Sekarang mood adalah sedikit merajin sempena bakal menyambut bulan Ramadhan esok. Di kesempatan ini diucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan maaf zahir batin jika ada salah dan silap sepanjang berbloging ini.
Sebabkan ada sedikit rajin jugak marilah kita update blog ini. Ok kita mulakan dengan majlis kenduri hari tu.
Majlis adalah kecil2 lan sajer dengan anggaran tetamu yg diundang sekitar 100-150 org termasuk jiran tetangga dan sahabat handai. Member2 yg rapat sumer aku invite thru sms jer, pastu jiran2 kat sini pulak kiterang jemput mulut jer, tapi sbb kadang2 adalah agak payah tuk bersua muka dengan jiran2 maka kami DIY jugaklah kad undangan daripada kad2 perayaan yg tidak digunakan. Senang citer letak jer kat mailbox memasing. Member2 ofis pulak aku email jer kat sumer.
takde banner2, kita wat backdrop pakai tv jer
Asben lah ni terover rajin kaedahnya.. aku tak tau pape tgk2 kat skrin tv dah terpampang dah ni..
kata2 aluan lah kiranya
Dalam pukul 9:30 pagi rombongan kumpulan marhaban pun datang. Mak aku adalah salah sorang daripada ahli kumpulan. Kalau ikutkan schedule dorang memang pack lah tambah lagi nak bulan puasa ni, tiap minggu ada jer undangan. Ni pun time hari tu actually dorang dah penuh, aku jemput tengahari tapi dorang tak free, maka dorang request tuk datang pagi... aku pun tak kisahlah, dapat datang pun dah ok dah...
jemput masuk yer makcik
sila-sila
Sebab dorang datang pagi, aku tempah lah jugak set sarapan pagi jugak, kalau tidak aku order utk lunch jer, tapi cam keji pulak kalau tak jamu apa2, maka sebelum sesi bermula aku jemput dorang sarapan pagi terlebih dahulu. Simple jer pun, mihun goreng dengan kuih muih dan air teh.
sesi pindahkan sarapan pagi ke dalam rmh, mula2 hidang kat luar tapi mereka sumer selesa minum di dalam saje
Maklumlah baru pestaim wat event camni kat rmh sendiri so, agak kelam kabut sikit lah, yelah kita lah tuan rumah katakan, selalu wat kat rmh mak, aku tukang selit jer. Bila makcik2 tu tanya yg mana satu tuan rmh, aku cam tersipu-sipu jer nak mengaku..haha apa2 ntah..
Tengok hidang pun main letak jer kat atas tikar tu, takde beralas bagai..ampunkan saya,.. maklumlah pestaim kan, so cam gelabah sikit lah...
baca doa makan beramai2
Marissa yg dedar di hari kejadian
Anak dara ni tak taulah tetiba pulak macam demam pulak pagi tuh, tu yg aku tepekkan jugaklah cool fever kat dahi dia, pastu nasib baiklah dia tak menolak bila aku pakaikan jubah masa gi Umrah hari tuh... senyap jer dia... seb baik.. kalau tidak asal nak pakai baju jer pening pale aku nak ikut pilihan dia..
kita makan dulu
Mula2 dorang refuse jugak nak makan, biasanya dorang terus ngaji dulu or marhaban ke pastu baru makan, tapi sbb kang kalau tak makan sape yg nak makan makanan ni, dah tentu nanti bila dorang dah habis karang aku nak jemput dorang makan tengahari pulak kan. So, aku paksa gak dorang makan... wah bunyi cam kejam jer tuan rmh...kih kih
Lepas makan maka kami pun mulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil.
maka mengajilah bersama-sama
aku join lah jugak kat sudut tepi tu
Marissa pulak memang dah fesyen dia asal aku mengaji mesti dia landing kat riba aku, pastu mula lah nak sayu2 sampai sedu sedan sorang2.. yer anak aku ni jiwa dia lembut sikit..
cam mak dia gak.. Pastu tak lama tu dia pun terlelap.
dah lelap pun.. tapi sopan sgt dengan kain terselak.. bear kesayangan senantiasa di sisi
Lepas habis baca yassin, tahlil dan doa segala, maka dijemputlah mereka tuk jamuan makan. Tapi kesian dorang, sbb terpaksa menunggu sekejap sebab akak caterer aku time tu tak sampai lagi hantar makanan. Yelah dah kumpulan ni habis tercepat pulak kan... tapi tak lama sgt pun tunggu. Sementara menunggu tu kami pasangkan semula rakaman marhaban oleh kumpulan tersebut semasa majlis akikah Marissa dua tahun lepas. Masing2 pun khusyuk tengok muka masing2.
Yang Marissa pulakkan, dia tak leh tengok rakaman masa dia cukur jambul tu... dia mesti macam rasa sedih2 pastu cebik2 pastu mula lah nangis.. seee sgt lah lembut hati dia nie.... aku pun tak taulah apa yg dia fikirkan... but deep inside my heart i know my daughter ni memang lain sikit sifat dia, mudah tersentuh hati,.. tu yg aku sayang saaangaat kat dia nie..
ok makanan dah ready... silah menjamu selera
Aku adalah pentamak, sumernya pun aku nak order kat akak caterer tuh dan apa yg aku order tu adalah berdasarkan apa yg aku suka makan... tu pun akak tu dah tapis2 sikit menu aku tuh, kalau tidak kang mau penuh meja, pastu org pun tak tau nak makan yg mana satu..hahaha
Mari kita tengok apa yg ada...
menu yg berderet
sambal tempoyak ikan bilis + petai. sebelah tu pulak ulam-ulaman dimakan bersama sambal belacan - sgt mabeles
ayam goreng rempah - mabeles gak
sayur campur - mabeles jugak
sambal tumis udang - paling mabeles - really meet my expectation
gulai nanas + ikan kering - pun mabeles jugak
Pendek kata sumernya pun mabeles...tak sia2 aku order kat akak caterer tuh, makanan dia sumer memenuhi citarasa aku, dan yg penting harga pun berbaloi-baloi....
Oh ya, selain itu sebagai pencuci mulut, aku mintak akak tu buatkan bubur kacang kuah durian... wah memang meletop... sedap...
sedang menjamu selera
Lps kumpulan Marharban ni balik, adalah kaum2 ibu, jiran2 kat sini yg datang.. bila tanya mana suami2 masing2, dorang kata suami akan datang nanti lepas Zohor nanti sekali dengan jemaah surau.
Maka lepas Zohor sampailah jemputan dari jemaah surau dan kaum2 bapa yg berdekatan.
majlis bermula
dah selesai apa lagi.. sila lah menjamu selera
jgn segan yer bang
melayan tetamu - Ijat & family
pak mertuaku
Jgn main2 siap ada DJ ngan PA sistem bagai, dah macam kenduri kawin pulak gayanya...apa nak buat pak mertuaku kat seorang DJ... aku pun tak sangka lah jugak dia angkut segala kelengkapan dia.. terima kasih ayah memeriahkan majlis kami :)
jejaka kesepian
Eh macam en. teman jer.. memang en teman lah tu.. tapi mana si gonjengnya???
sorang di sana, sorang di sinun
Sgt pandai en. teman membawa diri pada hari tu.... yg si isterinya apa lagi biasalah kan dah jumpa geng pompuan yg lain...
my bespren: neena & watie
my biras & her anak zhafran
kami
kami lagi
mereka si suami
Oklah rasa cam panjang sgt lak entry nie... tetiba cam nak stop kat sini.. boleh?.... apapun aku syukur sgt majlis selamat berjalan seperti yg dirancangkan dan aku berterima kasih sgt pada semua yg hadir pada hari tersebut. Pada yg tak dapat datang tu takpe aku paham masing2 pun ada komitmen kan.... takpe2.. nanti bila2 free leh jer datang ker rmh kami ok, pintu sentiasa terbuka :)...