Sihat
Bangkit tido pagi tadi rasa kepala ni berat jer. Memang tak larat nak bangun. Nak tak nak terpaksalah mengMCkan diri. Ooo sesungguhnya aku tak suka nak MC2 nie lebih2 lagi hari ni hari Isnin.
Tadi jumpa doktor tanya kat doktor boleh ke nak makan ubat2 ni sumer2.. yelah takut kan.. org kata preggy2 ni tak leh amik ubat sebarangan..Tapi doktor kata kalau tak makan ubat jawabnya penuhlah wad2 kat hospital..
Punyalah aku dari hari Sabtu menahan tak makan ubat langsung..sampaikan hari ni aku demam sampai sakit kepala sgt2. Tapi tadi lepas jumpa doktor dan telan sebiji dua ubat, Alhamdulillah dah semakin baik.
Aku start bersin2 dari hari Sabtu lagi, ini mesti sbb kejadian malam Sabtu tu. Ada kejadian yg tidak diingin telah berlaku, I will story later yer...
Friday, November 27, 2009
Off to London
Kini tiba masanya........
Depart KL: 15:50hrs
Arrive Stansted Airport: 21:50hrs
13 hari di sana.
Selamat bercuti.
K lah nak bersiap2 ke Airport dah. Bye... Take care u ols...
Thursday, November 26, 2009
Rendang Dah Siap Dah...
Baru lepas siap masak rendang. Bukan aku masaklah.. tapi aku tolong2 mak aku jer...
Ni baru lepas makan nasi.. phew.. semangat makan.. sedap makan panas2 ngan nasi panas2. Dalam pada tekak rasa tak sedap, rasa pahit2 pun leh lalu gak aku makan.
Dah abis makan ni baru terasa balik kelat2 kat mulut nie...
Laki aku telah secara tak sengaja mencarut kejap tadi.. Dia pun dah jadi cam Ain agaknya melakukan kesalahan tatabahasa...
adakah patut tadi dia nampak aku terkulat2 pastu dia cakap......
........"nape yang?... palat ker?"
boleh........??????
Yang sebenarnya nak cakap pahit / kelat... terus dia ter short form kan....wahahahahaha
Wednesday, November 25, 2009
Melawat Baby
Baby Arissa sedang lena tidur
Gift from us termasuk daripada Lily yg berada di Sarawak.
Tq to Neena jugak kerana bersusah payah mencarikan hadiah tuk baby Arissa. Dulu masa Lily dapat baby, Farah yg carikan present, ni Farah bersalin Neena tolong carikan present. Takpe nanti time Neena pulak, aku volunteer carikan present :)
Gambar laki aku takde, sbb dia sibuk jer duduk kat kerusi urut kat rmh farah tuh.
Apapun tahniah buat Farah & Zali for the second baby.
p/s: Lily aku dengar taun dpn ko nak tambah sorang lagi kan? Bagus2 :)