Friday, June 28, 2013

Aktiviti Lunchtime Hari Jumaat

Sepuluh helai kain tudung. Mampu??? Mampu kalau beli kat Jalan TAR, tapi kalau nak beli kat butik online byk ni pitam kot. Hari tu beli 2 helai jer dah tujuh puluh lebih.. ni beli byk2 ni korang rasa berapa total damagenya? Ala tak sampai  60 ringgit kot..



~shawls~

Boleh lah buat basahan dan belasahan ke ofis. Warna memang cam lebih kurang jer dengan apa yg aku ada sekarang nie, tambah lagi warna purple tuh, tah berapa puluh jenis purple yg aku ada, takpe nampak jer cam sama tapi lain sebenarnya. Serius aku ni tak taulah nape, asalkan ada warna purple benda yg aku rasa tak berapa nak perlu pun aku nak beli gak. Tapi ergobaby purple mystic tuh aku memang perlukan sgt, bukan saje2. Dah beli dah pun, tunggu nak sampai kat rmh jer. Kbai.

Wednesday, June 26, 2013

Nak Proceed ke Tak Nie?

Setelah puas menggoogle aku telahpun berjumpa dengan baby carrier idamam. Tengok sekali terus jatuh cinta.  Tapi korang tau lah nak cari barang tuk baby jer, tapi terbekenan pulak dengan nursing wear nie.... isy.. isy.. isy...


 nak proceed ke tak? aiyooo cannot resist lar...

Takutnya lah hai.. sekarang ni bukan kata gi mall jer duit blh habis, duduk kat dpn pc pun duit boleh habis. Bahaya nie... ermmmm... ok ok.. ni last tuk bulan nie.. pasni no more online shopping...

Ok ok, sebelum aku proceed aku nak tanya ok tak baby carrier nie? Sape pernah pakai ergo baby carrier? Share pls... aku takut gak nak beli, yelah beli online tak leh nak cuba2, tak taulah selesa ke tak utk both mummy & baby. Tapi tengok cam comfy jer baby kat dalam tuh..

lawanya

Ok sedikit details about the product:-

Using the ERGObaby carrier gives you continuous connection, fabulous feeling of freedom, and security knowing your baby is safe. This is the all-in-one soft baby carrier, assisting you through all the stages of your baby's growth and moving from front to hip to back position easily. Parents tell us the ERGObaby carrier is the best of all the baby carriers on the market. It was designed by Karin Frost and has undergone extensive testing by tens of thousands of parents. Its innovative design makes wearing your baby comfortable for hours at a time, gives you the freedom to remain active and productive in your daily life, and holds your baby secure to your body so you are HandsFree. The ERGObaby carrier's ergonomic design supports a correct sitting position for the baby's hip, pelvis and spine growth. It disperses most of the baby's weight between the hips and thighs, which helps to eliminate compression of the spine when hanging by the crotch, that most other designs require. The ERGObaby also balances the baby's weight to parents' hips and shoulders, and alleviates physical stress for the parent..

•Collection: Ergobaby Original
•Carrier body: 100% cotton canvas
•Carrier lining: 100% cotton poplin
•Carrier weight: 1.52 lbs / 690 grams

•Sleeping Hood: Integrated, 100% cotton poplin with elastic edging and snap-to-strap attach. Supports baby’s head while sleeping and protects from sun and wind. Adjusts in length with 5 snap levels for growth of baby.
•Shoulder straps: Padded with 1” high-density premium foam, expanding from 24” to 45”
•Waist strap: Padded with 1/4” high-density EVA foam, expanding from 26” to 49”
•Chest strap: Sliding adjustment
•Fill: 100% cotton batting in body of carrier to soften edges
•Small zippered stuff pouch, doubles as Sleeping Hood storage
•Large zippered storage pocket holds your wallet, keys, and mobile phone


Camne ek? Ok ke nie??? adoi penat lah shopping nie..

Kisah Kakak dan Adik


Ini ialah si kakak


dan ini ialah si adik

Kedua2 Marissa Qaisara dan Marissa Inarah ni memilik karektor yg berbeza. Si kakak telah menunjukkan kecenderungan perangai mengada2 dan manja tak kena tempat. Manakala si adik menunjukkan sikap yg lagi matang dari kakak dan sentiasa cool jer. Adik memang tak byk karenah. Tapi Marissa dulu masa kecik pun tak byk perangai jugak, cuma semenjak makin besar ni makin menjadi2 lak dia. Suka nak cari perhatian lebih.


si pembuli

Marissa ni memang sayang kat adik dia dan adik dia pun syg sgt kakak dia. Adik suka sgt kalau dapat bermain-main ngan kakak. Dia akan ketawa walaupun setakat tengok kakak dia berlari-lari or lompat2. Kakak pulak jenis tak leh nak control perasaan. Kengkadang dia rasa geram kat adik dia, tetiba kang dia pukul adik. Kalau dengan tangan tu ampun lah jgk ni kengkadang dia pukul adik ngan kaki. Aku yg tengok pun leh sentap. Terus rasa nak lepuk jer kakak time2 tu jugak.  Tapi masalah si kakak ni byk sgt drama. Belum aku nak start marah atau baru jer buat muka cam nie...


 muka marah lah nie

Dia dah meraung macamkan dia pulak yg kena pukul. Padahal dia yg pukul adik. Yang si adik rilex jer cam takde perasaan.

adik yg super cool

Paling takpun dia akan nangis sikit lah sbb terkejut akak buat dia, tapi bila kita amik dia or dukung, dia akan sengih2 lah macam nie..

Inara budak baik

Kalau nak ikutkan yg paling byk menangis antara kakak dengan adik dah tentu2 lah kakak yg paling byk menangis. Ratu air mata sgt. Dia buat org, dia yg nangis.. drama sgt.. dia ingat dia dah nangis tu kita tak delah nak marah dia.. sori yer.. dah salah tetap kena marah, tetap kena hukum jugak. Aku memang ajar dua beradik ni tuk sayang antara satu sama lain. Kalau buat salah si kakak kena mintak maaf kat adik. Hari2 kakak kena ungkapkan kata2 ni kat adik "kakak minta maaf", "kakak sayang kat adik", pastu hari2 aku akan make sure kakak kena cium adik dgn penuh kasih sayang.

kakak sayang adik

adik pun sayang kakak jugak

Actually Marissa ni bukanlah nakal pun, cuma dia fikir dengan cara tu dia dapat lah perhatian yg lebih, aku syak dia ni tak puas lagi nak jadi baby. Setiap hari lepas mandi dia mesti nak berlakon jadi baby. Apapun syukur Alhamdulillah di atas kurniaan kedua2 permata hati ni. Rasa terhibur dengan keletah masing2.

Monday, June 24, 2013

Sedang Mencari-Cari Baby Carrier

Jerebu makin teruk kan. Duduk dalam bangunan pun boleh terasa sesak nafas bau asap. Pastu mata cam berkabut jer.. tak selesa. Harap2 cepatlah keadaan pulih seperti sedia kala. Sama2lah kita berdoa yer.

Ok sekarang ni aku tengah mencari-cari baby carrier utk Inara. Senang nanti kalau nak travel. Pastu tak semestinya time travel je boleh guna, kat rmh pun boleh jer. Tambahan pulak sekarang, Inara dah pandai demand, kalau dulu dia tak kisah duduk sorang2 kat hall tengok tv atau guling2 tapi sekarang bila dia tengok kita takde kat sekitar dia, dia dah mula mek..mek..mek..  (buat bunyi cam panggil kita lah).. pastu bila kita datang kat dia senyap sengih2, pastu kita tinggalkan dia start dah menjerit nak kita dukung. So, bawak lah sekali gi dapur. Senyap jer dia tengok kita wat kerja dengan sebelah tangan sambil sengih. So, aku fikir kalau ada baby carrier ni cam memudahkan gaklah nak wat kerja2 rmh.

Aku berminat betul dengan carrier kat jumpsacbaby. Dahlah sekarang ni aku addicted shopping online. Last week most everyday ada jer barang yg sampai.  Ni rasa cam laju jer tangan aku ni nak membeli benda ni.  Tapi tahan2 kan dulu, tengah survey dan tgh wat perbandingan harga. Boleh tahan mahalnya yer. Tapi cam tak berani gak nak beli online, kalau boleh nak test drive pakai dulu selesa ke tak..


nampak selesa jer baby kat dalam tu

 
color n patern ni pun menarik

 
Mommies pls share baby carrier mana yg bagus dgn harga berpatutan & boleh gak share pengalaman gunakan baby carrier nie. Aku memang nak urgent nie. Nak gi kuar cari kat kedai agak payah sikit lah, cuaca not so good, so stay indoor jer and stay online shopping jer.

Tak sabar nak letak budak ni kat dalam carrier.. mesti nanti dia tersengih jer dpt dikendong mamanya walaupun tengah basuh pinggan kat dapur.

anak jepun ke anak korea nie

Ntah ikut sape lah si Inara nie, mata sepet takde kelopak mata langsung.

Wednesday, June 19, 2013

Tiap2 Hari Dapat Hadiah

Banyaklah aku punya hadiah kan.  Daripada hari Isnin sampai hari ni (kot) aku dapat parcel barang2ngan. Baik sgt org yg kasi kita hadiah tu kan. Hehehe.. padahal diri sendiri yg order, diri sendiri yg bayar pun, tapi sbb masa beli tak nampak duit keluar sbb sumernya on-line so boleh lah fefeeling org yg kasi. Padahal duit dalam akaun makin menyusut. Huahaha.  Isy.. tak leh jadi ni, makin menjadi2 habit shopping di talian ni.

Mula2 hari Isnin lepas dapat parcel dari al-humaira. Ada dua helai tudung yg dibeli. Salah satunya ialah ini.

Tudung baru kiteww


Lama tak pakai baju ni sbb nak pakai ngan tudung grey tapi takde tudung kaler grey. Dah dapat tudung boleh lah pakai. Tudung aku pakai ni adalah yg terbaru di al-humaira nampak model pakai cantik, dia cam ada pleated kat atas kepala. Tapi bila sampai kat aku, aku tak reti pulak camne nak letak part yg ada lipat2 tu kat atas kepala, tak sempat lagi nak belajar dari youtube, so belasah pakai cara biasa jer. Sekarang bila cek balik kat website byk yg dah sold out dah. Seb baik aku cpt. Haha.

Pastu semalam pulak dapat ni pulak.

 
apa dalam nie?
nursing wear

Ok lah bertambah lah sikit koleksi nursing wear. Kalau tidak kang asik2 pakai baju tu jer bila keluar. Walaupun yg aku beli ni pun lebih kurang jer dengan kaler yg aku ada. Wahaha nak wat camne asal ada warna purple aku sambar jer, walaupun nampak cam serupa jer.Kalau perasan baju yg belang2 purple tuh rasanya aku dah ada 3 helai baju yg lebih kurang camtuh.  So, sekarang dah ada 5 helai baju khas utk menyusu. Dipakai khas bila keluar bersama2 dengan baby, senang nak menyusukan walau di mana.

And now I am expecting another parcel to come. Jenuh lah mak aku nak sign autograph kat rmh tuh hari2, aku letak address rmh mak jer, sbb kat rmh aku mana ada org kan. Kang tak pepasal kena amik kat post office plak.  Tak taulah apa rupa kain yg aku aku order nie. Mungkin bakal dijadikan baju raya kot. Yelah nak kuar gi cari kain payah sgt nak curi masa, so kita cari online jelah yo.. jumpa yg berkenan terus rembat.

Ok tu barang2 tuk diri sendiri je tuh, tapi sebenarnya aku dah start terjebak beli barang on-line sejak zaman Marissa baby dulu. Beli barang2 baby on line. Few months back pun ada gak beli barang tuk baby, aku beli sterilizer, warmer, socks, dan macam2 lain lah termasuk barang kat bawah nie. Kalau barang baby aku suka beli kat littlewhiz.

Baby cubes utk simpan stok solid food Inara

Tapi sayang sekali bila barang dah sampai aku dapati bekas tu pecah. Huhuhu. Mula2 rasa cam takpelah nak buat camne dah pecah.. Tapi bila fikir balik aik buat apa aku nak tanggung kerugian, pastu harga bukan lima sepuluh hengget terus aku call littwhiz, nasib baik dorang kata dorang akan tukar yg baru. And yes memang dorang tunaikan janji, dan barang baru pun aku dah dapat pun. Dah guna dah pun bekas tu letak puree buah2 han Inara. 

Aku baru teringat, baru2 ni gak, aku ada gak book flight ticket online. Aiyooo bulan ni memang aku byk spent online lah. Suka2 aku jer book flight tiket utk family vacation tanpa diskas dengan asben. Tanpa plan segala. Tapi best gak, sbb benda kalau plan2 payah nak jadi, so kita terjah je lah.  Tapi terjah punya pasal ni lah semalam aku dapat tau hotel yg aku nak duduk tu dah fully booked. Terpaksa cari hotel lain. Takpelah janji ada hotel.

Pompuan ni kan kalau tak dapat shopping betul2 kat mall kat talian pun jadi kan.  Tapi kalau dah nama kerja pun kat tengah bandaraya ni kan, time lunch time pun boleh jer...

pompuan giler shopping bulan ini

try baju  kat fitting room

Baju dan seluar tu dah selamat pun jadi milik aku. Ni lah bahananya kalau 2 3 bulan lepas tak menyopping, sekali shopping terus qadha bulan2 lepas punya sekali.

Tapi best kan shopping online. Badan tak penat. Otak tak serabut. Tau2 barang dah sampai kat rmh. Dan tau2 duit dalam akaun makin tipis or bil kredit card makin bertambah. Tapi apapun kena bijak kawal perbelanjaan jgn sampai tak bayar kredit kad. That one not good yer...

Thursday, June 13, 2013

Saya dan Anak-Anak















Gedik2 santai jer... oklah sedang nak mendelete gambar2 kat phone ni hah.. so dari delete begitu sajer marilah kita letak kat blog.  Gambar yg last tu Marissa yg amik.

Wednesday, June 12, 2013

Semoga Menjadi Anak Yang Solehah Hendaknya

Marissa dah tiga tahun. Dah tau apa itu solat, dah tau apa itu Quran dah tau apa itu zikir. Dah tau bukan maksudnya dah tau sembahyang lengkap dengan bacaaan, tau baca al-quran dengan hukum segala. Tau di sini maksudnya dia tau lah apa itu solat, apa itu Al-Quran apa itu Zikir. Zikir dia taulah sebut kalau takat sebut Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.

Kalau malam2 sebelum tido dia tgk ayah dia belum solat Isyak lagi dia akan ingatkan ayah dia. "Ayah solat lah, nanti Allah marah. Ayah solat lah". Aku kat sebelah sengih jer tengok anak leter kat bapak dia. Haha.

Biasanya kalau kami solat, Marissa pun akan hegeh2 nak gak solat sama2. Syukur lah kecik2 dah pandai nak ikut org solat segala kan. Pastu siap nak amik wudhuk bagai. Kengkadang aku termalas sikit nak melayan, yelah kang abis baju basah, pastu nak kena tukar baju plak, tu yg selalu time dia lepas mandi tu aku suruh jer dia amik wuduk terus. Alahai comei tengok dia kumur, basuh muka, telinga sumer... dia ikut jelah sebijik2 yg kita buat. Aku tak ajar pun, dia buat apa yg dia nampak.

Ikut mood dia gaklah. Kengkadang tu dia malas. Nampak kita nak sembahyang, dan dan tu dia cakap "ica tak nak solat ar.. ica nak jaga adik". Pastu kang dia panjat la katil, main2 ngan adik dia. Nampaklah dia tepuk2 tangan, lompat2 atas katil. Adik pulak terkekek-kekek gelak. Nampaknya adik memang sayang dengan kakak. Adik suka main dengan kakak dia. Kakak dia jer yg kengkadang yg tak leh control perasaan kalau geram boleh jer dia cakar, pukul dan gigit adik dia. Tapi adik relax jer cam takde menda.
muka suci sgt

Dah pandai ikut kita sampai habis solat. Kalau dulu kita baru rakaat ke dua, dia dah bagi salam dah. Tapi sekarang dia tunggu kita sampai habis. Dulu tak reti rukuk tak reti sujud. Bila sujud dah mcm meniarap. Sekarang ala2 comel jer tengok dia sujud. Pastu mulut kumat-kamit. Tak taulah apa dia baca. Aku rasa dia baca doa makan jer. Janji ada bunyi Arab.


Kalau kita dah abis solat dia duduk jer kat sejadah dia, sampai kita dah habis baca doa. Pastu nanti dia salam tangan kita cium kita. Time tu lah nanti aku akan peluk dia, aku akan cakap perkara2 yg baik dan kami akan berdoa bersama2 sekali lagi. Ooo i think itulah waktu yg sangat bahagia sekali. Time tu kita dapat rasakan yg anak ni jiwa dia lembut sgt. Apa kita ckp dia dengar dan angguk jer.

Dan lepas tu nanti, dia akan ambilkan aku ni. "Mama nah baca Quran".

senaskhah Al-Quran kesayanganku

Al-Quran yg aku beli masa kat Mekah. Serupa dengan Al-Quran yg ada di Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Bila baca ni memang aku gambarkan aku sedang berada di sana. Oooo i miss that places so much. Alhamdulillah anak2 tak pernah kacau time solat ataupun sedang mengaji. Dua2 pun ok jer, tunggu sampai mama dia abis ngaji. Elok jer dengar aku Sadaqallahuladzim.. "Mama dah habis?" hah pastu engko macam2lah budak2 berdua tuh. Yang si adik ok lagi lah memang baik perangai.. Nak melayan kakak yg nak ini lah nak itu lah.. kang kalau tak terlayan kang sentap.

pakai telekung tapi tak pakai kain

Bukan taknak pakaikan kain dia, knowing Marissa yg suka jer nak ngamuk2 tak tentu pasal, asalkan sejadah terkedut sikit time dia solat pun dia leh nak ngamuk inikan pulak nanti kain labuh tu buat kaki dia sangkut2. So aku biar jelah camtuh. Lagi satu kang jenuh nak jawab kaki ica mana? sbb terselindung dalam kain. Asalkan tiap kali pakai telekung pun dia akan tanya "eh mana tangan ica?". So, nak jimatkan persoalan dari dia aku biarkan jer camtu. Esok besar sikit baru aku pakaikan dia proper2. Baru ajarkan dia betul2. Sekarang ni ajar secara tak langsung & tak strict pun, yelah budak lagi kan.

Tapi kan budak2 besar ni lah kita kena ajar, sbb dorang cpt sgt serap dah hafal. Bila kita ulang2 cakap dengan dorang secara tak langsung dorang akan ingat. Cam Marissa sekarang dia tau rukun islam ada 5 dan rukun iman ada 6 dan dia dah hafal 5 rukun islam.

Bila kita tanya dia.

Rukun Islam ada berapa?
Lima (sambil buat 5 ngan jari)
Pertama?
mengucap (nak sebut panjang2 dia tak reti sgt so dia cakap mengucap kengkadag tu dia sebut ucap jer)
Kedua?
Sulat (pelat)
Ketiga?
Posye (pelat)
Keempat?
Jakat (pelat)
Kelima
Naik kapal terbang (yg ni aku tak menahan sikit.... sbb sebelum ni dia cam tak ingat so aku citer panjang kat dia, pergi haji kat Mekah naik kapal terbang bla bla bla - sbb dia memang ingat sgt taim dia gi umrah dulu, so aku kiranya nak dia flashback balik lah). Patutnya nak sebut naik haji tapi dia ringkas dan padatkan terus jadi naik kapal terbang...hahahahahahaha.

Ok kita share lagi citer berdasarkan gambar2 yg ada kat hp nie hah.

amboi kemain lagi minah kan

Org bershawl dia pun nak jugak. Dia tadah jer kepala dia aku lilitkan shawl ni kat dia. Minah tu kan suka feeling2 sikit. Ckp lawa, cakap comel sikit dia pun tak kisah lah org nak buat apa pun. Tapi kejap jelah.  Dah pakai tudung, tawaf satu rmh nak tunjuk kat org bajet comel. Pastu pose suh kita amik gambar.
pandangan depan

pandangan belakang

Sgtlah tak sesuai. Pakai tudung tapi ber t-shirt ketat dan berlegging. Hailah anak dara sorang ni dari kecik aku pakaikan dress dah besar ni pandai pulak nak mintak seluar kitat (ketat). Suka sgt kalau dapat pakai legging. Agaknya dah muak kot dari kecik asik ber dress jer. Takpe baju2 ica boleh kasi kat adik.
hah ni dia dah rimas lah tu suh bukak tudung

Itulah dia kisah anak2. Mak2 ni kan, bila nak update blog cam malas jer, tapi anak punya pasal rajin gaklah update. Apapun seperti mak2 yg lain, semuanya pun mengharapkan supaya anak2 kita membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh/solehah. Harap2nya begitulah hendaknya. Amin.  As a parent kitalah yg mencorakkan ke mana arah anak2 kita kelak. Semoga kita menjadi ibubapa yg baik.

Friday, June 7, 2013

Nak Kerja Bank Katanya

Marissa kan kalau ditanya dah besar nak jadi jadi apa, dia akan jawab "Nak keje bank gaghe" (ada punyi pelat sikit). Nape nak keje bank? Nanti dia jawab "ada duit baaaaanyyyaaaakkk". Yer memang mata duitan sgt anak dara tuh.

Dan dah lama Marissa bising kata nak gi ofis mama. Nak naik lift. Sbb dulu2 dia selalu ikut ayah dia jemput mama dia kat ofis, so sementara tunggu, ayah dia bawak jenjalan kat sekitar Muzium & art galery kat Sasana Kijang. Semenjak dia gi situ dulu sampai sekarang nie, dia memang ingat bank memang ada byk duit. Sbb apa? Nanti aku tunjukkan.

Hinggalah baru2 ni sempena cuti sekolah jugak, alang2 jemput aku kat ofis, asben bawak lah si Marissa ni bersama2 kakak dan abangnya ke Muzium & Art Galery nie. So sementara tunggu aku abis kerja dorang melepak lah dulu kat sini.

Eh tempat ni open for public tau. Dibuka Setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Nak tau lebih lanjut leh google, sbb aku cuma nak citer pasal budak2 ni jer..


Dapat gaklah merasa keje bank di Bank Si Kijang

Main bank2 katanya

Siap boleh cop duit sendiri tau. Kemain suka budak2 ni dapat cop duit sendiri. Walaupun duit tipu2 jer..

muzium duit

Playing the game

 
Mereka dengan duit2 cetakan sendiri

1 2 3 action

Terowong duit

Hah ni lah dia sbb Marissa kata kat bank byk duit. Sbb kat belakang budak2 tu memang duit betul. Ada berjuta ringgit malaysia kat terowong tuh. Dari duit lama hinggalah duit baru sumernya ada kat situ.

Marissa siap nak duduk bersandarkan duit

Dah lama tak citer pasal Ain ngan Adam kan, dulu sebelum ada anak, budak berdua ni jelah modal aku nak citer kat blog, tapi sekarang dah ada dua anak pun kengkadang takde modal nak citer kat blog. Hahaha.

Marissa suka naik lift kaca nie

Yelah duk rmh atas tanah, so memang jaranglah dapat naik lift kan, tu yg bila dapat naik lift ni kemain jakun dok turun naik, turun naik lift. Tu yg penyebab bila balik rmh masing2 muntah. Sorang muntah dalam kereta sorang muntah atas katil. Lawak tul budak2 nie.

Sonok dorang dapat belajar pasal duit

Kat Muzium ni jugak ada disediakan Kafe. Dah penat2 leh lah minum2 sambil makan2 di Kafe Muzium ni. Aku suka giler sandwich kat sini. Sedap dan tidak menghampakan. Harga pun berbaloi2.


Pandai gak asben aku uruskan budak2 nie. Yelah dengan sorang nak terkecing lah nak apa lah. Pastu ada pulak tegur asben "eh dah 3 anak eh? dah besar2 pulak tuh".. hehehe.

Ok sesape yg nak bawak anak ke sini dipersilakan, sgt2 best tempat nie..ni Marissa yg kata yer.. dia suka tempat nie... Ain ngan Adam pun suka jugak. Ni cuti sekolah pun dah nak hbs ni sempat lagi ni kalau nak bawak anak2 datang ke sini.

Ni alamat dia

BNM Muzium & Art Gallery

Bank Negara Malaysia
Sasana Kijang
2, Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur

www.museum.bnm.gov.my
infomuseum@bnm.gov.my


Tel : 603 9179 2888
Fax : 603 9179 2161





Diakhiri dengan gambar budak ini.