Sunday, November 30, 2008

Count Down



1 Hari Lagi...

Saturday, November 29, 2008

Count Down



2 Hari Lagi.....

Friday, November 28, 2008

Facebook vs Frienster vs Blogspot

Sebenarnya antara ketiga-tiga di atas aku rasa aku lebih konsentret kat blogspot. Facebook aku jarang2 masuk. Frienster pulak rasanya dah bertahun aku tak masuk2. Kengkadang tu aku hanya masuk bila ada org alert aku suh masuk baru aku masuk. Kalau tak terdampar sepi lah ia.

So, mintak maaflah kalau ada friend request ke msg ke yg tak terespon-respon oleh aku.

Ada org kata blog ni hanya utk org takde keje jer.. sape kata?? korang ingat korang kena spend berejam ke just nak update satu dua citer.. takdelah.. very the sekejapan.. tambah lagi yg tukang taip seorang penaip pantas.. Lainlah kalau blog hoping tu memanglah amik masa sikit, tapi tu boleh lah dibuat time waktu senggang ataupun masa utk mengrefreshkan diri dari stress kerja..

Kepada ofismate aku juga, aku nak gitau aku juga jarang on aku nyer ST.. kengkadang bila org alert aku suh on baru aku on kan.. kalau tak.. takdelah jugak..

Count Down

3 Hari Lagi....

Apakah itu???

Terlewat

Patutnya due 18 Sep hari tu, tapi aku wat dek jer.. yelah semenjak dah kawen ni tak perlu nak risau2.. sbb asben kan ada..

Akhirnya semalam direnewkan jugalah lesen aku ni oleh asben aku..

Aku kurang kisah nak renew sbb sejak kawen ni aku dah kurang jadi pemandu.. sbb aku dah ada pemandu peribadi..huahuahua..

Thursday, November 27, 2008

Bukan..

Tak sampai hati aku wat reader aku meneka-neka apakah berita baiknya itu. Takpun nanti ntah macam2 speku pula yg berleluasa.

Oklah aku berterus-teranglah yer... seperti yg hampir korang2 sumer fikirkan yg aku ni bakal mendapat 'org baru' itu adalah kurang tepat.. Yang itu aku ngaku mungkin belum rezeki aku lagi. Korang doa2 kan jelah.. Lambat cepat tu bukan kerja kita kan?? Kita hanya merancang tapi Tuhan yg menentukannya..

Yang nyatanya rezeki yg aku perolehi itu adalah bersangkutan ngan rezeki periuk nasi aku. Itu saje. Ok clear sekarang? Sori tak niat pun nak wat korang berteka-teki..


Usaha tangga kejayaan.



Dah lama tak gambar. Mesti korang rindu kan... Gambar sekadar hiasan... saje nak gitau tak lama lagi aku nak gi bercuti lagi...yea..yea...

Berita Baik

Alhamdulillah...
Syukur sangat2 dengan rezeki yg dikurniakan ini...
Aku happy sangat2...yihaaaa......

Rezeki didatangkan dengan pelbagai cara...
Kadang2 kita tak dapat rezeki itu, kita dapat rezeki ini...
Kalau kita bersyukur, InsyaAllah rezeki akan datang lagi berganda..

Syukur kepadaNya..
Terima kasih kepadanya...

****************************************************************

Mula2 dapat nie.....

Kemudian dapat ni pula...

pendapatan pertama dari nuffnang.. aku acah jer.. kalau betul harus korang meroyan..yelah katanya baru sehari letak nuffnang takkan cepat bebenor yer tak?? ada org tu dah 4 bln baru dapat 4 hengget...oklah tukan...

Baru Nak Join!

Org lain sumer dah ada nuffnang lama dah. Aku ni baru jer nak berjinak-jinak. Sebelum ni cam malas nak letak, tapi tgk kebanyakan blog ada, so aku pun nak jugak ar.. kata pengaruh blog kan sungguh kuat..

Tetapi kenapa bila aku letak nuffnang ni aku nyer blog cam tak appear sepenuhnya?? Anibedi can explain to me? Abis link2 blogger lain tak kuar.. Camne aku nak blog-hoping kan kalau takde link.. Pakai follower tu boleh lah gak membantu, tapi tak sumer blogger gak ada letak follower tu..

Lagi satu boleh tak kalau aku nak remove poll column tu? Adakah kerana poll itu menyebabkan blog tak kuar sumer? or adakah kerana ads itu yg menyebabkannya?? Ya aku memang lembap mentega bab2 ini...

Kerana itu jugalah nape blog aku ni ghope ini jer, kerana aku bimbang bila aku tukar2 nanti ada jer yg hilang....

... tolong saya.. bantu saya.. saya budak baru belajar... (ikut lagu p. ramlee pls)

Wednesday, November 26, 2008

Pasangan Kaki Enjoy

Sape tengok citer Semanis Kurma malam tadi? Ala citer yg dihoskan oleh Ustazah Nor Bahiyah bersama-sama suaminya Ustaz ..... err aku lupa nama suaminya..

Dulu tak salah aku citer ni ditayangkan masa bulan puasa, mungkin atas sambutan ramai citer ni diteruskan hingga ke hari ini setiap hari Selasa jam 9.30mlm, siaran tv9.

Malam tadi lepas tengok cerita Puteri Salju (adaptasi citer snow white) terus aku lekat kat depan tv. Aku ni layan jer drama2 melayu, kalau bkn kita yg nak menyokong industri kita sapa lagi?..

Habis citer tu terus aku layan Semanis Kurma nie sbb isu malam tadi cam menarik perhatian ajer.. topiknya ialah Pasangan Kaki Enjoy. Pastu dia nye tetamu jemputan pun cam best jer iaitu Sharifah Shahira ( ataupun kak Kelly dalam citer puteri salju - dalam citer ni dia jadi pompuan jahat tapi jahat2 pun aku suka sbb dia tu kelakar. dah menyimpang lagi aku nie) dan Atilia (penyanyi yg kecil molek yg cute tu.. suka tgk muka dia)..

Ok back to the topic.. enjoy ni berbeza-beza pada setiap individu sebenarnya... ada yg laki bini suka enjoy, ada yg laki jer yg suka enjoy, ada yg bini jer yg suka enjoy & mungkin ada yg dua2 yg bkn kaki enjoy. Pada pendapat aku enjoy adalah tak salah, tapi bkn enjoy yg melampaui batas sebagai seorang suami dan isteri & batas2 agama..

Actually, yg paling enjoy sekali ialah enjoy bersama suami atau isteri masing2... Pada aku lah kehidupan selepas kawen adalah yg paling enjoy sekali. Pasangan bebas utk melakukan apa saje dan pergi ke mana sahaja. Yelah masa sebelum kawen dulu kita mana boleh enjoy berlebihan & ada batasannya contoh kalau kuar dating2 pun harus ada limitnya. Tapi bila dah kawen ko kuarlah nak gi mana pun. nak balik ker tak balik ker takde sape yg kisah...pada aku time ni lah nak enjoy sepuas-puasnya. Tapi ada gak pendapat yg menyatakan kalau nak enjoy elok sebelum2 kawen.. nak enjoy apa nya kalau belum kawen?? tapi tu adalah pendapat masing2.

Ada lah a few callers dari rancangan tu called, meluahkan rasa hati masing2. Ada pasangan tu baru jer setahun lebih kawen.. yg si isteri tgh mengandung 4 bulan. Masalahnya si suaminya masih berperangai seperti belum kawen.. malam kuar, balik sebelum subuh.. tinggalkan isteri sorang2.. gi berpoya-poya ngan kawan2... pendek kata asyik nak berenjoy jelah kerjanya...
ok enjoy begini adalah tidak bagus yer tuan2 dan puan sekelian... sila beri perhatian kepada isteri masing2.. apa salahnya ko bawak bini ko tu sekali sama2 kuar. have fun sama2...

Ada caller lain pulak yg masing enjoy hidup sebagai suami isteri walaupun dah kawen lama.. resipinya ialah sentiasa enjoy bersama suami dan isteri masing2.. pergi sini bawak bini, pergi sana bawak laki pendek kata sentiasa bersama-sama dan sentiasa memberi keutamaan kepada pasangan... yg ni aku suka...hehe

Tapi jangan pulak laki ko enjoy ngan org lain... bini ko enjoy ngan org lain.. itu adalah songsang.. e..eh..

Kesimpulannya, aku enjoy ngan life aku sekarang... :)

Tak Berubah

Blog aku ni akan menyambut birthdaynya yg pertama pada 13 Dec. ini. Walaupun dah nak setawun wajah blog aku ni tetaplah macam ni tak berubah-rubah gak. Mintak maaplah yer kalau korang jemu melihat template aku yg sebegini adanya. Kalau korang muak aku tak leh halang tuk korang terus beralih arah ke blog org lain, kerana aku yakin ia tetap takkan berubah.

Lagipun aku suka jer blog aku simple2 cam ni dan berlatar belakangkan putih. Harap korang tak kisah kerana aku takkan kisah dengan template aku nie, kerana aku hanya memberi penekanan pada entry2 aku sahaja.. ewah.. camlah entry aku ni best2... hahaha suka hati aku ler...

p/s: Yang sebenarnya aku adalah seorang pemalas...hahaha

Tuesday, November 25, 2008

Dah Siap

Semalam lepas balik kerja aku ngan asben sempatlah menyinggah nengok rmh kami tu. Hari tu ada wat sikit renovation kat bahagian kitchen sajelah nak tengok dah siap ke belum ker?? Nampaknya sudah siap... Tengok dari hasil kerja yg derang buat tu oklah memuaskan hati...

Pasni nak wat wiring pulak... tak nak buat pun takpe sebenarnya, tapi rasa cam perlu pulak nak tambah sikit2 lagi.. rasanya lebih elok kalau buat sekarang nie selagi belum pindah nie..

Pastuh nak wat grill pulak.. pastu nak ni pulak.. pastu nak itu dan ini pulak... adoiyai.. penatnya nak menduduki rmh baru nie...

ooh byk lagi yg tak siap rupanya..

Lunch @ Shangri-La

Ada org telah memaksarela aku utk mengjoinkan diri utk lunch di tempat seperti di atas tengah hari ini. Aku adalah amat segan utk menturut sertakan diri. Tapi org cakap rezeki jangan ditolak maka aku menerima pelawaan itu dengan hati terbuka bercampur sedikit perasaan malu2 tapi mau. Cerita lanjut mengenai lunch tersebut mungkin tidak diceritakan dengan lebih lanjut kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat. haha takde maknanya.. suka ati aku lah kan nak citer ke tidak..

bye... Selamat makan tengahari..

Expired

Kisah 1

Bln lepas asben aku renewkan driving licence dia yg telah expired beberapa hari. Aku selaku isteri telah membebel kadar minima mengatakan camnelah lesen sendiri leh tak ingat nak renew. Aku pun ngan bangganya cakap "tgk org nye, hidup jer" sambil menghulurkan driving licence aku. Rupa2 nya tanpa aku sedari aku lagi teruk dari asben aku. Lesen aku dah expired since bulan September hari tu...

Kisah 2

Si Ain suka benar main trial game kat notebook aku tu. Game kegemaran dia tu yg apa tu...ala Alice Greenfingers tu.. tapi korang taulah kan kalau dah trial tu baper lama jer leh main kan... cukup waktu maka expired lah ia.

Ain: Ain nak game nie.
Aku: Game ni dah expired
Ain: Game nie? (sambil merujuk ke game lain)
Aku: Ala expired gak...
Ain: Yang nie.. (sambil merujuk game lain) basi gak ker?

Mungkin pemahamannya expired = basi.
Kan kita selalu sebut makanan dah expired jadinya makanan expired = makanan tidak boleh dimakan = makanan basi
basi = expired..

sungguh mudah mereka membuat kesimpulan..

Yelah Update Lah Nie

Amboi ada org sound nampak... ala rilexlah baru 3 hari jer tak berupdate...
aku pun tak tak tau tetiba rasa cam retilah nak nulih aper..
create2 post aku simpan jer kat draft...

Oklah aku citer laju2 jelah yer..

Weekend hari tu takde apa yg menariknya, asben aku pergi meninggalkan aku selama 3 hari 2 malam tak balik2. Sampai hati dia tinggalkan aku. sob sob sob. Tu pasal lah aku tak mengedate blog nie sbb aku takde mood kerana ketiadaan suami di sisi.. cet..

Maka tanpa sebarang pesan tinggal lah aku terkontang-kanting sorang2 di rmh. Aku tipu mana ada tinggal sorang dah tentu mak ngan adik aku ada kat rmh.

Dah dah.. kang adalah speku yg menyatakan hubungan kami berantakan..nehi nehi nehi (ayat kak piah). Sebenarnya asben aku ada gamelah.. dia terpilih mewakili ofis aku utk pertandingan badminton....

Untuk mengisi masa lapang weekend aku hari itu, aku bersama-sama bespren aku telah pun mengeluarkan diri bersama-sama. Since laki dia pun sama2 membizi. Kami bercadang utk pergi melawat seorang member kami yg baru saje melahirkan baby.

Sebelum ke rmh dia kami sempat singgah utk membeli hadiah kepada baby tersebut.. Mula2 nak beli hamper yg sedia ada sahaja tapi memandangkan kandungan dalam hamper itu ada yg merepek-repek maka kami mengambil keputusan utk membeli barang2 baby secara berasingan. So, boleh lah pilih2 apa yg kami minati.. wah ikut minat sendiri pulak yer.. padahal nak kasi kat baby tu jer.. Pastu ingat nak suh lah salesgirl tu watkan hamper daripada barang2 tersebut. tetapi tukang wat hamper telah pergi rehat.

Maka kami dengan rasa malas utk menunggu terus ngambik keputusan utk memberi sahaja barang2 itu seadanya dengan plastik2 itu sekali... boleh camtuh?? haha selamba..

Ingat pas beli hadiah tu leh lah terus gi rmh member aku tuh. Tapi kami singgah sebentar ke pizza hut utk mengisi perut.. Tetiba kami rasa lapar. Lepas makan baru kami bertolak ke rmh member aku itu utk melawat baby pompuannya itu..

Kwn aku ngan husband dia suka dengan pemberian kami yg semuanya berwarna pink itu.

Lepas melawat kami pun balik ke rmh masing2.

Tah cam ape jer entry aku kali nie.. cam karangan sekolah rendah jer gayanyer..

Friday, November 21, 2008

Tentang Kejujuran

Kengkadang memang kita nak update blog kita dari semasa ke semasa.. tapi kadang2 blank tak reti nak mula tang mana..

Kengkadang juga lah tag menjadi penyelamat. Tu pun tgk tahap kerajinan gak lah nak buat.. kengkadang nak wat tag ni nak kena perah otak gak nak menjawab.. cam tag nie... Tak abis2 tau minah ni mengetag aku.. nanti siap ko!

#01; - Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng tag

Jadinya aku telah ditag oleh si Tinit ni.. maka akan aku tuliskan 10 perkara mengenai diri beliau.. ni memang dari pandangan dan perspektif aku yang halus yg tulus ….yg kurus yg lurus.. apa2 lah yer..

Sedikit sebanyak aku tau mengenai beliau adalah seperti berikut:-

1. Isteri kepada seorang suami - betul lah kan pompuan mana leh kawen lebih satu..
2. Ibu kepada 4 org anak – yg kesemuanya perempuan
3. Anak pompuan kepada En. Osman Bashah dan isterinya (aku tak tau nama mak ko) -
4. Pernah berkerjaya satu ofis ngan aku pastu gatal2 nak mintak tukar2 pulak
5. tersangatlah selamba, simple & macam seolah-olah takde problem pun ya gak..
6. Tempat aku nak ngadu2 kalau aku ada problem – maknaya leh dipercayai lah jugak.. yer ke . boleh nie?? Hehe
7. keretanya pernah dirompak di Mid Valley
8. Kalau bawak kete tentu org sebelah2 (terutama lelaki) akan menoleh 12 kali kepadanya – masa dia bawak keta lakinya yg brutal ittew..
9. Pernah jatuh terduduk masa sarat pregnant – ngeri siot.. seb baik takde pape berlaku…
10. Pompuan yg gila gadget – adakah patut org pregnant craving benda mkn2 dia craving gadget


#02; - Orang yang kena tag pun kena tulis juga 10 perkara ttg diri sendiri...

Ala ni yg aku paling tak suka ni nak citer pasal diri sendiri.. 10 pulak tu.. nape tak mintak ajer 50..kih kih kih.. nama pun game kan aku wat jelah yer..

1. Bukan seorang yg single tapi double - maksud aku dah kawenlah kan..
2. Seorang anak, kakak, adik, mak sedara yg baik hati

3. Seorang pekerja yg patuh dan dedikasi

4. Tak reti nyanyi - serius memang out giler

5. Suka masak tapi tak tak suka baking (tak pandai sebenarnya)

6. Seorang yg suka berbelanja tapi pandai menyimpan

7. Tak suka menghampakan org

8. Suka berterus-terang tambah lagi ngan suami.. dia tau jer apa secret aku...aku pun tau resia dia

9. masih menanti... menanti apa?? biarlah aku sowang jer tau..gedik kan??

10. aduh tension aku nak siapkan soklan ni... cukuplah takat ini sahaja..

#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

ok aku nak tag lebih dari 10 boleh?? aku nak tag kesemua blogger yg telah berdaftar menjadi follower aku... sila cek bahagian kanan blog ini.. jika anda telah ditag benda yg sama sila abaikan tag ini, tapi kalau belum buat sila buat ok....

#04; - No tags back!

Sekian, terima kasih

Lelucky & Senorita

Citer ni korang takkan faham sekiranya korang tak pernah tgk iklan Ifa Raziah ngan Shamsul Ghau Ghau tuh.. ala iklan yg ala2 sengal tuh...ala iklan apa tu.. ala iklan D'naveechi aku pun tak taulah apa mendenya...

Tadi tengah aku bersiap-siap nak ke ofis tetiba asben aku pegang tangan aku & salam aku..

Asben: Terima kasih sayang... (pastu dia meneruskan skrip seperti Ifah Raziah dalam iklan tu)
Aku: ????????????????????????????????


Pagi2 dah melawak ngan aku yer...

Thursday, November 20, 2008

Kena Block Pulak

Habis jer makan malam tadi teruslah nak balik rmh. Sampai kat kereta tgk ada satu kenari baik punya parking kat belakang kete aku.

Kiterang bajet org yg park tu haruslah duk berhampiran kat situ jer since dia sudah blocking.. yelah asben pun ada gak pernah blok kete org, tapi tak duk jauhlah sbb nak stand by kot ada yg nak kuar ke apa..

Tapi ni tidak.. asben dah start engine still takde sape yg nak alihkan kete tu.. asben aku pun startlah menghonkan kereta utk mengalertkan tuan punya kereta itu..

Tapi still takde sape yg respond... aku kurang sabar sikit.. aku tekan hon panjang2.. sampai sumer yg makan kat situ pandang2.. pasal aku lah.. aku ngantuk dah time tu...

still takde sape2 yg datang, ibarat kereta tu tiada sape yg punya. asben aku pun jenguk2 lah kat dalam kete kot2 leh cari bukti sape nye kete... camlah dapat kan??

Tapi memang dapat.. kat kereta tu ada ciri2 yg menunjukkan tuan empunya kereta itu adalah seorang Kelly Ng (sori peej - i follow u).

Memang kat situ tak ramai kelly ng pun.. apa lagi asben aku pun terus lah gi mencari kot ada terselit sorang dua kelly ng.

Akhirnya berjumpa...

Tanpa rasa bersalah kelly ng tu pun terus alihkan kereta dia without say sorry ke apa.. nak ajer aku calar kete dia.. bengong nye kelly ng..boleh dia tak pasan yg kiterang dok menghon-hon kete.. pekak aper??

Lain Yg Diminta Lain Yg Diberi

Malam tadi kuar makan sama2 ngan asben ngan MIL. Kiterang orderlah makanan2 yg nak dimakan. Setelah berapa minit sampailah makanan2 tu sumer kecuali udang goreng tepung.
Perut dah lapar malas nak tunggu2 terus je makan apa yg dah sampai dulu. Nasi dah nak abis sepinggan. Udang tak sampai2 gak..tapi takpe we all still sabar je menunggu.. hinggalah akhirnya makanan yg diorder tu sampai...

tetapi

yg dihantar itu bukanlah udang goreng tepung
tetapi sotong goreng tepung

putus selera nak sambung makan..

panggil balik budak pelayan tu... MIL sudah sound itu pelayan
dahlah tunggu lama tapi sampai2 salah makanan pulak

Boleh budak waiter tu cakap apa??
takpe2 makan je ni free tak yah bayar..

sori we all bkn men sebat jer walau free ke aper..
maka dengan itu sotong goreng tepung itu telah dikembalikan semula...
bkn apa kalau nampak menyelerakan haruslah kami mkn jugak sotong tu.
tapi ianya kelihatan seperti cucur kodok sajer rupanya.. nampak tepung sajer..
sotong nampak janggut jer..

Wednesday, November 19, 2008

Mana tak Tumpah Kuah Kalau tak ke Nasi?

Tetiba lak ada pepatah bagai..

Hari tu aku balik kerja, masuk2 bilik tgk ada sesuatu kat atas katil.

Surat apa pulak nie?? dalam hati tak lain tak bukan mestilah si Ain yg letak.. dia kan memang suka wat seperais kat aku.. kadang2 drawings dia letak kat atas katil.. pernah sekali masa nak raya angpau (siap duit ok) ngan kad raya terpakai dia letak kat atas katil aku.. konon nak balas budi aku lah tu kot.. yelah aku kan selalu jer tinggal benda2 or hadiah2 just want to suprise them (ain & adam)
Bila tgk dekat rupanya kertas exam dia..

ooooh.. saja nak tunjuk kat akulah tu yg dia dapat 100% percent utk paper mat dia tuh.. ala aku tau niat tersembunyi dia tuh, dia nak hadiah lah tue... sanggup ok dia tinggalkan paper dia ni kat bilik aku, padahal dia baru je dapat, patutnya dia bwk balik tunjuk kat ibu dia, ni dia kasi aku dulu pulak... sesuatu tul dak ni taw.. suka claim prezent dari ayang dia nie..

Yang terkini, aku baru jer dapat tau yg dia dapat no. 2 dalam exam hujung tahun baru2 nie.... tapi dia tak gitau aku pun, maybe dah kena sound ngan ibu or abah dia supaya jangan asyik mintak hadiah jer... tapi takpe, aku tetap akan belikan dia sesuatu...

p/s: motif tajuk seperti di atas? konon nak kasi tau yg dia pandai mewarisi aku lah tu?? pirah... eh betul apa aku masa tadika dulu camtu gak aper.. tapi aku rasa nak tukar pepatah tu kepada mana tak disuap nasi kalau tak ke mulut..

Tag Game Again

Kali tag daripada pink lover ini pula.. tag agak panjang tapi aku memandai memendekkan ia...


1. What is the relationship of you and him/her?
Suami-isteri


2. Your 5 impressions towards him/her.
** Sabar
** Loving
** Pandai amik hati
** Ramah
**Bertanggungjawab


3. The most memorable things he/she had done for you.
**mengahwini aku


4. The most memorable things he/she have said to you?
** akan menjagaku hingga ke akhir hayat


5. If he/she become your lover, you will...
** become his lover too


6. If he/she become your enemy, you will..
** takmo… takmo…


7. If he/she become your lover, he has to improve on...on his/her
**aku terima seadanya sebagaimana dia menerima aku


8. If he/she become your enemy, the reason is...
** aku lah yg cari pasal tu…


9. The most desirable thing to do on him/her is?
** To become a good wife for him & good mother for his kids


10. The overall impression of him/her is...
** kaulah segalanya untukku…


11. How do you think the people around you will feel about you?
** tak taulah, masing ada pendapat sendiri…


12. The character of you for yourself is?
** Lembut hati
** Sensitif
** Friendly
** Kelam-kabut
** Understanding


13. On contrary, the character you hate of yourself is?
** tak menyabar suka fikir negatif..


14. The most ideal person that you wanna be is?
** proud to be myself


15. For the people who likes you, say something about them.
** sayang korang sumer..



sori sebenarnya adalah a few soklan lagi.. tapi tetiba aku rasa cam nak stop kat sini jer.. nak sambung wat len hari takut terus terlupa.. so, better aku stop takat nie ajer... at least aku wat apa tag nie...

Tuesday, November 18, 2008

Dari Pontian ke Pasir Gudang

Boleh lak aku terlupa lak citer aku gi melawat adik aku yg bekerja kat Pasir Gudang tu. Balik dari kenduri kawen Shima aku ngan asben stret ke Pasir Gudang. Seb baik ada member asben yg tunjukkan jalan.

Adik aku ni tinggal kat Taman Sri Alam tak salah aku. Aku sajer nak tgk keadaan dia kat sana, yelah dah nak sebulan dia berhijrah ke sana.
Tapi tgk gaya dia happy jer kat sana. Keje tak sibuk sgt.. masa terluang asik gi mancing jer dia ckp.. hari2 makan ikan siakap.. hari2 makan sedap2, tapi tak gak gemuk2... masa aku jumpa dia hari tu pun baru balik dari makan pizza. kalau aku cpt boleh join sekaki..



Adik aku ni kalau dulu pantang nampak aku, harus mintak duit dari aku.. ingat aku ni cop duit agaknya... tapi yg bagusnya hari tu dia tak mintak pulak, aku lak yg sibuk nak hulur kat dia... tapi buat pertama kalinya dia menolak...


Adalah sgt pelik bila dia menolak rezeki.. tapi rupa2nya member sudah gaji dah...utk 10 hari bekerja (yg hari lain2 tu dia tak bekerja pun sbb on standby) dia dapat 4 angka.. oklah kan utk dia yg baru jer belajar2 keje.. patutlah dia tak heran ngan duit aku nie.. cet.. sebelum balik aku kasi gaklah dia buah tangan.. tu lauk dari rmh org kawin..


Gaya sebuah rumah bujang....
Sape2 yg dkt ngan rmh derang ni tolong awasi mereka yer....
Tapi tak salah aku adik aku akan balik ke KL minggu nie & mungkin akan terus ditukarkan ke KL sebelum pergi offshore.. kat jb tu pun dia training jer.. mungkin dah abis tempoh training dia kot..

Tahniah!

Selamat Pengantin Baru buat kawan sekolah aku Asyura yg baru jer melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad lepas. Akhirnya bertemu jodohnya dengan org Kampar Perak.



Pastu aku gak ucap tahniah kat asben aku nye cousin yg baru sahaja menimang cahayamata yg pertama semalam. Dapat baby boy. Tahniah Shidee & Qat..

- gambar tiada -

Pastu nak ucap tahniah kat member sekolah aku yg sorang lagi yg baru je menimang cahayamata yg kedua kelmarin. Dapat baby girl. Tahniah Cikgu Wan Haziatul & Cikgu Husnul a.k.a Lanun...

-gambar tiada-

Entah Ler

Mula2 positif pastu negatif pulak....

p/s: kenapa?

Saturday, November 15, 2008

Lagi Gambar2 & Cerita

Tak abis2 kan citer nie.. oklah ni last.. bkn apa syg tu gmbr byk2 aku amik, nak hantar cuci takdelah kot...

Pelamin

Sungguh nyaman suasana pagi di Kg. Parit Gantung Pontian ini

Aku rasa asben aku tak puas masa bersanding dulu... kipas sendirilah yang yer... tapi duk situ main2 takpe kalau betul2 aku sekeh dia nanti


Both of us yg belum mandi pagi..



Siap ada kugiran (Kumpulan Gitar Rancak) - tapi rasa aku lah satu lagu kawen jer yg dia nyanyi




Kaum ibu tgh mengepack makanan tuk para tetamu.. kat sini lain fesyennya, masing lepas makan harus dapat lagi makanan yg telah ditapau utk dibawa balik. Apa tu org panggil? berkat? aku fikir balik kalau kat kl buat cam ni gak.. masak lah nak byr duit catering tuk 2 kali ganda..


Aku ditugaskan utk memberikan 'beg bunjut' ni utk teman2 pengantin khususnya yg datang dari KL.. yelah kaum family dia mana nak kenalkan.. so tugas aku ngan hubby utk menyambut mereka2..


Post ni amat penting sekali.. tempat salam kaut.. hehe... kat sinilah para tetamu akan mendapat berkat masing2.. tak jumpa tuan rumah tak dapat..


Lagi satu, adakah ke patut aku ditugaskan utk memastikan tempat makan pengantin in order.. mana aku reti.. aku susun jelah pinggan tu ikut suka aku... tapi paling tak boleh bla takde sape pun ingat nak letak sudu dan garfu.... sian pengantin


Kami makan dulu sebelum org ramai datang.. kang takde can makan dah...


Layan member2 dari KL


Asben aku lagilah... siap jadi jurucakap keluarga pengantin


suka gambar nie.. cam indah jer suasana di kampung


Mula2 meja utk makan beradap yg panjang tu jer, tapi pengantin kata tak cukup. Dia nak tambah.. terpaksalah tambah meja..tapi kain lapik sumer takde.... korang nampak yg kaler oren tu sebenarnya kain langsir.. tu aku nye idea lah tu.. sambil dibantu hubby & abg sedara pengantin. ok gak kan nampaknya.. daripada togel cam tu ajer...


Friday, November 14, 2008

Aku Suka Budak2 ker Budak2 yg Suka Aku?

Masih cerita kenduri member aku kat Pontian tu.

Mula2 time aku duk sorang je kat dpn pelamin tu. Masa ni awal lagi tak ramai lagi yg datang. Pengantin mintak aku isikan bunga rampai kat bekas kecik2 utk diberikan kepada rombongan belah lelaki.

Time takde org ni apa lagi aku pun bergambar sensorang cam org giler.. amik delete, amik delete, alih2 tinggal ni jelah yg mengikut spesifikasi, yelah yg lain sumer senget benget..

Pastu aku pun startlah buat kerja2 aku. Tanpa disedari aku telah dikeremuni..... tak caya tgk bawah...
Elok jer derang ni duk berkumpul mengelilingi aku tgk aku wat kerja... aku kan suka melayan, derang pun cam rajin nak membantu aku wat keje yg tak seberapa itu
ni dari belah tepi pulak.. derang memang duk dkt ngan aku, ni gambar ni bkn aku panggil suh duk ramai2 amik gambar, derang datang sendiri kat aku...


ala derang tgk aku wat ni je pun....


Pastu gambar ni pulak, ni masa malam berinai tu... sumernya lah berkumpul dpn aku, cam aku ni cikgu tadika... yer aku memang suka melayan as aku melayan anak2 buah aku...


geram aku budak baju cekelat nie, suka bergambar rupanya dia.. asal nak snap jer mesti dia senyum jer


Aku masih dikelilingi kanak2..

Yg ni lagi bagus, aku tgh duduk kat anjung rmh, sambil tgk2 gambar kat kamera. Budak ni tiba2 datang depan aku suh aku amik gambar dia, pastu dia tgk dia cakap hensem, pastu dia belah...

Yg ni pulak hasil kerja tangan aku.. sakit2 tangan aku cucuk bunga manggar nie.. dahlah lidi dia tumpul/tebal belaka. Cucuk kat nanas pulak tu... biasanya cucuk kat betik kan?? mungkin sbb johor ni kan kaya ngan nanas..


Cam biasa, elok aku nak wat kerja jer dah aku dikelilingi budak2 ni pulak...rajin membantu pulak tu..


Korang tengok, ada jelah yg akan duk kat2 aku


Adakah saya mempunyai tarikan terhadap mereka itu??? haha pasan.. takde aku ni je rajin melayan..
Tapi kadang2 aku sengal gak nyakat budak2. Kalau tak, tak terjadilah kes kat Melaka hari tu, ada sorang budak ni jelir lidah kat aku.. nak jer aku balas balik... aku malas nak link2 korang carilah sendiri citer kenduri kat melaka hari tu...


Thursday, November 13, 2008

Tiba-Tiba...

Aku tak cayalah hari ni hit aku cam tinggi semacam jer... aku ni kan blogger ala2 jer. tup2 hari nie aku tgk visitor aku lebih daripada biasa pulak. Siapakah gerangan kamu2 ini??

saya tahu kamu.. (ceh siap nak takutkan org pulak..hehe). kalau dah masuk sila lah tinggalkan jejak anda.. saya ingin berkenalan... leh lah kita tkr2 link tak gitu??

ker yg ramai ni budak ofis aku nie??? tettttt... aku tak kisahlah, tapi jgn pasni aku dgr org ckp2 belakang pasal aku sudah... i dont like it....

p/s: jgn malu2, jgn takut2...

Kenduri Kawen Shima - 3

Kali ni aku citer daripada awal hingga akhir mengenai kenduri kahwin ni pulak. Cerita berdasarkan gambar. Tetapi cerita agak tunggang langgang sbb gambar bila jer berjaya upload terus dia dah tak ikut susunan & aku sgtlah malas nak susun2 balik.... sila maafkan aku yer..

Sebelum gerak ke JB kami berhenti dulu di sini (oh kenangan.. tmpt ku kawen dulu) utk menukar kenderaaan. Jumpa MIL & FIL as derang ada function kat situ...

Mula naik kete asben jer, tapi mujur kami mendengar kata mama supaya menukar kereta.. sbb laluan kat kg shima tu tidaklah sesuai utk kereta asbenku yg agak2 lowered.

Seat belakang adalah sgt penuh ngan barang2, ngan hadiahnya lah, bantal yg spt dikirim pengantinlah, bantal akulah, totolah, beglah, bajulah.. segala2nyalah
Dah tkr kereta... wah speedo lah apa lagi kan... tak laju sgt pun.. agak2lah kan nama pun kete pinjam jer... sila abaikan gambar tangan asben aku. Dia tak berniat pun...

Mengintai dari side mirror - Sampai Pontian dah Maghrib... asben aku memang suka bertanya... padahal boleh jer cari guna map tu... biarkan ajer.. prinsip asben aku malu bertanya sesat jalan... memang sesat pun pada mulanya.. Ringan jer mulut dia nak bertanya, kuar tol kat Pontian tu pun kalau boleh dia nak tanya kat budak tol tu rmh pengantin walaupun sebenarnya jauh lagi...



Pengantin lelaki dah sampai untuk malam berinai.. Aku time tu kira baru gaklah sampai, so aku malas nak mandi2 just tukar jer baju kurung... sbb aku fikir nanti kang berlengas balik sbb nak tolong2.. aku telah menawarkan diri utk ikut rombongan dari belah lelaki, sbb tak sumer yg ikut sbb derang tak tau yg derang kena dtg, masing2 dah berehat malam tu, yelah datang dari Perak.. jauh tu kan.. Perak - Johor.. lagipun pengantin lelaki ni pun member aku & asben gak.. dah tu masing2 sama tmpt keje kan..

Aku duk sowang2 kat situ sambil tgk pengantin bersanding, sbb asben sibuk ngambik gambar...


Asben aku amik kesempatan nak menepung tawar. Mula2 aku yg kena paksa gi menepung tawar, tapi aku bab2 ni agak kureng sikit sebenarnya dah terbiasa sejak belum kawen dulu mak aku pesan jgn tepung tawar sbb takut ilang seri kot.. tapi agak2lah kan sekang nie aku dah kawen pun.. tapi still gak takut ilang seri..piraah.. takde sebenarnya aku ni pemalu sikit..


Korang tgk, boleh laki aku duk berteleku kat dpn pengantin yg tgh bersanding tu.. padahal ada org tgh merenjis tu..

Gadis desa... sapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati tiada memikat..lalalala

Pengantin tgh posing2 bergambarlah..yg baju hijau tu pak andamnya yer...
Kalau anda tidak boring nanti aku sambung lagi yer...

Cerita Kawen Shima - 2

Kali ni baru semangat sikit aku nak cerita, sbb aku dah upload gambar. Mula2 aku nak letak gambar pengantin ajer yer... tapi sori lah aku tak tau apa kena ngan kamera aku ke pc aku, gambar time sanding masa hari siangnya tak nak kuar pulak, dah lah time tu pengantin adalah cantik sekali berbaju pink. Nanti kalau dah ok aku letak gambar yg tu yer... gambar2 yg ni gambar masa malam berinai. Tema malam berinai kaler oren, sanding keesokannya pulak kaler pink... warna-warni gitu kan pengantin zaman sekarang nie..

Pengantin lelaki yg bernama Jeff, yg hobi suka mendaki gunung, tetiba aku selitkan hobi org pulak kan??

Pengantin perempuan bernama Shima atau nama manja Acim. Hobinya aku kurang pasti pula yer..


Direnjis2 diipilis ditepungi lah tawar.. sian pengapit lelaki yg comel tidak kelihatan di dalam gambar ini


Sama cantik sama padan


Percaya atau tidak ini sahajalah gambar aku ngan asben bersama pengantin.. sbb masa sanding keesokannya aku & asben very the busy.. ngalahkan mak pengantin gitu.. hihi


Selain gambar di atas, gambar ni jelah yg aku ada bersama-sama pengantin..



Belakang tu hantaran daripada pihak perempuan. Oklah lain dari yg lain, aku suka, tapi aku rasa cam kurang sesuai sikit sbb rombongan pengantin lelaki datang dari jauh, sure tak sempat sampai sumer ranting dah patah2..

Me and the pengantin.. sama cantik sama padan.. eh tak relevant langsung ayat inie..

Nanti kalau gambar masa bersanding berjaya diupload aku postkan lagi yer...