Tak sangka Marissa dah masuk sekolah dah. Tadika lah. Tahun ni Marissa masuk 5 tahun, baru mama dia hantar gi school. Sebelum ni cam tak berapa yakin nak hantar dia tadika 4 tahun. Dia kan very the manja. Tak macam Inara, independent dan selamba jer. Aku yakin, Inara kalau aku start hantar dia gi sekolah next year pun dia tak kisah. Alangkan sekarang ni pun dia beria nak gi sekolah.
Ok kisah hari pertama persekolahan Marissa pada 12 January 2015 hari tu. Haruslah mama dan ayah dia amik cuti. First time nak hantar anak gi school lah katakan. Sebelum start persekolahan aku setiap pagi memang hari2 berzikir kat telinga Marissa yg start tahun baru (2015) yg dia kena bangun awal pagi, kena mandi, kena siap dan kena gi sekolah. Hinggalah tiba hari yg sebenar. So, takdelah nanti dia terkejut ke apa kan. Tapi yg bagusnya si adik yg over excited yg macamkan dia yg nak gi sekolah, pagi2 lagi dia yg bangun dulu, suruh dia tido balik dia cam gelisah jer... aku tanya adik nak mandi ke... dia angguk, so aku pun siapkan lah si kecik tu dulu. Aku pakaikan dia dress yg ala2 uniform tadika. Nampak keterujaan adik. Siap ngan beg sekolah dia bagai. Aku memang hari tu siap2 belikan sorang satu beg sekolah, kalau beli satu alamat berebut lah dua beradik tuh.
Dah siap adik, kejutkan si kakak pulak. Alhamdulillah Marissa takdelah liat sangat nak bangun tido, tapi dia ni jenis yg suka merengek2. Mama dia pekakkan jer telinga. Layan jer apa yg dia nak. Dia nak mandi air panas. Kat rmh memang takde pasang water heater, aku pun tak suka mandi pakai heater rasa tak puas. Tapi takpe demi anak, aku hangkut satu jug kettle bawak naik atas dan siapkan satu baldi air. Tiap kali nak mandi aku masak air dulu. Kettle tu memang khas utk panaskan air mandi dia je lah. Lepas mandi mood Marissa bertambah ok.
Siapkan Marissa pakai school uniform yg kaler purple. Sikat rambut dia dan sepitkan rambut. Nak bawak dia potong rambut kasi pendek dia takmo. Nak ikat rambut lah dia taknak. So, kena lah sepit rambut tu kalau tak nanti abis tercucuk2 mata tu ngan rambut, cam ne nak belajar nanti ye tak... Nasib baiklah Marissa disiplin, walaupun dia bukan jenis suka pakai sepit2 rambut segala, tapi time pagi sampai habis sekolah, sepit dia tak bukak. Tapi bila balik rmh jer terus cabut sepit.
Ok ni gambar2 masa hari pertama persekolahan hari tuh. #throwback.
I am ready to school
Mama also ready and excited
adiklah lagi lah excited
nampak cam tinggi keyakinan dia nak melangkah ke alam persekolahan
Maklumlah hari pertama kan, sebelum keluar tu kemain lah amik gambar sana sini.
nampak cam tak sabar dah tu
nampak sgt teruja
OK anak2 moh naik kereta cepat. Kang lambat pulak sampai ke sekolah nanti. Ala sekolah tak jauh pun. Kat dalam taman perumahan kami jugak.
adik minum susu, kakak cam tak selera nak minum susu pagi tu
tak abis2 peace memanjang
lets selfie in car
proud ayah nak hantar anak bersekolah
sebelum masuk kelas
dalam kelas
mak pun nak sibuk gak
Nampak cam Marissa ok jer. Cam boleh bawak diri. Time tu ada a few budak yg menangis kat dalam kelas. Aku dalam hati siap cakap, nasib baik anak aku tak nangis. Ceh konon, aku yakin Marissa boleh bawak diri dan happy.
Kelas pun bermula. Tapi mak bapak masih ada gak yg dudul kat dalam kelas. Hari pertama kot, so ada kelonggaran lagi lah nak teman anak.
Marissa dah nampak ciri2 keboringan kot
mula lah tak senang duduk
org lain main, dia buat dek dia jer...
Ok lah tak nak ganggu teacher mengajar, lets keluar dari kelas, biarlah anak belajar sendirian dengan tenangnya.
selfie ibu mengandung
Saya bukan gemuk tapi memang gemuk pun. Hehehehe.
adik pun sama sibuk
Eh lupa nak citer, masa mula2 sampai school tu, kalau nak tau, adiklah yg mula2 melangkah masuk ke dalam kelas dengan penuh yakin. Sumer org ingat yg dia pun salah seorang pelajar tadika. Sorry yer dik, awak tu baru 2 tahun 2 bulan. Belum layak lagi nak masuk sekolah. Kat tadika ni, budak 4 tahun ke atas jer yg dorang amik.
Dari luar curi2 dengar dan pandang lah apa yg budak2 ni belajar. Aku tengok cam oklah, boleh tinggalkan Marissa sendirian. So, sebelum balik tu aku jenguk lah sekali kat tingkap, dia ternampak jer muka aku terus cebik2. Aku buak dek jer and blah. Kalau dilayan karang, mau panjang cerita.
Dan aku tak taulah yg si ayahnya pulak, bila tengok anak dia cebik2, boleh ayahnya masuk semula kat dalam kelas tu. Konon2 nak pujuk2 lah tuh. Kalau aku tau, harus aku menghalangnya dari berbuat demikian...
Tiba2 aku dengar ada seorang budak menangis kuat dari dalam.
"Huarrghhhhhh.... nak ayah... nak peluk ayah..."
"Eh dengar macam suara anak aku jer nie" bisik hati aku.
Aku pun jenguklah ke dalam. Confirm anak aku yg menangis, menjerit dan berdrama itu....huahahahahahaha...
Marissa kalau dah start berdrama, jgn buat pasal... kang mcm2 lah kuar dari mulut dia....
"ica nak ayah.... nak peluk ayah.... rindu ayah...!!!!"
Hai lah anak.
Hai lah ayah.
Yang si ayah pun satu kenapa lah masuk kat dalam kelas tu balik, kan dah start dah....so terpaksalah laku kan pula acara memujuk rayu terhadap si anak. Aku duk luar jer, buat jer hati keras, kang dia nampak aku jer kang, lagi bertambah2 drama swasta dia. Aku kenal sgt Marissa ni. Biar ayah handle dia sorang2.
Yang si ayah nya pun, tau lah sayang kat anak tuh, tapi boleh dia pun duduk bertapa lama2 kat dalam kelas tu, aku kat luar dah naik letih dan lapar kot. Aku call asben yg setia menemai anaknya kat dalam kelas. Aku ajak balik, suruh asben tinggalkan Marissa slow2, lets the teacher lakukan apa yg sepatutnya. Yelah kalau parent ada kat dalam tuh, aku rasa teacher pun mesti rasa tak selesa kan nak mengajar.
Ok kami pun beredar dari sekolah dan gi bfast sekejap.
Lepas breakfast kami balik semula ke sekolah. Sbb hari pertama dan kedua persekolahan hari tu, waktu sekolah sekejap jer dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 jer. Lepas tu start lah normal session 8-12.
Masa nak balik all parents kena tunggu kat luar pagar. Teacher akan lepaskan murid2 sorang2 kat penjaga masing2. Yelah zaman sekarang ni kan macam2 kes kan.
Anak2 dah bersedia utk pulang
Yeaa... Marissa pun nak balik dah...
Masa jemput Marissa balik sekolah tu, nampak dia ok jer, happy jer, mcm tade apa yg berlaku sebelum tuh... sabar jelah maknya.
Tapi aku tak leh tanya lebih2 kat dia, kang dia sentap... so, kalau mood dia ok bercerita, aku layankan ajer....jgn paksa2 dia cerita, kalau paksa kang, langsung sumer benda dia ckp tak tau....
Balik tu terus singgah rmh nenek Marissa kejap. Nenek pun teruja tengok Marissa pakai baju sekolah. Tak sangka yg cucunya ni dah bersekolah. Yelah Marissa pun sebelum ni pun dibesarkan kejap oleh nenek dia kan.
Yang penting, balik2 tuh, Marissa terus mintak susu. Rindu botol susu lah tewww....
Lepas minum susu terus jadi camnie...
tido keletihan
Baju pun tak sempat nak tukar, letih betul nampak gayanya. Gitulah kisah hari pertama persekolahan Marissa Qaisara.
Apapun mama doakan Marissa menjadi anak yg bijak, yakin diri dan boleh bawak diri semasa di sekolah. Jangan manja sgt, Marissa kena independent dan confident. InsyaAllah mama yakin, Marissa akan berjaya. Luv u doter!