Buat yang selalu nampak aku bawak beg banyak2 dan pastu tanya bawak apa tu.. byknya beg dia.. Ni aku nak gitau apa yg aku bawak nie. Ceh bajet org yg tanya tu baca blog aku lah kan.. Ala pompuan biasalah memang aku perati kebanyakannya mesti bawak lebih dari satu beg. Dengan henbegnya lah, beg jinjingnya lah. Pastu kat dalam beg tu nanti ada lagi beg2 yg lain, beg mekap lah, wristlet lah, purse lah, segala macam lah yg diangkut oleh pompuan. Tu belum lagi kang ngan paper beg dan plastik beg segala macam. Hahaha.
Buat masa sekarang, ni lah beg2 yg aku hangkut tetiap hari
Hari ni aku nak tunjukkan apa yg ada dalam beg tu. Yang dalam beg cekelat tu jer. Yang dalam henbeg takyah. Rahsia kerajaan. Takut nanti org ragut pulak sbb dalam tu ada byk duet. Hahaha. Tak lawak.
Ok kat dalam beg cokelat tu ada pulak satu lagi beg.
nampak?
Tu nama dia beg di dalam beg. Beg biru ini adalah cooler bag utk aku menyimpan EBM. Yer aku masih lagi menyusu anak dan masih lagi meneruskan aktiviti mengepam. Sampai bila? Selagi ada rezeki dan demand, aku akan teruskan aktiviti ini. InsyaAllah.
Dalam beg ni, ada pack ice dan botol susu
Selain ada beg biru di atas, kat dalam beg cekelat tu ada lagi benda2 lain yg aku bawak. Nak tau aku bawak apa? Bekal u ols... dengan bangganya nak gitau sekarang ni ntah nape aku suka pulak bawak bekal gi kerja. Feeling satu macam sangat bila ko makan bekalan ko sendiri. Teringat zaman persekolahan dulu. Mak selalu bawakkan bekal tuk sekolah petang.
Mulanya aku terbawak bekal ni bila masa dulu, buat kan bubur anak pastu cam terbanyak, pastu aku pun bawaklah sikit gi ofis, anak makan bkn byk mana pun, dari terbuang baik aku bawak gi kerja.
bubur nasi yg sungguh tak menyelerakan kelihatannya
Nampak jer cam tak sedap, tapi sedap tau, aku bubuh ikan jenahak sekali. Ikan tu dah lah sepotong 4 hengget lebih, kang kalau tak abis kan membazir, so betterlah aku sebat sikit makanan dia. Sampai lah aku pun rasa boring dan kembang tekak nak makan bubur. Inara pun sama. Lepas umur setahun 2 bulan, dia cam tak koser dah nak makan bubur2 nie. So, aku pun stop lah masak bubur pagi2 hari.
Bila dia dah tak mkn bubur aku dah tak tau pulak sediakan dia makanan apa. Dia bukan suka sangat dah makanan2 berunsurkan makanan2 bayi ni, feeling dewasa lah tuh. Maka aku pun switch lah menyediakan makanan yg berunsurkan kedewasaan sikit. Bila dah prepare makanan ni, aku rasa cam eh.. better aku bawak sekali tuk diri sendiri. Bertitik tolak itu, maka bermula lah aku seorang isteri yg dinihari2 memikirkan apa yg nak dibawak/dimasak.
bekas purple yg sedia berkhidmat
Ni menu utk pagi ini. Nasi goreng dan nugget ayam. Bukan Inara jer yg bawak bekal ni. Baik aku, asben, Marissa semuanya membawa bekal sama ke destinasi masing2. So, ko bayangkan tiap2 pagi aku wat benda nie, bersusun tupperware kat atas meja. Satu utk engkau, satu untuk aku.
nasi goreng ngan nungget. dalam bekas biru tu pulak cili sos
Eh siap ada tambahan pulak tu tu bekalan utk aku nie.
roti disapu peanut butter with strawberry jam & carrot cake
Nasi goreng, nugget ngan roti dah abis aku bedal. Carrot cake tuk dimakan ptg2 sikit.
Ok yang ni pulak menu semalam.
roti dan pau utk breakfast
Semalam special sikit sbb aku bawak bekalan tuk lunch sekali. Hehe semangat rajin bawak bekal sbb dah janji ngan my opismet tu bawak bekal together2, so boleh makan berjemaah. Gigih pagi2 sinsing lengan. Ok aku bangun kol 5 pagi tuk wat nie sumer, pastu nak iron baju lagi. Kadang2 rasa cam ibu dan isteri misali sgt. Puii.
Nasi, ikan masuk taucu dan telur dadar
Yang penting kicap tidak dilupakan. Mesti kena tuang kicap dulu baru rasa lengkap. Yang kat atas tu menu semalam.
Ni aku nak share pulak menu kelmarin. Almost hari2 masak dan bawak bekal. Perghhh giler rajin bini sape lah nie... hahaha. Kelmarin punya memang complete set lah. Dari set breakfast hinggalah membawa ke hi-tea.
amik ko bersusun
lets see apa yg aku bawak tuh...
makan roti lor
ni nama dia roti telur sos leleh. Memang meleleh
Simple jer tapi sedap rupanya. Aku tak tau nak wat apa, aku just buat telur mata pastu bubuh sikit blackpepper pastu letak mayo ngan sos. Mmpphhh.. cuba lah.
Untuk lunch plak ni menu dia.
Nasi kicap, sambal sotong dan telur mata
Telur tu tuk buat syarat tuk tambah2 lauk jer. Hehe. Cam tak syok lah kan sejenis jer so kita gorenglah telur makan dapatlah dua lauk. Gituh. Hah jangan cakap lauk2 ni sumer balance semalam punya ke apa yer... i is gigih masak pagi2 hokey. Mampu kol 5 pagi tumis sambal kat dapur?
carrot cake tuk minum petang
Memang complete lah sajian hidangan aku kelmarin. Carrot cake tu aku beli kat La Boheme Aeon. Kek dia memang sedap. Red velvet dia pun sedap. Aku kalau pergi memang akan borong 2 kek tuh. Pastu kat rmh, harapkan aku jer yg makan kek tuh, so, dari dia expired kat dalam esbok better lah aku bawak sikit2 ke ofis. Lama2 pun habis.
Yang ni pulak bekal minggu lepas.
nasi lemak telanjang
Jangan gitau Chef Wan yer. Boleh aku lupa pulak nak hiris timun. Kacang memang takde lah. Ikan bilis goreng pun tak sempat nak buat. Tapi ni pun dah kira ok dah. yang penting rasa nasi lemak dia. Nasi lemak tu, sambal dia aku masak malam sebelum tidur. Sbb kalau nak masak pagi2 cam lambat kot sbb aku kalau wat sambal tumis memang lama kat atas kuali. Nasi tu aku masak pagi2. Pakai santan kotak jer. Daun pandan segala takde. Tapi nak dapatkan jugak aroma tu, aku hiriskan sedikit halia.
hasilnya.... licinnnnnn
Ok pasni leh meniaga nasi lemak kat depan rmh.
Ni pulak breakfast2 hari sebelumnya.
nugget, karipap, popiah sayur, mayo & sos
Nasi goreng telanjang
cucur jagung
Bila tengok balik entri/gambar2 nie rasa cam tak caya jer aku mampu buat semua nie... malah aku rasa happy sgt dan puas hati sangat dapat menyediakan ni semua tuk keluarga tercinta. Cam tak caya aku dapat uruskan masa aku sebegini sekali. Yelah nak uruskan bebudak lagi, bapak budak lagi. Org len ada gak lah bibik yg boleh tolong2 sikit. Eh orang bujang pun nak siap diri sendiri pun kelam kabut nak gi kerja, kengkadang nak mekap pun tak sempat, mekap kat dalam kete/train/toilet dll. Alhamdulillah, so far walaupun kelam kelibut sempat gak pagi2 aku lilit2 tudung dan mekap lite2. Tapi takat sempoi2 jelah bekal aku tuh. Jenis yg cpt dimasak sedap dimakan. Sedap lah sgt kheennnnn...
Korang cubalah bawak bekal gi kerja. Best tau. Rasa puas sgt. Tak taulah nak cakap camne kepuasan dia. Tambahan pulak, makanan tu korang sediakan tuk ahli keluarga yg lain. Dan dan tu jugak korang rasa nak berhenti kerja pastu nak jadi surirumah sepenuh masa. Ni aku rasa lah. Korang aku tak tau.
Ok selamat membekal u ols.





























