Monday, December 31, 2012

Entry Last Untuk 2012


Makin lama makin kelaut aku nak update blog nie. Blog kengkawan pun dah lama tak masuk. Nanti ada masa aku jengah yer.
 
Ni pun update gaklah sebagai penutup entry utk tahun ini. Byk suka duka sepanjang 2012 ni. Antara kenangan yg paling tidak dapat dilupakan ialah menjadi tetamuNya semasa melakukan Umrah bulan Mac yg lalu.
 
Sekembalinya dari Umrah, dapat tau pulak yg diri ini pregnant. Syukur Alhamdulillah.
 
Lepas tu saat yg tak boleh dilupakan lagi ialah saatnya bergelar sebagai ibu untuk sekali lagi. Alhamdulillah selamat melahirkan pada 15 Nov yg lalu.
 
24 Dec yg lalu pula, telah pun menyambut hari kelahiran yg ke 32. Alhamdulillah. Eh sebelum tu 1 Dec, husband terlebih dahulu menyambut hari lahirnya. Yea we both are Dec baby, klu baby kuar ikut due date, tentu baby pun jadi Dec baby jgk.
 
Sempena birthday ni jgk husband menghadiahkan sesuatu tuk aku. Seprais lah jugak. Balik2 ofis hari tu terus hulurkan kotak berisi hp.  Almaklumlah hp aku sebelum ni kan rosak. Bukan kata dia belikan tuk aku sorang jer, dia gak turut menghadiahkan diri dia sendiri jugak.
 
Dan sebagai penutup tahun 2012 ni jugak, hari ini adalah 45 hari tempoh berpantang aku. Yihaaa. Seronoknya. Tahniah wat diri sendiri kerana berjaya menghabiskan tempoh berpantang ini.
 
 
Marissa Qaisara (2 tahun 7 bulan) & Marissa Inarah (45 hari)
 
Tapi masa gambar ni diambil Enara belum lagi 45 hari. Belasah jelah guna gambar mana yg ada. Gambar aku terkini takdelah pulak. Nanti lah yer... Ada ke pun org rindu..hahaha... yg pasti berat adalah kurang 17kg sebelum bersalin. Berat naik adalah 20kg hari tu. Baju2 lama adalah muat tapi adalah ketat. Macam mana tuh?
 
Oklah, kepada semua kawan selamat menyambut kedatangan tahun 2013, semoga tahun mendatang membawa lebih bahagia dan berkat kepada kita semua.
 
Ok jumpa tahun depan yer.... bye...

Thursday, December 20, 2012

Kuning

Pendek jer aku bubuh tajuk dia.

Bukan nak citer pasal warna kuning, tapi nak citer pasal jaundice.  Sian anak2 aku lepas lahir mesti kena jaundice. Sekarang ni memang majoriti bayi baru lahir mesti kena kuning.

Enara pun kena kuning gak. Walaupun bacaan dia tak tinggi dan tak perlu ditahan, tapi dia punya bacaan tu lama gak nak turun. Kesian Enara tiap kali gi check kena amik darah kat tumit kaki dia. Rasanya sampai 3 kali lah dia kena amik darah.

Kiranya Enara ni kena pro-long jaundice lah jugak. Sampai Paed suh test urine. Paed kasi botol, pastu dia suh hantar kan botol tuh bila2 dapat tadah air kencing tuh. Ingat senang nak amik urine baby. Dahlah kena make sure kawasan perinium dia bersih dari najis.

Ok kasi tips camne nak dapatkan air kencing baby yer. Ok mula2 kasi baby menyusu banyak2. Pastu lebih kurang sejam dua pastu, bukak pampers anak pastu bersihkan kawasan perinium dia. Bila dah bersih tuh, tunggulah sampai baby terkencing. Pastu tadah. Nasih baiklah tak lama pastu Enara terkencing. Dapat air kencing dia terus hantar ke lab kat PMC. Alhamdulillah keputusan air kencing Enara takde apa2 yg membimbangkan.

Macam2 petua yg kami buat utk hilangkan kuning Enara. Salah satunya ialah menjemur Enara pada waktu pagi. Ni gambar masa hari ke berapa ntah.

nampak kuning kat muka Enara

jerit sbb panas kot atau nak susu

oo nak susu rupanya

ayah pun kena berjemur sekali

tapak kaki Enara

 
Tukang urut aku pesan jemur baby sampai keluar peluh, supaya kuningnya keluar. Tapi bukan baby yg kuar peluh tapi ayahnya yg berpeluh. Hahaha.
 
ayah mithali
 
Byk lagi petua lain yg boleh diamalkan. Antaranya ialah memberi minum air rebusan halwa kundur kepada bayi, mandi daun inai, minum susu kambing (not recommended by doctor sbb takut susu segar yg diambil tu dah tercemar semasa proses memerah) tapi kalau susu yg telah distirilized takpe, kasi mutiara cina dan macam2 lagi.
 
Tapi takdelah kajian saintifik yg mengatakan cara2 diataskan dapat mengatasi jaundince. Tapi kita cuba jelah berikhtiar.
 
Tapi cara yg sebaik2nya ialah susukan bayi sebanyak mungkin. Lama2 akan turun jugak kuning dia. Macam Enara amik masa 3 minggu jugaklah utk sembuh.
 
 

Wednesday, December 19, 2012

Nama Baby

Ok hari ni nak perkenalkan pulak nama baby nie. Sbb apa lambat diperkenalkan? Sbb mak ayah dia pun lambat sgt nak confirmkan nama baby. Surat beranak pun hanya dibuat selepas seminggu baby dilahirkan.
 
Apalah yg difikirkan oleh baby ini yer?
 
 
Dia tengah fikir kenapalah payah sgt mama dan ayah aku nak kasi nama nie.. kasi jerlah nama apapun kan... janji mempunyai maksud yg bagus sudah..
 


ermmm takpelah biar dorang fikir, baik baby tido jer 

Time kakaknya dulu, takde masalah sbb memang dari dalam perut memang dah ada nama, so, memang dah dipanggil namanya since dalam perut lagi. Tapi yg adik nie, memang kiterang tak sempat pilih nama lagi.. masa dalam perut pun just panggil baby or adik jer.

Tapi, for next time rasanya kalau ada rezeki lagi, kalau boleh baby dalam perut lagi nak siap2kan nama. Senang. Bukan apa, lain tau, bila baby dah keluar, kita baru nak cari nama, jadi cam kelam kabut sikit. Org ni nak nama ni, org tu nak nama tuh, so cam berbelah-bagi di situ.

Lagi satu, yg membuatkan kami payah sgt nak pilih nama sbb baby ni terlalu istimewa buat kami, satunya sbb dia sama2 ikut kami semasa menunaikam umrah bln 3 lps (waktu tu aku pun tak tau yg aku preggy), pastu yg keduanya baby lahir pada tahun baru Islam; 1 Muharram. Ada pulak tu yg suggest letak nama Muharamah lah, Munawwarah lah dan macam2 lagi.

Payah sgt aku stick jugaklah dengan nama yg pernah memikat hati kami suami isteri sebelum ini. Ada aku sharekan kisah ni kat previous entry.

Dengan ini aku perkenalkan nama baby kami ialah Marissa Inarah. Sebab apa ada Marissa jugak?  Sbb aku suka sgt dengan nama Marissia. Hehe. Sebenarnya nak letak Inarah jer, pastu rasa cam tak adil pulak, nama kakak dua perkataan takkan nama adil satu perkataan jer. Dari payah2 sgt nak cari kita letak jer lah Marissa kat depan tuh.

Tapi baby kedua ni takleh lah nak panggil Marissa jugak kan. Kita panggil Inarah saje atau nama glamernya adalah Enara.

 
  
 alolololo
 
Itu adalah pose kegemaran Enara. Dari dalam perut sampai sekarang. Tangan didagu, mata ditutup. Hehe.

Tali pusat Enara tanggal pada hari kelima
 
 
Nak tau apa maksud di sebalik nama? Maksud Marissa aku dah gitau dulu kan? Kalau tak ingat, Marissa tu maksudnya sopan santun. Memang aku nak anak2 aku sumernya ada sifat sopan dan santun pada semua org. Ada sifat menghormati kat sumer org. Aku nak dorang ikut sifat sopan santun ayah dia. Dengan sopan santun tu lah aku jatuh hati ngan ayah dia. Eh tetiba lak..
 
Apa pulak maksud Inarah tu? Sila cari sendiri yer....
 
 
Semoga nama yg dipilih membawa berkat kepada baby dan kepada kedua ibubapanya dan keluarganya dan agamanya. Semoga terus bercahaya dan menerangi kehidupan mama dan ayah. Kelahiranmu sesungguhnya membawa seribu erti buat mama dan ayah.

Sunday, December 16, 2012

Sambungan Kisah Kelahiran Puteri Keduaku

Nak sambung pun amik masa gak...nak wat camne..ibu beranak dua lah katakan... eleh org lain anak 3, 4, 5 pun tak kecoh, boleh jer update...Aku payah sikit lah... asal aku duduk jer depan laptop, si kakak Marissa sibuk nak berebut ngan aku, padahal aku dah umpan dengan tab dah.

Lagi payah, lepas beberapa hari berpantang kat rmh mak (rasanya tak sampai 2 minggu kot) aku dah balik ker rmh sendiri. Ceh nak berpantang sendiri lah konon kan..  so, rasakanlah kan, tak menang tangan nak handle dua org anak sekali. Tu pasal lah payah sikit aku nak update blog. Nak update blog memang payah, tapi nak tengok sinetron takde hal. wahaha. Memang sekarang aku ni kerja duk depan tv jelah siang malam. Nak update tu boleh, tapi aku ni jenis time blogging aku tak suka ada gangguan. Bila terganggu walaupun sikit2 terus cam idea tak datang.

Sekarang line clear marilah kita sambung semula yer....

...........................................................

Lepas aku jerit panggil husband ngan nurse barulah dorang sumer masuk ke labour room. Tapi memang kebetulan memang dorang nak masuk pun, lagipun bukannya dengar pun aku jerit2 tu dari luar.

Dorang memang tak bajet pun yg aku dah nak bersalin. Sbb masa aku disorong ke labour room tuh time tu opening baru 6cm time tu pukul 9:30 pagi. So, dorang jangka aku akan bersalin around 12 something camtuh.

Bila tengok keadaan aku yg dah nak bersalin sgt, masing2 baru kelam kabut nak pasang alat sumer... time tu katil aku pun tak patahkan lagi... dorang sumer suruh aku tahan jangan push dulu, lagipun doktor belum ready lagi sbb doktor tengah operate another patient.

Aduh nak tahan camne, kalau dah nak kuar tu memang rasa nak teran gak.. rasa cam memang dah nak kuar sgt time tuh....

Dr. Zarul time tu memang takde lah, sbb dia tengah operate patient, dia pun tak jangka yg aku akan bersalin seawal ini.  Aku tak kisah dah time tuh ada doktor ker takde ker, aku nak kuarkan jugak baby nie, kurang2 aku dah ada dalam labour room, kira nasib baik lah kan jika dibandingkan dengan org yg beranak kat dalam kete.

Kalau boleh memang dorang suh aku tahan sampai dr. masuk, tapi memang tak leh tahan sgt, sampai sister ni terpaksa tahan tangan dia kat 'bawah' supaya baby tak kuar lagi, sbb time tu memang tak ready apa pun lagi. Aku pun cuba gak lah jugak kawal dari meneran. Tapi dalam pada tahan tuh keluar jugak lah baby ini.....

Mungkin anak kedua kot, dia meluncur laju jer kuar. Dulu time yg first jenuh gak nak meneran pastu siap kena vakum sbb pelvik bone kecik, tapi kali ni... Alhamdulillah.....

fresh dari perut

Sister yg menyambut baby. Dia pun tak bajet yg dia kena sambut baby, sbb asalnya dia ke pmc sbb nak selesaikan tugas lain (rasanya dia cuti time tuh). Tak kisahlah sapa pun yg sambut anak aku janji selamat semuanya.

Bila baby dah kuar rasa lega sangat. Rasa panas jer time baby kuar. Sama cam time Marissa dulu, air mata aku tak keluar pun, ntahlah... semangat yg kuat membuatkan air mata ni tak jadi nak luruh kot, tapi aku jeling asben nampak gaklah mata dia berair. Tapi bila tanya dia nangis tak ngaku pulak..
Dalam pada tu dia sempat gak lah amik gambar saat2 kelahiran baby. Gambar tak leh nak share. Bahaya.

Lepas baby kuar, nurse pun bersih2kan baby. Dorang lap2 jer. Yelah takkan lah pulak nak mandikan terus baby, mau terkejut baby dibuatnya kan.


rambut kemain lebat, patutlah selalu rasa nyilu kat situ

lap ngan kain jer



Lepas baby dah kuar, kena kuarkan uri pulak. Sister tu suh aku batuk2 sikit supaya uri keluar dengan lancar.

10:32 pagi saat kelahiran baby


sudah bersih

Tak lama lepas tuh, barulah Dr. Zarul masuk ke labour room, dia pun baru selesai sambut baby another patient kat OT. Dia masuk2 jer dia cakap, "Sorrryyyy.... tak sempat.." aku cakap takpelah baby pun tak sabar sgt nak kuar.

Lepas tu Doktor jab aku dengan ubat pelali tuk kasi aku tido, sbb dia nak jahit. Berapa byk jahitan aku tak pasti. Aku pun tak perasan sister yg sambut baby tu ada wat episiotomi ke tak. Tapi aku ada dengar masa aku nak bersalin, nurse ckp ngan sister "nasib sister ada, saya tak pandai nak wat epi". Maknanya kena gunting gak lah kot. Tapi sumpah tak rasa apa pun.

Lepas kena jab terus tak sedar. Sedar2 tengok sumernya pun dah siap. Pastu terus dibawa ke wad.

i feel good..nanananana...

the proud ayah

amik gambar bertiga time ni baby masih kat nursery lagi

Marissa cam biasalah, asik nak wat hal jer.. yelah dah jadi kakak kan

keletihan. Tido kat atas tilam yg doktor kasi
Tengahari tu, family kedua2 belah pun ada datang melawat. Tapi dorang just leh tengok baby dari cermin jer. Sbb prosidur sekarang, baby kena dikuarantinkan kat dalam nursery lebih kurang 6 jam sebelum diserahkan kepada ibunya.
Korang bayangkan, petang tu aku boring giler, dah lah asben balik rmh kejap sbb nak cuci uri, dan uruskan apa yg patut, aku pulak dari bersalin tadi belum sempat lagi nak peluk cium anak.
Lagipun dorang memang nak ibu rest cukup2 dulu before dorang serahkan baby. Tapi by petang tu jugak nurse hantar baby kat bilik.. oh bahagianya dapat mendakap anak yg kita kandung 9 bulan sebelum ni.


oh my baby
sayang sikit

kaki baby

apa lagi bila baby ditangan, abislah kena belek sumernya...haha
As in previous entry, baby lahir dengan beratnya 3.1kg. Berat sikit dari kakaknya dulu yg cuma 2.95kg. Panjang baby pulak 56cm, pun panjang dari kakaknya yg dulu cuma 49cm jer. Tu pasal lah agaknya aku senak dan sakit dada kot sehari sebelum baby lahir.

dengan anak2

baby besar dan baby kecik



Patutnya aku kena pakai baju hospital lagi, tapi sbb petang tu aku dah siap2 mandi, aku pakai jelah baju sendiri ngan kain batik, padahal aku leh jer mintak persalinan baru dari nurse, tapi sbb malas nak panggil, belasah jelah pakai baju sendiri.

Ok kita kasi can ayah bergambar dengan baby pulak.




perhatikanlah si kakak tuh, cam takde perasaan jer


anak ayah




Aku dibenarkan pulang keesokan harinya.


Masuk kete pun nak bergambar gak


yeay... pulang ke rmh with new baby

Begitulah kisah kelahiran puteri kedua kami. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkanNya.  Oh ya... masa baby lahir, nama belum dipastikan lagi, tu pasal lah aku duk berbaby2 kat dalam entry nie.. Ok nanti aku perkenalkan nama baby di entry lain yer.....

Pada korang yg nak bersalin tu, jgn takut2 yer.... berserah padaNya.. InsyaAllah akan dipermudahkan... sesungguhnya melahirkan itu adalah satu nikmat dariNya.

Sehingga ketemu lagi....daaaaaaa

p/s: Semalam genap sebulan usia anakandaku

Monday, December 3, 2012

Kisah Kelahiran Puteri Keduaku

Assalamualaikum kawan2 semua. Baru berkesempatan utk duduk kat depan lappy ni. Alhamdullillah hari ni dah masuk hari ke 18 kot berpantang.  Ok line tengah clear ni marilah kita mengedate blog dengan aman. Dua2 babies tengah tido. Kalau korang nak tau entry ni lama tul duk kat dalam draft nie. Tak pernahnya siap, taip sikit save, taip sikit save... ntah bila boleh dipublish tah.. harap2 hari ni ok lah....

Ok hari ni nak citer pasal pengalaman bersalin kali kedua ini. Pengalaman kali ni agak dramatik sikit... wah dramatik lah sgt kan, tapi dramatik2 pun Alhamdulillah sumernya berjalan dengan cpt.

Kisahnya bermula begini....

Pada 14 nov bersamaan hari Rabu, masa tu dah petang dalam kul 7, tetiba aku diserang sakit dada melampau. Rasa sesak jer dada nie, nak bernafas pun payah. Masa tu terfikir eh aku ni sakit jantung ke apa nie...Time tu nak duduk tak boleh, nak baring pun tak boleh, rasa sempit jer dada nie. Time tu asben keje petang. Aku terus call asben, dia kata kalau sakit sgt terus gi hospital dulu, nanti dia datang. Dia suh aku gi ngan adik lelaki aku dulu. 

Memandangkan dah nak masuk waktu Maghrib time tuh, aku pun mandi dulu dan nak solat Maghrib dulu lah sebelum ke hospital. By the time aku abis mandi, tup2 asben pun dah terpacul kat rmh.. can u imagine berapa laju dia bawak kete dari ofis dia. Time tu rasa sakit dah kurang sikit lah, tapi tetap nak ke hospital gak lah nak cek apa2 yg patut. 

Masa nak keluar ke hospital tu sedih sikitlah, sbb terpaksa tinggalkan Marissa kat rmh mak, dia mula2 konfiden jer ingatkan dia ikut sama, rupa2nya kena tinggal.. menangis gak lah dia... aku pun menangis gak dalam hati, sbb pastu tak taulah apa yg bakal terjadi buat mama dia nie... dan lepas tu mungkin Marissa akan berkongsi kasih ngan adik pulak...

Sampai hospital time tuh, Dr. Dato' Zarul time tengah ada operation, so, doktor biasa dulu lah yg cek aku. Dia cek dada cek jantung sumer. Tanya aku ada asma ker tak.. aku cakaplah takde... doktor tu pun ckp kat aku jantung sumer ok, takde tanda cam aku kena asma atau berkahak ke apa.. tapi dorang tetap kasi aku oksigen, walaupun time tu aku rasa aku dah ok dah... dengan harapan lepas tu boleh balik rmh lah.

Tak lama lepas tu, Dr. Zarul pun datang... dia terus tahan aku masuk ke wad, katanya nak cek contraction dan nak cek bukaan, sbb waktu tu aku dah 38 minggu.



Masa tengah cek contraction


bacaan contraction

 Perut nampak besar tu sbb pasang alat ctg tuh..



mengenang nasib

Masa ni terfikir, dah sediakah aku ni nak bersalin? Apapun tawakal je lah... tapi time tu memang tak rasa apa pun.

sambil tu baca lagi buku ni

buku yg sama aku baca sepanjangkan mengandungkan anak yg pertama dulu

Lebih kurang sejam wat ctg tuh, Dr. Zarul pun masuk kat wad aku, dia kata contraction memang dah ada.. every 3 minutes ada contraction dah... so dr kata dia kena cek bukaan... pasrah jelah.. cuak pun cuak gak lah... ok tenangkan diri dan amik nafas betul2, InsyaAllah tak sakit pun cek opening tuh...

Dr. kata dah 3cm dilated. So, dia kata aku akan bersalin esoknya. Maka aku kena terus stay kat wad. Time tu cam tak caya gaklah, sbb memang takde rasa tanda nak bersalin lah, tambahan pulak, jauh lagi pada tarikhh due date kan. Nasib baik gaklah, sumer beg2 pun memang dah ready bawak siap2 pun.

Dr. kata dia akan suruh nurse masukkan ubat utk melembutkan rahim awal pagi nanti dan ubat utk buang najis. Pastu nanti dorang akan dripkan aku dengan ubat utk gesaan bersalin. Aku tanya doktor, ni sumer bukan induce kan? dr. kata yes.. sbb u memang already in labour.  Sementara tuh aku tido lah dulu. Time tu memang tak rasa sakit pun.

Sebelum kuar bilik dr. suruh nurse hantarkan satu tilam tuk asben, sbb asben akan menemani aku malam tuh. Tq lah doktor, so nice of u.

Dalam kul 3 pagi camtuh, nurse masuk bilik aku tuk masukkan ubat lembut rahim. Sakit gak ar, tapi still boleh tahan lah... pastu nurse masukkan fleet pulak kat bontot. Masuk jer ubat tu, memang terus rasa nak terberak. Effective giler.

Lepas masuk ubat lembut rahim tuh, aku dapat rasakan contraction semakin kerap. Tapi sakit pun light2 jer lah. Masih leh tahan dah boleh tido.

Pagi dalam kul 7 macam tu, doktor masuk, dia nak cek opening lagi. Dia kata dah 6cm dilated. Pastu dr. kata dia nak pecahkan air ketuban, dr. kata kalau pecah air ketuban nanti, lagi cpt proses baby nak kuar nanti.

First time rasa camne dipecahkan air ketuban. Time Marissa dulu air ketuban pecah kat rmh. Tapi takde rasa apapun, tau2 rasa panas jer air mengalir. Tapi kalau tengok alat dia tuh, seriau jugaklah.

Sbb takde rasa sakit, aku kena masuk drip gaklah. Yang ni dah pernah rasalah, time Marissa dulu, memang aku kena masuk drip jugak. Memang tau kalau dah masuk drip ni nanti maka merasalah sakit contraction tuh.

Dr. bajet aku akan bersalin dalam pukul 12 tengah hari. Dia kata pukul 9:30 pagi aku akan dimasukkan ke labour room dan akan terus stay kat situ sampai deliver. Sementara tu dia akan jab kan aku dengan ubat tahan sakit pethidine.

Dalam kul 9:30 camtu aku pun disorong ke labour room. Masa tu dah ada rasa sakit2 pingganglah... Tapi sementara nak tunggu kul 12 tuh kan lama lagi, nurse jab aku dengan ubat tahan sakit tuh.  Actually ubat tu takdelah menghilangkan rasa sakit contraction pun, tapi dia jadikan aku ni mamai2 rasa nak tido. Masa mula2 tu rasa cam nak muntah pun ada, terus rasa cam tak yah jab lagi bagus... tapi dalam pada tu sempat gak aku terlelap.

Time terlelap tuh lah, asben amik gambar2 nie....

masa ni kat dalam labour room dah

tido sambil menahan kesakitan

Lebih kurang sejam pastu, aku rasa sakit sgt2.... rasa dah nak meneran sgt2... tapi masalahnya, takde sape pun kat dalam labour room tuh, nurse takde, asben pun tah ke mana (time tu dia ke toilet sebenarnya).

Masa tu memang rasa nak push sesangat... tapi takkan lah aku beranak sorang diri pulak kan.... aku pun cubalah lah cari button ke apa tuk panggil nurse, tapi tak jumpa pulak... pastu aku pun jeritlah panggil nurse..

"nurse....."
"sayang...."
"tolong.... saya tak tahan dah nie"

Adoi manalah sumer org nie.. ada yg terberanak sorang2 kat sini kang.. bisik hati aku...

Alamak nampaknya kena sambung kat entry lain lah.... Oklah nanti line clear nanti aku sambung lagi yer.... masa sgt mencemburui kita sekarang nie... payah nak konsentret nak update panjang2...

Yang sebenarnya aku nak layan sinetron nie.... semenjak2 ni terlayan pulak sinetron nie.... oklah nak tgk citer aliyah jap... 

okbai.