Tuesday, April 27, 2010

Biasalah.. Last Minute Baru Nak Buat

Hari ni dah 27hb. Tinggal 3 hari je lagi tuk submit income tax.

Tapi yg sakit hati ni, asal buat separuh jalan jer, internet disconnected. Apalah celcom ni servis cam tah hape hape ntah.

Kadang2 rasa bayar tiap bulan RM98 tuk celcom broadband ni membazir aje. Servis sungguh menghampakan hati dan perasaan. Memang tidak berbaloi-baloi.

Tak pasal2 aku dah ala2 durhaka dengan laki sendiri. Bukan apa, bila kita tgh buat submission tuh, pastu tetiba internet jadi slow kedaung pastu terus disconnect. Tak dapat nak marah celcom terus termarah laki sendiri. Padahal dia tidak bersalah. Tapi nak wat camne kemarahan ini terpaksa dilampiaskan jugak. Kalau tidak nanti stress. Org mengandung mana leh stress2 kan.

Pastu padan muka aku dapat terus balasan, kaki terlanggar dengan almari. Sedap. Padan muka aku. Terus mintak maaf ngan laki.

Takpe esok aku try sambung buat kat ofis. Tu pun kalau sempat lah, sbb aku dah 2 hari tidak ke ofis kerana doktor kasi aku MC. Alamak esok dah kena kerja ke? Yeh..yeh.. esok kerja.. *tetiba*

3 comments:

Cik Yayang said...

Tahun 2008, Cik Yayang pn cmtu jugak, last minute on 30 April tu baru submit, internet tak yah ckp la kan..

Tapi tahun ni, 15hb tu dah submit, dan dah dpt reply bertulis dari LHDN utk buat semakan pembayaran balik lebihan..hihihi...syabas...ku sudah berjaya men-submit kan nya..:p

Pepel BoNda AmaNi said...

selamat membuat e-filling..kita dah selamat dah..heheheheh

NeenaAnuar said...

weeeiiii.. umah mak ko kan ade line telekom kan?? pasang jerk lar streamyx tuu.. aku dah lama potong beruk band tue.. memang sakit hati jerk.. tak berbaloi.. gune streamyx terus puas hati! lancarrr jerk! hehehee ... bayar RM110 jerk sebulan for 1MB...