Friday, October 29, 2010

Jumpa Doktor

Last weekend, asben ada appointment dengan doktor. Kami anak beranak pun follow jugak.


amik darah

Doktor amik darah nak cek kandungan gula dan kolestrol asben. Asben aku ni masa sebelum jumpa doktor kemain lah jaga makan segala. Pastu baru2 ni result blood test dia kuar, doktor kata sumer normal. Dan dan tu jgk dia belasah makan. Not gud. Not gud. Tapi takpe sebagai isteri yg bertanggungjawab aku akan jaga pemakanan dia. Dengan kata lain tak payah masak. Oooopps. eh takdelah.



masih menyucuk

Dr. Rozaidah doktor feberet

Bagus doktor ni. Nak tanya apa tanya jelah. Dia akan huraikan. Kalau takde patient lama lah kami lepak kat dalam tu. Kengkadang sampai susukan anak pun kat dalam bilik dia jgk.

sambil pangku Marissa sambil amik gambar

Terorkan aku. Eh ingat senang ker sambil pangku anak, pangku henbeg segala, sambil tu nak snap gambar bagai. Kamera dahlah godang.

Di kesempatan tu jugak, ingat nak suh lah doktor jab kan Marissa utk 3rd imunisasi dia. Kalau ikutkan memang awal seminggu dari tarikh yg sepatutnya lah. Yelah dah alang2 kat klinik kan. So, ingat minggu dpn nya tak lah kena datang lagi. Tapi doktor tak nak enjet pulak. Dia kata tunggu jelah, lagipun Marissa time tu cam dedar lah pulak.

doktor pun main2 jelah ngan Marissa


"selamat aku tak jadi enjet" kata Marissa dalam hati


sambil2


Pantang nampak penimbang, nak jugak timbang anak. Walaupun tau berat dia berapa.

Masih 7 kilo


Aik.. tak naik2 pulak.. apa Marissa tak cukup susu kah? Kang berat2 kang aku gak yg susah nak dukung. Weekend ni appointment sebenar Marissa. Nak tgk berapa berat dia. Ada naik kah? Ada turun kah?

Memi & bebi

Lepas jumpa doktor, adalah masa menjamu selera. Lapar wei, dah sebelum datang tu tak makan apa lagi. Yelah asben kena puasa kan nak amik darah. Konon nak breakfast lah. Tapi jam pun dah pukul 11 lebih terus makan nasi.


Tido walau di mana saja

Ni lah yg bagusnya si Marissa ni. Kalau bawak keluar senang jer dia nak tido. Lebih2 lagi kalau dalam kete. Cuba kat rmh kemain nak kena tepuk lah, nyanyi lah nak tidokan dia.

Takde Sedutan

Korang pernah?

Puas dah ejas kasi kuat, kasi slow. Tetap takde sedutan. Apasal nie? Rosak dah ke mesin nie? Masa tu rasa dah nak tensi dah. Yelah.. .

Cuba lagi. Still unsuccessful.

Rupa2nya ...

>
>
>
>
>
>
>

Boleh membran yg putih tu lupa nak pakai??. Patutlah...

p/s: Hanya ibu-ibu yg mengepam jer yg paham.

Dalam Kereta

Kan aku asyik bising kata asben asyik amik gambar Marissa jer. Aku seperti dipinggirkan. Cea ayat. So, baru2 ni kami kuar anak beranak, kemain lah asben aku dok snap2. Hah nak amik hati lah tuh.

Ok ni gambar mama dan baby bergedik.

cheese..

eksen pulak si Marissa ni takmo pandang kamera

still tak mo pandang kamera


hah yg ni baru like mother like doter.. dua2 pejam mata hehe

sama ke tak ke.. mama tetap sayang Marissa

bye..bye.. kami nak jenjalan

Ini adalah entry utk membanyakkan entry.

Barang tuk Mama & Ayah Marissa Pula

Memandangkan terlalu banyak gambar2 yg diambil dan nak gi print tu tak tau lah bila kaedahnya makanya sumer gambar2 disimpan di dalam lappy dan hard disk saje. Memandangkan jugak lappy pun dah penuh, hard disk yg sedia ada pun dah penuh maka terpakslah pergi membeli another hard disk. Hard disk yg ke tiga.

Terus amik yg 500gb

with the casing




kaler merah

Ala sekang ni hard disk dah tak mahal cam dulu2. 500gb leh je dapat dalam rm250. Hard disk ni penting, ko blh back up segala apa yg ada kat pc or notebook tu. Yelah mana lah tau tetiba kang pc or laptop corrupt. Tak ke meroyan. Hilang segala.

p/s: yang pasti gambar anak lah yg paling byk disimpan

Selamat Pagi Jumaat


Segar dan nyaman betul pagi ni. Baru lps hujan kan. Tgh tunggu komuter ni. Klu delay memang sajelah hilangkan mood aku yg segar nyaman ni. Sambil2 ni layan dgr radio. Tah nape sekang ni suka plak dgr klfm. Byk info, lagu best, iklan kurang. Hey mana tren ni? Delay lah ni!

Thursday, October 28, 2010

Gelagat Marissa Dengan Bumbo Seat

Memang dah lama aku berhajat nak belikan Marissa bumbo seat nie. Tambah lagi sekarang ni dia tak suka dibaringkan. Yelah balik2 baring, baring, baring tgk syiling rmh atau kipas. Budak pun tau boring ok. Tu pasal kalau dia dok rengek2 time baring, dudukkan dia atau berdirikan dia. Terus diam.

Jom tengok aksi dia masa mula2 diletakkan kat bumbo seat tuh. Gambar pakai kamera phone jer. Malas nak tunggu asben kuarkan kamera dia. Aku dah tak sabar katakan.


Teruja dapat duduk sendiri







kemain eksen lagi muka bila duduk kat situ



alangkah berbeza saiz kerusi org dewasa dgn bayi



dari sisi




geram





Inilah hadiah sempena Marissa 5 bulan


" Thank u mama :)"
Dah lama lah aku dok survey bumbo seat ni secara online. Tapi kebanyakannya sumer dah sold out. Takde stok. Tgk gak kat littlewhiz hari tu, memang ada offer dan murah tapi takde stok. Dorang kata next week stok baru sampai.

Tapi dah nama mak ni kan memang lah kalau dah nak satu2 benda tu tak sabar nak nunggu. Kebetulan pulak masa jenjalan kat Sogo ternampak pulak bimbo seat ni kat bahagian baby. Padahal selama ni takde lah pulak. Since dah ternampak tu, terus lupa online, dan dan tu jgk terus rembat. Tapi harga memang jauh berbeza lah. Kalau aku sabar sikit mgkn leh lah save dalam RM100. Jauh beza tau. Aku tgk kat littlwhiz harga baru RM139.90 dengan play tray set. Harga kat Sogo RM249.90. Seat getah gitu jer pun harga kemain kan. Import katanya kan. Tapi takpelah dah aku yg tak sabar sgt kan.. so pejam mata sudah. Yang penting seat itu sudah menjadi milik anak dara aku.

Bumbo baby sitter

Apa kegunaan bumbo seat ni?
Bunbo seat membantu bayi duduk secara tegak. Boleh digunakan bila bayi boleh menyokong kepala mereka sendiri. Digunakan di atas kawasan rata dan selamat.

Sila layari http://www.bumbo.co.za/ utk penerangan lebih lanjut tentang baby seat ini.

Anak Saya Berusia 5 Bulan Hari Ini



Dah besar dah anak aku rupanya. Kalau kira hari dah 150 harilah kiranya. Update perkembangan lebih kurang update yg 4 bulan hari tuh. Adalah perkembangan2 lain. Tapi still belum pandai meniarap. Patutnya esok bawak dia gi cucuk. Tapi rasanya bawak dia jumpa doktor Sabtu jelah. Malas nak amik2 cuti nie. Sempena birthday dia yg ke 5 bulan, aku ada hadiah special utk dia. Next entry yo.

Friday, October 22, 2010

Ayah dan Anak

Dua beranak kalau keluar, memang berkepit jelah. Aku tah yah susah hati sapa kena tolak stroller. Asben memang volunteer nak jadi tukang tolak. Aku pulak memang bebas nak ke sana sini. Asben aku dari dulu memang takde masalah kalau ajak dia keluar especially ajak gi shopping, tapi sekang dia lagi sonok sbb dah ada teman baru.

Kalau dulu dia ikut jer mana aku gi, sekang ni aku pulak yg sibuk dok cari mana lah 2 beranak nie. Tertinjau2 aku mencari mereka.

tolak lah ke sana sini



yg budak dalam ni suka lah

Siap dengan kipas kecik dia tuh. Korang jangan tak tau, bapak dia memang over excited kalau beli barang2 anak dia. Macam2 mainan or benda dia nak beli.

Ni lah kerja ayah Marissa. Manalah tak hilang, aku dah sampai hujung sana, dorang masih kat situ. Apa taknya tolak sikit anak, amik gambar. Tolak sikit kang benti lagi amik gambar.

Eh ada dua. Kembar kah?

Kat depan cermin pun nak amik gambar. Ni kalau mak aku tau mesti bising. Dia kata tak elok kasi baby tgk cermin. Padahal dalam majalah PAMA kata elok kasi anak tgk cermin. Kasi dorang belajar.

yg si kenit ni pun layan

Kemain lagi senyum simpul yer. Gigit kang baru tau. Pastu kat bahagian anak2 patung berhenti lagi. Korang tgk lah kerja bapak eh.





Habis segala toys dia nak gandingkan ngan anak dia. Suka2 jer. Nasib takde org sound "No photo please".

Cam biasa gambar aku cam tak berapa nak adalah. Adalah satu dua sebagai wat syarat. Kalau tak kang aku bising lak kan, kata takde gambar aku. Tapi ko tgklah.. gambar cam ikhlas tak ikhlas jer..




Pasni aku nak pastikan ada gambar aku bergedik sama ngan Marissa.

Thursday, October 21, 2010

Berjumpa Atuk & Nanny

Marissa adalah cucu sulung my in law. Memang mereka sentiasa miss miss miss sama Marisssa. Kalau rindu biasanya mereka akan datang ke rmh melawat cucunya ini. Kalau rindu jugak mereka akan membaca blog ini. Itu sbb lah byk gambar Marissa aku tepek kat sini yo. Bukan lah niat nak jaja gambar anak tanpa sebab. Yelah kang ada pulak bunyi2 kata "balik2 citer anak, cam dia sorang jer ada anak". Tapi aku tau korang tak kata camtuh kan.. korang2 kan baik2 sumernya.

Ni citer last weekend. Cadangannya nak balik rmh in law, tapi dorang takde kat rmh. Ada kat Carefour. Carefour mana aku tak ingat. Sorry aku ni buta tempat sikit. So, berjumpa sajer di Carefour. Best jugak sambil tu leh cuci2 mata sikit.


Nanny, Marissa & Atuk

atuk mengagah cucu


"cayaang atuk"

Walaupun kejap, cukuplah wat lepas rindu. Nanti kita jumpa lagi yer!

Tentang Kasih Sayang

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca-pembaca yg budiman.

Hari ini saya ingin membicarakan tentang kasih sayang. Kasih sayang ibu kepada anak dan kasih sayang anak kepada ibu. Eh! Amacam lain benar betuk penulisan aku hari ni nie? Isy.. skema giler.. ni kalau laki aku yg berblog mukin rupa gini lah bentuk penulisannya.

Ok hari ni aku share satu perkara ngan kengkawang sumer. Perkara yg menyentuh hati nurani aku. Nurani....ko lambang cinta... eeh..eh.. teringat pulak lagi esya dulu2..

Gini citernya. Pagi tadi seperti biasa aku menaiki komuter. Dari mana ke mana dirahsiakan atas faktor2 keselamatan. Ptui.. apa ingat artis kah? Oh ya ada reader tanya aku naik train mana.. ok for info aku amik train laluan Rawang - Seremban. Ada antara kamu2 yg sama hala dgn saya? Sila senyum kalau kita berselisihan yer.. Kalau termasam mencuka tu korang pun pahamlah kan... stress lah tuh.. sbb asek tak dapat naik sbb penuh, ataupun sbb kena tolak dengan org ataupun nasib tak baik sbb kena tendang ngan org cam hari tuh.

Dah.. dah tak yah nak citer panjang2.. stret to the point sudah..

Ok cam gini sebenarnya. Biasalah kalau dalam train tu kalau berdiri memang tak buat apa lah. Sambil dengar radio pakai earphone sambil tgk2 org. Kalau duduk tu leh lah lelap kejap. Tapi kalau time berdiri pun kadang2 leh terlelap jugak kalau dah mengantuk sangat.

Aku berdiri kat betul kat depan sorang ibu dan anak. Anak kira masih baby lah. Kat depan aku ke kiri sikit pulak pun ada sepasan anak dan ibu jugak. Tapi anak dah besar lah. Dah anak dara.

Ada sesuatu yg menarik tentang mereka.

Ibu dan anak kat depan aku nampak biasa jer. Seorang ibu yg mendakap anaknya penuh kasih sayang. Yang si anak pulak elok jer duk diam2 kat pangkuan ibu dia. Tapi budak2 kan lama mana sangat dia leh duk diam. Tak lama tu si anak mula gelisah. Tapi tak nangis. Mungkin nak susu. Sambil tu aku tgk jugak lah kot mak budak tu ada bawak botol susu atau tidak. Takde. Tak lama tu nampak mak budak tu ejas2 baju dia. Rupanya dia nak susukan anak dia. Breastfeed. Diulangi.. breastfeed ok.

Berapa ramaikah antara kita2 yg berani nak menyusukan anak di tempat terbuka seperti itu? Dah lah train pun leh tahan sardin nya. Yelah kalau nak fikirkan ko nak tetiba tunjuk tet kat org ramai tetiba. Takde kan?? Tapi baby punya pasal apapun boleh. Aku tengok takdelah pelik. Yelah dah mak mak kan. Mungkin ada org lain yg akan rasa janggal. Org yg rasa janggal itu mungkin dia takde anak lagi, ataupun tak kawen lagi. Tapi pada aku takde apa yg janggal pun. Tu sumer lumrah alam. Menyusukan anak. Bukankah kerja mulia? Mengenyangkan anak sendiri. Tapi aku rasa aku belum berani to that extend lah menyusu di tempat terbuka. Tapi apapun, tempat terbuka ker, tempat tertutup ker tujuannya adalah satu memberi keselesaan dan mengenyangkan anak. Ia jugak menandakan kasih sayang seorang ibu terhadap anak yg tidak berbelah-bagi. Aku kan bila tgk org tu susukan anak, terus teringatkan anak sendiri ok. Terasa dan dan tu jgak nak susukan anak.

Ok kisah ibu dan anak yg lagi satu pulak. Nampak si anak sgt mesra. Sgt mengambil berat tentang ibu dia. Mereka duduk bersebelahan. Si anak mengusap wajah tua ibunya. Sambil tu berbual-bual mesra. Tak lama tu, mungkin ibu berasa mengantuk. Si anak menyuruh ibunya meletakkan kepala di atas bahunya. Cam lentokkan kepala kat atas bahu lah. Korang paham tak? Sila imegin kan yer kalau nak mendapat kesan mendalam dari cerita aku nie.. hehe. Sambil mak dia terlentok kat bahu dia, tangan dia peluk erat bahu mak dia. Macam ibu menidurkan anak, tapi ni anak menidurkan ibu. Fuh so tacing ok... Ko ado nak peluk2 mak ko cam tuh?

Ooooo alangkah indahnya dunia ini. Penuh dengan rasa kasih dan sayang. Marilah kita sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Wednesday, October 20, 2010

Berlipat-Lipat

Bukan lipat kain atau lipat baju. Let's the pictures tell u apakah lipatan itu?


amboi.. rilex nampak

hah jangan nak dibukak seat bealt itu

Tak tau lagi? Tgk gambar ni pulak..

Amacam Michelin tak Michelin?

Jangan tenung saya lama2, saya segan lah

Jangan tanya apa yg saya makan yer.. Saya tak makan lagi.. saya minum ajer.. mama saya tak kasi saya makan lagi, walaupun nenek dan nanny kata saya dah leh makan. Mama kata dia nak kasi saya minum susu ibu puas2 dulu, sok bila sampai masanya mama akan kasi saya makan jugak.


"bila leh makan ni?"

Mama kata tak lama lagi saya dah boleh makan. Yea yea....

Berkepit

Anak saya sekarang sudah pandai berkepit. Selain berkepit ngan mama dia, dia gak dah pandai berkepit dengan teddy bear dia.








Giler comel bila bangun pagi tgk elok jer dia kepit teddy bear dia kat ketiak dia. Sekarang ni waktu tido Marissa dah back to normal. Tak macam masa dia demam hari tuh. Takde nangis2 dah. Mama & ayah dia pun tido dengan tenang dan aman. Tapi yg aku muskil ni, taim tak cukup tido dulu takde lak aku pening2 pale, now ni tido malam dah cukup, bangun pagi pening pulak. Apakah?? Takde apa2 lah.