Wednesday, October 17, 2012

Walaupun Tinggal Berapa Minggu Je Lagi, Shopping Tetap Shopping

Nak kata takde baju, aku tengok penuh jer almari tuh, tapi bila nak keluar especially time nak gi kerja mula lah takde idea nak pakai baju apa. Padahal boleh jer pakai ulang2 jer baju tuh, bukan ada org kesah pun. Memang org tak kesah, tapi aku jer yg kesah.. Haha very the mengada. Bukan apa sajer lah nak berbaju baru gak, baru lah ada semangat sikit kan.

Tak adil pulak, kalau time mengandung anak pertama, kemain kita shopping baju kan, so utk anak kedua pun kita kena wat gak perkara yg sama. Tapi taklah sakan cam yg pertama dulu, yg kedua ni kira dapat jimat banyak gak lah. Baju lama masih boleh dipakai lagi, so tak perlu membazir nak beli banyak2.

Sama gak tuk barang baby pun, yg mana leh gunakan lagi, memang akan digunakan balik. Beli baru pun tetap beli baru gak, tapi tak perlulah byk2... nasib baik lah jugak girl lagi kan, so memang lah byk yg boleh direcycle kan.

Masa weekend lepas, balik daripada jemputan kenduri kawen kat Bandar Tasik Puteri tersinggah kejap kat Aeon Anggun Rawang. Ceh tersinggah katanya, padahal aku dah plan baik punya. Hehe. Kata kat asben nak beli barang2 baby, tapi sebenarnya aku yg lebih nak beli baju sendiri. Tapi memang nak beli barang2 baby pun jugak.

Barang baby yg dibeli di sana ialah, penyidai kain baby, bakul baby, toiletries tuk baby, selimut baby, towel baby, mittens & booties, topi baby, apa lagi yer ... dan mcm2 lagi lah... settle barang baby, terus cari barang aku pulak...

Singgah kat ladies department jap. Scarlet pun scarlet lah janji ada gak baju baru... ok ni gambar2 masa kat fitting room. Aku amik a few helai, tapi tak tau nak pilih yg mana satu, so tiap kali try, snap gambar, pastu tunjuk kat asben biar dia yg pilihkan.







Kalau ikut tamak, nak jer amik sumer, tapi bila asben kata, tak lama jer lagi kan, so wat pe nak membazir.. ok saya ikut kata suami. Maka daripada 4 helai, asben benarkan tuk amik dua helai sajer.. oklah tuh...

Cer tengok gelagat Marissa kat depan cermin tuh. Dia pun wat hal dia sendiri.  Camnilah kalau shopping ngan anak pompuan. Best kan?

Tuesday, October 16, 2012

Dah Sarat2 Pun Boleh Lagi Nak Bercuti-Cuti

Plan nak cuti2 ni sebenarnya dah lama dah. Patutnya nak gi time anniversary bulan 7 hari tuh, tapi sbb byk sgt program, pastu dengan nak sambut ramadhan lagi, pastu hari raya pulak, pastu masuk bulan seterusnya dengan adik ipar nak kawin lagi, maka terus dipospon ke bulan 10.

Lagipun sepanjang bulan September hari tu, sumer bilik dah fully booked. Maka proceed jer lah ke bulan Oct. Eh lupa plak gitau, kami ke mana. ala dekat jerlah, waktu2 sekarang ni tak sesuai nak travel jauh. Kami ke Gold Coast Australia Morib jer.

Aku beli pakej ni masa tengok offer dekat Dealmates rasanya. Tengok harga yg ditawarkan dengan apa yg dia bagi rasa cam berbaloi jer, terus aku aku deal. Masa aku purchase voucher tu rasanya RM188 kot utk penginapan dua hari satu malam, termasuk breakfast & dinner dan lain2. Worth it lah jugak.

Sebenarnya tu aku nak jadikan kejutan hadiah tuk asben lah, tapi takde maknanya pun kejutan2, apa2 yg aku buat pun tentu nak report gak sama dia. Hehe.

Maka setelah hampir beberapa bulan lamanya menunggu, maka sampailah harinya tuk ke sana. Kira masa aku purchase voucher tu, perut tak berapa nak nampak, tapi time pergi hari tu, ke main maju lagi perut ni ke dpn. Gigih lah jugak bawak anak gi jalan. Time nilah nak berjalan bertiga-tigaan.  Pasni nak jalan kalu dah berempat. InsyaAllah.

bilik kami

Twin sharing bed jer yg available. Standard room sumer dah penuh. Takpelah, semalam jer pun... cantumkan katil jadi gaklah katil besar.
No bilik 2132

Marissa dah siap2 dah landing atas katil. Kalau ikutkan dia dah tak menyabar dah nak berendam kat pool, tapi aku paksa dia minum susu jap, tu yg dia landing kat atas katil tuh.
yg bestnya bilik dilengkapi dengan jakuzi... boleh lah berendam anak beranak

Gambar mandi manda kat dalam jakuzi ni nanti aku share yer.... wah giler berani nak share gambar tengah mandi kan....

saya gemok

dah get ready nak turun ke bawah

Marissa yg dah tak leh sabar lagi dah...

Tapi sebelum ke Theme Park (dapat complimentary ticket) kami just bersiar dulu di sekitar resort.
ada pondok buluh

kat tepi pantai

Macam2 aktiviti ada kat sini, nak main bola, nak main payung terbang, nak main ATV, sumer ado. Rasa cam best pulak daripada pd kot.
Marissa yg geli2 bila kaki terkena pasir

Tak larat tul budak ni tau, bila pasir terlekat sikit kat selipar dia, dia bising2 kata kaki kotor lah apalah.... alih2 aku bukakkan selipar dia, aku suh dia main pasir. Mula2 dia cam janggal gaklah nak berkaki ayam, pastu oklah sikit.

 
bestnya jalan pimpin2 tangan

deretan pondok2 buluh
jom kita ke sana

 


pengunjung yg nak terbang

 
asben ngan Marissa naik ATV

Dapat naik free jer sbb termasuk dalam harga pakej. Tapi sekejap je lah takdelah sampai setengah jam bagai. Lagipun ramai org yg tengah tunggu turn. Tapi oklah Marissa pun puas jer dapat naik benda ni ngan ayah dia. Kalau nak bayar leh tahan mahal gaklah, tak salah aku RM30 gaklah tuk 10 minit.

Marissa dah bersedia...

 
kemain teruja minah kecik ni, asik lalu depan aku tangan melambat ala2 puteri raja

ok masa dah habis

Bila masa dah habis nanti adalah org dia yg akan kejar pastu suh patah balik, menandakan dah habis waktu tuk ko naik free, nak naik lagi, sila lah bayar..hehehe

Leh tahan gaklah laju benda nie.... kalau tak membuyong ni confirm aku race dengan laki aku. Haha.
amboi2... bercumbuan pulak dua org nie

sonok lah dia

anak ayah nie

Marissa ni kengkadang, ngengada nak berdukung-dukung. Aku memang tak digalakkan oleh asben tuk dukung dia...dengan keadaan camni, tapi kengkadang aku dukung gak, yelah sayang kan anak kan... tak sampai hati nak tolak permintaan dia...
amboi2..

nak masuk ke theme park pulak...


Ok sambung lagi yer...

Tentang Dia Jer

Oh ya sebelum tu nak gitau, hp aku rosak. Baru dua tahun jer kot. Semalam bateri hp habis, aku charge lepas tu bila nak on dia tak hidup2 pulak. Kong terus. Ni maknanya kena tukar hp baru lah gamaknya, tab ada, tapi aku tak suka jadikan dia telefon, besar sangat, tak selesa nak pakai bluetooth2 nie. Kalau terpaksa beli hp baru, teringin nak try blackberry lah pulok. So, buat masa ini memang aku tak dapat dihubungi buat sementara waktu. Apa2 hal msg jer kat fb yer.

Ok ni nak share gambar2 gedik budak ini yg penuh kat tab ni hah. Marissa ni jenis bukan suka sgt ada benda kat kepala dia, dia tak suka ikat rambut, tak suka sepit2 rambut, tak suka ada aksesori kat kepala dia. Tapi bila jumpa atau tengok budak2 sebaya dia ikat rambut, bila balik rmh dia pun tergedik2 lah suruh aku ikatkan rambut dia. Pastu suh snapkan gambar2 dia.

Tengoklah leh tahan gedik gaklah minah nie...


amboi kemain nak pose kat dinding

ikat tocang dua.. comel tak?

walaupun rambut nipis jer pun cam mak dia gak

Yang kat atas ni gambar2 kat rmh nenek, dan gambar2 yg kat bawah ni pulak gambar2 kat rmh nanny dia. Ni nanny dia yg ikatkan rambut dia. Tengoklah aksi ngengada dia. Memang kalau dekat2 ngan aku sekarang ni aku cubit jer pipi dia nie.

bajet cute lah tue

 
ala ngadanya dia

camni pun boleh?

 
pakai getah bungkus nasi lemak pun boleh jer..haha

Aku sekarang ni memang tak kering gusi dengan karenah dia. Kadang2 memang rasa kelakar. Budak ni kan dia suka jer meniru aksi org di sekeliling dia. Hari tu dia main lah set lego (ala yg tipu punya) dia. Dia buat cam kamera lah. Pastu sibuk datang kat aku.. "ma.. amik gambar cpt... 1 2 3"... pastu dia ajar aku pose plak suh letak tangan kat dagu lah, kat pipi lah, cam dia selalu buat... pastu dia snap lagi... pastu dah amik dia tunjuk kan balik gambar yg dia amik pakai kamera buatan dia tu (konon2 cam kamera betul lah), pastu cakap "cantik tak?".... ok tu takpe lagi lah... pastu dia letak kamera dia kat atas lantai pastu dia lari laju2 datang kat kita pastu tarik kepala kita dekat kepala dia pastu cakap "mama cpt amik gambar"... ceh konon2 self-timer lah tu.... sungguh aku nak tergelak.... pastu dia kira 1 sampai 8 pastu dia lari kat kamera dia dan tunjukkan hasil gambar (konon2 lah) pastu cakap "mama.. cantik gambar"... adoi hai penuh berimaginasi...

Aku syak hp aku rosak pun, sbb dia yg buat kot.. sbb dia suka sgt main ngan hp aku main2 ngan kamera, pastu memang byk lah gambar2 yg mengarut kat hp aku tu. Suka hati dia jer menyenap.

Lagi satu kan Marissa ni suka main masak2 kat kedai. Dia lah tukang masak, dialah tukang amik order. Pastu tanya kita nak makan apa. Kadang2 time kita bizi tak terlayan lah dia, tapi dia paksa jugak kita cakap nak makan apa. Kalau kita tak cakap nanti dia cakap..."mama... cakap mama... cakap mama.. makan apa?" oklah kita pun cakaplah nak nasi goreng dua, sirap dua... pastu dia pun wat2 lah tulis pastu kelam kabut gi masak... pastu nampak cam sibuk bebenor siap tumbuk cili bagai (aksi jelah). Pastu siap dia kasi kita makanan tuh, pastu mintak duit sekali.... lawak tul budak nie...

ok tu kalau mood dia nak bermain, tapi kalau dia not in a mood to play... bila kata cakap ngan dia "mama nak nasi lemak, nasi goreng bla bla bla" nanti dia cakap... "dah abis... kedai dah tutup" sambil wat muka selamba...

Monday, October 15, 2012

Sudah Nak Beranak Kah?

Malam Rabu lepas, aku rasa lain macam sgt, perut menegang jer... pastu nak jalan pun cam sakit jer kat bawah. Adakah ini yg dipanggil kontraksi? Masa time Marissa dulu, aku takde experience early contraction camnie, cumanya masa pagi hari Marissa nak lahir tu water bag aku pecah. Pastu gi spital cek2 tengok dah 7cm. Terus kena tahan wad. Tapi sbb takde rasa contraction doktor suh masukkan drip, pastu baru lah ada rasa contraction.

Malam tu memang saspen gaklah, dah perut tak henti mengeras, pastu asik rasa nak buang air besar, perut memang rasa tak sedap, pastu siap ada spotting pulak tuh... cuak gaklah kot lah kalau dah tiba masa nak bersalin kan, dah lah aku tak bersiap apa pun lagi. Memang aku tak ready pun lagi beg aku ngan beg baby. Asben ajak ke hospital malam tu jugak, tapi aku berkeras nak duk kat rmh jer dulu, just monitor camne. Pape hal esok pagi baru gi hospital. So, malam tu aku tido awal sambil cakap2 ngan baby stay dulu dalam perut, cukup masa nanti baru kuar.

Next morningnya, kami pun pergilah jumpa doktor. Doktor pulak ada operation pagi tu, so kena tunggu dulu. Sementara tunggu tu, asben selesaikan dulu tugasan kerja dia dulu.

Pastu kami datang balik ke hospital, nasib baik hari tu perut dah tak mengeras sgt.

Aku pun ngadulah kat doktor apa yg berlaku pada malam sebelumnya tu. Doktor kata itulah yg dipanggil braxton hicks. Doktor scan sumer, tengok everything dalam keadaan ok, then doktor suh wat CTG. Alhamdulillah lega aku, aku ingat doktor nak wat VE ke apa.. aku tak sedia lagi lah nak wat VE.. hehe

Doktor suh aku rehat, dia kasi aku mc 2 hari dan kasi aku ubat utk kurangkan rasa contraction dan tuk hilangkan pendarahan.

Pastu gi wat CTG pulak. Nak buat ni kena pakai benda kat atas perut tuh, pastu kenalah baring dalam 20-30 minit camtuh. Dengarlah bunyi jantung baby dug..dug..dug..dug... 

Pastu mula boring, terus kuarkan tab, pastu snap2 gambar sikit.

lampu cam kat labour room

 
sambil baring

si cilik yg senantiasa menemaniku

report yg dikeluarkan dari mesin ctg

Daripada report yg dikeluarkan, contraction takdelah kerap sgt dah dan jantung baby pun ok. So, belum nak beranak lagi lah yer. Lega sikit.

cam nak jadi bidan kaedahnya budak kecik nie

 
sempat lagi tu kan

Makan ubat yg doktor kasi tu memang buatkan aku rasa nak tido jer. Rasa cam di awang-awangan jer... patutlah doktor kasi aku cuti rehat. Memang syok aku tido, pastu cuaca pulak sekarang ni kan hujan semedang, bertambah syiok lah duk kat rmh.

Ok, doakan saya yer kawan2 supaya melahirkan dengan selamat bila sampai waktunya. InsyaAllah. Oh ya, sekarang ni saya dah 34 weeks.

Wednesday, October 10, 2012

Minggu Lepas Pergi Check-Up 32 Weeks

Since hari Ahad dua minggu lepas aku tak sempat jumpa dengan doktor, sbb patients terlampau ramai sampai nombor pun dah habis maka, hari Selasa berikutnya, after office, kami pun pergi lah ke PMC utk check-up. Time hari bekerja ni, takdelah ramai sangat patients, tapi dalam tak ramai pun tunggu lama jugaklah. Haruslah kena tunggu, sbb doktor aku ni memang check patient dia sgt2 detail. Paling2 kurang pun setiap patient mesti jumpa dia dalam 10-15 minit. Tapi walaupun demikian, aku tetap prefer utk gi check up on Sunday dan tak ganggu waktu bekerja.


 kena amik darah

Check bp sumer ok. Tapi hari tu doktor nak amik darah sikit sbb dia nak tengok ada kencing manis ke tak. Ni asben punya pasal lah dia ngadu kat doktor dia kata aku kerap nak buang air kecik, standard lah tu kan, bila perut dah besar ni, memang cpt jer terasa nak buang air. Since aku ada history family member yg kena kencing manis masa mengandung, masa doktor pun buat lah test tuh.

 selesai amik darah

 tekun dan teliti kan doktor saya

Cam biasa jugak doktor akan scan perut. Alhamdulillah semua nampak ok. Masih jelas jugak ke'girl'an baby.  Doktor kata air ketuban cukup, uri kat tempat sepatutnya, baby aktif, tumbesaran baby normal, kedudukan baby normal dan berat baby pada waktu tu ialah 1.2 kg.

Nak tengok gambar baby?

nah nilah dia bakal adik Marissa

Next appointment will be on 28hb ni eh ker 21hb? aku ni manjang jer terlupa. Takpe nanti cek balik dekat appointment card.

Jakun Sekejap Bila Kereta Naik Lift

Aku jelah yg menjakun, org lain tak. Hari Jumaat lepas aku follow my ofismet ker GM Wholesale. Selalu dok dengar org citer pasal GM nie, aku tak tau lah apa yg ada kat GM nie. Tak salah aku GM yg terbesar adalah kat Klang sana. Tapi yg kiterang gi hari tu GM yg kat Chow Kit tu, kat jalan apa ntah aku tak ingat.

Mula2 sampai kat bangunan dia tuh, nampaklah cam ada 3 tempat parking kat situ, hah cantiklah datang2 ada parking kosong...aku ingatkan itu adalah tempat parking.. tapi rupanya bukan. Tu adalah tempat tuk menunggu lift. What? kereta nak naik lift? wah terasa kat oversea pulak.. macamkan pernah ke oversea kan.. eh pernah lah jugak, tapi ke Arab Saudi je lah. Hehe Ok mengarut sudah. Sgt teruja, pintu lift terbukak pastu kereta pun masuk ke dalam lift. Tinggi gak lah kalau nak tempat parking dia, tak salah aku mau sampai ke tingkat 15. Sampai tingkat 15, baru pintu lift terbukak, pastu kuar lift, barulah cari parking. Kalau takde lift aku rasa jenuh gak lah kereta ni nak pusing2 nak naik ke atas, org kat dalam kete pun boleh pening dibuatnya.

Tapi kan aku rasa nak tunggu lift kereta ni takdelah kena tunggu lama sgt. Tapi nak tunggu lift biasa dia, adoi leh tahan lah azab nak menunggu. Slow nak mampuih.

 pintu lift start terbuka

Kita tak yah nak tekan apa2, tak yah nak kuar kete bagai, letak kete kat situ, pastu tunggu turn kejap, pastu lift pun terbukak.

 kete dah masuk, lift pun tertutup

 bahagian belakang

Tak sampai berapa saat, maka sampailah ke tingkat 15. Maka pintu lift pun terbukak. Sampailah ke kawasan parking. Kuar lift pastu ko carilah parking sendiri.

keluar cari parking space

Apa ada kat GM nie? Macam2 ado. Aku rasa peniaga selalu lah shopping lah kat sini, sbb kat sini memang dorang jual dgn harga borong. Takat beli seketul2 dorang jual normal price, so kalau nak murah beli byk2. Sekali tengok cam kat GuangZhou pulak.. eh macamkan pernah gi sana pulak aku nie.. yelah sebab barang2 yg dijual kat situ pun memang byk dari china pun.. sumernya dijual borong dan murah2 belaka. Tiba2 rasa cam berniaga pulak.

pembetulan: sampai tingkat 8 jer kot lift utk kete tuh... serius aku tak ingat .