Wednesday, March 31, 2010

Sombong Kemain!

Ini kira sambungan entri2 sebelum ni lah yer. Insiden masa kat Mac Sogo tu lah.

Camni, aku memang plan nak beli beberapa barang kat MAC tuh. Tapi semasuk2 aku kat situ takdpe sapelah yg datang approach tanya nak apa2 ke.. Masing2 wat dek jer, sambil memekap muka sendiri.

Tu pun aku yg dok panggil2 derang suh amikkan apa benda yg aku nak. Apa ingat aku ni memboyot camni dah cam makcik2 dah tak boleh ker nak beli mekap2 nie?? helllo..
apa ko ingat mekap ko ni mahal sangat ker??


Pastu adalah sorang promoter tu datang. Aku pun malas nak panjang2 citer ckp jer barang apa yg aku nak, pastu dia pun amiklah brg2 yg aku nak tuh. Sebenarnya, adalah benda2 lain yg aku nak beli, tapi tgk layanan derang cam nak tak nak tuh.. maka 2 benda tu jelah aku beli.. bedak & lipstik. Eh, lipstik tu aku tak beli, aku dapat free je, sbb aku tukar dengan 6 casing produk MAC. tuh pun ada lagi bekas2 kosong kat rmh yg aku tak redeem lagi.
Tgk.. betapa setianya aku ngan produk dia, tapi ada dia nak appreciate customer?


Pastukan yg paling aku bengang kan, time nak gi bayar.. aku pun tak tau lah apa konsep MAC ni sibuk nak bawakkan barang kita kat kaunter cashier, pastu dok tunggu kita kat kaunter tuh. Padahal boleh jer kalau customer yg bawak sendiri jer barang tuh, atau kalau takut customer bwk lari barang tanpa membayar, kasi jer cash memo tu dulu, nanti bila customer dah bayar, taulah customer ni nak claim barang2 dia balik kan.

Ini tidak, dia bwk lah barang aku kat kaunter cashier terus tanpa tanya aku. Yelah kita ni pun haruslah sambil2 tu dok sibuk tgk barang2 lain kan, takdelah sibuk menonong ke kaunter cashier sana kan.


Aku pun tak perasan lah yg si promoter tuh dok tunggu aku kat kaunter cashier tuh.. takdelah lama sangat pun dia tunggu aku pun. Tapi aku perasan muka dia sikit punya moncong.. dia ingat aku tak nampak dia wat muka kat aku masa kat dpn cashier tuh. Tapi aku wat dek jelah kan. Wat slow motion gituh, saje nak menambahkan hangen dia.

Aku tau dorang si promoter2 ni akan tunggu sampai customer buat bayaran kat cashier tu, pastu akan collect balik derang punya cash bill tu lah. Kira cash bill tuh komisyen tuk dorang lah.

Pastu bila dia dah dapat dia punya cash bill tu kemain lagi dia nak bermanis muka dan berbudi bahasa sambil berkata "Thank you yea..." very the PLASTIK...


p/s: gambar promoter di atas bukanlah promoter yg dimaksudkan. Pastukan ada sorang tu siap sound laki aku sbb amik gambar kat situ. Tu pun nak kecoh, laki aku amik gambar aku, bukan gambar ko lah.. kecoh jer.. Padahal masa kat tempat bahagian babies tuh, promoter kat situ relax jer, siap suggest lagi nak amik gambar apa...

Thursday, March 25, 2010

Shopping Barangan Bayi Part-3

Sabtu yg lepas memang penuh dengan aktiviti. Dari pagi membawa ke petang membawa ke malam. Balik rmh terus rasa cam nak tercabut dah pinggang nie.
Lepas daripada jumpa dentist tu terus pula kami ke Sogo. Tujuan utama nak beli mekap. Bedak aku dah nak abis, lipstick pun dah tinggal hujung2 dah. Siap kena pakai berus lagi. Ada citer pasal masa nak beli mekap kat kaunter MAC tuh. Nanti aku citer lain.

Tgk2 kat Sogo kat tingkat 5 ada buat baby fair. Maka terjebak lah lagi. Rezeki baby nampaknya. Terjebak membeli playpen. Ni sumer angkara promoter yg sgt bagus menjalankan kerjanya. Tak macam promoter kat MAC tuh. Sombong kemain.

Tulah seperti apa yg aku cakap kat asben, promoter ni memainkan peranan jugak kalau dia bijak layan customer, benda yg kita rasa tak nak beli pun akan terbeli jugak. Kalau tak bagus pulak dari kita nak beli terus jadi taknak beli.





Playpen

Korang tau si promoter ni jual brg2 cam stroller, playpen & car seat. Tapi dia ni punyalah rajin, siap dia bawakkan barang baby lain kat aku suh pilih kot ada mana2 yg nak dibeli. Maknanya aku tak yah susah2 lah nak jalan. Diangkutnyalah puting susu, botol susu, nappy liner dan segala macam lah kat aku.

Tak cukup tu baju2 pun dia dok pilih2 pastu letak kat aku suh aku pilih kot ada yg berminat.

tapi lagi puas hati kalau pilih2 sendiri

boleh lah tuk new born baby

Baju2 new born aku takdelah beli byk2 sgt pun, katanya baby kan cpt membesar kang dah 3 bulan nanti dah tak muat pulak. So, aku ada gak lah beli baju2 tuk 3 bulan dan 6 bulan ke atas.

Tengok apa yg ada di dalam bakul kami. Adalah beberapa helai baju.

Ada gaun

ada rompers

Untuk setiap RM60 yg dipurchase pada hari itu melayakkan aku mendapat 1 hadiah misteri. Tapi kena putar roda impian dulu lah. Aku dapat 9 hadiah misteri. Antara hadiah2nya ialah family bath shower (2 botol), multi purpose cleanser (2 botol), lotion baby, baby wipes (4 bungkus) dan mcm2 lagi. Yang bagusnya sumer botol2 besar tau, bukan botol kecik cenonet. Rasanya tuk free gift jer dah mencecah seratus lebih kot. Memang berbaloi2. Tu belum lagi point yg aku dapat sbb aku kan Sogo member.

Ermmm.. apa lagi yg takde yer?... kena semak checklist nie. Rasanya byk lagi yg takde nie. Takpe nanti gi shopping barangan bayi part-4 pulak.


Kuku Kaki Ku

Almaklumlah sekarang ni perut dah semakin membulat. Adalah payah tuk membongkok2 badan especially nak ketip kuku kaki. Agak seksa sedikit lah. Disebabkan tu jugaklah kuku kaki pun tanpa disedari telah pun panjang.

Lagi pulak wanita mengandung memang cpt kukunya panjang. Cam kuku tangan aku ni hari tu baru jer potong, sekarang ni dah panjang balik. Aku baca dalam buku gak, pompuan mengandung jugak kurang mengalami keguguran rambut dan nampak rambut lagi lebat dari biasa. Sebabnya.. apa yer... lupa lah pulak.. Itu pasal lepas bersalin ibu sumer mengalami keguguran rambut yg kronik. Tapi sebenarnya tak yah dibimbangkan sebabnya rambut tu memang sepatutnya gugur masa pregnant dulu.. tapi disebabkan masa pregnant dia tak gugur tu yg lepas bersalin nampak byk yg gugurnya. So, dun worry yer ibu2 sumer.

Ok lupakan pasal rambut. Saya nak balik duit saya (iklan sebentar - Herbal essences)

Berbalik pada kisah kuku ku itu. Eh sedap pulak bunyi kukuku tu.

Camni... malam tadi aku tgh tido. Cam biasa tido malam yg penuh lena akibat keletihan di siang hari. Ceh.

Tetiba rasa ibu jariku disentuh. Terus aku tersentak dan nyaris ter terajang. Wah cam citer misteri nusantara lah pulok.

Rupa2nya si suami yg terlampau perihatin sedang cuba mengerat kuku kaki ku itu. Co cuwiit lar cayang... cute jer dia dok kat hujung kaki aku sambil tersengih..

Aku pun bangun, lantas katakan kepadanya, "eh sayang mana leh potong kuku malam2, nanti siang2 syg tolong potongkan yer" Pastu aku tido balik. ish bini sape lah nie yg kejam nie. Hehehe.

Ala.. org2 tua kan selalu kata tak baik potong kuku malam2. Sbb apa yer? sbb takut terluka yg sebenarnya kot.

p/s: lagi satu, mak aku pantang betul kalau aku berdiri kat tepi pintu. Belum berpantang dah ada byk pantang larang kan. Ikut jelah kan...

Awards

Ada gak yg masih sudi menganugerahkan blog award kat aku nie. Terima kasih yer pada yg telah memberikan. For info. award2 yg aku terima akan aku terus letakkan kat belah kanan blog aku nie.. scroll ke bawah sikit. Mulai hari ni, sape2 yg kasi award kat aku letakkan sekali link blog org tu kat award tuh.

Once again, terima kasih yer.

Wednesday, March 24, 2010

Cek Gigi Pulak

Memang hari tu hari kesihatan aku. Lepas jumpa gynae, jumpa dentist pulak. Bukan apa rasa dah lama tak gi jumpa dentist. Gigi aku ni mentenen kena lebih sikit, ater berlapis2 kan. Mujur tak jongang, kalau tidak harus aku nangis dengar lagu itu. Hehe.

Last pergi tahun lepas. Pastu hujung tahun ingat nak pergi, tapi masa tu masih awal pregnancy lagi. Sekarang dah stabil boleh lah kalau nak buat scaling ke apa. Oh ya buat pengetahuan ibu2 sumer, kita boleh jumpa doktor gigi yer, cuma 1st three month tu tak digalakkan sgt lah sbb masih tak berapa stabil lagi kan. Yelah kang dentist dok jolok2 mulut ko, ko muntah belahak pulak kat situ. Tak ke naya.

Kali ni aku tak pergi ke klinik yg biasa aku pergi tuh. Pada yg pernah baca kisah aku jumpa dentist sebelum ni taulah kenapa. Sbb dentist kat situ (tak semua yer, yg sebelum2 ni ok jer) sgt kureng ajar ngan aku dulu. Tau lah gigi aku tak cantek tapi harus ke ko nak cerca gigi aku gitu gini, semata2 nak suh aku wat braces kat klinik dia. Koser aku.

Akhirnya aku pilih ke klinik Pergigian Lim kat Jalan Pudu sana. Ni pun asben aku yg rekemen kan. Sbb dia memang dari dulu gi klinik nie sbb layanannya bagus dan dentist2 nya pun bagus. Aku pun nak cubalah jugak.

Sampai awal. Pukul 1:30pm. Derang tutup kejap for lunch. Takpe kami tunggu jer. Sambil tu gedik2 lagi lar kan.





mak yong kengantukan

Pukul 2 tepat derang bukak balik. Aku patient pertama yg masuk. Tapi kat sini ada 3 doktor yg bertugas pada satu masa. So, takdelah kena tunggu lama pun. Dentist kat sini ada pangkat dato' pun tau, tapi tersangatlah baik orgnya. Ni laki aku lah citer.


Dentist yg bertugas


Aku pilih Dr. Tan. Berbeza betul dengan layanan yg aku dapat daripada dentist sebelum nie. Bagus dentist ni satu2 dia explain, pastu wat kerja pun lemah lembut jer.

Tak lama pun wat scaling tuh, dalam 10 minit pun dah siap. Dulu kan aku takut sgt nak jumpa doktor gigi, tapi sekarang bila dah besar ni dah tak takut dah. Menyesal dulu masa kecik2 masa zaman sekolah dulu aku takut jumpa dentist. Tu pasal lah gigi aku tak lawa sekarang nie. Trauma ok dulu2 kan kat sekolah ada doktor gigi datang, pastu doktornya garang2 pulak tuh. Tapi best bila kena bawak berus gigi dan mug utk berus gigi beramai-ramai.

Dapat souvenir lagi


Lagi satu kat Klinik gigi Lim ni derang selalu kasi sumting sebelum kita pulang. Kali ni dapat ubat kumur dan ubat gigi pureen maternity. Sedap gak pakai ubat gigi pureen nie.

Pemeriksaan utk Bulan ke-7

Sabtu lepas memang hari kesihatan lah. Mula2 pergi jumpa gynae tuk antenatal check-up. Diam tak diam dah masuk bulan ke tujuh. Lepas jumpa gynae gi jumpa dentist pulak. Citer pasal jumpa dentist kat entry lain lah.

Cam biasa sampai2 jer, nurse akan timbang berat, cek tekanan darah dan air kencing. Alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan terkawal. Yang tak terkawal hanyalah berat badan. Tu memang tak leh nak kawal2 dah, setiap bulan pasti bertambah. Tapi bulan ni ok lagi lah, tak cam bulan sudah yg naik sampai 3-4 kg. Kali ni naik 2 kg jer. Ini menjadikan total weight aku sekarang adalah 66kg daripada 53kg. Tgk cam berat jer kan. Tapi memang berat pun. Tapi tuk menyenangkan hati aku, aku katakan itu adalah berat ideal utk ketinggian 170cm. Tu kalau tak mengandung. Ni berat aku semasa pregnant, kira ok lah kan. Kalau naik sampai 70kg pun ok lagi kot. Wah...

Pastu sementara menunggu turn dipanggil doktor, apalagi, asben keluarkan kamera dan terus snap2 gambar.








Aiyoo sudah lama tidak bergedik di dpn lensa kamera. Lagipun sekang ni aku allergik sikit nak amik gmbr. Ni pun kena paksa2 gak ngan asben. Apa taknya mukaku sekarang kan semakin tembam dan membulat. Kalau tidak masakan sumer org yg jumpa aku kata muka semakin penuh dan bulat. Takpelah pembawakan lah katakan kan.

Tak adil lah gambar aku sorang. Haruslah ada gambar daddy kepada baby yg ada dalam peyut nie.



Tak lama pastu nama aku pun dipanggil. Tu yg aku suka kat sini. Nak jumpa doktor takyah tunggu lama2. Cuma kena tunggu lama sikit kalau time tu ada org nak bersalin. Harus kena tunggu doktor selesai. Tapi tak lama pun dalam setengah jam doktor dah sedia ada kat bilik dia.

Consultation session

Cam biasa kalau dah jumpa doktor memang takkan lepaskan peluang tuk bertanyakan soalan2 kat doktor. Antara soalan yg aku tanya kat doktor:-

Pasal pergelangan kaki yg kerap membengkak,
pasal sakit kat bahagian bawah perut belah kiri,
pasal tulang punggung yg kadang2 sakit,
pasal pergerakan baby. Harus ker nak kira setiap hari?
pasal nak jumpa dentist. Boleh ker?
pasal 3D/4D ultrasound

Jawapan doktor:-

Apabila kandungan mencecah 7 bulan dan ke atas, kaki memang cpt membengkak. Bahagian tubuh lain juga turut membengkak. Ini adalah kerana water retention.

Janin semakin membesar, dan kadangkala dia suka duduk kat satu tempat jer. Tu yg membuatkan kadang2 rasa sakit. Sakit kat bahagian perut, punggung juga, ada jugak sebahagian org yg akan rasa sakit kat sebelah2 badan hingga ke kaki.

Pasal pergerakan baby pulak. Doktor kata tak perlu lah nak kira, sampai takde kerja nak tunggu dan kira pergerakan baby setiap hari. Cuma monitor, yg baby bergerak cam biasa.

Jumpa dentist boleh. Takde masalah.

Nak wat 3D/4D scan boleh, tapi kena datang hari lain dan buat appointment lain. Sbb dia tak buat hari2. Seminggu sekali je. Pastu time yg sesuai bila kandungan mencecah 28-32 minggu.

Abis soalan2 aku. Yang lain2 laki aku pulak yg bertanyakan kat doktor. Tapi apa tah yg dia tanya. Aku pun tak ingat.

Org lain masuk bilik doktor kejap2 jer. Tapi bila tang kami masuk, memang lama sikit lah. Hehe apa nak buat takde pengalaman kan, sikit2 nak tanya itu ini kat doktor. Nasib doktor pun ok jer melayan kami.

Lepas tu doktor suruh baring. Nak scan pulak. Time ni memang saat yg paling ditunggu2 lah. Syok wo dapat jumpa sama si kecik. Baby sekarang dah mencapai berat 912 gram. Berpadanan ngan usianya.



Yang bestnya elok doktor letak jer scanner tu kat atas perut aku, terus perut aku cam berombak semacam. Fuh memang padu tendangan si kecik ni. Tgk kat monitor pun nampak dia tgh bergerak hebat. Macam dia say hello kat semua. Pastu baru aku tingat, masa kat rmh sebelum tu, aku dok cakap ngan baby. Lebih kurang cam nie lah "baby, karang kita jumpa yer. tak sabar nak jumpa baby. karang masa scan karang, baby lambai2 kat kami semua yer". Sekali bukan lambaian dia bagi, tendangan yg dia bagi.

Cam biasa, doktor bekalkan aku dengan pil obumin dan kalsium. Dulu aku rajin lah makan. Tapi sekarang ni kadang2 terskip lah jugak. Next appointment 17 April pulak.

Lepas tu kami ke klinik gigi pulak. Akan sambung..




3D / 4D Ultrasound

Nak tanya pendapat korang nie. Ok ker kalau aku nak buat 3D/4D ultrasound. Rasa cam nak buat jer nie. Doktor kata time sesuai kalau nak buat ultrasound tu semasa kandungan berusia 28-32 minggu. Aku dah masuk 28 minggu. Sedang elok dah tu kot.

Korang rasa camne? Sape yg pernah buat? Kongsi sikit yer..

Tuesday, March 23, 2010

Shopping Barangan Bayi Part 2

Wah tetiba pulak ada part 2, part 1 nya mana? Tak perlu lah di scroll ke bawah utk mencari part 1 nya, kerana memang takde pun kisah part 1.

Why part 2? Maksud aku yg sebenar adalah menyopping barangan baby utk kali keduanya. Kali pertama dah shopping masa kandungan masuk 6 bulan. Shopping lite2 jer time tuh. Pastu takde amik gambar, so takde lah bahan tuk diblogkan. Kali ni ada gambar boleh lah aku masukkan ke blog.

Selepas membeli baju2 aku hari tu, terus gi ke babies dept pulak. Sebenarnya takdelah plan nak shopping lagi, ingat nak tgk2 dan survey2 je dulu, tapi takde maknanya. Adakah sanggup ko menahan napsu dari membeli? Tak sanggup ok. Tengah bulan tak tgh bulan, kalau dah berkenan tu tak yah tunggu cukup bulan. Rembat sajer.

Lagipun time tu pun mak aku pun ikut sama, so senang lah nak tanya apa barang yg perlu dibeli. Nak tunggu aku wat list barang yg perlu dibeli memang tah bila lah siapnya listnya tuh. Aku just main ingat2 jer. Tapi nanti aku wat gak lah checklist tuk mengelakkan pembaziran ataupun daripada terlupa sesuatu benda.


baby binder adalah penting

Tau tak apa bendanya tuh? Ala barut lah. Barut tuk baby. Ni pun kalau mak aku tak ingatkan sure aku tak beli agaknya. Ada gak org y buat sendiri je barut nie. Tapi nak harap aku wat sendiri, takdelah kot. Pegang mesin jahit pun tak reti.

pilih2 baju for new born baby



10% off


all in one suit

beberapa helai barut


I love daddy & mummy mittens

pilih jangan tak pilih

Selain tu adalah beli barang2 basic yg lain macam napkin, selimut, lapik getah dan lain2. Lepas shopping part 2 ni ada shopping bayi part 3 pulak. Tapi kat masa dan tempat adalah berbeza. Kemain lagi sakan nyopping sekang nie. Takpelah selagi larat nak berjalan nie, esok dah tak larat nak jalan sape nak gi belikan, takkan nak suh laki gi beli barang sorang2. Sian dia.
p/s: ni entry secara laju. tak sempat aku nak cek kot ada salah eja or salah ayat ker salah bahasa.

Shopping Baju Ngandung Lagi

Ni kesah 2 minggu lepas. Ingatkan nak citer pasal minggu ni punya citer dulu tapi takpelah aku dahulukan yg mana terdahulu lah. Kang simpan lama2 makin basi pulak.

Ntahlah dalam pada segan2 nak pakai baju maternity ni, aku dah shopping berhelai2 lah jugak baju ngandung nie. Mungkin sbb bila dah pakai rasa keselesaan itu, maka rasa segan atau tak biasa tu sumer terus diketepikan. Yang penting sekarang adalah keselesaan ibu dan anak.

Aku pun tak tau dah berapa helai dah collection baju2 ngandung aku, tapi rasanya dah lebih 10 helai kot (utk dipakai ke ofis). Nasib baik lah suami memberi dorongan dan tak pernah pun komplen kata membazir atau apa jua yg sewaktu dengannya. Dan sumer baju2 aku adalah pilihan2 asben. I follow jer.

Ni gambar2 semasa berkunjung ke Jusco baru2 ni. Ada sorang member kata baju2 kat Jusco pun boleh tahan cantik dan berbaloi. Maka aku pun terjah lah ke Jusco.



Pilih2 dulu

ni ok tak?

bagaimana pula dengan ini?



tinggi dah perut ni

harus cari seluar yg besar2 gini.. lupakan ukuran pinggang 28 tuh


tak abis memilih lagi


putih ker cokelat ker? mana satu ye

Pompuan ni time shopping memang tak ingatlah, badan tu tgh sarat ker tidak ker.. letih ker apa ker..sumer sakit boleh hilang seketika. Tu pasal org kata shopping is the best medicine... hehe.. tapi cuba ko dah balik rmh mulalah itu sakit, ini sakit, mcm2 sakitlah. Apa nak buat pompuan kan...
Meh kita tgk baju2 yg telah dipilih. Ni masa tgh test2 baju kat fitting room. Ko tgk, dalam pada letih2 tu boleh gak jadi model tukar2 baju kat fitting room tu. Semangat punya pasal lupa seketika kaki yg membengkak itu.

test 1

test 2


test 3


test 4

test 5

test 6
Sebenarnya byk helai lagi yg aku try. Mau lebih 10 helai. Kalah model tau. Tapi rasanya separuh dari berbelas2 yg aku try jer yg aku jadi beli. Ikutkan hati mau saje sambar kesemuanya sekali. Tapi fikir2 balik berapa bulan jer lagi pun aku nak deliver. So, jangan tamak. Lainlah kalau tahun dpn aku nak beranak lagi memang wajar lah aku borong sumer. Hehehehe. Eh tapi kalau dah rezeki, nak cakap apa kan. Terima dengan hati terbuka.

Selepas berpuas hati, maka terus membayar di kaunter dan kemudian itu terus ke tempat barangan baby. Shopping tuk baby pulak.

Ok, pada yg bertanya mana aku shopping baju2 maternity, so far baju2 aku sumernya aku beli daripada VMum Maternity Concept, Mother Club dan juga Jusco Collection. Yang lain2 belum try lagi. Belum berjumpa yg sebenarnya. Kalau ada mana2 aku jumpa kat tmpt lain, aku kongsikan di sini yer.

Kepada bakal2 ibu, selamat menyopping baju2 pregnant dan barang2 baby yer.

Thursday, March 18, 2010

Akhirnya... Mendapat Jugak...

Ni kalau meleleh gak air liur anak aku nanti tak taulah...

Aku dari minggu lepas teringin nak makan pisang goreng. Tetiba jer teringin bila satu hari tu aku tanya asben aku makan apa. Dia jawab makan pisang goreng. Terus aku cam terbayang jer pisang goreng tuh dan rasa time2 tu jgk nak pisang goreng.

Tapi apakan daya time aku nak tu lah, susah pulak nak dapat. Aku gi kafe kat ofis, yg ada keledek goreng. Pisang nan ado. Pastu weekend pulak, petang2 aku kuar naik kete sorang2 sambil cari gerai yg jual pisang goreng. Boleh pulak dia tutup. Keciwa betul.

Sampai lah satu malam tu asben balik keje shift petang (dia sampai rmh malam), dia ada bawakkan beberapa ketul pisang goreng mengenangkan nasib si isteri kepingin nak makan. Tapi pisang goreng tidak seperti yg aku gambarkan. Apatah lagi pisang tu dibeli pada waktu petang, maka jawabnya sejuk sudah pisang goreng itu. Tapi takpe, terubat lah jugak rasa teringin tuh.

Tetapi bila petang tadi, asben belikan aku seplastik pisang goreng panas2, dan rasa dan rupa seperti yg aku bayangkan, rasa cam PUAS sangat2...... Nikmatnya makan pisang goreng itu. Aku rasa baby yg tingin kot, sbb time aku makan dia berdancing2 kat dalam.

Utk membuatkan korang teringin sama, marilah kita saksikan sama gambar2 pisang goreng. Isy tak baiknya aku wat camnie, tambah lagi kalau yg tingin tu peknen cam aku gak. Tapi takpe tak susah kan nak cari.. hehehehe





Cuba bayangkan rasa pisang goreng tu lembik2 dan manis2 dan rangup:P

Pusat Tersembul

Wah tetiba jer tajuk entry aku ala2 ganas gituh.

Takde cuma nak update, bila nak masuk terimester ketiga ni,
Pusat yg dulunya ke dalam, sekarang sudah pun keluar.

Bila pusat dah tersembul, bermakna perut sudah semakin besar,
Bila perut sudah semakin besar, badan pun semakin berat,
Bila badan semakin berat, pergerakan pun semakin perlahan,
Bila pergerakan semakin perlahan, aku pun jadi malas,
Bila aku jadi malas, idea pun takde,
Bila takde idea, maka aku pun tak update blog
Bila aku tak update blog, Nak tinggal komen pun jadi malas.

Hah itulah sebab musabab aku cam suam2 kuku jer di arena pemblogian ini. Hehehe. hah pandai tak aku buat alasan?

Tapi tak bermakna aku tak jengah blog kengkawan sumer. Masih ku jengah lagi. Cumanya janganlah sentap atau kecik hati kalau aku tak tinggal sebarang jejak yer... Aku masih ingat korang sumer. Masih sayang kengkawan sumer:)



Macam ni lah aku sekarang nie

Sila jangan percaya tu adalah aku. Tu gambar yg aku curik dari google. Tapi aku ada gak gambar2 cenggitu tapi ekslusif tuk diri sendiri. Hehehe.

Nanti bila rajin aku update lite2 lagi yer. Bak kata pepatah entri bagai melepas angin di kerusi ~puuuut~ (read= melepas batuk di tangga)

p/s: melepas angin tu aku ciplak cik yayang punya pepatah.

Friday, March 12, 2010

Sesetengah Nikmat itu Hanya Datang Sekali, Tetapi Bersyukur Haruslah Selalu

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini: Susun atur dalaman rumah merekayang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan
leteran danbahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yg bakal dtg.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ..... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah
darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi
darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. "Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi." Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..." Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor. "Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan ... Telah meninggal dunia." Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu
rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.


Source: Forwarded email

Tuesday, March 9, 2010

Bulan ke-6

Time rajin update blog. Aku update lah yer. Time malas, tak updatelah jawabnya. Ni angin rajin tgh datang menyerang.

Walaupun ni citer sudah lah bapak lamanya. Tapi tak lah lama sgt. Bulan lepas jer pun. Baru tingat yg aku tak update lagi pasal check-up aku tuk 6 bulan pada 19 Feb yg lalu. For my future reference, tiap kali check-up aku akan try postkan kat blog.

Kan entry sebelum ni aku ada citer gi tgk wad bersalin dan labour room kan. Hah, pada hari tulah aku wat check-up.


baby's heart beat

"Doktor, cuba confirm lagi sekali girl ke boy?"

"saya cuba cari yer, ... hah confirm"

Selepas tu, kena jab (titanus - 2nd jab) pulak. Doktor kata pasni takyah kene enjet lagi. Suntikan sudah complete katanya.

lemah lembut jer doktor ni mengenjet tau


tgk pakej bersalin yg ditawarkan

Doktor kata, kalau takde masalah, sampai bulan ke-9 nanti tetap wat check-up sebulan sekali. Bila dah masuk 9 bulan baru dtg wat check-up seminggu sekali.

Next check-up pulak 20 Mar. Kepada asben sila masukkan ke dalam reminder yer. Alhamdulillah so far, asben tak pernah missed bawak aku gi jumpa doktor. Thank you so much for the support. Yang paling nak buat air mata menitik bila dia cakap kat org "baby ngan ibu takde sikit pun menyusahkan dia". Harap2 begitulah hingga akhirnya. Amin.