Inilah angakaranya kalau dah lama sgt tak dapat.. Boleh dikatakan semenjak pregnant ni berapa kali jer aku dapat..
Dapat apa? Teeeettt...
Alkisah suamiku yg sgt perihatin dengan isterinya yg sedang berbadan dua ini. Sepanjang pregnant ni, berapa kali jer aku dapat bawak kereta. Selebihnya, aku hanya jadi co-pilot dan penumpang saje. Sepanjang pregnant ni jugak, jikalau masa kerja tidak clash ngan asben, dia akan hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Kalau clash ngan masa dia, aku terpaksalah naik tren. Utk ke stesen komuter pulak, aku akan tumpang kete adik aku.
Dipendekkan cerita, hari Jumaat lepas atas sbb2 tak dapat dielakkan, aku terpaksa lah jua memandu sendirian. Alah tak jauh pun, takat rumah ke stesyen komuter jer. Itu jelah yg asben aku izinkan. Ikutkan aku nak jer bawak ke ofis terus.
Takdelah rasa janggal ke apa. Biasa jelah drive. Pastu tgk tangki kereta pun dah kosong. Lampu merah pun dah menyala. Asben dah pesan dah pagi tu takyah isi minyak sbb nanti dia tolong isikan, lagipun minyak tu cukup jer tuk perjalanan aku pergi balik.
Tapi aku rasa cam nak berbakti dengan suami. Aku pun singgahlah ke petrol pump utk mengisi petrol. Siap isi full tank lagi. Memang niat nak berbakti abis pada suami lah kononnya ni. Dalam hati mesti laki aku suka nie aku isi minyak penuh.
Dalam pada hati berbunga2 tu, aku pun kuar lah dari petrol pump itu. Time tu hari dah gelap dah. Lebih kurang pukul 7.30mlm. Kuar2 dari petrol pump tu ada simpang 4 tau. Ada traffic light. Aku nak ke kiri. Ke kiri takde traffic light. So, aku pun cuba lah nak menyelit ke kiri.
Tiba2 rasa cam kereta terangkat sedikit. Ah sudah. Pesal pulak nie. Aku press2 minyak, kete tak gerak, aku masuk gear reverse pun tak gerak2 gak. Pastu try lagi press minyak still kete tak gerak2 sudah. Aku pun kuarlah dari kereta.
Rupa2nya tayar kereta depan sudah terangkat ke atas tembok. Elok jer tayar kereta depan belah kiri terawang-awangan. Patutlah kereta tak bergerak. Kus semangat... kalau terkedepan sikit harus kete aku termasuk ke longkang. Fuh.. nyaris2...
Panik tu panik lah jugak. Tapi terus mendapat keberanian luar biasa. Yelah nak call asben, asben jauh & still kat ofis takkan nak suh dia datang ke sana pulak kan. Tapi aku takdelah call dia. Terus aku mintak tolong kat sorang India yg sedang mengisi angin tayar keretanya.
Dia tengok jer kereta aku ngan keadaan aku yg tengah memboyot sebegini terus dia kata "aiyooooo... takpe2 nanti kita minta tolong sama itu org naik moto. Kena angkat ni kereta". Pastu bermula lah episod dia menahan pemandu2 motorsikal yg melalui jalan kat situ. Nasib baik lah rakyat Malaysia ni perihatin.
Ramai gak lah yg berhenti, memberikan pertolongan. Masing2 tolong mengangkat kereta aku. Mesti dorang pelik camnelah mak yong ni leh drive cam ni sekali rupanya, sampai tersangkut gituh.
Malu2 memang malu gak lah.. tapi bersyukur aku dan baby tak apa2, dan syukur jugak kami tidak termasuk ke dalam longkang.
11 comments:
iskk kak.. bahaye nyer.. hati2 lenkali. :)
alamak aii na, seram sejuk aku baca..tp since takder apa2 alhamdulillah...
cemana laaaa sampai keta leh terawang-awang atas tembok na oooiii ganazzss gak makyong sorang nih..hihihi
deqna... lain kali dengar cakap shah yerk... mmg benda2 macam ni la selalu jadi...kita hengat nak buat dia happy sekali kalau dia tahu mesti susah ati... nasib deqna tak ada apa-apa... take k yer
Mencemas kan...Alhamdulillah takde apa2..jaga diri lelok tau :-)
bahaya laa..lepas ni kalo bole jgn drive lagi...
uisshhh deqna....mujur tk de pape dkt awk...next time dgr je la ckp shah..kang dah kena tulah...hik2..pape pon syukur semua slamat...
fuhhhhh nasib baik xda apa2...alhamdullilah...
take care k...
Kak derna: mencelah kat sini.. ehehe.. cite IN THE WOMB tu ulangan dia 5 mei, tp masa tak pasti lak kena check kat guide. Tapi kalau akak nak tgk gak ada kat youtube tu pun by part la.. ni link dia..
http://www.youtube.com/watch?v=c7kx8_KJZY8&feature=related - ni part 1 yg lain ada related kat video tu.. ehehe...
selamat menonton.. :D
laaaa....excited punya pasal, nak termasuk longkang...
hati2...lagi baper bulan jer tu...
adoi prennn.. camner leh jadik gitu tu.. si nuar kata cam citer dlm fileemm lak dah... hahahaa.. aku till now tak leh bayangkan camner kereta ko leh masuk camgitu! hehe... sorry2.. leh tergelak lakk.. anyway.. yg penting ko ok kannn.. alhamdulillahhh..
To all - terima kasih kepada sumer kerana perihatin dengan diri ini.. InsyaAllah pasni saya akan lebih berhati2..
Post a Comment