Wow! Lama giler tak update blog. Bukan sbb pembawakan ke apa, tapi memang malas nak update pun. Kalau ikutkan, sepanjang preggy ni, Alhamdulillah takdelah apa2 masalah sgt, like mabuk2, loya2, moody2 ker... so far so goood. Dan Alhamdulillah hingga hari ini masih lagi berpuasa penuh, dan semoga akan berterusan lah hingga ke 30 Ramadhan. Amin.
Sebenarnya aku ni dah nak masuk ke hujung terimester kedua. Kejap jer tak lama lagi nak masuk terimester ketiga. Kalau ikut tarikh jangkaan yg doktor kasi InsyaAllah aku akan deliver pada 1 Dec 2012. Kalau lah tepat pada tarikh ini memang inilah hadiah yg tidak ternilai yg aku akan berikan pada asben sempena harijadi dia. Best gak kalau anak dan ayah berkongsi tarikh lahir yg sama. Tapi mungkin jugak aku akan deliver awal daripada tarikh tersebut. Sbb Marissa dulu pun lahir 2 minggu awal dari tarikh jangkaan.
Berbeza dengan first pregnancy dulu, setiap bulan perkembangan baby aku update kat blog, maklumlah first time lah katakan, tapi kali ni sbb mood blogging semakin menurun, maka tersangat kuranglah aku update kat blog ini. Tapi rasanya progressnya pun lebih kurang sama jer dengan pregnancy yg lepas. Doktor pun doktor yg sama jugak. Aku pun dah start check-up dengan doktor since kandungan berusia 3 bulan.
Dan kalau korang nak tau pun, aku tau aku pregnant pun bila kandungan dah 2 bulan lebih. Maknanya first terimester aku tu, berlalu camtu jerlah.... bagus gak tak tau, takdelah badan pun ngada2 nak lembik2 nak loya2 kan... yelah biasalah kita ni kalau tau jer pregnant dan dan tu lah muncul segala simptom2 mengandung. Cuma aku suspicious sikitlah masa mula2 tu asal bangun pagi jer rasa cam loya2 sikit dan rasa cam terhuyung-hayang sikit.. tapi masa tu just fikir mungkin kesan jet lag atau kepenatan sbb baru pulang dari Umrah (bulan 3 hari tu).
Tapi adalah agak musykil jugak sbb sampai bulan 4, tak jugak period2. Masa bulan Mac tak datang aku tak kisah lah jugak, memang aku berdoa supaya aku tak period bulan tu, supaya tidak menganggu urusan Umrah. Memang lah kat sana aku minta supaya tak period sbb kalau ikutkan hujung2 bulan tu memang dah time dah.
Dan memang termakbul lah doaku itu, yg memang sampai ke sudah aku tak period. Dan tidak disangka jugak yg sebenarnya aku telah conceive sebelum berangkat ke sana. Cumanya aku tidak tahu. Yer, hanyalah Dia sahajalah yg Maha mengetahui. Dan, aku amat gembira sekali, yg sebenarnya ada dua org anak yg mengikuti aku bersama2 ke tanah suci. Alhamdulillah. Syukur jgk kerana diberikan kekuatan ketika itu utk mendukung Marissa ketika tawaf dan saie. Dahlah time tu dia taknak kat org lain nak aku jer yg dukung. Korang bayangkanlah mana datang kudrat aku nak mengendong dia. Syukur padamu Ya Allah.
Lepas almost 2 months period tak mai jugak, aku pun beli lah upt. Masa tu tak bajet apa2 lah, ingatkan satu line jelah, yelah kalau sebelum ni masa nak dapat Marissa sampai dekat 10 kit aku try. Tapi yg ini, sekali test tak sampai berapa second terus nampak dua garisan. Fuh tergamam lah jugak sekejap. Happy pun ia. Terus wat Sujud syukur.
Tapi masa tu tak fikir sgt, yelah apa pun kena dapatkan confirmation dari doktor dulu. Aku ingat lagi first perjumpaan dgn doktor ialah pada 6 May lepas. Jumpa doktor Zarul kat Putra Medical Centre (PMC). Doktor jugak telah mengesahkan yg kandungan aku waktu tu sudah pun 12 minggu...
Semenjak dari bulan itu, setiap bulan aku ditemani suami dan Marissa akan datang wat monthly check-up. Macam biasa ada gak amik2 gambar sumer, tapi tulah takde hati nak update kat blog...hehe mood belum datang... Yang paling best bila masuk bilik doktor tu, masih ada lagi frame gambar kami bersama terletak kat kabinet kat belakang doktor. Marissa pun cam tau jer yg doktor tu yg sambut dia lahir, kalau jumpa doktor mesti salam doktor.
Alhamdulillah, progress baby adalah baik dan aku berdoa semoga semuanya dipermudahkan dan yg terbaik dariNya. Gender baby pun dah tau. Korang rasa gigirl ke boboy????