Saturday, February 28, 2009

Nak Makan Fish & Chip

Blog org ada jer citer pasal makanan. Aku pulak dah lama tak citer pasal makanan. Yelah kata blog ntah apa apa ajer, so citer aku sumer campur2 jer, tak konsisten langsung.

Balik kerja semalam, aku & asben gi makan kat Ayeem Burger. Tekak cam tingin nak makan Fish & Chip. Sejak makan kat Island Red Cafe hari tu ngan Farah, Lily & Neena aku aku asyik teringat keenakan fish & chipnya itu. Tak dapat IRC nyer fish & chip, ayeem burger punye pun jadilah janji fish & chip.


tengah menghirup mushroom soup yg bolehlah tahan rasanya


Pasan tak? Ada seketul jerawat besar kat pipi aku. Dah lama dah pipi aku tak dihinggapi jerawat sebesar itu. Tetiba jer naik jerawat.


Org adalah ramai di situ. Sementara menunggu layan tenet lah..


Laki ku yg poyo asyik menerai broadband walau di mana2. Katanya nak tgk coverage ok ke tak


Signboard kedai yg sipi2.

Kedai ni terletak di tepi jalan besar Sg. Buloh - K. Selangor. Kedai ni jugak dikenali sebagai The Bikers Cafe klu tak silap aku lah. Pastu pelayan2 dia siap pakai topi koboi. Memang serve western food lah.
e apple for me & watermelon for him
chicken chop asben

Roti & Sup Cendawan


Aku punya fish & chip. Ada sedikit kecewa di situ kerana rupanya & rasanya tidak sama seperti island red cafe punya. Tapi bolehlah... abis gak aku telan..


p/s: Gambar cam gelap2 sikit sbb pakai kamera hp saja. Lagi satu sape perasan gambar kat entry sebelum ni adalah terbalik. Aku malas nak edit.

Pergi Tak Nampak Matahari Balik pun Tak Nampak Matahari




Ginilah keadaan aku pada hari bekerja. Subuh2 dah kuar rmh. Yelah kata nak ikut asben kan, so aku follow jer lah time dia. Dia jenis kuar awal. Aku pun suka jer kuar awal, jalan tak jam pastu sampai ofis pun aman damai jer. Org tgh membuta kat rmh lagi kiterang dah sampai ofis dah.


Pastu time balik pulak. Kadang2 tu org sumer dah balik rmh, aku tak balik lagi. Duk lah aku melangut kat surau ofis nunggu asben aku tuk balik bersama2.


Aku boleh jer kalau nak balik dulu, tapi aku malas nak naik train. Train kalau time balik kerja penuh nak mampus. Kena rebut2. Kena duk celah2 tiak org. Tapi tak kot sbb org yg kena duk celah tiak aku. Tu belum lagi kes kaum laki lagi amik kesempatan nak meleser-leser. Rimas tau.

Bila dah sampai rumah aku dah penat. Mata pun tak dapat nak bukak. Tulah penyebab kenapa blog aku kadang2 tak berupdate.

Friday, February 27, 2009

Tak Membantu Langsung

Ingatkan pas ada Celcom Broadband ni makanya rajinlah aku update blog. Rupanya ia tidak membantu.

Sian kat korang masuk blog aku balik2 citer tu ajer.

Asben aku sudah sound aku dia kata "balik2 masuk gambar motor jer.. takde citer ker? Sesia jer ada broadband pun..." see aku mendapat sokongan moral dari laki aku taw..

Asben aku pun satu, dah jadi hobi dia lak baca blog bini sendiri. Punya berjuta blog yg ada, blog aku yg nak disibukkan. Aku suruh dia update takmo.. Satu hari nanti aku nak gak suh dia create atlis satu entry. Nak gak baca hasil penulisan beliau... hehe

Tuesday, February 24, 2009

Model Harley Davidson

Jangan jeles aku jadi model tak berbayar Harley sekang nie taw...

Amacam ada gaya tak??

Isy moto sape lah ni kan? sila angkat tangan kalau anda tau ni harley kepunyaan siapa?


Mintak maaf kat tuan punya motor kerana aku amik gambar tanpa kebenaran. Jangan saman aku. Motor ini menarik perhatian ramai kerana ia betul2 diletakkan betul2 di hadapan Istana Budaya. Kellas ko kak...

Aku berjaya menangkap gambar tuan punya motor.. tapi derang bergerak pantas. Ala2 artis di situ


tapi aku berjaya gak amik gambar dia, walaupun dia berpaling ke belakang..


korang kenal tak? Dia adalah blogger seperti ku jua

p/s: jgn marah yer tuan motor...


Tentang PGL lagi

Hari tu kan aku tak abis stori lagi kan. eh stori dah abis cuma aku tak letak gegambar kan. so, sebagai tidak mensia-siakan gambar2 yg telah diambil baiklah aku letak kat blog ini. Entry ni hanya gegambar sahaja dan susunan adalah tunggang terbalik tidak mengikut urutan.

Ruang legar di Istana Budaya





Time ni pulak tali kasut nak tertanggal


Sebelum masuk IB. Kami agak lewat terpaksa bergegas, kalau tak nanti takleh masuk kena tunggu kat waiting area, sehingga waktu2 tertentu baru dibolehkan masuk.. tapi kami sempat


Dalam kete masa nak on d way.. masing2 salahkan satu sama lain sebab lambat..


kat pintu masuk - pestaim nonton teater adalah jakun sedikit


Antara art work di IB. Itu bkn painting. Aku tak tau apa, tapi bila disentuh ia seakan-akan karpet


Kat dalam panggung.. time ni leh bergambar lagi, sbb tak start lagi. Tapi bila dah start ko takleh nak bergambar-gambar dah. even hp pun takleh sentuh langsung. Kalau nampak jer hp nyala2 harus petugas IB pointing korang ngan laser.. tapi kat dalam tu line hp memang takde pun..


Kat pintu masuk utama




kat dalam adalah sejuk.. mujur aku bawak selendang cekelat pemberian si Ryn

Ini adalah adik aku. Dia gi ngan kawan dia.

Bersama-sama peminat.. pasan jap


Semasa bergambaran kelihatan bondarock ini. Terus bergambar bersama. "Gambar tak ok jgn publish tau!" ugutan dari beliau.. tapi aku letak gak gambar dia ngah tido nie..

Tapi aku tak sampai hati.. yg ni gambar dia yg ayu lagi ganas..hehe



dah lama tak jaja muka bersama

Nape aku tembam? tak suker!

Next PGL dikhabarkan Tiara dah tak berlakon mungkin org seperti di atas yg akan menggantikan beliau


heroin


hero




Bakal heroin - koser




utk korang sumer, ni jelah yg boleh aku tunjuk kat korang - time nak abis baru leh amik gambar


Barisan pelakon yg ramai & hebat




5 star tuk PGL Season 3


Keseluruhannya aku berpuasa hati sgt2 nonton citer nie. Tak sia2 beli tiket ratus2.. eleh cam aku bayar pun. Terima kasih kepada sponsor.

Monday, February 23, 2009

Hari Bersenang-Lenang

Hari ni aku tak kerja sebenarnya. Aku amik cuti. Saje nak menghabiskan masa bersama-sama suami di rmh. Kata lakiku sekarang kerja dah tak kira masa kan. Lagipun saje nak lepak2 kat rmh kami ni. Weekend hari tu tak sempat nak jengah. So, dari malam tadi kiterang lepaklah kat sini.

Sebenarnya aku ingat taim cuti2 rajin lah aku nak mengupdate blog secara menggila. Ditambah pula dengan celcom broadband yg baru dimiliki ini. Tapi kalau dah memang P.E.M.A.L.A.S tu memang nan adolah. Kisah PGL tak abis lagi aku citerkan. Nantilah yer. Aku tak tau apa masalahnya susah benar aku nak resize gegambar tu sumer.

Takpelah sementara tu, korang saksikanlah aktiviti sengal kami di hari Senin yg indah ini.

Amik sendiri. Kurang menjadi

menjadi, tapi masing2 rupa kurang semengah


first attempt pakai timer - aku silap landing, ada ke lepas aku press button terus aku hempap atas kusyen tu... silap silap.. cuba lagi


ha ni baru ok

Alang2 aku dah ada kat rmh kami ni, meh aku ajak korang lepak sekali kat sini. Beginilah keadaan rmh kami sekarang ni. Ala barang pun tak byk lagi. Ni jelah yg ada pun..

Nilah set sofa yg dibeli dari cavenzi tu. Ya kami jadi membelinya...

langsir pun dah siap sepenuhnya





Meja makan berkonsep kaca .. tahlah tahan ke tidak. tapi kalau laki aku berdiri atas tu harus pecah barai meja tu

yg bestnya meja ni kat bawah dia ada lagi sekeping kaca. Kira cam lacilah. senang kerja aku sumer barang aku sumbat kat bawah tu jer. takdelah menyemak kat atas meja makan


tak berapa kemas di situ. dengan beg.. remote kat lantai...





majalah2 kat atas meja konon sebagai pencetus idea nak hias rmhlah. tapi elok jer terletak kat situ, tak sempat lagi aku nak membelek. pastu maafkan beg lakiku itu. Dia ni byk beg. setiap ruang ada jer beg dia. malas aku nak angkat2 biarjelah dia kat situ.

box ni bos aku kasi.. dia kata utk wat kenang-kenangan bila dia dah bersara nanti. Aku abadikan box ni kat coffe table tuk menyimpan barang kecit2 seperti kunci rmh, kunci kete, jam, henpon, cincin ker.. sbb asbeb aku mudah lupa mana barang2 yg letak. sekurang-kurangnya dengan adanya benda ni kurang sikit dia nak tanya aku mana itu.. mana ini..


sofa ni sepatutnya nak diletakkan kat atas. Tapi kat atas cam sepi jer lagi, so aku biarkan kat bwh jer dulu.


eh tetiba ada gambar kat luar pulak.. belasahlah.. ni antara pokok yg ditanam kat luar pagar



Tikar buluh - kaler cekelat


lap kaki - kaler cekelat gold





keseluruhannya wat masa ni konsep kaler rmh aku adalah warna cekelat and gold.. dari sofa membawa ke langsir membawa ke lap kaki dan segalanya lah..sok dah boring tukar kaler boring pulak..

Dah lah ni je lah yg boleh aku paparkan, aku dah malas... oh ye those yg masih tak tau, aku tak pindah pun lagi kat rmh ni, cuma kalau time cuti2 jer kiterang habis masa kat sini. Kalau kiterang rasa nak bermalas-malasan kiterang akan lepak di sini. Sekang ni masih duduk kat rmh mak lagi. Nanti kami pindahlah.