Saturday, April 26, 2008

Dari SJMC

Hye all,

Giler lama blog aku tak berupdate, tiap kali aku draft, tiap kali gak lah aku delete balik. Tak de idea lah sekarang ni. Tunggulah bila sumer dah setle nanti aku akan kembali dengan citer2 yg menarik.

Inilah perkembangan aku sekarang ni, kalau korang rindu kat aku lah. Sekarang ni sambil tengah tunggu2 doktor, baik aku update blog kejap, syiok sikit kat sini ada wifi.

Mengisi masa lapang

p/s: Masih MC - Doktor suh aku rest

Tuesday, April 22, 2008

Demam yg Panjang

Aku tgk blog aku jer rasa cam nak muntah ajer. Tapi aku cuba jugak untuk mengupdatenya. Aku masih dalam keadaan lemah. Aku demam since hari Khamis hari tu. Jumaat MC. Ingat Sabtu & Ahad ok lah, tapi still demam gak, nasib hari ni cam ok sikit, tapi badan still weak.

Telah memaksa rela si Ain memicit kepala aku... sedap jer dia buat rasa cam nak tetido ajer.

Thursday, April 17, 2008

Tak Larat

Am not feeling good today. Macam nak demam ajerk. Eloklah gilir2 aku ngan laki aku demam. Lepas sorang, sorang. Takpe, leh manja lebih skt.

Kuantan Trip

Gigih aku nak nyiapkan entry ni tau. Nak upload gambar bapak punya seksa (eh bapak2 ni trade mark mya nie). Sampai makan hari tau nak siapkan entry ni.

Ini citer masa aku & family mertua turun ke Kuantan untuk majlis pertunangan asben aku punya cousin a.k.a anak sedara FIL aku pada 12&13 April lalu.

Mula2 mama & Ayah duk depan. Ayah drive.


Kehadiran ayah adalah amat penting memandangkan ayah akan menjadi tukang cakap masa acara pertunangan itu.

Aku ngan asben, duk belakang bersama adik ipar & gf dia . 4 org kat belakang ok nasib kiterang ni saiz kecik



Shahrin ngan Yatie


Sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti mkn tengahari kat Anjung Rasa kat Medan Selera kat Seri Gombak. Pestaim aku mkn kat situ, sgt teruja tgk lauk pauk yg pelbagai jenis. Memang ramai mkn kat situ, makanan pun blh thn, klu tak sedap masakan sumer nye mkn sampai licin2 belaka. Harus aku bawak mak aku makan kat sini nanti.


Kat sinilah tempatnya

Wuyoo byknye lauk. Sampai tak tau nak amik ape. Aku amik gambar ni kira kat tgh2 kat belakang aku sebaris lauk lagi...sumer lauk dihidang guna dulang besar2 tau

Tgk.. masing2 makan sampai licin, kerabu mangga dia memang syiok



Selesai makan teruskan perjalanan. Ayah drive, yg lain2 sumer tido except aku layan mp3 sorang2. Asben aku pun tido gak.


Meneruskan perjalanan, time ni masing2 mata dah berat dah sebab baru lepas melantak kan

Baru je naik kete boleh nak terlelap



Lebih kurang dah separuh jalan, ayah dah penat, dia nak rest pulak, dia mintak asben aku lak yg drive. Oklah kan asben aku drive tapi yg tak ok nya ayah suh aku duk depan ngan asben aku, means ayah & mama duk belakang. Sian derang berimpit-impit kat belakang yelah mama ngan ayah dahlah saiz L gitu, kalau kiterang ni berempat duk belakang ok gak sebab kiterang saiz S. Aku cakap ngan ayah, takpelah aku duk belakang jer, nak jimat space lah konon kan tapi tetap suh aku duk depan & siap kejut mama suh tukar tmpt. Sian mama bersempit-sempit. Tapi takpe, fun sgt, kiterang memang tak nak gi 2 kete, tak syiok, gi satu kete best sikit. Ramai2 baru kecoh kan.

Setelah bertukar tempat, aku ngan asben duk depan pulak, selesa...
akan tetapi......


Beginilah pulak keadaan di belakang.. abih dah ayah suh aku duk depan gak... Yatie mesti marah aku letak gambar ni... tang mulut tu bukan dia sengaja nak pose camtuh yer


Ada situasi agak panik, yg mana kereta kami hampir kehabisan petrol, nasib sempat sampai ke petrol pump yg berhampiran, tu pun setelah menelipon no. kat tiket tol yg tertera, bertanyakan kat mana petrol pump seterusnya yg terdekat.



Aiyoo.. manalah R&R ni tak nampak batang hidung pun, minyak dah kering dah nie


Akhirnya berjumpa juga dengan Station minyak. Time ni masing2 kuar keter buat regangan badan



Tak lama pun sampai Kuantan, lebih kurang 2 jam kiterang sampai pun ke rumah Pak Tua (Abg kepada ayah). Sampai2 jer kami terus dihidangkan makan tengahari, derang siap tunggu kiterang sampai lagi nak makan sama2 padahal jam masa tu dah pkl 3 petang dah. Yang kiterang ni pulak memang dah siap2 makan dah sebelumnya. Tapi sebab lauk yg dihidangkan tu mampu mencairkan semangat aku, so aku pun langgar pantang hari tu, makan lagi. Oh ye, aku sebenarnya kalau boleh hanya makan nasi sehari sekali jer. Tapi kat sana, aku langgar ajer, mkn sampai berkali-kali. Asben aku pun sama.


Petangnya selepas berehat-rehat kami ke Teluk Cempedak yelah dah alang2 sampai sana kan. Mak Tua tanya kat mama, nak ke mana, mama cakap "Ni hah nak bawak budak2 ni jalan2 gi Teluk Cempedak" Budak2 lagi rupanya kiterang ni yerk... memang terasa cam budak2 jer, walaupun dah kawen..hehe.

Dah lama benar aku tak kesana, rasanya last ke sana masa form 3 ke form 2 dulu


Masa kat Teluk Cempedak aku tak mandi pun, Sharin jer yg mandi. Ayah ngan mama loving sangat, derang duk berdua kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam tapi sebenarnya tak nampak matahari pun kat situ, tau2 dah gelap. Kiterang siap cari2 mama ngan ayah rupanya derang berdua tak berganjak-ganjak kat tepi pantai tu.. Takpelah kita kasi can kat derang berdua.

Bersama family

Sajer kerut2 muka tuh.. penat jer aku senyum2 sorang2


Hot couple.. bluweks


Ni lagi hot. "Awak punya perut dah macam patung Budha". Kata mama kepada ayah. Bukan aku cakap yer, derhaka kalau aku cakap camtuh kat ayah.

Asben with mama with love


Bercanda di pasiran pantai...lalalala



Aku sibuk bergambar & membeli buah tangan utk mak ngan anak buah aku; Adam & Ain. Masa tengah kat gerai2 tu, adalah 3 org mamat lahahat ni, sibuk kacau aku. Gelaran lahanat ni asben aku yg kasi tau, dia memang anti dengan mamat kaum 'C***' ada kisah lama, tapi tak perlu diceritakan di sini. Mamat 3 org ni sibuk kacau aku, aku dah cuba elakkan, sbb kalau asben aku nampak naya mamat 3 org tu. Tapi asben aku nampak gak, dia sound mamat2 tu "Lu kenal dia ke?" sambil tunjuk aku. "Ada apa hal?". Hah kan aku dah cakap, asben aku ni very protective gituh..hah menjawab mamat 3 org tu. Nasib derang ok jer bantai borak ngan asben aku. Aku tak amik port. Dan2 asben aku cakap ini wife I, asben tak kasi can derang tanya pasal aku. Apa derang ingat kiterang ni adik badik ape? Since, derang tak dapat kaco2 aku, derang kaco awek2 yg berniaga kat gerai2 tu.. tapi aku tengok mamat lahanat ni 1 kind lah, derang mcm ada agenda tersendiri ajer, aku harap awek2 kat kedai tu tak termakan lah dgn kata mamat lahanat tu...


Pergi mana2 souvenir utk anak buah mesti tidak dilupakan



Dalam kul 9 camtuh baru kiterang beransur balik ke rumah pak tua, rmh anak dia sebenarnya; Kak Liza. Eh, belum balik lagi kiterang singgah kat tepi sungai yg ada tulisan KUANTAN yg besar tu siap ada spot light gerak2 lagi, aku pun tak sure apa nama tempat tu. Tapi ramai org memancing kat situ. Ingat nak naik bot tapi dah malam bot jalan siang ajer. Masa kat situ masa tengah jalan2 kiterang tgh naik tangga lah, tetiba ternampak ayah pegang tangan mama... wah wah hari tu memang hari mereka betul lah, jarang tau nak tengok mereka cam tuh. Adik asben siap cakap "Long ko nampak tak apa aku nampak", tapi asben tak sempat tengok sbb lps tu ayah lepaskan balik.

Penat yer? dah jomlah kita balik..


Dah penat jalan2 kiterang pun balik. Cuaca malam tu memang panas sgt kat situ, menyebabkan kami sekeluarga mengambil keputusan untuk tido di beranda tingkat atas ajer. Maka kami pun tidorlah diterangi cahaya bintang dan bulan. Nyamuk giler byk. Dlm kena gigit nyamuk tu jugak, lena gak aku tido. Bangun pagi tolong2 apa yg patut. Iron baju. Beramas mesra ngan sedara-mara belah asben. Derang ni sumer memang lah ramah tersangat-sangat. Kalo cakap memang non stop punya. Mcm2 topik ada, tak kering gusi melayan. Satu persamaan mak tua ngan adik badik dia, derang sumer ada taik lalat kat muka (at least ada 2) yg penting sumer ada taik lalat kat mulut. Kedudukan lebih kurang ajer. Memang unik sekali.


Org lain tengah sibuk aku pun wat2 sibuk iron baju.

Time ni memang kelakar, ia2 lah ayah (baju merah) ngan pak tua menunggu lama kat dpn toilet. Ingatkan ada org kat dlm tu sbb pintut tutup rapat. Sampai je mama, tanpa rasa bersalah tolak pintu, takde org, dgn selambanya terus je mama masuk potong que. Ladies first.

Puaslah aku mencari serata rumah, rupanya kat atas ni asben aku membuta.. org tgh sibuk2 dia tido pulak.. Kat atas nilah kiterang tido secara berjemaah pada malam hari tu

Bangun tido, baca surat khabar pulak.. dah mcm dalam toilet gayanya.. isy isy laki sape lah tu?


Lepas Zohor maka berangkatlah kami ke rumah bakal tunang si Adha (cousin asben akulah). Ayah spt biasa akan jadi tukang cakap majlis. DJ lah katakan, haruslah pandai berceloteh kan. Siap pantun2 bagai.. Memang sumer adik badik ayah kalau anak memasing nak tunang, kawen sumer panggil ayah jadi tukang cakap.

Lepas majlis abis, perut pun dah kenyang again kami disajikan makanan2 yg sedap lagi lazat kami pun berangkat pulang. On d way nak balik tayar kete bocor pulak, terpaksa singgah pusat tayar kejap gi tampal. Pastu singgah rmh pak tua jap nak say hye hye bye bye... pastu terus balik.. cam biasa ayah bawak separuh jln, asben bawak separuh.


p/s 1: Kesimpulanya, aku nak citer pasal majlis pertunangan si Adha tu kan, tapi gambar majlis nye langsung takde aku tepek yer, nanti lah aku dah penat lah.

p/s 2: Aduh.. ini entry paling seksa sekali... berhari2 pun tak siap ok.. phew!

Tuesday, April 15, 2008

Tertekan

Nape lah azab na nak mengupload gambar lately ni. Penat tau. Entry aku byk yg tertangguh sbb tak leh upload gambar. Tu pasal lah entry aku kebelakangan ni hanya text semata. Bosan kan kalau citer tanpa gambar, tak dapat gambaran sebenar poyo. Takpelah nanti bila dah ok, aku tepeklah mana2 yg boleh.

Letihnya..huuuu

Monday, April 14, 2008

Terjebak

Temankan member gi beli, tup tup aku pun terbeli sama...





p/s: Takpe, senang aku nak mengupdate blog. Anytime.. anywhere...

Sunday, April 13, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan

Hari ni aku bawak family aku makan kat Seri Gombak. Kat tempat makan yg kiterang singgah masa on d way ke Kuantan hari tu (alamak citer Kuantan tak siap lagi lah). Tapi sampai sana dah agak lewat dalam kul 3 cam tuh, makanan pun byk dah abis, tapi takpelah bedal jelah apa yg ada.

Lepas makan terus balik. Konon balik cepat sbb asben nak main bola petangnya, tapi takde maknenya, dia tido sampai Maghrib.




Friday, April 11, 2008

Demam Lagi

Isy.. sibuk tul lah kebelakangan ni.. tak sempat nak update blog pun. Citer gi Kuantan Sabtu lepas pun tak siap lagi nie.. byk tertangguh dah.. Takpe nanti ada masa nanti aku update yer..

Apesal yer asben aku kebelakangan ni asyik demam ajerk. Tak taulah nape. Lepas balik Kuantan hari tu dia demam. Hari ni dia MC lagi. Minggu ni jer dah 2 hari MC. Sian dia aku tengok. Tadi dia jumpa doktor. Asben ckp lah ngan doktor yg dia rasa tak sedap badan, asyik rasa nak pitam, loya2, nak muntah, pening. Doktor pun tak tau apa puncanya & boleh doktor tanya dia, "wife awak pregnant ker?" eh ada kene ngena ngan aku ker?

Apapun semoga asben aku cepat sembuh, kalau boleh biar aku je yg tanggung sakit dia tuh...


p/s: Congrats tu asben's cousin yg bakal jadi Daddy.

Wednesday, April 9, 2008

Good News!

Sungguh aku tak sangka tau... apatah lagi asben aku.... syukur sangat...inilah yg dinamakan rezeki...
ok... dengan ini, aku ingin maklumkan kepada korang sumer bahawa aku telah....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
menjumpai semula gelang tangan aku yg hilang 2 minggu lepas. cam tak caya je yg selama ni gelang itu rupanya hanya berada di dalam keretaku sendiri. Semalam aku tak kerja, adik aku bawak anak buah aku; Adam & Ain jalan2 naik kete aku. Ntah camne si Ain leh lak terjumpa gelang tu kat sit belakang. Pelik gak camne leh ada kat situ, sbb aku mana pernah duk belakang kan.. tapi tulah dinamakan rezeki.... Alhamdulillah..

p/s: saspen tak?

Saturday, April 5, 2008

Percutian ke Pulau Redang (Part 2)

Korang kalau nak baca ni kena baca dari part 1 dulu. Tapi aku galakkan jgn baca... sbb ia agak panjang sikit..

3/8/2003

Bangkit pagi, badan dah sengal2 maklumlah tido hanya beralaskan tikar jer.. tapi kepala dah ok tak pening macam semalam. InsyaAllah boleh pergi snokerling. Lps breakfast kami semua round2 island dengan bot. Tempat pertama, aku turun snorker dengan shah, shima takleh turun sbb dia tak sihat sgt.. aku rasa cam pelik jer sebab tetiba aku cam terer lak snorkel, padahal semalam tak sempat nak belajar pun.. a few minutes after that kiterang naik bot balik nak gi ke tempat lain, time ni lah yg rasa cam mabuk laut, bygkan ombak sikit punya kuat, memang dah tak tahan dah nie... si Fay sampai muntah2 sian dia.. masa tu terlihat bot kecil kepunyaan nelayan sorang2 je kat tgh2 laut tu.. rasa cam kesian ajer.. melihat nelayan2. Akhirnya selepas meredah ombak dan arus kami sampai ke taman laut pulau redang, apa lagi melompat turun lah masing2.. mula ambik gambar kat tepi pantai kat situ, pemandangan pun cantik sgt. pastu sambuang snorkeling balik.. rasa takjub sgt dengan keindahan di dalam air.. melihat ikat2 berenang hampir dengan kita.. aku sempat gaklah amik gambar ikan2 tu..yelah nak tunjuk kat shima, kesian dia tak dpt buat snorkeling. kiterang snorkeling sampai tengahari. pastu naik bot balik semula balik ke campsite.

Sampai terus jer gi makan.. lapar giler beb... lepas makan mandi... lepas mandi lepak tgk tv. Shah dah kepenatan.. dia kata dia pening kepala, sian dia ni mesti sbb kena sengat tebuan semalam.. aku biarkan shah berehat.. sambil tu aku sibuk belajar main "terup" dgn si shima. Ptg ni sepatutnya ada jungle tracking tapi aku mls nak join sbb dah letih sgt, lagipun ramai yg tak nak pergi... baik lepak tgk tv.

Mlm aktivit bebas, lps mkn mlm lepak ngan member2, pastu ada penyampaian hadiah utk telematch, sume dapat hadiah, aku yg tak masuk pun dpt gak... Lepas penyampaian hadiah diorang main balik rakaman yg telah dibuat sepanjang kami berada di situ.. tak kering gusi melihat telatah rakan2 sumer.. Habis tgk video aku lepak ngan shah kat tepi pantai... dia buatkan aku air milo... sepanjang kat situ, dia rajin buatkan air untuk aku.. hargai sgt...kami berbual bual hingga awal pagi.. pastu dah letih balik khemah masing2 dan tido...

4/8/2003

Pagi2 aku dah dikejutkan shima, tapi aku malas lagi nak bangun, aku nak tido lagi..
Nak mandi pun sikit punya susah, dahlah kena mandi ramai2 kemban pulak tu.. eeeiii tak retilah saya.... Lps mandi dan siap2, breakfast, pas makan sesi mengambil gambar sepuas puasnya...
Pastu lebih kurang pkl 11.00am angkat brg masuk dalam bot, menandakan kami akan berangkat ke KT. Masa dlm feri aku memang dah tak thn rasa nak muntah pun ada... utk mengelakkan tu sumer, aku tido...

Tengahari sampai jeti dan tunggu bas sampai utk letak beg2 dalam bas..pastu kiterang jln2 kat pasar payang, shopping apa yg sempat ajer...apapun sempat gak rembat sehelai baju sama dengan shah, beli terus pakai.. souvenir utk mak, adik & rakan2 juga tidak dilupakan... Pkl 2.00pm, bas mula bergerak dan terus menuju ke Masjid Terapung..

Bas terus meninggalkan Negeri Terengganu dan terus menuju ke KL. Dlm pukul 11mlm kami sumer selamat sampai di Bank.....

Sesungguhnya pengalaman bercuti ini byk meninggalkan peristiwa pahit & manis kepada kami sumer... tambahan pula pengalaman bersama bercuti bersama si dia....

Tamat....

Ni lah kisahnya.. tahniah ada gak yg sudi abiskan membaca... kan aku dah kata tak yah baca pun takpe. tak de pun menariknya.. cuma yg best nya citer ni berlaku pada tahun 2003 tau.. dah 5 tahun pun.. tapi citernya masih ada sebutir2 walaupun dulu2 takde blog. Tak sia2 aku taip kat word... hehehe.. gambar nanti aku scan.. almaklumlah dulu2 mana pakai digitalcam kan.. apapun ni sumer sebahagian kisah aku bersama pakweku yg kini telah pun menjadi suamiku.

Percutian ke Pulau Redang (part 1)

Ni citer lama tau. Dulu dalam taun 2003 mana lah aku kenal blog ni sume kan.. tak taulah time tu dah wujud ke belum blog2 nikan, tapi aku memang tak kenal blog time tu. So, dulu2 apa citer/kejadian aku tulis dalam word jer.. ni salah satunya aku copipes jerk... maaf citer panjang sikit yer.. mengisahkan percutian aku ngan pakwe aku dulu ke Pulau Redang anjuran tempat kejeku. Aku nasihatkan korang jgn baca, sbb boleh mengakibatkan keletihan melampau, tapi aku nak gak letak kat blog ni, supaya kenangan ni tidak dilupakan olehku dan dia. Kelakar pun ada gak dah macam cerpen lak aku tengok... hehe

1/8/2003

Balik kerja terus pack brg2 yg perlu dibawa. Pukul 8.30pm Shah jemput aku kat rumah. Tapi tunggu punya tunggu sampai pukul 8.45pm dia masih tak sampai lagi. So, terpaksa call Shima suruh dia naik cab tkt tak sempat nak amik dia. Dlm pkl 9.00pm Shah sampai dan terus bergegas kat Bank. Sampai Bank dalam pkl 9.35pm, para peserta pun dah ramai menuggu. Lebih kurang pkl 10.30pm kami bergerak meninggalkan Bank. Aku duduk dgn Shah, Shima duduk di bangku sebelah, kesian dia tak dpt duduk tepi tingkap sbb bangku to rsk. Bas jalan je mata aku mula nak terlelap maklumlah penat siang tu kan keje.

2/8/2003

Dah pkl 2.00am, kami masih dlm perjalanan. Bas berhenti lagi utk memberikan peluang kepada sape2 yg empanganya pecah. Aku ngan Shima trn, Shah lepak dlm bas tidur. Naik atas bas tgk Shah dah tidur nyenyak kat tempat aku, tak sampai nak kejutkan dia, biar jelah.... Sampai kul 4.00am aku dah mula gelisah sejuk giler dlm bas ni, dahlah aku duk bawah cerobong air-cond yg rosak takleh adjust.Aku kejutkan dia nak tukar balik tmpt duduk, dia buat dek jer.. geram betul aku....... akhirnya aku pun tertido..... 9.00am sampai kat Jeti KT dan terus menuju ke pulau. Tak melepaskan peluang menikmat keindahan laut yg luas. Lebih kurang pkl 11.00am sampai kat kawasan pulau, terpaksa transit naik bot nelayan, feri tak dpt pergi dekat dgn pulau, pastu transit lagi naik bot kecik pulak nak pergi ke pantai.... uuuu letih giler....

Ada welcome drink & taklimat drp organizer. Pastu kene pasang khemah sendiri. coz khemat tak cukup.

Sementara tunggu waktu lunch kiterang berlatih wat snorkeling. Tapi aku masih tak reti gak.. arggh.. fed-up baik makan dulu. Lepas makan sesi berehat. Aku mls nak join bebudak berenang tgh2 pns ni, aku lepak bwh pokok, tido..... Dlm kul 4.00pm terjaga, terasa nak joinlah shah ngan shima snorkel... Organizer suggest kiterang snorkel kat pantai hujung sana, tapi dia suruh kiterang ikut jln darat dulu, sbb kiterang nie tak reti sgt berenang. Kami pun meredah lah kaki bukit batu yg panas itu. rasa tapak kaku ni mcm melecur jer.. kami adalah dlm 7 org waktu tu, Tiba2 kami ternampak tebuan. Tak sempat nak lari kami dah diserang. Mula2 Shima kena gigit dulu, aku dah gabra, pastu aku kene gak dekat siku.. aduh!! sakitnya.. Abg Nazran suruh kiterang jgn bergerak, aku pun duduk menyangkung. Di kala itu aku rasakan kepala aku dah penuh dgn tebuan. sengatan kedua kena di kepalaku disusuli sengatan kedua, ketiga dan sampai keberapa pun.. aku dah tak thn aku menangis kesakitan... Shah tak sampai hati melihat aku menangis kesakitan, walaupun dia diserang jugak dia cuba selamatkan aku... aku rasa memang nak pengsan time tu, mujur shah cuba tenangkan aku. Akhirnya kami turun dari bukit batu tu dan terus melompat ke dalam laut, dalam kesakitan yg amat sgt aku terus berenang dgn harapan nak sampai ke tapak khemah dgn cepat. Yg peliknya aku terus jadi boleh berenang dgn laju, aku betul2 dah tahan sgt. Si shah sedaya upaya mengejar aku. Dpt aku rasakan dia yg shah benar2 risau keadaan aku, bersusah payah dia menenangkan aku, amikkan aku air, makanan, ubat, bantal & selimut utk aku. Aku benar2 terharu melihat dia yg sgt risau..

Melihat keaadaan aku yg amat kritikal, abg jaga campsite tu mengambil keputusan menghantar kami2 yg kena sengat ni ke klinik yg berhampiran. (Hampir tu taklah hampir sebab kena naik bot ke pulau sebelah). Sampai klinik, aku ngan shima kena suntik. Balik dari klinik aku rasa dah ok sikit. cuma shima pulak jadi makin teruk. Tgn dia membengkak. Lps mkn malam hujan turun lamalah jugak, menyebabkan khemah aku ngan shima dimasuki air, abis brg2 aku basah. Dalam sakit2 tu aku kena pindahkan khemah jugak.. Thanks Shah & Sabri sebab membantu. Malam tu aku ngan shima tido dlm keadaan kesakitan. Dalam pkl 4 pagi (aku sedar taklah sedar sgt, sbb letih sgt2) shima terjaga, dia muntah sorang2 kat luar, sori shima aku tak dapat temankan ko, aku berada dalam separuh sedar waktu tu......

Pagi esoknya aku dah ok sikit...........................


(to be continued-panjang sgt tkt nanti ada yg muntah lak)

Thursday, April 3, 2008

Bila April


Terkena gak aku semalam. Pagi2 semalam dapat e-mail dari member aku. Dia kata dia baru jer call taylor, follow-up baju dia. Pastu dia cakap taylor aku dah tersalah potong kain aku & taylor tu sekarang tengah gelabah & tak tau nak gitau aku camne. Aku baca jer email member aku ni terus sentap, sbb sepatutnya baju aku ni siap last week tapi taylor aku kata dia tak sempat siapkan. Patutlah dia mintak extension. Aku memang nak ngamuk dah sebab aku plan nak pakai baju tu masa kenduri kat Kuantan weekend ni.

Dengan sentapnya aku pun sms lah kat taylor aku ni. Nasib aku tak maki2. Aku tulis "dengar citer baju saya tersalah potong yer?". Time tu memang nak mintak dia ganti balik kain aku tu. Tak lama tu taylor aku call aku. hah tau takut... masa sama aku jawab call dia (masa ni dia pun tgh confused), aku dapat 2nd e-mail dari member aku "APRIL FOOOOOOL". Cilakak betul... Terus aku cakap ngan taylor aku abaikan jer sms aku tadi sebab ada org kenakan aku.

Boleh member aku tu kata dia punya april fool ni kira package untuk aku ngan taylor tu sekali..sebab dia pun bengang ngan taylor tu sebab baju dia dah berbulan hantar tak siap lagi.

Tuesday, April 1, 2008

Hadiah..Katanya..

Thank you to my asben adiahkan cd player untuk kete comelku itu. Dia kata mana ada org pakai kaset2 lagi ni.. ello.. cik abg syg oi.. kita mana pernah pakai kaset dalam kete ni.. kaset pun tak pernah beli..ok.. dengar radio je pun selama ni..


Ala lagipun memanglah dia sanggup letakkan player ni kat kete aku, ater dah dia je melenjan kete aku ni.. jimat minyak katanya





p/s: Jgn lupa isi angin kete yg tersadai kat rumah tu ye syg ooi..

Masak?

Memandangkan aku still duk ngan mak aku, ada gak org tanya sama ada aku ni msk utk laki ke tak. Seperti isteri2 yg lain aku jugak memasak untuk suami tercinta. Biasanya weekend je lah aku masak pon, hari biasa kadang2 lah. Ni menu last weekend. Ni ajer yg sempat, memandangkan hari tu byk sgt agendanya..

Aku ni takdelah terer sgt masak. Tapi aku sukalah jugak memasak & suka mencuba sesuatu yg baru. Tapi aku tak suka buat kuih, buat kek atau buat biskut atau apa2 yg seangkatan dengannya. So far, apa yg aku masak asben aku telan ajer, komplen dia satu je, sedap :P.. hehe. bangga tu bila laki kita makan sampai tambah2, tapi masa yg sama tak suka jugak sebab takot dia gumok nanti. Apa aku masak dia telan jerk, janji bukan ikan2 sungai atau ikan air tawar . .

Salah satu peberet cik abang aku; Lala Masak Tiram


Ikan goreng satu kemestian untuknya


Kangkung Ikan Masin