Thursday, July 31, 2008

Konvo

Boringlah kan balik2 citer Sabah, cam takde citer lain pulak. Oklah ni selingan sikit. Hari Isnin baru2 ni (28/7), aku gi majlis convocation adik aku yg bongsu. Majlis berlangsung di PICC. Adik aku ni abis belajar tahun lepas lagi, tapi tak taulah nape konvo nye lama na nak berlangsung. Lepas abis belajar dia ada amik UK paper dalam bidang err.. ntahlah tapi adik badik kejureteraan (abg ipar aku sponsor). Dia ni malas sikit tau, tapi aku pelik camne dia boleh lulus exam tuh. Dalam dkt 30 org yg amik exam tu, 4 org je lepas... termasuk dia.. tak caya aku.. ek eh ke laut dah aku nie...

Congratulations!

Memandangkan ini last konvo dalam adik-badik aku (kalau takde sape yg sambung lagilah), so haruslah satu family aku turun di hari konvo dia.

"Harap ko dapat kerja cepat2 yer. Balik2 aku jer kena pau." Dia ni pengganggur terhormat tau. Insyaallah kalau ada rezeki dia akan bekerja di obersea. Tapi aku harap dia tak pergi. Kerje ka Mesia jer dah lah. Boleh lak cam tuh?

Round Island

Hari Kedua (24 Julai)

Hari ni kami berempat plan nak round island sambil tu nak snorkeling. Dah lama tak snorkel, rasa rindu pulak.

Sebelum tu haruslah breakfast dulu. We all breakfast kat hotel jer kat The Penyu. Actually ada dua tempat makan, satu The Penyu & satu lagi KingFisher. We all try The Penyu first.

Sekitar dalam restaurant.. makanan kat sini, mmm ok lah kot..



Di luar The Penyu


Lepas breakfast kat Hotel (The Penyu Restaurant) terus ke Jesselton Point. We all just parked the car kat tepi2 jalan tu.

Di sekitar Jesselton Point

Amik pakej bot ke Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Tak mahal. Lebih kurang RM30 sorang lah pergi balik utk dua2 pulau tu termasuk tax.

Masa bot belum gerak boleh lah nak bergambar lagi... hah ko tunggu jap lagi

Mula2 aku ingat naik bot yg besar yg ala2 feri tu, tapi rupanya speed boat yg tak berapa besar tu. Cuak gak aku. Dah lah mamat tu bawak laju nak mati. Laut pulak tu bergelora. Memang terangkat tinggi bot kiterang tu. Pastu kena hempas ombak. Yg siotnya botman tu saje2 nak tunjuk skill dia bawak bot, mcm merempit jer aku tgk, aku siap jerit2 kat brader tu suruh dia slow2 sikit, tapi hampeh lagi dia bawak laju pastu siap cakap "takpe jgn risau, kalau mati pun mati sama2." Kurang ajar betul.

Tu gambar paling atas tu gambar abg yg bot tu. Time ni memang dah terasa dah kelajuan bot itu. Terus simpan kamera sumer pastu pegang bot kuat2, takut tercampak keluar jer..

Aku memang risau. Risaukan kamera & video cam aku. Yelah kalau masuk air mende2 tu camne, sia2 takde gambar. Teruk tul aku ni. Boleh lak itu yg aku risaukan. Tapi alhamdulillah kami sumer selamat.

Akhirnya selamat juga sampai ke Pulau Mamutik, masa ni terfikir nak kansel jer ke Manukan sbb seriau nak naik bot lagi


Mula2 kami ke Mamutik Island. Buat snorkeling kat situ. Seronok sgt aku bersama-sama asben snorkel bersama-sama. Teringat kenangan tahun 2002 tu. Taklah lama sgt pun snorkel, bkn apa takut kulit aku yg gelap ni jadi bertambah gelap berendam dlm laut tengahari buta. Yg lawaknya si Am tu leh tinggal bini dia sorang2 snorkel, dia sibuk kejar ikan. Lepas dia terperasan yg bini dia takde di samping dia, baru dia cari bini dia balik. Si watie ni pun satu, tak berani nak pergi ke tengah, so si am pun bawaklah bininya itu ke tengah sedikit. Tetapi hampeh sekali si Watie ni bila dia dah syok tgk ikan2 boleh lak dia tak perasan dia dok benamkan kepala laki dia. Apalagi lemas lah kawan tu. hahaha.

Pemandangan di Mamutik


Since kami dah janji ngan botman tu utk amik kiterang kat Jeti dalam kul 12.00tgh, kiterang pun stop snorkel & get ready untuk ke Pulau bersebelahan i.e. Pulau Manukan.

Pulau Manukan memang cantik. Airnya jernih & biru. Geram tengok2 ikan kat tepi pantai, tak yah snorkel, tgk ikan dari atas jer.. memang cantik. Pulau Manukan lebih besar dari Pulau Mamutik & lebih cantik.

Pemandangan di Manukan

Tengok jernih kan air dia.. geram jer tgk2 ikan tu

Kat Manukan kami tak snorkel. Cuma lepak kat tepi pantai jer sambil baring2 cam mat saleh.. huhu.. apa ko ingat ko putih nyah?? Masa kat pulau tu, aku tingin nak naik payung terjun, tapi haram sumer org tak nak teman aku naik. Nak naik tu kena 2 org, tapi masing2 tak berani. Ewah cam lah aku berani sangat, berani tu tidaklah jugak tapi aku nak cuba.. Untuk naik payung terjun tu oklah harganya RM150 untuk 2 org utk masa 15 minit tak salah aku... pastu yg bagus nye payung terjun sabah tak sama ngan semenanjung, sbb korang berlepas dari dalam bot, landing pun kat dalam bot gak.

We just lepak2, relax2, bergambar.


Masa kat Pulau2 ni, byk tul org2 Nokia kat situ, derang cam ada explorace dari pulau ke pulau.. so agak riuh sikit lah kat situ.

Mana kiterang pergi ada jer org2 dari Nokia ni, masa kat Mamutik pun derang ada gak..

Memandangkan kiterang ada byk lagi agenda & tempat lain yg ingin dilawati, kiterang tak lama pun duk kat pulau tu. Dalam kul 2.00pm kiterang dah sedia menanti bot di jeti untuk balik ke darat.

Since nak jimat masa, kiterang tak balik hotel pun, just mandi2 koboi kat toilet kat jeti tu, pastu siap ala kadar, pastu terus ke Pasar Philipine untuk shopping2 sikit.

Kat sana korang tau lah kan, byk perhiasan dia jual di sana, especially gelang2, cincin, rantai, kerongsang dll. Rambang mata gak lar dibuatnya. Pening kepala pun ia jugak sbb nak belikan untuk ahli keluarga & rakan2 masing. Alih2 utk diri sendiri boleh lak dilupakan.

Shopping sikit2 jer.. rambang mata tau

Sebelum balik hotel we all singgah Giant (kat KK ni byk betul Giant tau) jap nak beli maggie & brg makan sikit. Sbb apa maggie? kat sini cam susah sikit nak cari makan yg ikut tekak si Am tu.

Malam baru kiterang balik hotel & tak kuar2 bilik, maklumkah memasing dah penat...rasa cam nyesal pulak tak bawak laptop, sbb kat bilik dapat internet free. Kalau aku bawak sure aku update blog aku hari2. Nak update pakai P1i asben aku cam tak puas pulak, kecit jer.

p/s: Jangan boring yer..

Wednesday, July 30, 2008

Sudah Sampai Bah

Hari Pertama (23 July 2008)

Di Airport kami telah disambut oleh En. Zahari, salah sorang staff kat branch office. Pastu terus gi ke branch office utk mengambil kereta sewa. Kami sewa kereta Wira jer, oklah tu utk 4 hari selama kami berada di sana.



Branch Office Cuba teka kat mane?


Selepas berjumpa dan beramah mesra ngan rakan2 di branch office terus ke Hotel. Tapi sebelum tu singgah mc D dulu, sbb perut dah lapar giler.


Lazatnya McD. Aku amik ayam goreng jer..


Pas makan terus ke Hotel. Hotel ni agak jauh sikit dari bandar. Eh aku aku lupa lak nak mention kan ke mana destinasi kiterang nie. Kiterang cuti2 Mesia jer, ke Negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu. Bersama-sama aku ngan asben ialah member2 kami Watie & Am.

Tempat menginap ialah di Nexus Resort Karambunai. Mula2 plan nak stay kat Sutera Harbour jer sbb dekat ngan bandar, tapi dah fully booked, padahal booking sumer telah dibuat awal lagi since March. Tapi takpelah, Nexus pun best gak.

Sempat gak nak pose masa check-in


Tetapi bilik tak ready lagi. Since ada welcome drink, we all duduk2 dulu kat lounge sementera tunggu bilik ready. sambil sibuk posing2 bergambar.


Boring menunggu. So, kami pun gedik2 lah bergambar. Ada ke patut laki si Watie kata gambar aku gedik ngan Watie kat atas tu yg sambil pegang gelas tu ala GRO, mulut tak tak boleh bla...



suka gambar nie, cam twin jerk


Lepas setengah jam gi check-in balik. Ok bilik dah ready. We all mintak connecting room type. Hasnizam (tak salah aku lah nama dia nie) pembantu hotel tu bawak kiterang ke bilik.

Masuk2 bilik jer terus aku terkedu. Biliknya tak sama langsung ngan bilik yg aku menginap masa 1st hanimun dulu. Out giler. Aku request nak tukar bilik. Ada ke patut, salah satu bilik tu dia kasi twin sharing. Aku mintak tukar bilik, seb baik ada, tapi takde connecting. Tapi takpe still sebelah menyebelah.

Mula2 tu aku hangen lah jugak, dah lah datang jauh2 pastu kena tunggu pulak sbb bilik tak ready, bila dah ready out pulak tu, ngan bau asap rokok yg tak clear lagi, pastu view pun tak cantik, jauh dari lobi, sgtlah ceruk.

Plan nak tukar hotel jer, try call branch office mintak derang check kot2 sutera harbour ada kosong atau tak, tapi still tak available.

Tapi seb baik, pihak hotel manage gak dapatkan bilik yg terbaik utk kami berempat.

View dari depan & belakang bilik kami

view dalam bilik kami. ok lah ni dari bilik mula2 tu


Masa kami memang terbuang begitu sahaja pada hari pertama. Pkl 6.00pm baru dapat bilik. Dah lah kat sana cepat gelap. Pkl 6 dah nak Maghrib. So, hasrat untuk kuar ke town dibatalkan lagipun badan dah letih2.

Lepas Maghrib, kiterang cuma gi swimming jer sampai kul 8.00pm. Pastu balik bilik, siap2 nak kuar dinner.

Malam tu kami makan kat.. alamak aku lupa lah nama tempat dia. Tak salah aku Tanjung Selera. Oklah makanan kat situ. Sumer seafood belaka.

Sedapnye.. tapi byk tak abis, order kemain lah byk nye


Lepas makan balik hotel berehat & tido.

Tuesday, July 29, 2008

Introduction

Aku citer sikit2 yer.. seperti yg korang sedia maklum, aku kan gi bercuti bersama-sama asben aku baru2 ni, bersempena ngan anniversary kitorang yg pertama. Bukan hanya berdua, tetapi berempat yer. Member aku pun dia nyer anniversary pun July gak, so, kira celebrate sekali lah....

Hari Rabu (23 Julai) dalam kul 7.30am gerak dari rumah ke KL Sentral, abang kepada member aku yg hantarkan ke KL Sentral. Kiterang memang cadang nak naik bas jer, senang sikit. Mula2 breakfast kat KL Sentral. Bapak mahal. Karipap seketul singgit. Cenonet lak tu.



Pas bekpes, amik bas untuk ke LCCT. Tepat jam 9.00am bas bergerak ke LCCT.


Nasib baik flight pun tak delay. Fly on time 11.10am.

Dalam kul 1.40pm kami selamat sampai. Sampai ke mana? next entry yea....

Rindu lah

isy.. giler lama aku tinggalkan blog aku nie... sorilah tak sempat nak update. Nanti2 yer. Akan ku kongsikan bersama korang2 sumer. Sori gak blog korang pun tak sempat aku nak lawat.

Wednesday, July 23, 2008

Tentang Bulan

Nak tanya korang nie,

Dalam banyak2 bulan
bulan apa yg best??

lagi satu soklan

Dalam banyak2 bulan
bulan apa yg manis??

Jawapannya sama...

yea... korang pandai....

Monday, July 21, 2008

Serangga

Firstly, sorilah korang, aku tau byk kali korang kuar masuk kat blog ni, tapi hampeh tak berupdate kan. Padan muka korang. Yelah korang tau nak baca jer, tapi haram korang tak kenalkan diri korang, mana yg tinggal jejak tu aku aku kenal lah. Yg dendiam tu?...aku tau, tapi aku wat tak tau jer.. tapi takpe, tu menunjukkan korang suka baca blog nie... mekasih..

Korang tak tau, sebenarnya bkn senang nak create new post ni tau, penat nak cari bahan tau eleh konon je tu tapi malas sebenarnya. Contoh cam entry aku kali ni, amat mencabar minda tau & tuk dapatkan gambar2 nie pun sungguh memenatkan. Ek eleh aku ni kecoh je lebih. Oklah tuk tidak menghampakan korang sumer sila lah melihat hasil2 serangga yg berjaya aku capture cea konon photographer of the year lah tu.

Sebenarnya mula2 aku nak tangkap gambar ni jer,

Pepatung ni siap pandang kamera lagi tau... pastu tak nak lari2 lak tu.. siap posing2 pulak. Lepas amik gambar ni rasa cam nak amik gambar serangga lain pulak. So, dgn semangatnya aku bersama si Ain berjemur di tengah panas semata-mata nak cari menatang2 ni.

Lawak tul ngan si Ain, beria benar dia carikan aku spesis2 serangga yg hinggap kat pokok bunga mak aku. "Ayang... ayang... sini... (bunyi suara separa kuat sbb nak cover tak nak kasi menatang tu terbang lari). Aku pun pergi kat dia.. bila aku sampai aku tanya mana, dia jawab "tu kat situ (masih tahan2 sore dia), alaah.. tadi ada, dah terbang pulak, isy dia tak nak duk diam2 lah". Kengkadang tu takde pun dia panggil gak aku.. Oo tetapi pencarian tidak sia2. korang tgk tu....
Tengok ni pulak. Gambar lalat besar ni pun aku amik gak, utk tidak menghampakan si Ain yg beria memanggil aku suh amik gambar tu.

Pepatung kuning ni pun cam cantik jer... baik jer dia duk dendiam kat situ..
Yang ni aku tak tau menatang ape, aku ingat daun kering, tapi si ain beria suh aku tgk betul2, dia kata ni binatang bukan daun... so, sekali lagi utk tak menghampakan dia, aku amik gak lar..
Pepatung gold... tapi agak blur sikit.. bila aku nak snap lagi, dia dah terbang..
Korang layan jelah yer... serangga pun serangga lah labu..

Ni saje rama2 yg dapat aku snap, rama2 lain yg karer2 yg cantik2 sumer susah nak diambil gambarnya.. asal aku datang dkt dia terbang... eksyen betul....

p/s: Cintailah alam sekitar kita

Thursday, July 17, 2008

Tersilap Sudah

Macam biasa abis kerja aku akan tunggu asben aku kat situ. Semalam pun begitu. Dia suh aku turun cam biasa 6.30pm, tapi mungkin lewat sikit sbb dia ada lagi keje yg perlu disiapkan. So, dalam kul 6 aku turun ofis & singgah surau dulu. Dalam kul 6.20pm, pas settle sumer aku terus turun ke tempat biasa itu.

Aku jalan lenggang kangkung jer sebab bajet asben aku sure tak sampai lagi, sbb kan dia kata dia mungkin lewat.

Tapi dari kejauhan aku dah nampak kete aku dah sedia menanti di situ, aku apalagi dari lenggang kangkung terus tune jalan aku ke jalan yg lebih laju. Dalam hati aku pesal laki aku cepat pulak hari ni, tadi kata lambat ni cepat pulak. Tengok sempat gak aku membebel dalam hati. Aku ni jenis tak suka kalau asben aku tunggu2 aku, sian kat dia, mana tau ntah2 dah lama dia tunggu aku. Tapi aku biasa jer menunggu dia lama2.

Memang pantas lah aku berjalan menuju ke kereta itu, ngan rabun2 aku aku memang malas pakai glasses siap aku tengok no plat kete bagai takut tersilap.. aku nampak WL yg lain2 huruf aku tak fokus. model sama, kaler sama, no. plat yg dpn pun ala2 sama aku pun teruslah menuju ke arah kereta itu.

Dalam beberapa tapak lagi nak ke kereta baru aku perasan yg org kat dalam tu bukan asben aku. Ces! aku tersilap kete lah. Aku pelagi kona ke lain lah. Tapi cuba korang bayangkan dari jalan stret yg laju tetiba aku kona plak tanpa signal tanpa brek sumer. Memang lawak. pastu nak cover line aku wat2 lah terjenguk-jenguk cari kete sambil bercakap on d phone. fuh, seb baik aku tak bukak pintu kete org tu. Kalau tak naya jer.. patutlah aku pelik pesal pintu aku tak dibukakan, sebab biasa asben aku akan bukakkan pintu aku dari dalam takde maknenya dia kuar kete pastu bukak pintu utk aku cam dalam drama2 tu sebagai nak amik hati aku sebab aku selalu tunggu dia lama.

Malu siot.. harap org dalam kete tu tak perasan lah. Padan muka aku.

p/s: Sian dia, makin hari makin byk kerja.

Wednesday, July 16, 2008

Cinema.Cinema.Cinema

Pada hari Ahad yg lepas kami pergi menonton cerita Hellboy II - The Golden Army di GSC MV pehal skema jer ayat nie? Pada pendapat aku yg bknlah penggemar sains fiksyen ni, kira oklah cerita tu. Tapi buat asben aku penggemar genre cerita yg macam tu, memang dia puas hati lah.


Aku memang tak suka citer yg merepek-repek nie. Asben aku pulak bias, kalau citer melayu wat citer action, kemain lah dia cakap tak logiklah, apalah, tapi bila citer org putih yg merepek-repek dia cakap baguslah, canggihlah, tak terfikirlah dll. Isy tak patut betul lah.

Kalau bkn kita yg nak menyokong filem kita nie, sape lagi?? e..eh ayat..
aku antara penggemar cerita melayu & aku suka cerita yg ringan2 jer yg tanpa kena fikir2.


Benci tak dapat tengok cerita Sepi. Tgk DVD jelah jawabnya..

Tuesday, July 15, 2008

Melawat Kawasan


Hai korang. Hari ni aku nak bawak korang jalan2 ke kebun bunga & buah2han. Yelah sgt kebun tu kan, padahal laman rumah jer pun. Ntah nape pada satu petang tu, aku lepak2 kat luar rumah, pastu rasa cam nak amik gambar pulak, yelah selalu kalau gi taman ker tasik ker kemain aku nak ngamik gambar kan, ni kat rumah sendiri tak nak ngambik pulak.. tak patut, padahal kat rumah pun byk jer pokok..



Barulah aku terperasan yg rambutan kat rmh aku ni dah kekuningan, yelah selama ni jaranglah aku nak tinjau kawasan kat luar tu, yelah pegi kerja hari tgh gelap, balik kerja pun hari dah gelap manalah aku nak perasan kan.

Tapi aku rasa buah ni tak sempat masak mesti abis dikerjakan oleh anak2 buah aku. Yelah pokok ni pun renek jer, senang jer derang capai2.

Selain rambutan, mangga pun ada gak kat sini. Pokok mangga ni betul2 kat tepi jalan. So, tak heranlah kalau buah tu hari ni ada esok dah takde. Dah dipetik oleh org2 yg lalu lalang. Lagipun yg makan mangga ni tak lain tak bukan anak2 buah jerk. Ada 3 jenis mangga, satu mangga yg seperti di atas, satu mangga epal dan satu mangga yg panjang2 tu.

Kat bawah ni pulak collection pokok2 spesis keladi mak aku. Memang hobi mak aku ni tanam pokok2, pastu apa jer pokok yg ditanam elok jer hidup.

Kita view gambar jelah yer..


ku lihat hijau


Aku tak tau spesis apa pokok2 ni, yg aku tau yg kuning tu orkid

Selain pokok2 hijau mak aku suka gak tanam pokok bunga kertas

Yg ni pokok bunga batang duri2. Yg sebenarnya aku pun tak tau apa nama dia.

Mak aku hari2 akan mengadap pokok2 dia nie. Kira terapi gitu. Kalau demam2 pun sanggup gak membelek pokok2nya, boleh jadi sihat dibuatnya. So far, akak aku yg sulung jer yg mewarisi mak aku tanam2 pokok nie, dia pun rajin jer tanam pokok kat rumah dia padahal ada gak sepasu dua yg dia import dari rmh mak aku. Aku belum lagi hihihi, tgklah nanti bila dah pindah rumah sendiri. Tapi rajinkah aku??

Nilah mak aku tak kira, penat camne pun, pokok2 kesayangan dia takkan terabai. Mak aku bengang jer kat aku masa aku curi2 nak amik gambar dia, dia kata segan kat jiran. Tapi dia suka jer kalau amik gambar bunga2 dia.


Aku lak menyibuk-nyibuk kat situ, bkn nye nak nolong ke apa, sibuk bergambar jer. Lps abis bergambar aku masuk rumah, tido. Boleh camtuh? kan ke bagus kalau aku tolong siram2kan pokok tu, dasar pemalas betul.

Saturday, July 12, 2008

Tentang Aku

Terkena sudah. Bukan satu, bukan dua, tapi 3 sekali sekali tau. Tapi bagus gak boleh buat sekali harung jer.. Aku telah di tag oleh cik Cida , Cik Cempaka dan juga pn. Hazra (ada lagi tak sesapa yg tag aku tapi aku tak sebutkan, korang kalau dah tag aku bagi tau aku, kengkadang aku tak sempat gi jenguk sorang2 nyer blog). Tapi cam menarik jugak tag ni sbb sedikit sebanyak korang boleh mengenali aku dengan lebih dalam lagi dalam ke mana tu?, lagipun aku pernah terfikir nak buat satu entry khas mengenai diri aku tapi cam segan2 gituh. Since dah ada tag ni kira oklah, sbb bukan aku yg saja2 nak citer pasal diri sendiri, kowang yg tag aku yer… ok let me start.. Aku hiaskan tag ni dgn gambar2 sekali, boleh?. Tiru Ceera lah nie.

All about me

1.NAMA TIMANGAN
My asben call me sayang tapi kalau time marah atau tgh seriyes dia panggil aku Deqna jer.

Family aku panggil aku Dena jerk.. aku anak no. 3. takde gelar alang ker, kak lang ker takde ok. Memang kiterang adik badik panggil nama jer.. sgt kurang ajar ok.. tapi taklah.. kiterang dah biasa camtuh..

Anak buah aku si Ain & Adam tu pulak panggil aku Ayang. Aku suka jerk. Takdelah derang panggil aku mak lang ke apa.. So, sampai ke besar lah nanti derang sayang aku sebab aku jer yg derang panggil ayang

Member2 lak ramai panggil aku Day-na, Deqna, Derna, Dern.

Kalau yg kurang sivik sikit ada yg panggil aku panjang, papan, dan yg tak boleh bla tu bini popeye sangat kurang ajar (tapi gelaran ni dah tak pakai sebab aku sekarang ni bini boy hehe) . Gelaran ni masa sekolah2 dululah, sekarang aku tak papan dah..

Ada gak yg tersesat panggil aku Deana.. aku suka tuh.. ala2 artis gitu.. lagipun dulu ex2 aku panggil aku Deana uweks..!

Yang rasa cam malas nak sebut panjang2 ada yg panggil aku Dern atau D ajer.. aku sahut jer..

Ok yg ni aku saje nak tambah, kira jawapan bonuslah, walaupun korang tak tag laki aku.. nama timangan lakiku korang tau apa Boy or Aboy (bos aku pulak suka panggil dia Ah Boy).. sangat lah kebudak-budakkan, nama ni nenek dia yg bagi lekat sampai ke tua, sampai org pun tak tau nama sebenar dia sbb dok asyik panggil Boy jer.. Selain tu org panggil dia Shah (awalan nama). Nama Shah tu akulah yg wujudkan. Takkan aku nak panggil dia Boy gak kan..


2. ANDA SEORANG YANG.....

Ni aku rasalah yer. Korang nye pandangan aku tak tau. Aku rasa aku seorang yg berhati baik. hahaha tak larat. Aku suka meletakkan diri aku kat tempat org lain. Contoh kalau ada org yg kena kutuk, aku akan fikir kalaulah aku yg kena kutuk tu. camne? abih aku kutuk org aku tak kira? ini contoh jer.. tak terfikir lak contoh lain.

Pastu aku ni suka emosi tak tentu pasal. Cepat sentap, sensitip, cepat sedih, cepat kesian. Suka berfikir-fikir sehingga tak tercapai akalmu Elyana.

Aku tak pandai nak marah2 tapi cepat naik angin. camna tuh? korang fikirlah sendiri. Cepat2 naik angin pun aku cepat sejuk.

Aku seorang yg rabun. Sorilah kalau korang ada senyum2 kat aku ke tapi aku wat dek ke apa, bukan aku sombong sebenarnya. Aku tak nampak korang lah. Atau kalau korang nampak aku senyum tak tentu pasal kat korang jgn cakap aku sewel lak, aku cuba tak nak nampak sombong, tu aku main senyum jer. Tapi tu sumer kalau aku tak pakai contact lense atau glasses lar.. kalau aku pakai aku normal jer.. happy go lucky person yer ke tu??

Cukuplah tu kot. kalau nak citer hal diri sendiri satu hari satu malam pun tak abis.


3. INSAN ISTIMEWA. KNP DIA TERLALU ISTIMEWA DI MATA ANDA?

Of course lah mak aku. Mak aku ibu tunggal. Ayah takde since aku 8 thn lagi. So mak aku sengsoranglah yg membesarkan kami 5 beradik. Alhamdulillah semua menjadi, walaupun tak belajar obersea tapi oklah sumer belajar tinggi sampai tingkat 19. Mak aku kehilangan suami masa dia muda lagi, sampai sekarang tak cari pengganti, tu yg respek.. sungguh tabah membesarkan kami2 ni sumer.. sayang mak..


Lepas mak sendiri, haruslah mak pak mertua aku yg special kan. Sebab derang layan aku cam anak sendiri jer.. tak de nak beza2. sama rata jer. Tak terasa dimenantukan.


Asben aku aku haruslah insan yg teristimewa & terpenting dalam hidup aku. Takmo nak elaborate lebih2. Nanti korang muak.

Gambar ikut urutan nombor. Yg no 1 dah tentulah sulung & yg no 5 dan tentulah bongsu. Antara kiterang yg pompuan ye aku yg paling sopan di mata.

Adik beradik aku sumer pun special buat aku. Walaupun aku sering dibuli. Abis dah duk tengah2 kan. Atas aku ada 2 bawah aku pun ada 2. Aku mengalah jelah.




Anak buah kesayangan aku Ain & Adam. Sayang mereka sgt.

4. LAGU KESUKAAN ANDA?

Takde yg specific. Kejap jer suka. Pastu suka lagu lain pulak. Tapi sekarang lagu yg sering bermain di mulut kami (aku & asben) lagu Ella & Shah tu apa tajuk tu?? see aku memang fail bab lagu, bab nyanyi. Dan satu lagi ada satu lagu lama omputih yg kami suka, tak tau tajuk apa tapi nyanyi jer. Tau pun part ' i love u, i love u.. nananananaaa.. nanananananana..bla bla bla... i follow..i follow.. nananananana.nananana'.. korang tau tak lagu tu.. dia laju jer.. kalau korang tau gitau aku walaupun aku tau korang takkan tau punye setakat tulis nanananana tu

5 MAKANAN KESUKAAN ANDA

Takde spesifik gak. Sumer aku makan.

6. WARNA KESUKAAN ANDA

Dulu aku gila warna ungu. Sampai mula2 wat blog pun aku letak nama pencinta ungu, tapi aku tukar balik sebab cam tak kena jer lagipun aku tak setaraf ngan redmummy ngan viruspadu. Derang memang betul2 ngan warna masing2. Aku ala2 ajer. Tapi kebanyakan baju aku kaler ungu. Pastu lama2 cam boring jer, pastu aku suka kaler hitam lak, kengkadang pink, kengkadang hijau. Senang kata sumer kaler kalau cantik kat aku, aku sukalah..

7 TIGA BENDA DALAM HAND BEG ANDA
Dalam henbeg ada lagi dua beg. Satu beg duit. Satu beg mekap. Dalam beg duit ada duit, ada segala kad, ada resit lama, ada kertas, ada gambar dan mcm2 lagi. Dalam beg mekap pulak ada sikat, ada bedak, ada lipstick, ada lipliner, ada maskara, ada lipgloss dan bermacam lagi. Oh ya, aku tak leh idop tanpa sikat..




Dalam henbeg juga ada nail clipper, pass kerja, buku bank, buku kecik, pen, pad, pen drive, handphone dan bermacam lagi khazanah yg ada.

8 KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN SEBABNYA
Masa malam anniversary. Tak taulah nape aku rasa cam sebak sgt. Aku bkn sedih sebenarnya tapi aku rasa cam tak caya jer yg aku dah menjadi isteri selama setahun. Aku bahagia. Nangis sampai tersedu-sedan pastu bila asben tanya nape, aku tak leh jawab, lagi terus nangis dalam pelukan. Aku kalau nangis jangan ditanya sbb lagi terus meleleh.

9 ENAM ORANG YANG ANDA NAK TAG

Tak tau nak tag sapelah.. takut org yg aku nak tag tu tak suka kena tag & kebanyakan org dah pernah wat tag ni. Tapi kalau korang tak suka tak yah buatlah. Tapi kalau rajin buat yer... Ok mangsa2 seterusnya, adalah....

Cukuplah 2 org jer, yg lain2 kebanyakannya dah pernah buat. Tapi kalau sesape berminat nak buat sila buat yer.. pastu jgn lupa bagi tau aku taw.



Terima kasih kerana membaca. Daaa...