Showing posts with label guess for woman. Show all posts
Showing posts with label guess for woman. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Inilah Dia

Nak tau apa yg aku dapat hari tu?
Ala takde lah apa sgt pun... tapi cukup menggembirakan hati.

Inilah dia apa yg asben kasi aku hari tu.

Teka lah..

Cincin kah? Jam kah? Jam dan cincin kah? atau pun langsir kah?

Gedik pulak kan nak suh org teka2 pulak. Pastu korang pun katalah..."ada aku kesah ko dapat apa?"

Ala teka lah... teka lah... guess what? hah aku dah kasi clue dah...

Teka lah apa dalam ni?

Hah dah tau dah? betul lah antara komen korang sebelum nie. Selain mendapat jam yg sudah ditukarkan bateri itu, aku juga mendapat jam baru seperti di bawah ini.

Cantik tak? kalau korang cakap tak cantik pun takpe.. aku tak kecik hati.. yg penting aku kata cantik dan aku suka dgn pemberian tak diduga ini.




Seratus peratus pilihan si suami. Tau jer citarasa bini dia. Memang aku tak pernah pun berura-ura nak beli jam baru ke apa ker... yg aku tau aku suka jer jam yg sebelum ni yg juga pemberian asben sempena perkahwinan kami hampir 3 thn yg lalu.

Tak yah cakap byklah aku nie.... yg penting aku nak cakap.. aku tak sangka sgt2 pun... yelah dalam waktu sekarang ni memang tak terfikir pun nak beli sesuatu tuk diri sendiri pun, sbb asal kuar shopping harus terfikir tuk baby sahaja.

Tapi org kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. "Terima kasih sayang".


Ni bukan tapak tangan aku. Ni tapak tangan laki aku yer



I'm loving it

Kelebihan jam ni ialah, mudah diejas sama ada nak panjangkan dia atau nak kecikkan dia. Tak perlu nak pakai alat bagai... nak ejas dia sama cam nak pakai or bukak jam jer. ermm korang wat2 paham jelah yer.

Once again, thank you to my darling husband. I really appreciate it.

Oh ya kalau asben aku kasi ni sebagai penghargaannya kerana mengandungkan anak dia, aku juga ingin berterima kasih kepadanya kerana memilih aku sebagai ibu kepada anaknya. Eh nape tiba2 bergenang air mata lak nie? Kan... aku ni memang lah....

Saturday, January 19, 2008

Boros?.




Hari ni jer aku spent dekat RM500 semata-mata membeli perfume dan mekap. 1 perfume guess (silver) for woman -75ml (untuk aku), 1 guess perfume for man 50ml (untuk hubby) & 1 bedak Mac untuk aku. Kesemuanya berharga RM477 dan dibeli di Sogo. Tak sampai 1 jam, abis cam tu jelah duit aku. Memandangkan hari ini Sogo buat sale khas untuk member card, aku telah menerima voucher sebanyak RM80. Ini kerana setiap RM100 yang dibelanjakan layak menerima RM20 voucher (tapi ni untuk kosmetik ajer, tapi barang2 lain layak dapat RM10 voucher ajer). Selain itu, aku juga telah mendapat 1 beg guess for woman & 1 beg guess for man. Selain itu juga aku juga telah berjaya menge'pau' dua botol kecik sample perfume. Dan aku juga dengan baik hatinya memberikan salah satunya kepada member aku kat ofis ni.

Next entry aku smbg citer pasal perfume lagi ....