Monday, January 31, 2011

Misi Mencari Katil

Kali ni takmo queen2 size dah. Saya nakkan king size. Supaya senang kami 3 beranak bergolek2 atas katil. Tambahan pula Marissa sudah semakin melasak, kejap ke kanan,kejap ke kiri, kejap melintang. Yer, Marissa tido dengan kiterang. Lagipun ibu2 yg bf anak memang digalakkan utk tido bersama dengan anak. Kan??? Lagipun tak sampai hatilah nak biar dia tido2 sorang. Tunggu dah besar sikit ok lah kan.


bed & mattress from dreamland

cuba try

Jadi ke tak kami beli set ini? Nanti aku update kat entry2 yg lain pulak yer. Tapi yg nyata asben dah tak sabar nak duduk kat rmh sendiri. 98% dah complete. Tinggal nak tunggu org jer masuk. Byk nak update pasal rmh nie. Nanti2 lah aku rajin aku update lagi yer. Jiran2 pun dah sibuk tanya bila nak pindah ni.

Hanger Kecil Utk Pakaian si Kecil

hanger cute


Thanks to ofismet yg tolong aku belikan hanger kecik ini. Dah lama nak beli tapi asik terlupa ajer. Sejak dah ada hanger ni senang saje. Sumer pakaian Marissa aku gantungkan sahaja. Lagipun bakul kain Marissa pun dah tak muat2 dah. Lagi bagus, ia memudahkan kerja. Tak yah nak lipat2.

Marissa' s wardrobe


Gaun Cap Gajah

Bukan cap ayam yer kawan2 tapi cap gajah. Betul.. tak caya tgk gambar nie.


Kalau dah ada gambar gajah macam ni, tak lain tak bukan, datangnya dari Bangkok lah kan. Bertambah collection gaun Marissa. Souvenir daripada bakal Mak ucu yg baru pulang dari Bangkok. Hehe. Cute jer gaun nie, siap ada poket kecik kat dpn tuh.

Weight Management

6 January 2011
Height: 170cm
Weight: 55.9
BMI: 19.5

19 January 2011
Weight: 55.9
BMI: 19.3

26 January 2011
Weight: 55.6
BMI: 19.3

28 January 2011
Weight: 55.6
BMI: 19.3

31 January 2011
Weight: 54.8
BMI: 18.9


Biar benar? Hari ni punya reading turun sampai 800 gram. Ooo patutlah hari ni pergi timbang sebelum makan. Hahahaha.

So, korang kalau nak tgk jarum timbang tu turun, gi lah timbang berat badan pagi2 sebelum makan apa2 yer. Nescaya lepas tu korang cam tak nak makan, sbb nak menten berat mcm tuh. Hehe.

Sunday, January 30, 2011

Tak Berhenti


Dari pagi membawa ke ptg hujan masih lagi tak berhenti. Ni membawa ke mlm rasanya. Bila hujan2 ni aktiviti yg paling best ialah titon lah apa lagi. Pastu bgn tido rasa lapar je. Dpt pekena megi sup panas2 memang best ar.

Friday, January 28, 2011

Genap 8 Bulan

Cam biasa every 28th aku akan update sedikit sebanyak perkembangan Marissa Qaisara. Hari ni genap umur dia 8 bulan. What? 8 bulan sudah. Lagi 4 bulan dah nak setaun. Cpt nya kan.
Apa perkembangan anak saya? Ini sebenarnya bukan tuk apa, utk aku jugak. Senang kalau nak refer apa2 di kemudian hari nanti.
  1. Masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah.
  2. Makan pun memang berselera saje. Kasi apa pun dia telan.Ikut perangai aku.
  3. Makan memang tak pernah tak abis.
  4. Bertambah pandai memegang, menarik dan mengoyak. Kipas mini dia tu pun dah selamat koyak dah.
  5. Pandai tepuk tangan. Kalau kita nyanyi tepuk amai2, belalang kupu2, otomatik tgn dia akan tepuk2.
  6. Pandai salam. Siap cium lagi. Ni memang aku ajar tiap2 hari nak pergi kerja. Takde amin2 der.. aku ajar salam. Kang konpius plak dia.
  7. Meniarap bertambah laju.
  8. Bertambah rajin meniarap. Tak malam cam dulu. Dulu dia malas sikit.
  9. Suka sgt berdiri. Kalau pegang tangan dia dua2 belah tangan, kaki dia akan start menapak. Cam bertatih.
  10. Pandai nak emo2. Kalau ter high pitch sikit dengan dia dah start cebik.
  11. Pandai nak suruh org amik dia. Dia akan depa tangan dia.
  12. Suka dengar lagu tv3. Yang nanananannanana ..... TV3... biasanya lagu setiap kali nak start berita atau cerita. Kalau dengar jer tuh terus kepala kalih ke tv. Kalau menyusu terus lepaskan puting. Bertuah.
  13. Kalau nangis dia mcm sebut eeeeemmmaaaaaak... sambil cebik
  14. Boleh duduk dengan sendiri.
  15. Tak suka baring. Kalau baring tu sedaya upaya dia cuba angkat kepala dia dan belakang dia. Mcm dah besar sgt.
  16. Byk baju dan kasut2 dia yg dah tak muat. Maknanya dia semakin membesar lah kan.
  17. Bertambah2 manja.
  18. Suka peluk2 mama or ayah or mak long dia time dia tido.
  19. Kalau nak tido suka gentel & peluk teddy bear pink dia. Especially tang hidung dan ekor teddy bear itu.
  20. Suka berckp-ckp. Walaupun dia guna bahasa apa ntah.

Ok ni aku update secara laju jer nie. Kalau ada apa2 yg aku tingat nanti aku akan tambahkan lagi. Apapun saya sayang dia sgt. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yg berguna dan solehah. Doa mama sentiasa bersamamu nak. I lebiu so much.



kesayanganku

kegembiraanku


ketenanganku

Subway Again.


Buy 1 free 1. Sape nak?

Senyum... Tak Perlu Kata Apa2

Payah kan nak nampak anak dara aku ni senyum? Suka wat muka ketat2. Dia memang suka wat muka eksen lebih2 kat dpn kamera. Tapi sebenarnya dia suka sgt senyum. Kalau nak tgk dia senyum lebar, masa dia bangun tido pagi2. Cair hati ok tgk dia senyum pagi2.

Time aku bersiap nak gi kerja, camni lah keadaan dia. Dia pandang dan tgk jer apa aku buat. Aku pakai bedak, pakai mekap sumer dia tgk jer. Nak belajar lah tuh.


Marissa dengan 'ulat' warna-warni


cak

cheese


smile



senyum lagi..



Dia bangun pagi memang tak pernah menangis. Kalau aku tgh mandi, dia wat hal sendiri jer. Dia memang otomatik, bila tgk org dah bangun, dia pun jaga sekali.

Gambar-gambar di atas adalah diambil pagi tadi. Hari ini genap usianya 8 bulan. Cam biasa special entry on her ulangbulan akan menyusul.

Perihal Tudung

Ni kisah anak buah aku; Adam. Satu hari dia sengaja pakai tudung kakak aku. Ker tudung mak aku tah. Alah yg tudung segera tuh. Tudung awning org ckp.

Dia masuk bilik. Pastu kuar dengan comel sekali bila pakai tudung tuh. Tapi yelah takkan nak menggalak pulak kan.

"Eh, Adam kan boy, mana boleh pakai tudung. Girl jer boleh pakai tudung".

(Dengan spontan dia menjawab)

"Habis ayang tu?????????????" (sambil tangan dia mcm gaya macam Karam Singh Walia)


wahahahahaha .. Nak jer aku jawab. "ayang girl.." tapi malas lah.. kang dia balas balik aku gak yg terkena....

Pantun

Petang semalam masa dalam kereta, bergayut ngan member ofis. Gossip2 sikit. Perbualan kami diakhiri serangkap pantun dari beliau. Lebih kurang begini lah. Tapi aku dah ubah sikit lah.

Malam tadi malam Jumaat
Malam karang malam Sabtu
_____________________
_____________________


Sila sambung sendiri. Aku jual nie. Ada sape nak beli tak? Haha.

Thursday, January 27, 2011

Pergi Makan Satay

Dah lama sebenarnya tingin nak makan satay kat Satay Station. Last makan kat sana masa Marissa 3 bulan dalam perut. Gila lama tuh. Time tu, my bespren celebrate wedding anniversary dia.

Kebetulan pulak last weekend rakan2 sekerja asben buat makan2 kat Satay Station. Tapi bukan kat Satay Station kat Kg Pandan tuh, ni cawangan dia kat Setiawangsa. Eh ye ke Setiawangsa? Yelah kot.. sori aku memang buta tempat sikit.


Mama makan. Marissa duk diam2 yer

all in white

Saje lah pakai kan Marissa t-shirt putih. Si ayah pulak gedik nak pakai baju sama kaler ngan anak dia. Sanggup ko selongkar almari. Bila dah ayah ngan anak pakai sedondon takkan aku sorang2 pulak kaler lain. Terus cari baju putih jugak. Haha. Jeles lah I nanti, bila nanti org cakap anak ayah. Wah nak jugak kan.


Masa kat sana makan mi rebus dan satay. Dah tu jer pun menu dia. Mi rebus dia memang dari dulu marbeles lah. Kuah pekat. Tapi satay dia cam ada kureng sikit lah. Tapi tetaplah jugak makan sampai 10 cucuk.


Org lain takde bawak anak. Laki ai sorang jer yg hegeh2 nak bawak anak. Ok.. takpe ai loike... family come first rite... lagipun aku kena ikut, sbb kalau tak ikut kang dia pun tak nak pergi pulak.



gambar ramai2


Lepas makan, kami jalan2 kotaraya di tgh malam. Bestnya tingat zaman dolu2. Selagi tak Subuh tak balik. Haha. Tapi sekarang kalau boleh nak balik cpt lah. Ater dah ada anak kan. Dah puas enjoy pun sebelum nie.

Tapi kan ni nak cakap kat kawan2 aku ni, korang kalau nak plan cam dulu2, nak hang out ke apa ker.. ajak lah aku... aku takde hal lah.. anak pun dah besar dah nie...hehe. Ker korang dah tak sudi dah nak hang out ngan mak org nie.

ooo did i tell u... a few weeks back, masa on the way balik dari rmh nanny Marissa, dekat dpn istana, kereta kami terlanggar batu besar yg betul2 terletak di tgh jalan. Sape punya kerja tah letak batu kat tgh2 alam tuh. Bunyi dia kemain kuat mcm langgar apa tah. Masa tu aku duk belakang tgh susukan Marissa. Mujur aku duduk kat tgh2 sikit. Kalau kat tepi mungkin Marissa terhantuk kat pintu kereta. Nauzubillah. Lepas langgar batu, kereta jadi cam melayang2. Benti kat tepi jalan tgk tayar flat giler. Masa tu dah lah malam. Mujur Marissa tak melalak kat tepi jalan tuh dan nasib baik tak jauh pun dgn rmh mertua. Tak lama lepas tu mereka datang mengrescue kami. Thanks mama. Lebiu so much.


Lunch @ Mc D


Hari ni pekena prosperity plak. Curly fries is my favy. Mehlah join. Sogo eh.

Paling Best


Dapat bonus - happy. Naik gaji - happy. Shopping - happy. Sumernya pun happy lah. Tapi byk2 happy, happy yg paling best ialah happy lepas 'projek'. Dia punya perasaan satu macam dowh.... hihi. Betul... tak tipu nie..

Aku Lupa.. Aku Lupa.. Aku Lupa

E..eh dah macam raja lawak pulak.

Aku memang lupa lah. Hari tu aku kena tag contest dari mama izz dan mama irfan utk contest ini dan ini. Semalam tingat nak siapkan. Buat dah lama. Tapi tak siap2. Alih2 tgk kedua2 contest tu dah tarikh tutup dah. Hehe. Sori yer korang, bukan tak nak buat. Tapi terlupa.

Pastu baru2 ni aku tak ingat lah sape tah yg tag aku pasal baby tido tuh. Aku tak ingat dia dropkan komen tu kat entry yg mana. Puas aku cari tak jumpa lah pulak. Aku ingat nak buat lah contest tuh, tapi aku lupa.. aku lupa.. sape yg tag aku tuh.... & aku lupa.. aku lupa.. sape yg wat contest tuh... sori yer.. saya terlupa.

Jangan Main2...

Hari tuh, aku balik kerja ngan asben. Sikit lagi nak sampai rmh. Kat depan kereta kiterang org ada 2 motor yg jalan beriringan. Dah lah jalan beriringan pastu dok main2 atas jalan, terhuyang-hayang, kejap ketepi kejap ketengah. Pastu leh pulak borak2, gelak2. Dorang ni kelly ng. Dua2 motor ada pembonceng. So, 4 org lah kesemua mereka itu.

Asben aku ni memang pantang org main2 kat atas jalan. Dia pun apa lagi, duk cucuk2 lah mamat2 kelly ng nie. Pastu dorang mcm tak puas hati. Dorang wat signal suruh berhenti kat dpn. Kira cam "ko tak puas hati jom jumpa kat dpn". Aiyoooooooo aku kat dalam sudah cuak.

Yang asben aku apa lagi. Pantang kelelakian dia dicabar. Dia pun benti kete kat tepi. Budak2 tu dah tunggu kat dpn. Aku siap pesan ngan asben takmolah gaduh2, bahaya kang kena tikam kena apa, tak pasal2 pulak. Dahlah time tu ada berita yg ada 3 org mati kena tikam kat Melaka tuh. Lagi lah aku takut.

Tanpa pedulikan kata2 aku, asben aku selamba je keluar dari kereta. Aku dok diam2 jer dalam kete sambil perhatikan apa2 yg patut. Siap hafalkan nombor motor dorang ke apa, takut apa2 jadi ker kan.

Tah apa2 yg dorang dok cakap2, tak lama tu kelly ng tu hulur tangan. Tanda minta maaf. Fuh lega. Sib baik bukan jenis kelly ng yg ganas.

Aku tau laki aku bukan jenis suka gaduh punya org. Tapi dia memang tak suka budak2 main2 bawak motor atas jalan. Bukan apa, kang jatuh kena langgar, sape yg susah?

Wednesday, January 26, 2011

Beli Jajan


Dalam pada nak avoid cokelat tu, aku beli jugak cokelat. Cannot tahanlah. Aku memang penggemar cokelat. Ni pun aku tahan2 jer amik dua jer. Kalau amik byk2, kang aku makan pun laju jer. Tgk2 dah abis. Dun worry pasal berat. Pagi tadi aku dah timbang, ada turun 300 gram. Eleh 300 gram pun nak kecoh ke?? Menjadi jugak program diet aku. Diet katanya.. hehe.

Tuesday, January 25, 2011

Mujur Kulit Dia Tak Sensitif

Ramai yg concern pasal Marissa tindik telinga tuh. Yelah kecik lagi kan. Tapi ada lagi kecik pada Marissa yg tindik pun ada gak.

Ada yg tanya Marissa ada demam tak lepas kena tindik hari tuh. Alhamdulillah Marissa takde demam. Tapi malam lepas kena tindik tuh, aku siap2 kasi Marissa makan ubat. Sbb biasanya kalau lepas kene enjet kan doktor selalu suh kasi ubat. So, aku anggap kena tindik tu lebih kurang cam kena enjet lah. Boleh?

Ada org kulit cam sensitif. Lepas tindik jadi cam kudis. Alhamdulillah Marissa kesan tindik dia elok jer kering. Tapi walaupun nampak ok jer, tapi malam aku letak jugak minyak gamat. Itu jelah penjagaan yg aku buat. Yelah org bertanya aku jawablah. Lagipun ramai kengkawan kat luar sana yg ada anak pompuan kan.

Pasal sakit ke tak kena tindik tuh, aku tak pasti sbb aku kena tindik masa kecik2 dulu, tak perasan pulak rasa dia mcm mana. Tapi aku syukur sbb mak aku siap2 tindik aku masa kecik, sbb kalau sekang nak suh aku tindik, sumpah aku tak mau. Tapi aku ada tanya kat anak buah aku Ain, dia pun kena tindik masa dah besar sikitlah. Dia kata tak sakit. Tapi rasa sejuk jer.

oh ya, utk tindik ni, subang yg digunakan itu adalah subang khas. Khas utk tindik. Ye yer jer hari tu aku pilih2 subang tuk Marissa, rupanya tak leh pakai tu lagi. Subang tu boleh dipakai lepas seminggu kena tindik.

Nak tgk budak yg kena tindik tuh? Ni hah dia. Dia ok jer. Ni gambar2 masa kat Sogo hari tu. Masa tu nak cari hamper tuk baby Zarfan. Elok jalan dekat babies' dept nampak pulak set mickey & minnie mouse nie. Terus gedik nak bergambar. Kamera tinggal dalam kete plak time tuh, hp pun jadi lah.

mama pun nak join jgk

alolo pandai dia pose

nilah gmbr wallpaper kat hp aku sekrg ini


kasi ayah dia interprem sekali


Marissa is a big girl now. Sayang dia sangat2.

Seronoknya Dapat Baby

Selamat lahir ke dunia buat Muhammad Zafran. Baby kepada adik ipar aku yg lahir pada 23 Jan 2011 pada jam 12.27pm. Lahirnya ke dunia sama waktunya masa Marissa lahir dulu. Dah lah lahir pun sama waktu, pastu dua2 nya pun ada lesung pipit kiri kanan.

baby kecik dan baby besar

Belum apa2 lagi Marissa dah pandai menjeles. Mula2 sampai kat wad tuh, sikit pun dia tak pandang kat baby tuh. Tapi mata tak berkelip pandang mak ngah dia. Mama kepada baby itu. Pasni mak ngah dah takde nak layan Marissa jer tau, mak ngah dah ada baby sendiri.

proud father & mother

kegembiraan tak terucap

alo sweet baby senyum


Marissa & pak ngah

it's a boy


cak.. sudah pandai nak keluarkan tangan


lepas rindu cium baby fresh

nak lagi ke?


kekok lah plak

"apa ni? sumer nak pegang baby? marissa duk sorang2"

alolo Marissa tetap cucu yg pertama

Sonok kan dapat baby. Terus tingat 8 bulan lepas. Rasa teruja sgt bila baby dah keluar. Hilang segala sakit.



Marissa di hari pertama


Nak jugak selit gambar sendiri. Nostalgia tuh beb...

Apapun tahniah buat Shahrin & Yati. Selamat berpantang! Semoga baby sihat2 dan menjadi anak yg soleh.

Monday, January 24, 2011

Naik Pangkat Lagi

Mula2 jadi Mak lang a.k.a ayang, pastu jadi mama, now aku dah jadi mak long.
Tahniah buat adik ipar & biras aku yg menimang cahayamata semalam.

Syok betul dapat cium bau baby. Terasa Marissa sudah semakin dewasa.

Mula2 Nak Beli Contact Lense Ajer...

Dari PohKong kami terus kedai Optical pulak. Nak beli contact lense. Aku kan rabun. Aku biasa beli contact lense freshlook. Dah alang2 pakai contact lense pakai jelah yg karer2. Gedik. Biasanya aku beli 3 bulan sekali sbb aku biasanya beli buy 2 free 1. Tapi aku sbb dah biasa kat kedai tuh, dapatlah RM120 utk 3 kotak.

Tiba2 mata ni tertengok pulak sunglass kat situ. Pastu gatal lah kan nak try2 pulak. Mula2 asben jer yg dok try2, sbb ray-ban dia dah rosak kena air laut masa gi bercuti dulu. pastu aku pun sama gedik nak jugak sunglass baru.


50% less

Sbb dah biasa kat kedai tu, dorang kasi kiterang harga special. Semuanya aku try. Tapi aku terberkenan dengan yg kaler purple. Oh puan purple, jgn tak tau I pun peminat purple jugak tau.


try menerai



Marissa kelentokan



Marissa memang pergilah mana2 pun, kalau dia dah ngantuk tuh, dia tidur jer kat dukungan. Tau2 dia dah tido.


pandangan sisi




pandangan depan


Friday, January 21, 2011

Ke Poh Kong Ler Kita

Actually, tak terlintas pun kat kepala aku ni nak tindikkan Marissa. Aku yg tua2 ni pun, kalau mak aku tak tindik aku masa kecik dulu, mau aku takkan tindik telinga ni sampai bila2. Takut ko. Hai camnelah org yg tindik deret2 kat telinga tuh. Tak sakit ker?

Semalam asben ajak aku kuar. Tujuannya nak cari hadiah tuk aku. Hadiah belated birthday katanya. Memang very very late pun. Bukan apa, takde masa sebelum ni nak kuar sama2 & pilih2. Cadangannya nak pergi berdua saje. So, kami pun bersiap2lah tatkala Marissa sedang tido. Elok kiterang nak kuar, terjaga pulak budak kecik tuh. Nak tinggalkan tak sampai hati pula. Maka terpaksalah bawak jugak.

Tu yg bila dah bawak tu, nak tak nak tetiba asben kata nak tindikkan Marissa. Aku kata tunggulah nanti2. Tapi asben kata, nanti ke sekarang ke sama saja. Lebih baik wat jer sekarang. Org kata dah besar2 nanti lagi payah.



pilih saje. suami bayar. ewah.

buat muka pulak dia nie


dia tak tau yg kejap lagi dia nak kena 'tembak'


bapa pegang anak. Mak nak buat pilihan nie.


haih sampai garu hidung ke?


taraaaa.

Thank you sayang. Mama dapat. Marissa pun dapat jugak. Kalau Marissa tak ikut, mungkin mama sorang je yg dapat. Hehe.

Macam mana reaction Marissa masa kena tindik tuh? Fuh dia punya nangis. Tak pernah aku dengar dia nangis camtuh. Kalau sebelum ni, baik kena enjet ke sunat ke elok jer dia tak nangis, tapi kali ni memang terbaik. Aku pun nak nangis sama tgk dia. Ok mama janji pasni mama tak buat dah. Mama mintak maaf yer sayang. Mungkin dia terkejut kot. Tak lama pastu dia pun ok dah. I know u are strong darling!