Saturday, January 30, 2010

Di Pantai Cenang

Jangan ditanya pasal resort nie yer. Sbb resort ni tempat kerja aku yg punya. Tidak terbuka kepada org ramai kecuali disertai dengan staff sahaja. Yelah kang mana tau ada pulak yg nak tau detail pasal resort nie, pasal harga satu malam lah, apa lah. Aku boleh jer jawab tapi tulah tempat ni tidak dibuka tuk public. Yang Kondo Istana yg aku stay tu pun under tempat kerja aku punya. Tapi hanya satu unit jelah. Yang lain2 unit tu sesape jer pun leh duduk kat situ.

Ni aku letak gambar2 sekitar resort tu jelah. Takde nak story pape. Just buat panduan kepada ofismet aku yg belum sampai ke sana lagi.


Sri Kijang @ Pantai Cenang

Di tepi pantai



Pool berdekatan pantai


Pantai yg cantik. Pasir putih.


Pool dikelilingi chalet


Model tersesat di situ


Teringin nak buat ini

Bilik ayaq

Tea & coffee


Bilik tidoq


Hall


Dapoq

Resort ini adalah di bawah penyeliaan Residence Hotel. Sumer pekerja2 kat situ sumer staf residence. Sepanjang berada di sana berasa puas hati dengan layanan yg diberikan. Derang ni rajin2 belaka, walaupun resort tak penuh, nampak jer derang buat kerja. Bilik pun rajin jer derang kemas. Tempat pun bersih jer. I like..

Diakhiri dengan gambar laki bini berposing di atas katil bersama 2 biji cekelat ferrero. Alangkah heavennya cuti2 itu..

Byk lagi aktiviti kami sepanjang di sana. Nanti aku sambung lagi.

Friday, January 29, 2010

Iklan Kejap

Asyik cite Langkawi jer.. boring lah pulak kan.

Ni aku iklan kan kejap dengan video clip ini.


Check-up semasa 27 Jan 10 hari tu. Video klip ni membuatkan kami laki bini terasa bahagia sekali. Nanti aku citer detail yer. Nak abiskan kisah cuti2 ni dulu.

p/s: Rasa2 korang gigirl ke boboy?

Jamu Mata

Malas nak citer panjang2, letak gambar je sudah.

2nd day di Istana Kondo - nak check out dah



Sebelum tu lepak kat tepi pool dulu



Satu malam jer duduk kat Kat Kuah. Lagi 2 malam kami stay kat Pantai Cenang. Tu citer kat entry lain lah pulak.

Dalam kete sewa

Sewa kereta kat sana tak mahal, lps tu senang jer nak dapatkan kereta sewa. Melambak2. Tapi kami time sewa kereta member asben yg bertugas di sana. Dapatlah satu hari RM50.

Lepas check-out dari Istana Kondo kami terus ke Idaman Suri. Tempat shopping2. Katanya kat sana harga murah2. Tak tau lah. Tapi terjebak lah jugak sikit beli barang2.

Ok jom kita jamu mata apa yg ada kat Idaman Suri.


Pinggan mangkuk beraneka jenis



Pilih saje yg mana berkenan






Banyaknya.. rambang mata dibuatnya





cantiknya



Adalah shopping lite2 kat sana tuh. Asben pun satu kasi dorongan kat bini dia suh pilih2 apa yg nak. Ikutkan aku, malaslah nak beli benda berat2 ni, susah, dahlah aku ngan keadaan camni tak boleh nak angkat2 barang, nak harapkan asben jer, kesian lah pulak. Tapi dah dia kata pasal nak angkat2 tu dun worry dia boleh settlekan, maka aku pun laju jelah mengambik itu dan ini.

Dari Idaman Suri kami stret ke Pantai Cenang utk check-in ke resort seterusnya. Tapi nak on the way ke sana nampak pulak tempat jualan gamat nie. Apa lagi singgahlah kejap.

Duta gamat


Beraneka jenis bam dan minyak urut


Rempah nak buat ubat




Kalau dari tepi jalan dah nampak dah botol gamat yg besar ni

Jumpa di Pantai Cenang pulak lepas nie ye.

Sesampai Di Sana

Lebih kurang sejam perjalanan makan sampai lah kami ke destinasi yg dituju. Nak tau ke mana? Sila tgk peta di bawah.


Kami ke sana


Sebenarnya dah lama aku nak gi ke Langkawi nie. Sepatutnya last year punya anniversary nak celebrate kat Langkawi tapi plan bertukar ke Kuching pulak. Alhamdulillah tercapai gak hajat di hati. Seingat aku lah last aku gi Langkawi ni masa tahun 1998. Dah 12 tahun. Dah byk perubahan pun.

Dari Airport kami terus mengambil teksi utk ke Kondo Istana. Kondo Istana terletak di Pekan Kuah. Untuk hari pertama tu kami stay di Kuah sahaja. Sebab utama adalah senang nak gi shopping.


Dari Airport ke Kondo Istana cuma RM24

Actually, kami ada sewa kereta di sana. Tetapi bermula dari hari kedua dan seterusnya. Utk hari pertama, tidak perlu kenderaan sbb tempat tinggal kami dekat sahaja dengan tempat2 penyoppingan. Jalan kaki pun boleh.

Tempat penginapan kami

Check-in time

Our unit

Pemandangan dari atas



Bilik Utama


Hall


Kitchen


Bilik lagi


View dari balkoni


Inilah dia pekan Kuah

Sampai kat sana, kami just berehat-rehat (tidor sebenarnya) sampailah petang. Macamlah penat sgt kan. Padahal travel sejam jer, bukan kena naik feri bagai pun. Tapi biasalah dah nama mak buyung & juga pengantin baru yg travel haruslah penat sesaje kan.

Dah petang sikit dalam pukul 3 tuh, perut masing2 dah rasa lapar. Nak cari makanan usah dibimbang, kerana kat dpn kondo tu ada jer kedai2 makan. Kami just makan kat kedai makan berhadapan dengan Kondo Istana tu saje. Mula2 ingat nak makan ala carte sajer, tapi bila tgk dia punya nasi campur punya lauk, terus tukar menu.

Memang sedap dan berbaloi-baloi.

Lepas makan perut pun kenyang. Lepas tu kami teruskan agenda kami dengan berjalan-jalan di sekitar Pekan Kuah sambil shopping sikit. Kat situ lah terletak Kedai2 Hj. Ismail Group (yg femes itu). Punyalah byk cawangan kedai dia nie. Mau kaya raya itu org. Tapi ye ker pun Hj. Ismail yg punya?

Kat kedai ni pun mcm2 ada jual, pinggan mangkuk, cekelat, perfume dll

Giler stress aku masa kat kedai ni, adalah segerombolan pelancong dari Cina (kot) yg dok sakan menyopping kat sana. Dah lah riuh sekampung kat sana, pastu yg sakit hati tu selamba jer nak tolak2 org. Rasa nak tampar jer. Pastu barang kita dalam raga pun sibuk nak diusik2nya.



Tapi kami tak shopping beria lah time tuh, cuma tgk2 kawasan dan survey2 jelah dulu. Kata 4 hari kat sana kan. Buat apa nak beli awal2, tambah lagi cekelat2 kang bwk ke sana sini, cair dibuatnya.

Kami ronda2 sampai lah ke malam. Pastu malam tu pulak ada pasar malam kat situ. Terus jalan2 kat pasar malam pulak sambil cari2 makanan tuk makan malam pula. Fuh memang makan sesado lah kami kat sana.

Itulah aktiviti kami di hari pertama.

Thursday, January 28, 2010

Hadiah Bulan Madu

Bukan kami yg berbulan madu sebenarnya. Kami hanya tumpang sekaki. Kan bulan lepas adik asben aku kawen. Asben aku dengan murah hatinya menghadiahkan tiket penerbangan buat pasangan pengantin. Alang2 dah buat flight booking tuk mereka tuh, kami pun book sekali lah tuk kami sekali. Lagi pun bila lagi nak jenjalan kan. Perut aku pun dah semakin membesar. Sementara berdua ni, apa salahnya kami pun berhanimun sekali kan.. Nak jugak menyibuk kan..

Amacam? Boleh ke mak buyung ni travel? Wait & see arr..


Bersama adik ipar dan biras. Patutnya Mira (adik asben) pun nak ikut gak. Tapi last dia2 cancel sbb takut kena 'pau' ngan abang2 dia kot

Pasangan pengantin lama

Inilah pasangan penganti baru yg nak gi hanimun sebenarnya


Kiterang bertolak pada hari Sabtu lepas. Fligh berlepas pukul 10:30pagi. Terima kasih kepada PIL yg sudi menghantar kami ke Airport.


1 happy family

Kami


Mereka

Perjalanan takde lah lama sangat. Kalau lama mau patah pinggang aku agaknya. Aku ni bukan boleh duduk lama2 gitu sajer.. Takat makan kacang sebungkus, air segelas dah sampai dah ke destinasi.

tara.. akhirnya sampai gak

Ke manakah kami?

Ewah siap nak tanya2 pulak kat korang mana kiterang pergi. Padahal ada korang kesah.. Hehehe

Penat lah.. nanti aku sambung lagi yer.. jangan marah yer.. ibu2 mengandung memang lekas penat :P