Blog masih wujud lagi walaupun entry update mungkin sebulan sekali atau mungkin setahun sekali. Hehe. Memang respek lah member2 yg seangkatan dari dulu masih gigih mengupdate blog secara tetap. Hoi ingat senang ke nak update blog.
Ok, hari ni tetiba ada teringin pulak nak update blog. Ceritanya begini, handphone aku kebelakangan ni asiklah ter on- off sendiri. Fedap pulak aku. Pastu bila aku komplen kat member aku, dia kata mungkin hp tu dah penuh sgt, so dia suh aku transfer gambar yg ada kat hp. Haah memang byk sampai beribu raban. Patulah slow mcm siput hp aku nie. Dah transfer gambar baru perasan.. eh eh byknya gambar... so dah alang2 tu marilah kita letakkan gambar2 yg ada kat dalam blog utk kenangan di kemudian hari.
Ok ni gegambar masa pertengahan tahun hari tu. Gambar2 semasa sambutan harijadi cucu-cucu Atuk Jamil. This year, bapa mertuaku teringin nak buat birthday party utk cucu2nya. Maka dikumpulkan segala cucu yg ada utk diraikan walaupun harijadi masing2 berlainan bulan. Ada yg tercepat, ada yg terlewat dan ada yg just nice jer sambutannya. Tak kisahlah bebudak apa tau, janji memasing ada kek dan ada belon2 dah seronok sgt dah mereka. Cam this year, aku rasa Marissa lah yg paling byk sambut birthday. Berapa byk kek tah yg dah dipotongnya. Ada aku story kat entry sebelum ni, dan ada gak yg masih dipendam citernya.
Hello Kitty cake
Kek hello kitty ni utk Marissa Qaisara dan Marissa Inarah. Beli satu jer share dua org. Tak yah nak sampai sebijik sorang. Dorang bukan makan sgt pun kek tuh. Kiranya time celebrate ni, Marissa baru jer celeberate birthday dia yg ke-4. Yang si adik Inara pulak, celebrate in advance birthday yg ke -2 tahun walaupun birthdaynya jatuh pada bulan November. Alamak tak lama lagi baru birthday dia yg betul2. Tak yah celebrate lagi aci tak? hahaha..
Yang ni pulak birthday cake for Zhafran yg ke -3 tahun
Yang ni pulak birthday cake Irfan Faris yg ke 1- tahun
Hah kan dah sampai 3 biji kek dah
Tahun nie 4 cucu atuk Jamil and nanny. Next year Insyaallah akan bertambah jadi 6. Murah rezeki atuk and nanny. Kalau ada lagi celebration cam ni tentu lagi mariah nanti.
Budak2 yg tak abis2 sambut birthday
atuk siap buat banner tuk cucu2 kesayangan
siap khemah siap berback drop bagai
Tu sumer atuk yg uruskan. Atuk memang berniat nak buat majlis mcm ni utk cucu-cucunya. Terima kasih atuk :)
Ok time nak potong kek
anak2 yg diraikan bersama ibubapa memasing
jom nyanyi sesama
ok jom potong kek
Marissa, Inarah bersama ayah dan mamanya
adik bukan suka ada benda kat atas kepala dia
isy.. rimas betul lah topi2 party nie
party packs dan cup cakes utk budak2
Marissa dan rebennya
Antara menu yg ada
Terima kasih nanny yg bersusah payah menyediakan makanan pada hari tersebut. Kalau ikut kami nak order catering jer, tapi nanny bertegas gak nak masak sendiri. Thanks nanny.
sosej, salad dan dadih
minah selamba
sumer benda nak buat sendiri. jangan haraplah boleh suapkan dia
letak tisu kat dada dia abis dicabutnya... pastu abis comot dan melekit2
minah control ayu
yg kat belakang tu Amni, cousin Marissa belah aku
kemain sampai kembang2 lubang hidung tuh
peace yo!
Kejap jer dah besar dah anak2 ni. Marissa next year dah masuk 5 tahun. Next year aku start sekolah kan dia. Malas nak start awal2, biar dia enjoy masa kanak2 dia duk dpn tv layan kartun sambil minum susu. Esok dah sekolah dah tak boleh dah nak enjoy camnie. Dari sekarang aku dah start brainwash dia next year dah kena gi sekolah, kena bangun awal pagi dan mandi pagi2. Biar dia bersedia dari sekarang.
Yang si adik pulak November depan dah nak masuk 2 tahun. Tapi kalau ikut tahun Islam, Awal Muharram hari Sabtu ni dia dah genap 2 tahun dah. Inara kan baby awal muharram. 1 Muharram detik permulaan....masih teringat lagi kenangan bersalinkan dia...tak lama nak tempuh another pengalaman lagi... Insyaallah. Yes, Inara akan naik pangkat next year :P.
Nak citer pasal perkembangan Inara, tapi nantilah update bila dia 2 tahun nanti lah. Tapi Inara memang sgt2 menghiburkan, keletah dan kerenah dia boleh buat aku senyum sorang2 kat ofis...luv all my kids... and their father too :)
Ok sehingga ketemu lagi in next entry... ba.. bai...





























