Wednesday, May 28, 2014

Mampu Buat Nasi Tomato Pagi2 Buta?

Memandangkan hari ni hari special si anak, maka si emaknya gigihlah masak special sikit utk keluarganya yg tercinta. Takdelah special mananya pun. Dah memang tiap2 pagi pun aku memasak. Dah jadi cam rutin harian. Kalau tak masak rasa lain mcm pulak.

Lama dah tak share pasal makanan or bekal-bekalan yg aku siapkan tiap2 pagi. Ok nanti aku share. Tapi hari ni nak share menu hari nie jer. Sbbkan dah takde idea sgt nak masak apa pagi tadi, maka aku decide buat nasi tomato je dah lah.

Aku ni sebenarnya tengah try masak jelah apa2 yg anak2 suka dan boleh makan. Kadang kita nie masak kemain lah kan tapi anak jamah makanan tu sesuap dua jer.. sentap hati mak nak. Ni pun aku tak tau lah budak2 suka ke tak makan nasi tomato aku buat nie. Yang paling penting ini adalah pertama kalinya aku buat nasi tomato. Dilawankan pulak dengan daging masak hitam. Pun pertama kali gak masak daging masak hitam. Nak buat ayam masak merah tapi sbb dua hari lepas dah masak ayam, maka hari ni kita tukar lah.

Maka inilah hasil memasak pukul 5:30 pagi tadi.

My simple nasi tomato + daging masak hitam

Ok yg ni bekalan tuk aku. Dah alang2 masak tu kan, alangkah cam rugi jer klu tak tapau utk diri sendiri. Simple jer nasi tomato aku tu, nak buat acar timun manalah nak sempat, kita potong jelah timun camgitu jer. Pastu tengok atas meja ada acar buah ofismet bagi tempohari, oklah boleh lah letak sikit kat nasi.

Bekal di atas dah selamat aku makan pagi tadi. Rasa cam kagum dengan sendiri dengan rasa masakan tersebut. Maafkan saya masuk bakul angkat sendiri. Yelah kata first timer kan.. haruslah kagum di situ. Takyah nak tanya2 resipi sgt. Gugel kan aje.

Ok nanti aku sharekan bekalan/makanan yg aku masak for the past few days ok.

Sebelum tu entri ini diakhiri dengan gambar anakanda ku yg super cool. Kakak tengah teriak menangis pun dia lena jer tido takde masalah.

ini adalah kesinambungan gambar dalam entri sebelum ni yg korang nampak kaki dia jer kat dalam gambar kakak dia yg tgh menangis tuh.. (perlu ke pun nak caption panjang lebar cenggini?


Oh ya, birthday cake dan hadiah tuk birthday girl, bukan birthday girl termasuk ayah dia jugak sudah setel aku beli tadi. Semoga mereka suka dan gembira. Luv u my familia.

Selamat Harijadi Anakku Sayang

Alhamdulillah hari ni genap anak mama 4 tahun. Tiada kata2 yg mama inginkan katakan melainkan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.A.W yg telah mengurniakan mama seorang anak yg bernama Marissa Qaisara binti Shahrizal Ikhmar.

How time flies. Bayi yg pertama kali aku lahirkan pada tanggal 28 Mei 2010 kini telah pun berusia 4 tahun. Syukur Alhamdulillah kerana memilih aku untuk menjadi mama kepada Marissa Qaisara.  Syukur Alhamdulillah kerana memberikan Marissa Qaisara sebagai zuriatku. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan anak ini utk empat tahun ini dan aku sentiasa berdoa semoga aku terus dapat membesarkannya dan bersamanya.  Ah... feeling mak2 nie... sgt susah utk dikawal.. sedang menaip bait2 ayat ni boleh plak menitis tik tik air mata ni.. oklah... tak nak emo2 lah... kita wat2 neutral jer sudah...

Mulakan dengan perenggan baru supaya perasaan emo tadi dpt dihilangkan.

Hai semua.... hari ni birthday Marissa Qaisara yg ke-4 tahun. Meh kita wish birthday beramai2 kepadanya. "Happy Birthday Marissa Qaisara".

Ucapan special dari mama kesayangannya ialah....

"Happy birthday sayang. Mama sentiasa doakan yg baik2 buat anak2 mama. Mama doakan semoga anak mama membesar menjadi anak yg solehah dan mama berdoa supaya mama dapat mendidik anak2 menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga anak2 mama diberikan kesihatan yg baik dan semoga Allah melindungi anak2 mama dari segala bahaya dan bencana."

Ok ucapan birthday utk Marissa Qaisara tapi doa utk semua anak2 mama. Takkan mama nak doakan utk sorang anak jer kan..

Ok sambil2 tu meh kita meriahkan entry dengan gambar2 lama dan terbaru nie.



4 years back - Marissa di hari kelahirannya 

Marissa's first birthday cake 

sambutan ulangtahun yg pertama

sambutan ulangtahun pertama bersama ahli keluarga



Marissa's second birthday cake

sambutan ulangtahun kedua bersama ahli keluarga

Marissa 3rd birthday cake (pre celebration)

Marissa's third birthday cake

sambutan ulangtahun ketiga bersama ahli keluarga

Semua gambar2 ni kat dalam previous entry. Ni yang untung ada blog nie, moment2 cam ni masih segar lagi dalam ingatan (segar di dalam blog sebenarnya). Adalah jugak kenang-kenangan utk masa mendatang. Tu yg sayang jugak nak quit from blogging. Walaupun tak seaktif dulu2 tapi at least ada lah jugak sumting.

Ok tu sumer birthday celebration for the past 3 years. Utk tahun ni camne? Kek camne pulak yg nak ditempah? Nak celebrate camne? Rasanya for this year pun InsyaAllah akan dicelebrate bersama ahli keluaga jgk. Tapi kali ni join sekali dengan birthday cousin Marissa  dan dibuat kat rmh nanny Marissa. Masih dalam perancangan. Tapi sebelum tu harus ada pre-celebration jugak hari nie. Well, u know me tetap nak sambut birthday anak on the actual date walaupun hanya dengan sepotong kek. Tengoklah camne malam karang. Ingat nak seperais kecil-kecilan for her.

Ni lah gambar budak gedik yg masuk 4 tahun hari nie.

gambar beberapa bulan lepas


gambar kelmarin

....... dan yang paling latest

gambar pagi tadi

Menangis sebab mama dia nak gi kerja. Aku tak paham betul Marissa sekarang asal aku or ayah dia nak gi kerja mula lah nak berdrama swasta. Aiyoo kalau nak layan dia drama mau dengan aku2 sekali menangis macam tuh tau.

"mama tak payahlah pergi kerja."

"eh mana boleh, mama kena gi kerja, nanti bos mama marah."

"ica rindu mama. ica sayang mama"

"mama rindu ica jugak. syg ica jgk. Mama gi kerja nak cari duit tuk Ica"

"alah tak payah lah cari duit. Ica tanak duit"

"mama kena cari duit kalau tak cari duit macam mana nak gi beli susu ica, pampers ica (still kena beli lagi walaupun dah start tak pakai sgt), nak gi shopping"

"mama tak payah pergi kerjalah. nanti ica dah besar ica gi cari duit ica belikan mama susu ngan pampers yer"

Ko tengok dia punya ayat tuh, dia pusing balik kat kita.... sekarang ni paling latest dia tambah ayat ni pulak...

"mama nanti bila ica pergi kerja nanti, ica hantar mama kat rmh ibu (rmh pengasuh). ica nak gi cari duit nanti ica belikan susu, pampers bla..bla..bla.."


Tulah dia keletah anakku.


Happy birthday darling. I love u so much. Ayah dan adik also love u so much. Everybody love u. Be a good girl, be a good daughter, be a good sister, be a good muslim. May Allah bless u sayang :)

Thursday, May 22, 2014

Ubat Mengantuk

Hujan2 ni rasa macam nak tido jer.. ok meh kita hiburkan hati supaya hilang rasa mengantuk dengan pepatah-pepitih moden, bersempenaan kedatangan Panda Feng Yi dan Fung Wa ke negara kita.

"Tuntutlah panda, walau ke negeri China"

"Sepandai-pandai panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua"

"Carik2 bulu panda, akhirnya habis duit rakyat"

"Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda gergasi"

"Di mana ada zoo, di situ ada panda"

"Yang merah itu saga, yg hitam putih itu panda"

"Panda dari China disusukan, anak di rmh mati kelaparan"

"Harapkan panda, panda makan padi"

"Pucuk dicita, panda mendatang"

"Yang kurik itu kundi, yang hitam putih itu panda. Yang indah itu budi, yang 20 juta itu panda"

"Besar badan panda, Zoo Negara kami tadahkan"

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia"


*copypaste from whatsapp msg


p/s: biar betik sampai puluh2 juta gituh? hilang akal apa

Kakak Suap Adik Pastu Adik Suap Kakak Pulak

Ni adalah gegambar masa cuti labour day hari tu. Tak de apa nak story pun tapi suka tengok keletah dua beradik ni masa kat kedai makan ni.


Sementara tunggu makanan tiba meh kita amik gambar dulu

kakak dan adik

Kakak makan eskem

Kakak suap adik eskem sikit

makanan dah sampai. Adik pulak suap kakak. so sweeettt..

selfie with anakanda

selfie with bff

ayah dan kakak

Pemandangan biasa di restoran dan di mana2 sahaja (gambar sekadar lakonan)

Korang perasan tak, sekarang ni kalau kat mana2 masing2 sibuk membelek hp jer. Kuar ngan family or kengkawang tapi masing2 sibuk mengadap gajet. Tapi kami takdelah camtu.. kejap jer pegang hp segala, amik2 gambar pastu borak2 cam biasa. Takdelah sunyi sepi jer. Adalah satu keluarga kat sebelah table kami ni, ada 5 org dalam family tu, ada ayah, emak dan 3 anak. Anak2 adalah peringkat kanak2 dan remaja. Masa tu dorang tgh tunggu makanan sampai. Yang si ayah dan si emak sibuklah mengadap dengan hp masing2. Yang si anak kesian terkebil2. Bercakap tidak, apa pun tidak. Tapi aku notis lah yg anak dia yg remaja tu dok pandang jer mak ayah dia. Aku cam dapat rasakan apa yg budak tu tengah rasa or fikir. Mesti dia stress, yelah tukan family time, apa jadahnya kalau family time tapi masing2 wat hal sendiri. Takde masa nak berbual nak bergurau senda. Masing2 sibuk dengan dunia maya masing2.

So, aku nak ingatkan diri aku sendiri dan jugak kengkawan yg lain jgn lah kita sibuk sgt mengadap hp or whatever dan melayan media sosial yg tiada sempadan ini hingga kita lalai, dari kita mengadap ni sumer lebih baik kita mengadap keluarga kita, anak2 kita, org yg kita sayang dan org2 sekeliling kita dan hargailah mereka. Bukan tak boleh langsung, tapi bijak2lah utk beri masa dan keutamaan.



Alhamdulillah.. kenyang


Tuesday, May 20, 2014

Misi Meng'wrap'

Dah lama sangat aku nak cuba buat wrap ni sendiri. Selalu baca kat blog org buat wrap ni. Baca sekali cam eh eh senang nya buat. Bahan2 memang senang jer nak dapat kat supermarket. Takpun bahan2 memang sedia ada jer kat dapur rmh masing2 cumanya wrap tu jelah yg kena beli.

Maka pada satu weekend tu aku pun pagi2 turun ke dapur dan terus membuat wrap ini. Time tu suami dan anak2 sumer masih tido lagi. Elok sgt lah tuh,  lepas siap satu terus aku ngap. Takde gangguan. Kejap jer dah siap. Kejap jer dah kenyang. Aku ni jenis pagi2 memang melapar. Kena makan awal2. Memang takde tunggu2 yg lain dah. Kang kalau lambat makan boleh menimbulkan marah.

gulungan yg tak berapa nak kemas

Tapi untuk percubaan yg pertama kalinya aku rasa oklah tuh. Bungkuslah camana pun rasanya tetap cenggitu jugak.


Mission wrap yg menjayakan misi mengwrap ku

Cara nak buat dia pun senang. Keluar wrap dari plastik. Terus letak atas pan. Takyah letak minyak. Masaklah dalam beberapa minit.

agak2 dah garing2 sikit kuar kan ia


Untuk isi dalam wrap tu, aku pakai daging burger jer. Hancur2 kan daging burger tuh. Potong bawang pastu tumiskan bawang. Masukkan sekali daging burger tuh. Pastu letak lah segala sos yg ada kat dalam peti ais tuh. Yang ni aku letak sekali sos bolognese balance masak spageti hari tuh.

isi wrap yg simple jer.. takde sayur cuma daging burger dan bawang

Yang penting ada sos2 di bawah, baru lah tangkap leleh.

Sos barbeku, sos cili dan mayo

sebelum digulung

Takyah nak letak penuh2 sgt, kang payah nak gulung. Kalau ada salad lagi syiok. Ni aku ada daun kobis ngan tomato jer. Boleh lah.

Sekian entri di waktu sedang lapar.

Kebaya Nyonya

Hari tu alang2 ada kat Melaka, saje lah singgah kat kedai baju kebaya nyonya. Saje lah jugak try sarungkan kat anak2. Tak pernah tengok mereka pakai kebaya sebelum ni. Tengok cam comei jer.. terus beli sepasang sorang. Boleh lah kalau nak dijadikan baju raya nanti.

si kakak

si adik

Try kan kat kakak, dia ok jer kasi kerjasama. Tapi nak try sarungkan kat adik.. adoilah hai.. payah sgt.. sampai berpeluh2 mama dia. Sibuk nak pegang kopok tuh.. tak leh amik.. kan sekarang ni peel dia apa benda yg dia makan tu, dia akan pegang ngan bungkusan2 sekali, dia bukan nak pegang sekeping2.

tengok kakak pasrah jer kena paksa try baju

adik pulak ke hulu ke hilir penat nak kejar

Tapi bila adik berkebaya nyonya tu memang terserlah kenyonyaan dia, adik kan dah lah sepet...tak tau camne nak kasi kelopak sikit kat mata dia tuh.. 


complete dengan kain batiknya

Untuk anak2 jer dahlah, aku memang kureng sikit pakai kebaya pendek jer.. rasa cam tak sesuai jer tuk aku. Tak suka baju yg pendek2 yg nampak montot. Budak2 takpe. Oklah just entri lite2 jer.. 

Thursday, May 15, 2014

Setahun Setengah

Aiyooo nampaknya cam sebulan sekali kot aku update blog gamaknya. Last entry was about Inara Setahun 5 bulan, dan hari ni Inara genap setahun setengah. Lagi 6 bulan dah nak masuk 2 tahun. Cptnya baby ini membesar.

Bila belek2 gambar2 kat henpon ni rasa cam byknya aku tak share kat blog, byknya citer yg aku tak tulis kat blog. Kalau ikutkan byk jer benda yg nak aku kongsikan, tapi sbb entah kenapa, mood blogging tu tak berapa nak ada lah. Tapi nak stop terus tu terasa sayang lah pulak..this is my virtual diary, tempat tuk aku flashback kembali kisah2 lama. Dan yg paling penting kisah anak2 tersayang ku. Maka aku try gaklah update hari2 penting buat anak2 ku.

Hari ni 15 Mei, Inara dah masuk setahun setengah. Besok 16 Mei. Hari Guru. Ok takde kene ngena. Anak2 pun tak sekolah lagi. Utk setahun setengah ni, aku rasa Inara kena cucuk lagi, nanti aku cek kad appointment dia. Tak taulah bila nak bawak dia gi cucuk.

Ok nak update sikit2 about her progress. Akak dia dulu tiap2 bulan aku update kot.

Inara in the ball pool

Aku perasan yg Inara ni lebih independent sikit dari kakak dia. Mungkin faktor dia dari kecik dah duduk dengan pengasuh. So dia memang pandai bawak diri. Sumer bende nak buat sendiri. Kalau kita tolong nanti dia marah2.

nak pakai baju sendiri

Mcmkan reti sgt nak pakai butang sendiri. Kita nak tolong dia tak kasi. Sama gak kalau sebut jom mandi, terus selak2 baju nak bukak baju. Pastu nak bukak pampers sendiri. Pastu terus berlari kat bilik air. Budak yg suka mandi.

Main conteng2

Nak kata main conteng2 sgt tu takdelah, mungkin dia selalu nampak dia pegang pensil, pegang kaler, so dia pun ikut jelah apa yg org buat.

Benda paling feberet

Inara memang suka buat kerja. Kesukaan dia kumbah kain baju. Kain baju yg kita dah lipat dia suka kumbah2kan balik. Pastu dia tau kita marah, dia acah2kan kita pulak. Tengoklah almari tu tah rupa apa pun, tu memang stok tuk buat main dia lah tuh kalau nak kasi dia diam. Memang dia diam jelah buat kerja dia.Almari tu memang aku tak simpan byk baju, pitam aku nak kemas balik. Kain baju dia aku simpan kat bilik bawah.

wat muka selamba tak bersalah jer

Lagi puas hati ada kot.. dapat buat sepah. Tapi kang bila kita marah, pandai pulak nak cebek buat muka kesian. Me me me dia panggil kita sambil peluk2.

Lagi satu sekarang ni aku sgt lah payah nak suapkan dia makan. Bukan sbb dia taknak makan. Tapi sbb dia nak suap sendiri. Tolong letakkan nasi dalam sudu pun dia marah. Yelah kalau dia suap sendiri berapa butir jelah dapat masuk ke dalam mulut, yg lebihnya ke lantai. Urut dada kalau tengok dia makan. Kalau pakai tangan pulak abis direnjis-renjis dipilis pulak nasi tuh. Abis lekat2 kat baju ngan lantai. Sbb dia nak suap sendiri, nak berdikari sgt kita letakkan dia kat atas tikar. Kesian makan sorang2 kat bawah.

kakak makan kat meja, adik makan kat bawah. Kesian adik.

Pastu sekarang ni kalau nak makan tu, bukan leh kasi satu2 atau sekeping2, misal kata makan biskut, dia nak pegang ngan bungkusan sekali. Cam makan fries nie, takdenya dia nak sebatang2, dia mintak terus bekas tu nak pegang sekali. Kita tak kasi pegang sbb takut tumpah. Tapi so far oklah, takde lah dia saje tumpahkan.

this is mine ok

hiiii akak kat belakang terselit

makan buah pun, siap nak pegang plastik sendiri

Gambar yg paling win. Baru dapat tadi asben hantar.

mampu makan atas meja?

alololo

Gambar kat atas ni, gambar Inara ni lepas mandi. Ayah dia yg mandikan, lepastu kemain ayah dia bungkus anak dia camni. Terus nampak cam baby. Muka control lak tuh, buat tutup mata tapi mulut sengih. 

pun boleh.. pakai topi malam2

Last but not least................................


muuaaahhhh


Kalau kita suruh kisss, ginilah muncung yg dia buat... kemain panjang muncung dia....

Ok nanti kita citer pasal kakak pulak, kakak pulak hujung bulan ni genap 4 tahun. Mulut kemain lah bertih jagung si kakak tuh. Ramah sesangat. Rajin bertegur sapa dengan jiran tetangga. Menurun perangai ayah dia lah tuh.

Oklah that's all for now. Kalau rajin bulan depan update lagi.