Selain memberikan
nama yg baik kepada anak2, membuat
aqiqah dll, mengkhitankan anak juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab ibu dan bapa. Ada org panggil khatan, ada org panggil khitan. So, aku wat konklusi sendiri, khatan tuk lelaki dan khitan tuk pompuan.
Bersempena cuti sekolah yg panjang, kami juga mengambil kesempatan utk mengkhitankan anak kami. Walaupun cuti sekolah ke tak cuti ker takde kena mengena ngan Marissa kan.
Actually, plan nak sunatkan Marissa masa dia umur 6 bulan hari tuh. Tapi tup2 dia kena chicken pox time tukan. So kena lah pospon jap. Target sebelum umur 7 bulan, Marissa mesti kena sunat. Walaupun esok, 28hb genap Marissa 7 bulan. Bukan apa, kang bila makin besar nanti dia dah tau malu. Sian dia.
Maka, kelmarin selamat lah sudah Marissa disunatkan. Disunatkan oleh Doktor yg menyambut kelahiran dia. Dr. Zarul Azham di Putra Medical Centre.
Masuk2 je kat bilik doktor, doktor cakap "why u are so kurusss? sekeping je nie". Amboi2 doktor mentang2 lah masa beranakkan Marissa dulu aku kan kembang setaman. Takpelah doktor i take it as a compliment. Ingat senang org nak gelar sekeping nie. Dah lama ok tak dengar org panggil aku sekeping, dulu masa sekolah selalu lah dengar hehe.
Happy jer dapat jumpa doktor ni. Rasa nak beranak lagi sekali pun iye jugak..haha. Serius ok mana2 org beranak dengan doktor ni pasti akan cakap nak beranak lagi. Yang paling happy bila tgk kat bilik doktor ada gambar kami 3 beranak. Thanks doktor!
Proses menyunat ni takdelah lama sgt. Kejap jer. Kata doktor syarat utk sunat budak perempuan ialah memotong sikit bahagian alat sulit sehingga berdarah. Tu jer syaratnya. Dengar macam ngeri kan. Aku pun ngeri. Sikit pun aku tak pandang kat bahagian itu. Aku just berdiri kat kepala Marissa sambil peluk dia. Tup2 aku tengok muka anak aku bertukar kemerah-merahan.. pastu baru lah dengar dia "hek" sikit. Nak kata nangis tu takdelah sgt, mungkin terkejut kot. Pastu tepuk2 dia, dia pun diam. Cam biasa lah dia rilex jer, aku jer yg over penakut.
Marissa memang anak yg kuat. Memang jenis tahan sakit. Baik nak kena enjet ke, demam ke, apa ker jarang dia nak nangis2. Ikut perangai ayah dia kot.
Yang nyata, hari itu saje 3 org tanya kat aku Marissa ni minum susu apa? Apa bambam sangat ke anak aku nie. Alah baru 8 kilo je pun. Doktor pun tak percaya aku bf kan Marissa, sbb dulu masa
post natal check-up dia ada kasi aku pil. Masa tu aku tak fikirkan pun nak bf sepenuhnya Marissa, tu yg doktor kasi aku pil itu. Alih2 sebijik pil tu pun aku tak sentuh.
Kenapa entri ini tiada gambar? Kerana ayah Marissa keterlupaan utk membawa kamera dia. HP aku pulak tinggal kat rmh sbb takde bateri. Tapi ada gak gambar sikit pakai hp asben. Tgklah nanti kalau dia upload gambar kat pc leh lah aku sharekan.