


The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today



Cadangan nak gi PD ni pada mulanya dari hujung tahun lepas lagi, memandangkan anak buah aku si Ain tu beria sangat nak berpicnic. Tapi taulah hujung tahun lepas, kan cuti sekolah sure resort fully booked punya, tambah lagi cuaca pun cam tak begitu baik jer...so planning tersebut terpaksa diKIVkan. Ain ngan aku (hah tersembul taring aku)
Alhamdulillah hajat nak ke PD dapat gak diteruskan bila terdapat kekosongan chalet pada hari cuti awal muharram hari tu. So, tanpa buang masa aku pun book lah Chalet B. Maka, pada pagi Khamis tu maka berangkatlah kami ke sana. Sampai PD dalam kul 12 lebih, memandangkan check-in time kul 3.00pm so, kami pun bersiar-siarlah dahulu kat Teluk Kemang.
Sakan si Ain tu posing (baju hijau)
Bergambar, shopping2 sikit dan makan tengahari. Servis kat kedai makan kat situ amatlah lem sekali. Aku order char kuewtiau, berjanggut baru dapat. Orang yang makan nasi campur sumer dah setle, aku baru nak makan.
Takde maknenya.. lembap:P
Masa jenjalan kat pantai tu aku terserempak lak ngan member lama masa UiTM dulu. Inaz namanya. Dia sampai tak cam aku, puas aku memperkenalkan diri baru dia ingat.. hampeh tul.
Selepas puas membeli belah maka kami pun meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Sungguh terpegun melihat keindahan resort yang baru diubahsuai itu. Kami menginap di chalet B yang terletak betul2 kat tepi swimming pool. Setelah memunggah barang2 dan berehat-rehat, kami pun memulakan aktiviti renang seisi keluarga. Sungguh syok sekali berenang-renang sambil bermain bola. Yang paling seronoknya si Ain tu lah.. dia memang suka main air. Kami juga telah sama2 mengadakan pertandingan renang (antara kiterang ajelah). Macam gaya 'perenangan' ada. Mak aku pun tak ketinggalan berendam bersama-sama.
Pada malam harinya, mula2 bercadang nak dinner kat luar, tapi memandangkan masing2 dah keletihan kami masak dan makan di chalet sahaja.
Hubby, adik lelaki ngan abg ipar aku sibuk gi memancing sampai tgh malam, tapi seekor ikan tak diperolehi...
Akak aku masak.. nyum nyum. 1 resort bau nasi lemak ni
Lepas makan, tak nak lepaskan peluang untuk berendam lagi, sebab tengahari nak check-out dah... Sian si Ain ngan Adam derang cam tak puas jerk. Takpe lain kali alang bawak datang sini lagi ok.
Sebelum pulang sempat singgah kat Nilai 3 since akak aku yang no. 2 tu tak pernah sampai ke sana. Aku tak shopping apa pun, takde yang menarik minat aku. Lepas jenjalan kat situ, perut pun dah kelaparan, ada request nak makan KFC, so mencari lah kami restoran KFC kat sekitar bandar Nilai tu. Rasa cam Treasure Hunt jer masa nak cari KFC tu. Nasib baik akhirnya jumpa jugak.
Adam Hakimi
Nur Ain Syuhada
Dah beso pun.. cam bdk darjah satu.. padahal baru 5 taun je si ain tu
Lepas tgk showroom kat situ, rasa nak tgk lak showroom kat Desa Puteri. Mula2 gi terlepas jalan lalu sampai ke rumah akak sulung ku.. alang2 dah sampai sana singgah lah kejap kat rumah dia. Lagipun dia tinggal sorang jer tu.. en. husband dia outsation kat Arab Saud. ala orang
minyak.hehehe Bila tau yang aku ngan hubby nak tinjau kawasan dia pun nak ikut sekali.. dia memang suka tgk showroom2 nie..
So, together-getherlah aku, hubby ngan akak aku ke showroom seterusnya.. Rumah kat situ byk dah sold out. Tinggal Town House jer. Town house pun cantik gak tapi agak kecil lah sikit.. Salesman tu ada bagi suggestion to buy 2 units maknanya dapatlah 2 tingkat terus.. tapi kena renovate lah sikit nak pecah dinding.. satu unit lebih kurang 90ribu, kalau beli dua2 170 ribu.. ok gaktu.. tapi jadi rumah besarlah sangat.. sudah jadi sampai 6 bilik.. nak wat pe kan? wat penat ngemas adalah.. takpe2 survey2 dulu...
Lepas jalan2 tengok rumah, akak aku lapar pulak, dia ajak makan. So, kami meneruskan perjalanan ke tempat makan yang dituju iaitu Pizza Hut. Akak aku ni penggemar pizza, so dia belanja kiterang pizza yang baru tu.. ala ape ke nama dia tu.. lupa lah pulak... Masa tu pun dah dekat kul 2. Ini bermakna dari b'fast pagi tadi aku tak balik2 rumah lagi tau. Mesti mak aku tertunggu-tunggu aku balik masak hehe.
Lepas makan kiterang pun baliklah, tapi tak balik lagi tau. Aku singgah kat rumah akak aku no. 2 pulak. Rumah dia tersangatlah hampir ngan rumah akak aku yang no.1 tu. Saje singgah nak jengah anak2 buah kesayangan aku tu. Rindu lak. Lepak2 hujan turun ngan lebatnya lah pulak. Terus aku lepak lama kat situ sampai hujan reda..
Alih2 kul 4 lebih baru aku balik. Sampai rumah mak tengah membetulkan pasu2 bunganya yang tumbang akibat hujan lebat dan angin yang kuat itu.
Malam cadang nak makan sate sebenarnya malas nak masak, tapi pakcik sate tu tak berniaga pulak. Terpaksalah aku masak jua akhirnya.. sempoi ajer.. sambal ikan bilis masak tempoyak.. sedap hingga menjilat pinggan tau.
Pas makan layan tengok tv3 Cerekarama citer Papa.. ada part yang sedey..
Hari Ahad lak
Hari ni memang berazam nak duk rumah ajer.. pagi lepas jemput mak balik pasar.. aku kemas2 bilik sebenarnya hubby yang buat pun, aku alergik abuk, sidai kain dan seterusnya aku prepare lunch.. apa aku masak yer?? oh yer daging masak merah ngan kacang boncis goreng.. nyum nyum.. hubby kata sedap tau.. Petang adik aku mintak tolong hantar dia ke Royal Lake Club, dia ada dinner kat situ... tengok betapa mithalinya aku nie, org mintak tolong tak pernah dihampakan... aku bawak mak sekali.. lepas hantar ke lake club singgah sogo jap.. gi warehouse sale kat tingkat 7 tuh.. hubby nak beli T-shirt.. dapatlah dia 2 helai T and 1 Kemeja.. aku pun dapat 2 helai T gak... lepas shopping minum2 and terus balik.
Balik rumah badan dah letih sikit... baju tak iron lagi nie. esok nak keje.. cam malas jerk. yang mengharukan pulak lampu bilik lak wat hal tak nak idup. terpaksa mintak khidmat adik bongsu aku yang panjang itu tolong repair. Buat penat aku jer tukar lampu cantik kat bilik aku masa nak kawin dulu, alih2 semalam aku tukar lampu biasa ajer.. sebab lampu tu selalu wat hal... takpelah janji terang....
haha amik ko sikit punya panjang lebar aku punya citer nie.. tapi takpe bkn ada org nak baca pun.. cuma untuk diri sendiri ajer... aku blogging ni pun cuma rasa untuk diri sendiri ajer... tapi kalau ada org terbaca cam ne yerk?? I malu lah..
Sekian.
Pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang berbeza (2007), aku & Shah telah menyelebrate anniversary pertunangan kami yang pertama bersama-sama rakan rapat bersama hubby masing2. Belanja makan je pun kat Kg Baru. Pada perjumpaan tersebut kami semua telah berjanji untuk mengadakan at least 1 gathering dalam setahun. Seronok gak bila berkumpul-kumpul sekali-sekala ngan kawan2 yang gila2 nie walaupun masing dah berlaki. Watie, Wan, Nita & hubby masing2 punyalah sporting.. Tambah lagi Nita memang terkenal ngan gila2 yang teramat dia tu menggamatkan lagi keadaan. Harap2 persahabatan ini akan berkekalan walaupun masing2 sekarang ni ada keluarga sendiri. Seronok kawan ngan korang tau.... oh ye derang ni sumer kawan2 aku masa dari sekolah rendah dan sekolah menengah lagi. Layan gambar jelah tapi sori gambar laki masing2 takde dalam simpananlah pulak..




Yg mana satu birthday girl nya? She's the third from left (left to right: aku, adik aku, akak 1st, akak 2nd)