Thursday, October 3, 2013

Jika Kasih Kerana Allah

Kalau ada masa baca lah yer.. happy reading.



Assalamualaikum

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat melindungi jalan-jalan yang dilalui lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui satu jalan, malaikat bertanya: “Tuan hendak ke mana?” Jawab lelaki itu: “Saya hendak ke rumah seorang saudara saya di kampung ini.” Malaikat bertanya lagi: “Adakah tuan mengharapkan sesuatu daripada saudara tuan itu?” Jawab lelaki itu: “Tidak, saya mengasihinya kerana Allah SWT.”

Malaikat berkata: “Percayalah, saya ini utusan Allah SWT yang disuruh menemui tuan. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi tuan seperti mana tuan mengasihi saudara tuan itu kerana Allah SWT.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita digalakkan menziarahi orang yang baik-baik, bergaul, bersahabat serta berkasih sayang dengan mereka. Malah, kita juga digalakkan memohon dan mendoakan kebaikan untuk mereka serta untuk kita.

Andainya semua makhluk di dunia ini sentiasa mengharapkan serta mendoakan yang terbaik untuk sesama mereka, pasti tidak berlaku permusuhan, saling dengki mendengki atau khianat mengkhianati seperti berlaku hari ini.

Malangnya, kita hari ini tidak boleh melihat orang lain senang, akan timbul rasa cemburu malah hingga sanggup melakukan perkara yang boleh memusnahkan kesenangan dimiliki seseorang itu.

Sebenarnya, tidak rugi untuk kita berlapang dada melihat kejayaan dicapai orang lain malah digalakkan mendoakan supaya sahabat tadi terus berjaya kerana Allah SWT akan memberi ganjaran terhadap kebaikan (doa) yang dibuat kita untuk orang lain.

Adalah lebih baik jika kesenangan dimiliki saudara kita itu dijadikan penguat semangat untuk bersaing secara sihat supaya dengan cara itu kita juga boleh mencapai kejayaan.

Hendaklah ikhlas mengasihi saudara kerana Allah SWT bukan mengharapkan balasan bersifat keduniaan. Segala yang dilakukan manusia bermula dengan niat dan Allah SWT akan membalas berdasarkan niat seseorang itu.

Jika kasih sayang kerana Allah SWT pasti kita juga akan dikasihi Allah SWT malah hubungan sesama manusia lebih bermakna apabila didasari niat ikhlas bukan tersembunyi maksud selain mendapat keredaan Allah SWT.

Wassalam




Source: Forwarded e-mail

Wednesday, October 2, 2013

Jalan-Jalan Jalan TAR

Last weekend, sajelah jalan2 cari penat. Asben takde, dia gi kursus teambuilding dept dia kat PD sana. So, aku sgt gigih keluar dengan mak, akak aku dan anak2 dia, dan tak ketinggalan kenit2 aku sekali. First time kot aku kuar bawak anak2 tanpa asben. Tapi aku yakin aku leh manage. Inara aku konfiden sikit, tapi Marissa tu aku tak konfiden sgt sebenarnya, sbb dia tu leh tahan byk kerenah dia. Tujuan utama sajer bawak akak aku gi beli tudung kat kedai yg aku selalu pergi. Bukan apa, akak aku tu asal ada benda yg aku beli, dan dan tu dia nak, pastu suh aku beli lain. Koser aku. So, meh lah kita sama2 ko cari lah apa yg nak. Len kali gi sendiri.

Aku cuma temankan jer, aku takde lah nak cari tudung lagi, giler byk kot aku aku soping tudung, baik yg online baik tak online. Ni pun tengah tunggu 5 helai shawls lagi yg nak sampai. Giler tak giler. Penat lah mak aku kat mrh tu kena sain autograph mr. posmen/despatch.

Maka sampai lah kami ke tempat yg dituju. Geram jer aku ngan akak ni, dia tu kalau bawak gi beli cam takde perasaan jer nak beli, tapi cuba benda tu aku dah beli kemain nak rebut ngan aku. So, tiap kali nak beli satu benda tu aku kena wat2 excited dulu, pastu baru lah dia pun hegeh2 nak jugak.

Ok sebenarnya takde apa pun sgt nak citer. Alah takat gi jalan TAR jer pun. Jalan TAR hari Sabtu petang ada pasar malam. So, agak sesak sikit lah. Tapi taklah sesesak cam bulan puasa. Alang2 dah ada kat sana, memang aku dah target nak beli ice blended kat gerai lori yg dekat semua house tu, pastu nak beli keropok lekor rendam kuah sekali. Pastu makan tepi jalan. Fuh syok tau. Ada anak kecik pun leh ajer lepak2.. Jom tengok gambar..






Gambar gedik Marissa jer yg lebih. Kemain terliuk2 badan tu...cheeky sgt nampak dia kan.. Ceh nampak cam ok jer kan minah tu, haah oklah sgt.. tu time ok sebelum tu masa kiterang sibuk nak membeli-belah time tulah dia nak buat onar, penatlah, itu lah, inilah, nak dukung lah... merasalah aku mendukung budak yg tah berapa belas kilo tuh.. dahlah aku tak bawak stroller carrier bagai. Pastu mintak belon pulak. Oklah beli lah belon tuk dia. Belon ikan jaws yg besar tuh. Pastu ko bawaklah belon tu tiap2 kali masuk kedai. Merasalah ikan berterbangan sana sini. Choiii.. oh ya yg lagi dua org tu anak buah aku, dah besar2 dah dorang...Ain dah darjah 4, Adam pulak dah darjah satu eh ke darjah dua.. sori alang ni dah tua.. cpt lupa...sape yg dulu2 baca blog aku ni, dulu2 byk lah kisah dorang ni kat sini.

Yang si Inara alahai baiknya... tido jer dia kat pangkuan.. rengek2 sikit kasi susu senyaplah dia, pastu tido balik. Selagi ada org dukung dia, diamlah dia.

Inara Si Mata Sepet

Hari tu berwhatsapp dengan ex boss aku. Dia send gambar cucu2 dia. Aku pulak send lah gambar anak2 aku. Pastu ex boss aku cakap "eh your anak macam cinA". Ok sajer nak besarkan huruf A tu supaya korang baca baku dan baca cam org cina cakap. Hehe. "You or Aboy (my asben) ada darah cinA ke?" Ok yg ni aku tak leh ckp ngan asben kang mula lah tak pasal2 kang ada lah tang nenek dia punya nenek dulu cina lah, mat saleh lah.. segala nya lah.. dia memang suka perasan. Dia tak tau yg aku pun ada share jgk. Haha.. ok dah melalut. Pastu aku pun jawab lah kat ex bos aku tu.. "dont know lah, but maybe ikut ngan bos2 I kot, sbb all of my bosses cinAA.." Pastu kami pun ketawa dan berbual2 panjang. Ceh sajelah nak citer yg aku masih lagi keep in touch dengan ex-boss. Tapi tak selalu pun sbb most of the time dia kat oversea jer... org dah bersara memang gituh round the world jer kerjanya.

Ok ada jugaklah kata kata Inara anak Jepun. Anak Korea lah. Pastu mulalah org tuduh aku suka tengok citer Korea lah time mengandung dulu. Padahal satu citer Korea pun aku tak pernah tengok. Pelakon pun sorang pun aku tak kenal. Org dok citer2 cerita itu ini aku nganga jer. Sebutir pun aku tak tau. 


Ni lah dia budak mata sepet tu
 
"saya bukan anak cina ker jepun ker korea ker..saya anak mama dan ayah saya"


Inara kalau bangun pagi lagi lah bertambah sepet mata dia. Tapi yg paling best Inara bangun pagi selalunya dengan senyuman manis dia tuh... dia celik jer mata dia cari mama dia, pastu hadiahkan senyuman. Pastu kalau mata dia berat lagi, dia sambung tido balik.

Tuesday, October 1, 2013

Kisah Mak-Mak

Fun sgt kan jadi mak2 nie?. Ok jom kita tengok kartun2 yg menghiburkan ini. Alah dah byk pun org share kat fb dan blog.


Dulu2 sebelum beranak pinak nak kemas rmh pun senang jer. Rmh pun senantiasa kemas jer kot. Pastu bila dah beranak pinak, anak2 pun nak tolong kemas sekali tapi tolong lah sgt.. sbb tolong lagi buat sepah. Kita menyapu dorang pun nak menyapu, kita masak dorang pun nak memasak, kita lipat kain dorang pun nak lipat kain, pendek kata sumer nya pun dorang nak turut serta. Kira oklah tu kan.. meriah kan.. So korang kena paham lah kenapa rmh org yg beranak pinak dengan rmh org yg takde budak kecik berbeza.. just perati jelah gambar rajah di atas. Bukan kata rmh ada budak2 ni tak kemas dan bersih.. boleh tu boleh tapi tak lama lah dia punya susun atur tu, tak lama tu mesti berubah. Tengok jelah gambar di atas tu mak nya dah simpan barang2 mainan, si anak bwk keluar semula. Cute jer kartun terus tingat kat dua budak kecik kat rmh.


Ok ni kisah bila nak keluar pulak. Memang tak dinafikan sebelum keluar badan dah penat dulu. Penat menyiapkan budak. Bukan takat nak mandi dan pakai baju jer.. Macam2 lagi benda lain yg perlu disiapkan. Susu anak, pampers anak, baju spare anak, kelengkapan2 lain, makanan anak dan macam2 lagi lah sumer nya kena disiapkan. Cam aku seb baik lah suami byk membantu, kalau nak harap aku buat sumer memang pengsanlah...kami kalau nak kuar sama2 siapkan anak. Sama ada asben mandikan budak2 aku siapkan dorang ataupun sorang amik satu anak. Aku siapkan kakak, asben siapkan adik ataupun sebaliknya. Ataupun asben siapkan budak2 aku siapkan kelengkapan lain. Tapi bab2 siapkan barang2 anak tu biasa akulah yg buat, sbb kalau asben yg buat kang ada jer benda yg tertinggal. Kang kalau tertinggal barang kan sape yg bising.. bini gak yg bising...

Aku kalau jadi macam dalam gambar tu memang malas rasanya nak kuar.. amboi byk cantik laki siap diri sendiri jer.. kita bersilat buat sumer menda pastu sound kita lambat pulak.. amboi biasa tu..

Biasanya memang aku siap kemudian pun, aku akan siapkan budak2 dulu, pastu bila dorang dah siap aku biarkan dorang ngan ayahnya, then baru aku leh siap dengan aman. Barulah leh mekap2, kalau tak karang lagi lambat bila budak2 ni pun nak join mekap sekali..

Tapi kartun tu kelakar kan.. punyalah bersilat si emak nak menyiapkan anak, dengan anak yg lari tak pakai spender lah... nak mandikan pun dua2 cam tak nak mandi, nak kasi makan pun bersilat.. fuh boleh pengsan wooo... yg si bapak elok rilex jer siap dengan senang hati.. wahahaha

Ok tak ramai pun laki sekarang yg bersikap sedemikian... laki sekarang dah peka kot...kalau ada pun segelintir jer kot... Jenis yg memang serahkan segala urusan anak2 kat bini


Agak2lah bini pun ada dua tangan je pun.. mana nak kejar buat semua benda.. kang bini letih, tak dapat nak layan suami, cari peluang lain pulak... gi enjoy kat luar.. yg bini punyalah berkorban jiwa raga kat rmh tuh.


Jadi mak2 ni memang tak pernah abis dengan kerja rmhnya. Dan tak pernah abis gak melayan kerenah anak2. Sorang anak perangai cam gini, sorang cam gitu.. Tapi tetap layan sama rata. Penat macam mana pun tetap akan mengutamakan anak2 dan keluarganya juga.


Kerana bagi ibu2, walau apapun ragam anak2, anak2lah kebahagiaan mereka. Mereka lah racun, mereka lah penawar. Mereka lah penghibur.



After all, we're happy family in the house :)



photo taken from google

Baitullah Pasti Dirindui untuk Kembali

Panggilan Haji telah tiba lagi.... malam tadi tengok cerita Salam Baitullah. Rasa seronok dan bahagia sekali melihat mereka yg dipilih olehNya utk menjadi tetamuNya utk menunaikan Rukun Islam yg ke-5. Bila tengok live mereka kat tanah suci, terasa diri seolah-olah berada di sana. How I miss that place soooo much.

Pagi ni dapat pulak email berkisarkan Baitullah ini. Rasa terpanggil utk berkongsi dengan semua. Kalau rajin bacalah..


Baitullah 2011. Sekarang dah berubah wajah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang yang tawaf, iktikaf, rukuk dan sujud.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)

Allah SWT mengumpamakan Kaabah itu sebagai (al-bait) atau rumah dan tempat berehat seseorang. Perkataan (mathaabatan) memberi maksud tempat kembali. Justeru, seseorang yang pernah mengunjungi Baitullah akan merasa ketenangan luar biasa dan pasti merindui untuk kembali.

Tidak ada seorang pun yang apabila berada di hadapan Kaabah ingatannya akan tersasar jauh daripada mengingati Allah SWT. Seseorang itu juga apabila memandang Kaabah akan hilang rasa kesedihan dan rasa kesempitan daripada dadanya.

Inilah satu perasaan bagi mereka yang pernah berkunjung ke Baitullah. Ia sesuatu yang tersirat di dalam doa Nabi Ibrahim seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, ayat 37)

Syeikh Ahmad Qutubuddin Shah Waliullah Abdurrahim Al Dahlawi ketika menghuraikan keindahan dan kedamaian berada di Baitullah mengatakan, “kami menyaksikan sendiri dengan jelas seolah-olah Baitullah itu dipenuhi dengan kekuatan sifat malaikat.”

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang tawaf di rumah ini dalam masa genap seminggu dan bersembahyang dua rakaat, maka mereka ini boleh disamakan dengan memerdekakan seorang hamba. Dan sesungguhnya seseorang yang tidak meletakkan kaki dan tidak mengangkatnya melainkan ditulis oleh Allah SWT, maka satu kebaikan untuknya dan Tuhan menghapuskan satu kesalahan serta mengangkatnya satu darjat.” (Kitab Kanzu Ummal)

Kelebihan tawaf mempunyai dua rahsia. Pertama, kelebihan ini seperti mengharungi dalam rahmat Allah SWT dan belas kasihan malaikat serta tanggapan kepada-Nya. Sifat khusus yang terhampir adalah mengingati-Nya.

Kedua, seseorang yang melaksanakan suruhan Allah SWT dengan penuh keimanan dan mengiktiraf janji-Nya dengan cara menyatakan serta menerangkan keimanannya kepada Allah SWT.

Sehubungan itu, antara hikmah yang diraikan dalam ibadat haji ialah mengagungkan Baitullah sebagai salah satu syiar Allah SWT. Mengagungkan Baitullah bererti mengagungkan Allah SWT.

Kedua, manifestasi perpaduan daripada perhimpunan umat Islam yang datang dari jauh dan dekat supaya mereka dapat berkenalan, mengambil faedah dari hukum Allah serta menzahirkan kekuatan umat Islam.

Ketiga, menzahirkan persamaan agama Tauhid pada perkara yang diwarisi oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai pemimpin agama untuk bangsa Arab dan Rasulullah SAW diutuskan bagi menzahirkan agama Islam ini serta meninggikan kalimah-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim.” (Surah Al-Hajj, ayat 78)

Perkara ibadah daripada dua nabi ini banyak diwarisi seperti dalam amalan ibadah haji. Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu berhenti di tempat ibadah kamu (saie). Maka sesungguhnya kamu mewarisi daripada warisan bapa kamu, Ibrahim.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Orang Jahiliah mengerjakan haji tetapi amalan haji itu ditambah dengan amalan yang bukan berasal daripada Nabi Ibrahim. Amalan haji itu mengandungi perbuatan dan perkataan syirik seperti mengagungkan berhala Isaf dan Nailah.

Mereka memuja dan menyembelih untuk berhala mereka. Kata-kata syirik terdapat dalam talbiah mereka sedangkan lafaz talbiah itu melambangkan ketauhidan, ketaatan dan ingatan kepada Allah SWT.

Oleh sebab orang Jahiliah mengagungkan berhala, maka Nabi Muhammad SAW memasukkan kalimah ‘lasyarikalahu’ yang bermaksud tiada sekutu bagi-Mu ke dalam lafaz itu untuk menolak dan membezakan antara orang Islam dengan orang Jahiliah.

Orang Islam digalakkan memohon keredaan Allah SWT, syurga, meminta perlindungan daripada azab neraka. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana orang Islam yang mengucapkan talbiah melainkan mengucap juga talbiah apa yang berada di kanan dan di kiri termasuklah batu, kayu atau tanah sehingga dia meninggalkan tempat itu.” (Riwayat Tarmizi)

Golongan Jahiliah pada masa dulu tidak gemar berniaga pada musim haji kerana menganggap perniagaan itu akan mencacatkan keikhlasan amalan mereka. Maka, turunlah firman-Nya yang bermaksud: “Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) daripada Tuhanmu.” (Surah al-Baqarah, ayat 198)

Mereka menganggap mengerjakan haji tanpa membawa apa-apa bekalan adalah sesuatu yang dituntut dan mendakwa mereka adalah orang yang bertawakal.

Hakikatnya, mereka sangat melampau dan menyusahkan orang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berbekallah, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 197)

Wassalam


Buat kenangan
 
Alhamdulillah hingga hari ini Marissa tidak pernah melupakan kenangannya di sana

Semoga satu hari nanti dapat bawak Inara pula ke sana dan semoga satu hari nanti dipilih utk melakukan ibadah haji. Amin.

Semoga semua jemaah dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yg baik dan mendapat haji yg mabrur. InsyaAllah.