Friday, July 31, 2009

Benda Paling Glamer di Sarawak?

Kek Sarawak, tikar Sarawak, sumer aku beli. Tapi satu jer yg aku tak beli.

Tapi kan benda ni memang famous lah. Mana2 aku pergi mesti jumpa nie? Apa kebendenya nie?

Gambir Sarawak Asli

Apa fungsinya yer? Hehehehehe.

Apa Ada di Seberang Sungai?

Jika dah berkunjung ke Sarawak jugak selain tak sah membeli tikar Sarawak, tak sah jugak kalau tak beli kek lapis. Sebelum ke Kuching aku dah gather dulu all the information mengenai apa, di mana nak beli kek lapis yg terbaik.

Dapat lah gak info dari akak2 ofis kata kalau nak beli kek lapis beli kat Dayang Salhah dan kedai dia terletak di seberang sungai. So, berdasarkan info tu aku pun amik lah bot pergi ke seberang sungai. Pastu tanya kat pakcik bot tu kat mana kedai kek tu. So, dapatlah direction nak kesana. Tak susah pun. Pastu jalan sikit dah nampak dah sign board Dayang Salhah.

Nak tempah? Boleh order seperti nombor yg tertera di atas

Rmh yg diconvert menjadi kedai kek lapis


Masuk jer ke dalam tu, rasa cam masuk rmh org jer, sbb siap ada ruang tamu dan kat coffee table penuh dengan sample2 kek lapis. So, sebelum beli bolehlah rasa2 dulu kek yg ada di situ.


Macam beraya pulak rasanya

Macam2 jenis dan macam perisa kek yg ada kat Dayang Salhah tu. Ada perasa tembikai, keladi, asam manis, strawberry, prunes, cadbury dan mcm2 lagi lah. Aku pun dah tak teringat dah nie.
Sila rasa.. sila rasa


Kat sini pun nak gak berkepit

Bila dah rasa2 kek tu semua sampai perut pun kenyang (eh agak2lah takkan nak makan sampai kenyang pulak kan) takkan tak reti2 pulak nak beli. So, lepas tu kami pun pilih lah kek2 mana yg berkenan di hati.

yang ni sedap.. perasa keladi kot

Harga tuk sepeket kek seperti yg aku sedang pegang tu ialah RM10 sahaja. Kalau beli 10 dapat percuma satu.


si dia pun sibuk nak memilih gak



Kat sudut ni, ditampal gambar2 artis & personaliti yg pernah singgah di situ



Tak abis lagi memilih.. camlah byk sgt nak beli pun..



Bila dah siap pilih, boleh lah terus bayar di kaunter. Boleh bayar cash atau pun card. Yang bagusnya mereka akan packingkan cantik2 kat dalam kotak. Pastu bungkus dalam plastik. Memang cekap derang buat kerja.

Proses membungkus


Lepas isi dalam kotak mereka akan bungkus dalam plastik beg pulak tuk memudahkan kita menjinjingnya.


Sebelum pulang, sempat lah beli air mata kucing yg dijual di dpn kedai kek itu. Airnya sgt sedap sekali. Sampai sekarang aku merasa keenakannya. Ataupun time tu sebenarnya aku memang tgh haus giler. Tak mahal RM1.50 jer satu. Ker RM2.00. Sori aku lupa pulak.

Home made punya air mata kucing..

Last pose di depan Dayang Salhah
Pastu menapak semula lah kami ke jeti tuk mendapatkan bot utk pulang ke hotel di seberang. Tak jauh sgt pun. Tak sampai 5 minit pun jalan.


Hanya satu kotak sajer.

Masa beli hari tu rasa cam byk jer kek yg dibeli. Tapi bila dah balik rasa tak cukup jer. Yelah ramai yg nak diberikan. So, sorilah kepada kwn2 yg tidak menerima sebarang ole2 pun dari kami. Anggap jelah entry2 Kuching ni sebagai ole2 dari kami yer.

Jalan2 di Waterfront & Naik Bot

Hari kedua, pagi2 bangkit. Gi breakfast. Pastu terus kuar nak jalan2 kat sepanjang Sungai Sarawak atau lebih dikenali Waterfront. Kat sana memang banyak patung2 kucing. Kalau dah sampai sana adalah tak sah kalau tak amik gambar di sini.


Bergambar dgn Trademark Bandar Kuching


Tak jauh pun dari hotel. Jalan kaki jer. Memang banyak patung kucing kat sana. So, pagi2 tu kami amik angin berjalan sepanjang sungai. Memang cantik. Pagi yg indah sekali.

Selalu nampak kat gambar cam besar jer kucing2 ni, tapi tgk betul2 biasa jer.. takdelah besar sangat

Yg ni view pada waktu malam di dpn patung kucing
Main2 ngan kucing


Kasi kucing makan


Mcm ni lah keadaan di Waterfront


Duduk sat sambil amik gambar


Org yg baju merah ramai2 tu adalah peserta Regatta..alah yg macam berkayak tu.. time tu derang tgh training tuk pertanding Regatta sempena Majlis Raja-Raja tu.
Hari tu aku baca paper tak salah aku pasukan dari Johor yg memenangi pertandingan itu. Masa tgk derang training memang syok, memang semangat sangat mereka mendayung. Sama jer hayunan dayung2 tuh.


Tu mereka baru berlepas

Tapi aku tgk org duk belakang regatta tu syok lah. Dia tak yang mendayung kerja dia hanyalah menjerit memberi semangat kat team dia supaya berkayuh lebih laju lagi. Yang pasukannya pulak mati2lah mendayung laju2.

Teringin pulak naik bot kat sungai tu. Dengar kata ada sesuatu menarik di seberang sungai tu. Tempat yg harus juga dikunjungi bila berkunjung ke Kuching. Nak tau apa dia next entry yea.

Aku ngan pakcik bot

Dalam bot


Ready tuk menyeberang


Pakcik bot yg gigih

Utk menyeberangi ke seberang sungai cuma perlu membayar tambang sembanyak RM0.50 sajer. Tak mahal pun. Tapi ada satu pelancong (local) tu boleh nak mintak diskaun. Dia nak bayar RM0.30 jer. Taik idung masin betul. Tapi pakcik bot tak layan. Pakcik bot kata pergilah cari mana2 bot yg boleh dapat RM0.30.

Sonok naik bot. Walaupun sekejapan cuma

Untuk pengetahuan korang2 sekalian, kat area Waterfront memang byk hotel. So, korang pilih jer nak duk hotel mana. Antara hotel2 yang ada:-


Riverside Majestic Hotel - Ni hotel aku menginap. Dapat pulak tingkat kedua atas, view memang cantik.

Hilton Hotel

Riverbank Hotel - hotel ni pun cam cantik gak. siap ada kapal berlabuh lagi di situ


Yang ni pulak Grand Margherita Hotel atau nama lamanya Holiday Inn.

Adalah lagi hotel2 lain tapi aku tak amik pulak. Tapi hotel2 di atas ni memang paling hampir lah ngan Waterfront. Jalan kaki sajer.


Thursday, July 30, 2009

Jumpa Hantu?

Kat Semenanjung tak pernah nak pergi, kat Kuching baru nak hegeh2 pergi Jom Heboh.

Sebenarnya kami bukanlah suka sgt tempat yg sesak2 tu. Tu pasal tak pernah nyelah pergi mana2 Jom Heboh sebelum ni. Eh, tapi rasanya pernah kot pergi sekali masa mula2 TV3 start ngan sure heboh. Tapi dah lama sgt lah. Tapi lepas pergi tu terus tobat takmo pergi lagi sbb tak sanggup ok nak bersesak2.

Memandangkan anak2 si Pian & Erma beria nak ke sana kami kami pun follow jelah. Lagipun nilah julung kalinya Jom Heboh buat Kuching. Sebelum ni wat kat Miri tak salah aku. So, dari Serikin kami terus ke Perkarangan Stadium Petrajaya. Oh ya, Serikin dan Sarikei adalah 2 tempat yg berbeza yer. Ni for info jelah.


Di perkarangan pintu masuk karnival Jom Heboh. Punyalah ramai umat manusia di sana. Sesak sgt.

Ini adalah rmh hantu.

Aku gatal2 nak masuk. Mcmlah berani sgt. Utk masuk ke dalam rmh hantu kena bayar RM2 tak salah aku. Ke RM3? aku lupalah pulak.

Pada aku memang seramlah. Dengan gelapnya kat dalam tu. Dengan bunyi hantunya. Masuk2 jer dah ada pocong sedia menanti melompat-lompat menuju ke kami. Mau aku tak patah balik. Seram siot. Tapi asben aku tarik aku masuk balik. Dia kata takde apa nak takut pun. Tapi aku memang rasa cam betul2 jer.

Rasa menyesal pun ada gak. Ntahlah aku ni lemah semangat kot. Pastu aku berserah jelah. Utk menghilangkan rasa takut, aku hanya memejamkan mata aku jer sepanjang kat rmh hantu tu. Lantaklah hantu kat sebelah aku ker, depan aku ke belakang aku ker, ada aku kesah? Aku jalan jer sambil pegang asben kuat2. Yelah kalau tak pegang kang mcm mana lak aku nak jalan kan? Sekali-sekala bukak gak mata sikit2, bukak2 nampak kubur ngan tengkorak, aku tutup balik mata, follow jer asben.

Apa2 ntah betul aku ni. Ngan hantu manusia pun nak takut. Anak si Pian tanya aku seram tak, aku jawab seram sgt. Aku siap kata takyah masuk ar. Yelah budak2 kan. Kang nangis sape nak jawab? Tapi alih2 dia kuar dia jerit kat aku "takde apa2pun makcik (jadi makcik tau aku) tak takut pun. Hantu sikit sgt ar". Amboi budak2 sekang ni sudah tak takut hantu yer.

Yang paling tak boleh blah asben aku citer, time aku patah balik keluar tuh, ada sorang mamat tu masuk2 jer terus dia pukul hantu pocong tu, tak taulah panik ker atau saje2 nak pukul. Pastu boleh hantu tu bercakap "Weh, kurang ajar! Takde akal punya budak!". Aku dengar asben aku citer aku gelak guling2, sbb hantu bercakap. Hahahahaha.

Teringat aku dulu2 masa sekolah rendah pernah lah jugak masuk rmh hantu masa rombongan sekolah ke Melaka. Masa tu memang tak reti takut pun. Apa taknya masuk2 jer aku dah dengar hantu tu cakap kat kawan hantu yg lain "weh org datang wei.. org.. stand by". Kiterang pastu apa lagi cakap kat hantu tu "Sudahlah takyah nak takutkan kami, tak takut pun".

Tapi masalahnya yg hari tu aku takut pesal??


Letih2 pun semangat gak nak bergambar



Mcm crocodile hunter lah pulak lakiku ini. Kat sana kami hanya membeli air Ribena 5 paket berharga RM10.


Feeling artis jap yer

Tapi aku sedar diri, aku hanyalah insan biasa sajer. Tidaklah seperti mereka2 ini yg sentiasa saja menjadi perhatian dan rebutan org tuk bergambar bersama.

Ini adalah Fauziah Ghous. Eh cam Ghost lak aku eja.



Yang ni pulak mula2 aku tak kenal. Tapi bila dia bercakap aku kenal. Aku cam sangat suara dia. Intan Ladyana.

Aku idaklah rajin nak pergi ke semua booth kat situ. Tak bernafas ok. Aku cari tempat jauh2 dari org pastu duduk. Minum air Ribena. Wah baru terasa nikmat.

sudah keletihan selepas satu hari suntuk berjalan

Tapi memang ramai giler lah rakyat Kuching yg keluar pada hari itu. Jalan jam berkilo-meter. Sanggup ok masing2 jalan jauh2 bawak anak. Apapun memang meriahlah. Yg bagusnya sebelum entrance jom heboh tu jer dah macam karnival aku tgk. Punyalah ramai peniaga yg berniaga kat situ. Kat situ jer pun dah sesak.


Lupa Nak Cakap

Sebenarnya aku dah balik dah. Aku sampai KL hari selasa hari tu. Pukul 3.45ptg. Bukan apa kang korang ingat aku masih di Kuching lagi.

So, sekarang ni aku sibuk membuat entry2 berkisarkan percutian kami itu. Sibuk jugak buat autopublish tuk memastikan segalanya berupdate.

Utk beberapa hari ni kisah memang tak larilah dengan trip ke Kuching nie. Haruslah byk citer kan kata 5 hari 4 malam di sana. Jangan bosanlah yer, aku update ni pun tuk diri aku gak. Bukan nak harap org baca pun. Tapi kalau suka baca, nak merasai pengalaman, bacalah. Kalau tak menyampah tgk gambar2 yg melambak, tgk ar.

Tapi kalau tak suka... aku tak leh nak wat pe. Blog ini Ahmad Albab yg punya...hehe

Membeli-belah di Serikin

Destinasi pertama kami ketika berada di Kuching adalah ke Serikin. Apa ada di sana? Aku pun mula2 tak tau apa ada kat Serikin. Cumanya member2 kat Kuching ni kata kalau dah sampai ke Sarawak tak lengkap kalau tak pergi ke Serikin. Lagipun ada org nak tunjukkan jalan kat kami. Kalau harapkan nak pergi sendiri memang tak sampailah kami ke sana.

Serikin ni adalah tempat untuk membeli-belah. Kira cam pasar lah. Tapi macam2 ada dijual di sana. Pasar ini hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad. Hari lain takde yer. So, pastikan kalau nak gi sana pastikan hujung minggu yer, kalau tak wat penat jelah korang drive jauh. Yelah tempat tu bukan dekat pun, adalah sejam lebih dari Bandar Kuching.

Topi, benda pertama yg aku beli bila sampai di sana. Kerana cuaca sgt panas. Topi hanya berharga RM10. Tapi cantik kan?


Lagi... tak abis2 nak pose ngan topi baru tu..

Time mula2 sampai


Kiterang ke Serikin tu bersama2 member asben, Arfian namanya. Mereka temankan aku bersama2 family mereka. Memandangkan mereka membawa anak2 mereka yg masih kecil, sebagai langkah berjaga2 mereka menyediakan topeng muka utk dipakai ketika di sana, kerana kat sana kan ramai pelancong so, takutlah dengan penularan wabak2 berjangkit. Tambahan pula, Serikin tu terletak bersempadan dengan Indonesia.

Kami yg macam pelancong Arab


Kat sini mcm2 benda ada dijual, antaranya kain sulam, telekung, tikar sarawak, hasil rotan, baju, langsir, beg, makanan dan macam2 lagi lah. Memang syurga membeli-belah lah.

Langsir2 yg bergantungan. Dari harga serendah RM20. Siap jahit ok.


Mula2 cam nak beli curtain merah ni. Tapi asyiknya nak survey2 dulu terus terlupa nak beli


Pilih-pilih..


sonok tul shopping


Member asben: Pian & Wife, Ema

Pian ni asal Sabah, tapi sekarang bertugas di Kuching. Wife dia pun org Sabah gak. Tapi lama gak dah derang menetap kat Kuching. Nasib lah ada mereka ni, dapat lah kami berjalan2.

Cantik tak kain nie? time ni mask dah separuh nak tanggal dah.. sudah rimas.. panas


Tempat jual tikar sarawak.

Mula cam tak nak beli jer tikar ni sbb nak memikirkan camne nak bawak besar2 ni. Tapi rupa2nya ada cara packagingnya. Makanya sebagai wat syarat berkunjung ke Sarawak kami pun membelinya juga barang sekeping. Kami beli saiz besar, harga lepas bargain dapatlah RM125. Murah ok!.

Periuk belanga pun ada dijual.

Kat tempat jual tikar lagi. Beraneka corak ada dijual.


Ni pulak tempat jual hasil rotan. Kalau rmh aku dekat tak yah naik flight memang aku beli dah..


Ginilah keadaan di pasar Serikin


Sempadan kan. Haruslah sana sini ada pemeriksaan polis

Pompuan kalau time shopping tak de pulak rasa penat.


So, kengkawan kalau ke Kuching jangan lupa berkunjung ke Serikin yer. Pastu jangan lupa bawak duit byk2 yer.