Maka setelah dirancangkan sejak minggu lepas, maka bergeraklah kami ke Port Dickson untuk bercamping. Kami berlapan (4 couples) telah sebulat suara untuk sama2 bergathering pada malam minggu lepas, tetapi gathering kali ni berlainan sedikit sbb kiterang nak berkhemah.. syok oooii..
L-R: Watie, Am, Asben aku, Yus & Nita.. ooops ni tak adil aku takde di situ..

Me & Asben, baru adil cam nie kan..
Kata berlapan, tu baru 6 orang mana lagi 2 orang? Oh yer, Cikgu wan & Cikgu lanun (nama sebenar Husnul) gi separate, kiterang terus jumpa derang kat sana. Derang sampai giler awal, kiterang sampai kul 11 lebih. Sbb apa lambat? Sbb last minute Nita kata transport dia problem, so kiterang terpaksa rombak balik planning asal. Planning asal aku ngan watie pergi satu kete. Wan & Nita satu kete. Since wan dah gi separate & nita takde transport kiterang terpaksa bwk dua kete. So, kalau bawak 2 kete tak enjoylah kan sebab kalau nita & yus naik kete aku, watie & am akan pergi berdua sahaja dan begitu juga sebaliknya.. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi naik MPV ajer. So, dapatlah kami berenam pergi bersama-sama.
Ketibaan kami semua telah pun disambut dengan senapang cicak yg dibeli lanun di pasar malam, boleh derang bengang kan kiterang derang nak main tembak2 pulak.
Tak cukup dengan itu, bini lanun juga agak bengang di atas kelewatan kami, dia juga telah menyambut kami dengan sebuah penumbuk yg turut dibeli di pasar malam di PD itu. Tu korang nampak penumbuk yg dia pegang tu? Penumbuk tu sebenarnya adalah alat bantuan untuk mengurut, tetapi telah disalahgunakan oleh mereka. Begitu juga pistol tembak cicak itu, telah disalahgunakan juga.

Selepas itu, tanpa membuang masa kami sama2 bergerak utk mencari port yg sesuai utk mendirikan khemah. Akhirnya, pantai Cermin (dekat ngan kem askar) menjadi pilihan kami sumer. Sampai2 dah tentulah byk khemah dah sedia terpacak kat tepi pantai tu kan. Yg kami ni barulah terkial-kial nak mendirikan khemah. Tak sesuai betul tau kiterang ni, org kalau nak camping siang2 dah ready sumernya, ni kiterang dah tengah malam baru nak pasang khemah bagai. Tapi ada kiterang kisah? takde ok.. yg penting kami happy...

Memandangkan hari pun memanglah dah gelap, so kami memerlukan bantuan cahaya lampu kereta utk menyuluh kami sewaktu mendirkan khemah. Ya.. sesungguhnya kami berada di dalam kegelapan pada waktu itu.

Muafakat membawa berkat. Akhirnya 3 biji khemah berjaya didirikan oleh kami sumer... Hebat tak kami? Dalam gelap pun boleh pasang khemah tau..


Lepas tu, haruslah lapar kan... so, aktiviti seterusnya ialah makan malam bersama-sama. Camping ni sumer instant ajer, takdelah nak barbeku2 sumer, leceh tau, so kami hanya makan KFC yg telah ditapau siap2 kat Stesyen Mingak Sungai Besi.

Sesambil makan, sambil berbual-bual dan bergelak ketawa. Riuh tul, khemah sebelah menyebelah dah sunyi sepi dah, seb baik tak kena sound sbb bising. Tapi ada gak ramai yg masih tak tido lagi, cari apa ntah kat tepi pantai tu.
Lepas2 makan, kami duduk bersama-sama sambil bercerita dan mengimbau masa2 lampau. Kami sumer tak kering gusi dengan lawak jenaka si Am.


Khemah ada 3 biji, tapi sumer lepak kat luar khemah baring2 sambil2 tengok bintang2..
Nita & Yus yang merindui 2 org jejaka hatinya. Yes, Nita is a mother of 2 kids. Thanks for spending your time with us... best tak? & derang yg paling risau sbb tak bawak sijil/kad kawen
Watie & Asben.. Am yg tak abis2 mintak pegawai agama datang ambush, tak abis2 nak saman malu nak juta2 konon. Banggalah sgt dengan sijil kawen dia tuh..
Aku ngan asben... yang sentiasa bersamaku.. Ntah nape aku pegang kepala dia sebegitu sekali..

Wan & Lanun. Wan tengah peknen 4 bln, tapi masih aktiflah sgt. Esoknya pulak derang berdua nak celebrate anniversary kat Pulau Tioman.
Kiterang bercadang tak nak tido pun malam tu, tapi bila jam dah pukul 4 lebih, memasing mata pun cam dah kuyu jer, so kiterang pun masuk khemah tido. Ala tido pun takdelah nyenyak sgt pun, sekadar nak merehatkan badan jerk.
Morning.. hari dah pagi pun...
tak nampak ar.. kita close up sikit yer
Us.. friendships will never end..
Pagi2 tanpa mandi sumer, apatah mandi laut (tak plan nakmandi laut pun) selepas merobokan khemah kami pun bertolak pulang. Lagipun cuaca macam nak hujan, that's why cepat2 berkemas..
Sebelum pulang, kami singgah bekfes kat satu kedai kat PD. Kedai Pak Kassim kalau tak salah aku. Adoi servis kat situ amatlah fail sekali. Dengan waiter yg garang ala2 tentera yg mengambil order membuatkan kami semua terpana. Serius giler beb.. yg lawak nyer si lanun mintak kopi jantan, tapi waiter tu kata kopi jantan takde, kopi janggut adalah..ntah mana datang janggut tu pun aku tak taulah, mungkin sbb terlihat janggut si lanun tu terus si waiter tu sebut janggut. Yang nyatanya terang2 paket kopi jantan tu ada tergantung kat kedai tuh. Lagi satu, si Watie nak order roti telur, tapi dia kata telur takde. Aku pulak order roti bawang kosong. Alih2 roti bawang yg dia hantar kat aku tu siap ada telur sekali.. tak tau aku mana datang telur tuh.. aduh fail sungguh..
Kesimpulannya, walau dah kawen & beranak pinak, tak semestinya kita tak leh enjoy ok.. malah lebih enjoy sbb nak satu khemah pun no problem punya...Memang penat teramatlah sangat. But, we had fun & enjoyed so much.